BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Semenjak
dah jadi suri rumah ni, tiba-tiba rasa macam dah hilang skil menulis. Badi
rakan sebaya agaknya. Dok kutuk ‘tangan aku bercakap’ sangat, tak pernah selama
lima tahun blogging ada orang komplen aku punya blog title bakdatang makcik
peah tu bukan main lagi dia sound. Sekali dah betul-betul tangan aku tak boleh
nak bercakap dah. Well, literally.
And
so sorry kepada stalker setia yang kalaulah ada di luar sana menanti-nanti
update terbaru belog hamba. Ampun tuanku. Tak ada apa yang paling best untuk dibuat
waktu cuti selain memegang remote tv sambil makan beskot coklat cip sebalang
sambil ketawa paksa tengok cerita yang entah berapa puluh ratus kali
tayang kat tv nampak kan perangai tahun baru macam mana? Oh, tahun baru tahun
baru. Nak cakap pasal tahun baru sebenarnya. Klasmet yang eager sangat nak
publisiti dekat sini, I tell you, post ladies night out tu later ok. I nak
review 2013 kejap.
Selepas
selak-selak diari cekidaut apa yang best tahun lepas, I decided to put 5 most memorable things which are termasuklah yang pahit dan manis sepanjang
tahun lepas.
Jadi
cikgu like for the first time ever.
Starting
with a title of cikgu ganti dekat SMK Dato Taha. Dua minggu je. Sebab lepas tu
dapat sambung belajar lagi. But it was not that bad. Penat. Somehow tak boleh
nak control budak-budak ni. As for amateur, I consider myself boleh tahanlah in
term of bonding with kids dalam tempoh dua minggu tu. And
not to forget, experience jadi cikgu tadika. Kalau tak campur aduk dengan
konflik dihujung talian, I’ll say the experience there memang awesome. Dealing
with kids yang totally innocent and adorable tu semua buatkan aku memang
feeling jadi mak kaw-kaw punya. Tapi apakan daya, feeling tak kesampaian. Yang
penting pengalaman dan kenangan manis sepanjang tempoh masa tu. Yang pahit,
malas nak layan. Spoil.
Sambung
Master
Well,
yang ni memang sangat tak sangka. With no plan, preparations, in fact with zero
expectation, dapat panggilan dari Faculty of Education to persue my study in
Master of Education, Managament and Leadership course. Gila tak terkejut? Baru
nak tarik nafas habes degree, sambung semput balik ambek master. Honestly, I’m
not that tough. Mak ayah, kawan-kawan yang bagi kekuatan. Paling penting, Allah
the Almighty. Tak tahu apa yang Dia rancang for this upcoming years. My
continuous mission, to make my mak and ayah proud of me. Always.
Konvokesyen
Alhamdulillah,
berkat pointer semester terakhir agaknya, I graduated with a second class upper
degree in Bachelor of Applied Language. Menitis jugaklah air mata masa dalam
dewan konvo hari tu. Apa tidak, dah terbayang naik pentas lagi sekali. Mulalah
nak emosi bayangkan maut menyudahkan master pulak. Maut tu maksud aku bukan
apa, membayangkan berapa banyak perkara yang aku korbankan, hati yang aku
sakitkan, janji yang aku lambat tunaikan. Hew.
Reunion
Somehow
I put this as the best of 2013 part sebab aku sangat value kawan-kawan apatah
lagi yang sekelas, sekerusi, semeja masa sekolah dulu and how awesome it was
bila dapat berjumpa selepas bertahun-tahun dan alhamdulillah masing-masing
rupanya masih seperti dulu. Kalau yang belajar dekat Malaysia ni pun
jarang-jarang jumpa, yang jauh di negara orang tu apatah lagi. Malu-malu kucing
mula-mula tu biasalah. Tapi bahan tetap bahan. Gila tetap gila. Maahad tetap
Maahad.
You
The
reason why I put ‘you’ here is, you pun tahu kan, how much we spend our great
time together. We laugh, we cry, we gone mad, all the crazy things
we did together, bukan sekelip mata I boleh lupa. But still those will be as
part of my sweet memories. Memanglah dihujung-hujung tu sakit, tapi nak buat
macam mana. Experience is our best teacher anyway. And I must say, you're part of my best memories in 2013.
So itu saja. Nak letak lagi 5 bestest part pun boleh. Mungkin version lain sikit
kot. I was thinking of something tapi satu satulah dulu. Kang semua nak letak
kat sini ada pulak yang meroyan baca. Mentang-mentang lama tak update, kemain
kaw-kaw dia kasi. So later ya semua. Thank you for reading!!! Kalau nak tengok gambar, skrol balik entry lama. Semua ada dalam belog ni. Ok, bye.
No comments:
Post a Comment