Tuesday, November 19, 2013

mY hEaRt SpEaKs (HaLfWaY)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Aku tak pernah terfikir dan tak pernah  minta pun kisah antara aku dan dia akan berakhir macam ni. Aku tak pernah terfikir pun, selepas sebulan (or maybe lebih) aku masih rindukan dia. Macam mana aku nak cakap eh? Ini bukan cerita cinta. (aku tak pernah bercinta pun) It's just, someone yang tersangat annoying yang ditakdirkan sesat dalam hidup aku, someone yang pernah menjadi orang yang paling rapat dengan aku, someone yang aku tak peduli nak jadi apa, nak buat perangai apa, nak gelak macam mana depan dia dan segala benda benda lagi yang aku sendiri pun tak pernah terfikir, sekarang bukan lagi jadi sebahagian daripada aku. Lima tahun lebih bukan tempoh masa yang sekejap. Dia hilang timbul macam biskut, buatkan aku jadi pasrah. Perangai dia memang macam ni kot.






Tapi kali ni, bukan dia. Tapi aku yang jadi biskut. Aku yang hilangkan diri. Dalam erti kata lain, back off daripada dia. Sebab aku tak percaya yang aku masih sayangkan dia walaupun aku dah banyak kali cakap dekat diri sendiri, ocha-kau-dengan-dia-kawan-je. Tapi, apa nak buat, hati tak nak dengar. Hati tak nak faham. Sakit pedih setiap kali dengar nama orang lain keluar daripada mulut dia, tahan jelah. Haish, mangkuk ayun sangat aku rasa. Nak buat macam mana. Aku pun tak percaya. Nak cakap diri sendiri bodoh kang, ambek master kawan. Terimalah hakikat. Bukan senang aku nak buat keputusan untuk back off ni. Sampai bila nak tarah hati dengan cerita dongeng sendiri?





Dah lah, aku tak larat nak simpan kejadah feeling-feeling ni dalam draft blog aku lama-lama. Atas sebab-sebab yang tak mengizinkan, aku terpaksa berhenti setakat di sini. Later, aku sambung balik. Perhaps, belum sampai masanya aku jumpa Mr. Right lagi. Belajar dulu sampai lebam. Allah dah mudahkan jalan, nak cari susah buat apa?










No comments:

the history

Followers