BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Seminggu kemudian. Selepas puas hati aku grooming bilik tidur kat rumah. Ubah katil, ubah meja tulis, almari baju (dalam almari tak termasuk), tukar cadar, sarung bantal semua, (hampir nak tukar cat sekali tapi bajet cat tak ado) dan disebabkan Kak Dyna tak emel semua gambar ladies nite out hari tuu, takpe takpe, kita update mana yang ada je. Part bagi alasan aku memang hebat.
So this is my true confession. Masa degree dulu, aku tak rapat pun dengan kawan-kawan fakulti selain daripada geng puaka (sebab buat assignment sama-sama). Aku tak aktif pun join aktiviti dekat APB whatsoever, nak kata aku looser pun boley. Tak kenal junior. Lecturer pun boleh kira berapa orang yang familiar dengan muka aku. Nampak tak kalau dekat fakulti aku ni kategori student yang macam mana? Invisible wei invisible.
Disebabkan tiga tahun degree aku hanya dikelilingi dengan BFF yang terdiri daripada budak-budak Melati, yakni adik-beradik MCC aku si Mimi, Roy, Leeya, not to forget Haajar and other few besties dekat law faculty tu, yang makcik BFF dekat UKM dan USIM tu sekali, (ramai BFF aku rupanya), jadi point nya di sini, bila aku sambung master, aku rasa buat sekian lamanya aku kembali ber'hang-out dengan kawan-kawan sekelas, se'group assignment, sekepalaotak, kalau aku cakap aku free diorang cakap tak free tu memang aku bagi side kick sekor-sekor. Sebab jadual kelas kau dengan jadual kelas aku sama je, assignment kau dengan assignment aku sama jugak, so tak boleh nak bagi excuse tak boleh nak tengok movie atau lepak dekat starbucks sementara tunggu movie punya show time.
Ok dah, aku tahu Peahlofa kalau baca ni sungguh nak angkat jari tengah beliau tinggi-tinggi dekat aku dah kalah abstract assignment yuno. Itu pasal, last week memang aku tahan homesick aku sekuat-kuatnya sebab lepas ni bak kata kau akan jumpa dua bulan kemudian. Maka, lepas submit RP hari tu, marathon dua movie berturut-turut memang tak boleh tunggu ambang tahun baru dah kau bayangkanlah aku nak balik jugak ayam itik dah panggil.
Aktivitinya simple je. Mula-mula hantar RP deat fakulti. Kebetulan jumpa Kak Dyna dekat sana, so tambah sorang lagi konco-konco geng library walaupun Kak Dy tak pernah lepak library dengan kitorang. Kak Dy, Peah and me straight pergi Sunway. Tengok Police Story 3. Lepas habes movie, makan dekat restoran somewhere around Subang. Makcik Iema (yang tudung oren kat bawah ni) kemain favo dengan butter chicken like dah berapa kali keluar makan dengan dia mesti nak butter chicken punye. Ok. Since dia dengan Anis hantar RP lambat sikit, masa ni barulah the lima semua reunion.
terus keluar perangai gay.
makcik nak tackle anak buah.
nampak tak nampak tak
Lepas tu patah balik pergi Sunway, jalan-jalan shopping mana yang sempat sebelum kedai tutup, sebab next movie pukul 12. Its 1140PM to be precise. Maka memang tak ada kerja, dah tua-tua perangai camwhore tak tahu bila nak bertaubat, kecuali mama Irfan (yang tudung hitam sebelah I di atas) saja yang memang matang secara semulajadi. Tak gedik macam empat ekor lagi tu. Sampai dah muak, dah penat, barulah reti nak cari port lepaskan lelah. (kau ingat pergi window shopping tak lelah?)
Dan aku rasa nak lap air mata sekarang sebab bila aku mention nak tengok Dhoom 3 pukul 1140 tu dan semua orang pun willing nak layan gedik aku memang masa tu korang semua terus naik makam jadi bff jugak haaa, (bayangkanlah cerita hindustan tiga jam beb) mana nak cari kawan begitu bagitahu sekarang! Lepas tu terpaksalah bila masing-masing suruh bagi puji pujian upload gambar dekat belog banyak-banyak sebab nak ambush musuh dengan cara paling halus mana nak cari kawan macam aku pulak? Dahlah blogger, hot pulak tu, kalau aku cakap aku sekolah Maahad Ahmadi mulalah masing-masing buat muka katun tak percaya kan kan kan.
aku nak letak gambar ni sebab peahlofa tak ada yes yes yes
Ok, lain kali kita reunion malam jumaat, aku lead baca yaasin. Insaf kau dah tak nak jejak kaki dekat starbucks lagi. Kau tengoklah. Hah. Tudia. Sebab tu aku sayang kau orang sebab semua suka bahan satu sama lain tapi sorang pun tak sentap sebab tahu hati masing-masing baik lembut gemah gemalai. Kalau mulut baik tapi perangai @#$^%&*, haaa itu pasal la hilang kawan sorang kat fesbuk. Oh, aku memang blogger sepenuh masa sekarang. Tak ada azam tahun baru untuk grad on time seperti yang diimpikan sekalian rakyat klasmet.
akhirnya semua dalam satu gambar yang sama
(sapuairhidung)
p/s: tak boleh upload gambar banyak-banyak nanti rakyat jelata muntah darah. hashtag sila letak dekat komen. banyak sangat pulak sumpah seranah dan maki hamun kang.
No comments:
Post a Comment