BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Ok. This is awkward. Dah biasa setiap tahun tulis entry birthday mummy walaupun mummy tak baca, tapi tahun ni sebab mummy dah advance, dah ada facebook, dah ada whatsapp, dah tau macam mana nak kelik link-link yang I post dekat facebook termasuklah link untuk ke blog I ni so semestinya, for sure, haruslah mummy dah jadi one of my stalker sekarang. Jadi nak tulis entry HAPPY BIRTHDAY tiba-tiba rasa macam buat karangan surat kiriman tak rasmi pulak.
Ke hadapan bonda yang anakanda sayangi. Hah, gitu intro dia. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke tet tet tet tet tet anakanda ucapkan. (she's normal. freak out bila orang bagitahu umur). Semoga panjang umur dan murah rezeki. Anakanda mohon agar Allah memberikan bonda kesihatan yang berpanjangan, kegembiraan, limpah rahmat dan kebahagiaan yang tidak berbelah bagi.
Anakanda mohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata anakanda yang menyinggung hati bonda. Tingkah laku anakanda yang mengundang risau di hati bonda. Gurau senda yang terlampau. Tak angkat call sebab handphone tinggal dalam kereta. Terlupa cabut charger tab bonda sebelum masuk tido. Lambat bangun pagi. Malas basuh kereta. Suka gelak kuat-kuat, nyanyi kuat-kuat, buat perangai terencat bila bangun pagi, merenyam tak tentu pasal, moody tak bertempat. My God, banyak betul bonda besabar dengan anakanda.
Ni kalau mummy tak gelak, mesti rasa nak sepak kan kan kan? Konon sangat tulis karangan surat kiriman tak rasmi padahal perangai jauh sekali nak membahasakan diri anakanda bonda begitu. Apapun, anakanda harap bonda gembira hari ni. Walaupun sambutan sempoi dan ringkas gila. Walaupun menu nasi ayam tu anakanda decide lepas main gita lagu happy birthday dengan pitching dan chords yang berterabur terbarai segala. Walaupun hanya kita bertiga di rumah. (Bear dengan daddy tak pulang lagi) Walaupun tak ada kek mahal, walaupun tak ada candle light dinner. Anakanda harap bonda gembira hari ini. Dan hari-hari jugak.

So this is my latest cake after daddy's birthday last October
p/s: cake by me, deco by Ame a.k.a tomato
We had so much much fun making this one.
Last night was hilarious, right sista?
And the simplest Nasi Ayam EVER
(for the record, this is my first time masak nasi ayam)
pps: soup by Ame (again) thank you darling for helping me.
My God, beratnya hati nak balik Shah Alam ahad ni. (nanges)
No comments:
Post a Comment