BISMILLAIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Dulu masa kecik-kecik, aku ada satu tabiat yang susah nak kikis. Yakni tabiat suka nak berlebih. Dan tabiat tak boleh tengok orang lain lebih. Jenis tabiat yang bukan berlebih nak buat benda baik, tapi benda yang tak berapa nak baik. Atau benda yang mungkin tak ada kena mengena dengan definisi baik...
Macam contoh la kan, kalau buat cekodok. Ini cerita cekodok bodoh-bodoh je tau. Yang bahan-bahan dia tepung, garam, air. Dah. Kacau-kacau-kacau, lepas tu campak dalam kuali. Kisahnya, masa kecik-kecik dulu, aku selalu perasan, mak aku kalau goreng cekodok, mesti letak kunyit sikit. I mean, serbuk kunyit la bukan kunyit hidup hoih. Tak tahu kenapa mungkin sebab wajah cekodok yang putih bersih dan pucat dan plain itu buat dia rasa annoying kot...hahah. Jadi budak-budak kan, bila tengok orang buat, aku pun nak buat la. Masuk la makmal eksperimen. Bancuh-bancuh tepung, letak garam sikit, air sikit. Tapi serbuk kunyit hah hambek kau satu sudu aku campak dalam tu. Kaler kuning diraja cekodok aku. Habis tu kau ingat laku? Semestinya operasi cokodok itu berakhir di tong sampah. Ok bai.
Lepas tu, aku eksperimen benda lain pulak. Kali ni, eksperimen buat kek coklat. Aku memang pakar buat kek coklat. Ini bukan riak. Tapi jaminan. Kalau resipi aku, memang takkan fail. In fact, aku sendiri addicted dengan coklat yang aku buat. Tapi ceritanya, dulu-dulu, aku pernah buat eksperimen kek coklat. Kek coklat ni bukan resipi biasa yang aku buat. Dah nama pun eksperimen kan. Jadi aku tak tahu kenapa, masa tu serbuk coklat melimpah ruah dekat rumah. Maka dengan tamaknya aku rasa nak buat kek tu ektra coklat. Biar puas hati aku makan kek yang kaya dengan limpahan coklat. Oh fine. Tak payah teka. Biar aku bagitahu. Kek itu bertukar menjadi raksasa hitam yang berperisa pahit sepahit-pahitnya. Orang kencing manis pun tak sudi nak makan ok. Dan tak payah teka lagi. Aku bagitahu, kek itu juga menamatkan riwayatnya di dalam tong sampah. Bukan tong perut.
Contoh lain aku nak bagi. Perangai berlebih-lebih aku ni bukan masa kecik je. Dah jadi habit sampai terbawak-bawak bila dah besar. Kali ni bukan cerita cekodok, bukan cerita kek coklat, tapi cerita tentang perangai remaja. Hobi seorang remaja perempuan. Yang suka bershopping tak tentu arah. Berlebih-lebih la jugak namanya tu. Berlebih-lebih berbelanja. Dulu aku pernah gila pashmina. Pashmina tu kalau siapa tak tahu, dia tu jiran aku dari Syiria. Aku gila sangat dekat dia sampaikan aku beli banyak gila pashmina padahal menda alah tu sama je. Cuma kaler yang lain. Sudahnya tak pakai pun. Melekap yang hitam jugak atas kepala. Siapa yang poning macam mana jiran aku boleh duduk atas kepala tu aku tak tahu nak cakap apalah...
Maaaaaacam tu jugaklah bila masuk bab-bab hati dan perasaan ni. Dah besar tau. Dah 23 tau. Tapi perangai tu masih nak berlebih-lebih jugak. Suka sayang orang berlebih-lebih. Suka sacrifice untuk orang dengan berlebih-lebih. Selalu tak sedar diri, buat-buat tak nampak border depan mata, buat-buat gagah padahal selemah-lemah alam. Suka buat-buat happy padahal setiap hari dengar lagu You Lost Me by Christina Aguilera. Suka bajet cool padahal tak cool manapun. Now you see me? Now you don't. Hahah. Aku buat kesimpulan akhirnya, berlebih-lebih itu sebenarnya tak bagus untuk kesihatan.
Balik kepada teori. Kalau terlebih garam, darah tinggi. Kalau terlebih gula, kencing manis. Kalau terlebih lemak, obesiti. Kalau terlebih cili, berasap telinga tahan pedas. In short, jangan berlebih-lebih tau. Sayang diri sendiri. Dengar cakap akak ni. Kalau sayang dekat orang lain pun macam tu jugak. Jangan sayang lebih-lebih. Nanti sakit dia pun terlebih-lebih. Masa tu mulalah menangis terlebih-lebih, taching terlebih-lebih, emo terlebih-lebih. Akak cakap macam ni pasal memang pernah jadi dekat diri sendiri. Tapi sekarang, dah ok, so akak cakap dekat orang lain pulak. Turunkan ilmu mengubat hati. Ya, ilmu tak nak bagi hati pedih iaitu jangan terlebih-lebih.
Sekarang apa tunggu lagi? Sila sambung balik Quality Management for Organizational Excellence: Introduction to Total Quality by David L. Goetsch Stanley Davis Seventh Edition. Hah, tak faham la tuh.
sekian, pesanan daripada kak ocha dan 'jiran' kesayangan beliau.
No comments:
Post a Comment