Thursday, October 24, 2013

LaiN kALi JaNgaN sPrEaD tEnSiOn DeKaT oRaNg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Macam biasa, tengah-tengah malam begini aku tidak berapa ada feeling nak study sangat. Nak log in library uitm asyik denied access je. Sakit hati la pulak. Kan kan kan. Dia memang tahu, time aku semangat berkobar-kobar nak bukak lembaran assignment, masa tulah dia nak denied access segala. Cuba kalau waktu aku sibuk berfoya-foya, mahu pulak dia.





Maka disebabkan terlajak tension, maka aku putuskan untuk pergi mandi. Moga-moga dapat sejukkan hangat hati dan juga itu merupakan tanda-tanda aku harus mengutamakan mana yang perlu diutamakan. Tak solat isyak lagi. Pasal tu agaknya access denied. Ok. Maka aku pun melangkah terkedek-kedek ke bilik air. Dan dalam perjalanan, selisih dengan adik housemate kesayangan, Zaf nama dia. Masa tu dia kat dapur...





Mandi ke Kak Ocha? (Zaf tanya sambil sengih-sengih kacau jag berisi gula dengan uncang kopi (kot) - dan sambil tunggu air panas masak)


Taklah. Nak main bola. Zaf nak join? (aku jawab sambil buat muka tak bersalah)





Zaf buat-buat gelak. Gelak tak puas hati. Tension dengar jawapan aku la tuh. Eh, kejap. Aku baru nak tutup pintu bilik air masa aku perasan Zaf bancuh air apa dekat dapur. Gembira la apa lagi. Seriously kopi? Elok sangatlah tu. Biar aku segar lama sikit malam ni.





Buat kopi eh Zaf? (aku tanya dengan harapan tekaan aku betul bahawa uncang dalam jag itu memang uncang kopi)


Taklah, basuh kereta ni tak nampak? (Nur Zafira senyum penuh kepuasan)






Ok,
well done, Zaf. 



No comments:

the history

Followers