BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Ok. Ini bukti yang menunjukkan bahawa aku memang betul-betul orang kampung. 23 tahun hidup dekat Negeri Sembilan tapi tak pernah hafal atau tahu tempat-tempat selain daerah Tampin atau Rembau. Sebab tu kalau aku masuk Seremban, memang aku jakun habes. (yang tersenyum sinis tu sila hapuskan senyuman anda sekarang) - aku tetap nak menegakkan pendirian yang aku orang kampung. Indeed I am.
Ini City Park dekat Seremban 2. Aku baru jumpa hari tu lepas balik shopping dengan Mummy. Dari Giant Senawang sampailah ke AEON Seremban 2, sampailah ke Mydin yang baru bukak dekat situ, sehari suntuk aku berjimba dengan Mummy. Tak tahu macam mana boleh tergerak nak redah jalan, maka sampailah kami berdua dekat City Park ni.
Sekali pandang, terus teringat Tasik Shah Alam
And this is my second time pergi dengan daddy sekali.
Diorang berdua dating. And I pergi jogging.
And the best part dekat sini sebab City Park ni meriah gila sebab macam ada pesta menggemokkan ikan dalam tasik. There are few vendors bersusun dekat tepi jalan tu jual makanan ikan dan bagilah seberapa banyak kau nak bagi. Omaigad, first time tengok memang rasa geram sangat tengok tilapia gemok-gemok merah-merah mulalah terbayang kalau jala ikan ni buat masak goreng berlada pun ya Allah sedapnyaaaaa...
Sekali bila menatang hitam-hitam ni pulak muncul. Nak pengsan pulak rasa tibetibe. Wei, kejadah apa ikan sembilang besar gila dah macam main gym ikan ni kau tengoklah muscle dia. Terus geli-geleman nak snap gambar pun tak sanggup sebenarnya tapi sebab tak pernah jumpa makhluk ni gigih jugaklah snap.
But instead of ikan sembilang yang geli-geleman tu, S2 City Park ni best sebab kemudahan sukan sangatlah banyak. Dari budak-budak punya taman permainan, sampailah gelanggang futsal untuk remaja, facilities untuk body workout, bangku untuk duduk-duduk ambek angin, cuci mata dan sebagainya. Dan yang paling best, hari-hari ada aerobic dekat sini. Apa tak orang berkerumun? Ingatkan ada karnival Jom Heboh tadi.
Oh, I tak join aerobic tu. Too open to show off my move...hahah. Jogging tasik tiga kali cukuplah. (walaupun lemak tetap tidak mahu berenggang dari tubuh) But one thing pop up in mind. Disebabkan S2 City Park ni teramatlah jauh dari Gemencheh, sekarang dah aim nak cari rumah dekat Seremban 2. Ok bye!
2 comments:
aku baru je pergi city park ni weh.. memang jakun gila bapak aku dibuatnya..
kalau boleh aku memang nak gi sana lagi dan aku nak join aerobik diorang tu. tapi time aku datang tu aku pakai jean pulak.. memang tak dapek la nak join..
sok2 bila ada masa lagi, aku nak gi sane. tapi tak tau lah bile.. huhu
tau xpe... sila maklumkan kepada saya jika anda hendak ke sana lagi.. boleh aerobik sesame..hik3
Post a Comment