BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
This week aku memang terlebih aktif sikit. Banyak benda nak kena setel. Kena turun naik Yayasan Negeri Sembilan untuk uruskan pinjaman pelajaran. Tak susah mana pun, tapi saja nak jadikan tu alasan untuk dapat permission mummy nak bawak kereta dekat Shah Alam. Nak jadikan cerita jugak, assignment pun semakin bertingkek-tingkek. Walaupun bawak kereta, tapi tak ada mananya nak pergi berfoya-foya sentiasa. Bersyukur sebab minggu ni jugak aku join food hunting. Jadi ada reason untuk aku stay pada hari Jumaat. Yes. Sayang mummy bertingkek-tingkek. Muuuaaahhh...!
Jadi last Friday, memang jadi hari dating sedunialah. Rasanya ini pertama kali aku dan Haajar berdating dengan sangat lama setelah sekian lama. Faham tak maksud aku? Maksudnya, selama ni kitorang selalu dating sekejap-sekejap je. Makan dan blah. Tapi kali ni, lama gila. Dia punya gila tu daripada Zuhur, bawak ke Asar, bawak ke Maghrib, bawak ke Isyak. Mujur tak patah balik bawak ke Subuh, bawak ke Zuhur ok dah dah...

Kalau tuan hamba bijak bestari, di manakah kami?
Haaa, tiba-tiba keluar pantun.
(kau mesti tak tahu aku bila masa aku snap gambar ni kan Haajar?)
Kalau dah namanya tercegat depan cermin gabak begini, semestinya kat mana lagi kalau bukan Setia City Mall. Nampak tak perangai kakak-kakak u ols ni bagaimana? Dah besar panjang bergalah-galah tapi perangai tak geti nak berubah. Daripada asasi, degree, sampai dah LLB master masing-masing tetap pantang kalau jumpa cermin. Aku pun tak tahu nak cakap apa dekat diri sendiri. Sigh.
Lepas tu tak sah kalau tak mengkayakan Starbucks.
Dan tak sah jugak kalau tak menambah lemak dalam badan. Nampak tak nampak tak? Aktiviti wajib kalau dengan BFF macam mana? Haaa, dalam masa beberapa jam je bertingkek-tingkek lomak den. Macamlah lemak tu faham kalau kita cakap dekat dia 'syuh-syuh-pergi-main-jauh-jauh' haaa gitew. Kan?
Alah, sekali sekala langgar pantang (padahal pantang apa pun tak pernah).
Tengok pinggan paling kanan. Silalah kira berapa tingkat kalau rajin.
Siapa suruh makan Seoul Garden kan? Tak kisahlah. Yang penting, aku suka dating dengan makcik ni . Sebab kalau dating dengan dia jam aku automatik jadi laju. Lepak dekat Seoul Garden dari lepas asar sampai ke maghrib pun rasa macam rushing. Itu timing untuk makan je tau. Belum timing untuk shopping lagi. Mujur tak gedik nak movie. Kalau tak lagilah.
Faham tak perasaan aku macam mana sekarang? Ok. Kalau dah faham ok lah. Cerita pun dah habis. Memang aku gedik nak letak gambar je kat sini. Sekian. Coming up, cerita food hunting yang aku cakap tadi. Memang aku tak ada assignment nak buat. Ok bye!
No comments:
Post a Comment