Wednesday, November 13, 2013

ToLoNg La, MaK aKu pUn TaK mEmBeBeL GiNi


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sangat lama aku tak membelog. (Hai sawangs. Syuh syuh.) Kerja banyak. I know you know. Sampaikan BFF hantar text satu ayat je. "MISS ME?" Jadi... Silalah faham. Dah lama sangat tak connect dengan planet bumi sebab... Asgardians was awesome nak buat macam mana. Sampai sekarang pun aku masih connecting dengan laki aku yang ala-ala jahat tapi charming tu (which obviously I-dont-know-why) tapi Alhamdulillah, kesihatan tak terganggu, assignment pun berjalan lancar, everything just, (jeling planner sekejap) ok lah. Tinggal satu dua benda nak finalize for this week.





boley la tuh





Aku tak ada benda sangat nak update actually. Tapi sebab dah terbiasa. Feeling kalau rasa-rasa jiwa kacau, kalau rasa-rasa dah menyampah sangat mengadap research proposal which consist of three main parts macam biasalah semua orang pun tahu chapter one two three, dan macam biasa jugak, inilah hasilnya (merepek sorang-sorang).





Actually dari minggu lepas lagi aku gian sangat nak update belog ni, tapi sebab keterlampau-fokusan aku terhadap assignment membuatkan aku boleh lagi bertahan untuk escape dekat sini. Well, paling-paling pun aku stop sejam layan running man (limit aku sehari sekali je) ataupun skrol bermacam-macam link pasal tom hiddleston dekat yutiub (kalau baca dua tiga enry aku sebelum ni faham la kot) dan jadi plumber separuh masa pun best jugak. Feeling ala-ala doktor paip yuno.





Kisahnya, aku macam nak bagi syarahan tau dekat sini. Syarahan pasal isu negara yang aku rasa semakin porak-poranda kebelakangan ini. Kenaikan harga barang, perlaksanaan dasar GST, bukanlah nak kata aku tak setuju ke apa, saja nak berbincang, hah tu muka macam dah muak apasal? Aku dah kata, belog aku bukan boleh cerita ala pensyarah sikit, mulalah semua menggelabah nak cari exit button. Tapi seriously, aku sangat concern pasal negera aku sekarang. Nyawa manusia yang semakin murah. Dah berapa banyak kes orang mati 'macam tu je' kau kira balik? Penyelewengan wang syarikat. Palsukan invois oh whatever. Semuanya sebab duit. Semuanya duit!





Aku terfikir, dengan harga barang sekarang ni, keperluan bulanan aku, top up, bil broadband, sewa rumah, makan minum, duit minyak, tol, tak pakai kereta lagi aku dah mula berkira dah. Nanti dah grad, dah angkat kereta sebijik tak tahulah macam mana aku punya berkira. Llipstik dah setengah inci pun tahan tak nak beli baru pasal tengah saving punya pasal. Belum kira hutang PTPTN lagi. Belum kira loan kereta, rumah, aaahhh, itupun kalau layak aku nak buat loan. Entah-entah sampai ke sudah pun aku menebal muka pinjam kereta mak ayah. Sampai ke sudah pun nak manadah tangan harapkan BRIM. Sampai bila? Mak bapak aku bukan datuk-datuk punya orang. Katakanlah kalau gaji aku 3k 4k sebulan. Ingat cukup ke? Tolak cukai gedebak-gedebuk bagai. Duduk Gemencheh, untung laa. Duduk Putrajaya, duduk KL, duduk Shah Alam, ikan kembung goreng RM4 sekor mampu kau? 





Macam manalah kepala otak tu tak terfikir nak cari laki poket tebal. Kang nak menikah tak ada duit, jadi anak dara tua pulak. Dah menikah, tak ada duit nak beli rumah elok sikit kang ke laut pulak rumah tangga. Takkan sampai tua nak menyewa? Laki bini bersangkak-sangkak cari duit kang anak-anak pulak ke laut. Rumah siapa nak urus? Nak upah bibik kau ingat boleh percaya? Bibik pun mata duitan yuno. Kang anak-anak tak makan saman, mulalah nak salahkan mak bapak tak didik anak-anak dengan nilai-nilai murni. Anak-anak pergi sekolah kurang ajar dengan cikgu. Cikgu tuduh mak bapak tak prihatin, tak beri kasih sayang, padahal mana nak sekolahkan anak kalau separuh gaji dok berabih dekat sekolah anak-anak. 





Tak bayar yuran hitu-hini cikgu bising. Nak melahirkan generasi berintelektual begitukah caranya? Mana sekolah yang berteraskan pendidikan dan integriti? Sekarang sekolah pun nak buat duit. Berlumba-lumba nak lahirkan murid berprestij. Nak dapat sekolah terbaik. Nak dapat anugerah itu ini. Anak-anak di sogok segala sukatan pelajaran. Segala ilmu nak dibagitahu. Segala benda nak sumbat dalam kepala. Ingat sekolah tu company business ke nak kaut untung? Pendidikan dah tak ada nilai lagi. Bukan fokus utama sekolah pun. Cikgu tak jumpa rasa ikhlas nak mengajar. Penat. Disogok macam-macam daripada KPM, JPN, PPD. Hah, ni yang aku tak suka bila dah mula membebel panjang begini. (actually cerita ni satu perenggan, tapi aku split kan jadi dua)





Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Sibuk nak concern masalah negara, masalah diri aku sendiri pun tak terurus. Ehem, terurus sebenarnya. Tapi tak perfect manalah. Memang tak perfect pun. Belum habis sem ni aku dah sibuk fikir bajet sem depan pulak. Nak buat apa masa cuti sem nak cari duit poket. Yuran aku ni walaupun the cheapest among other universities, masih membuatkan aku bersangkak jugak memikirkannya. Tak apalah, itu kita cerita nanti. 





Yes, I was thinking about business. PM pun suruh bisnes. Bacalah bajet 2014, berapa juta kerajaan peruntukan untuk keusahawanan. Siapa cakap aku tak minat? Jual kek online ke, jual baju online ke, jual bakat membebel aku ni ke, semua tu aku pernah fikir. Tapi sebanyak mana pun masa aku ada, aku tak pernah rasa cukup. Nak bisness bukan boleh buat part-time. Unless aku kena korbankan salah satu. Belajar atau business. Gila nak korbankan belajar? Tak ada komitmen rumah tangga pun dah rasa macam berjuta-juta orang mengharapkan perhatian di sekeliling aku. Dah macam Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat gitew. Gedik kan? Kalau ditakdirkan aku memegang jawatan itu aku harap kau orang bersabar dengan kegedikan aku.





Masalahnya, aku bukan multi-tasking punya orang yang boleh buat macam-macam kerja dalam satu masa. Disebabkan masih bergelar pelajar, maka ini sahajalah yang aku mampu. Belajar. Sampai nak bercinta pun dah tak tahu macam mana dah. Orang yang pernah suka dekat aku, masing-masing dah jumpa miss right mereka. Siot betul aku rasa. Macam bangang pun ada dok tunggu orang lain padahal aku rasa market aku banyak kot. (Kot) Bukan masuk bakul ke apa, ini cerita hati. Kalau hati tak ada dekat siapa-siapa, bakdatang sultan brunei pun aku rasa aku tolak jugak. Ok dah dah dah, kritik macam-macam pasal isu semasa atas tilam dan berpotpet-potpet sendiri memang selalu buat aku feeling 'macam bagus'. Dah kena beban tanggungjawab sebakul atas kepala, atas bahu, atas batang hidung, kiri kanan depan belakang baru nak melalak "seronoknya zaman belajar". 





Back to reality.
Tengah nikmati masa belajar puas-puas.





p/s: lain kali jangan tinggalkan belog lama-lama. nanti entry jadi meroyan ala-ala begini.


No comments:

the history

Followers