BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Aza, kawan sekolah saya akhirnya selamat berkahwin. Selepas Azmu, which I posted on this entry, dan Shaliza (maaf Shaley tak sempat datang walimah awak hari tu dan tak ada entry sebab busy terlampau), so Aza kawan ketiga (rasanya) yang menamatkan zaman bujang. Tahniah-tahniah-tahniah. Kepada Shaley juga, saya jamak sekali entry tahniah ini untuk awak ye sayang. Cepat-cepat timang baby. Pesanan untuk awak berdua.
Masa ni baru sampai. Jumpa pulak kakak senior kitew Kak Aisyah Aziz dengan "anak-anaknyeeww". Tudia, kakak senior pun datang ambek berkat pengantin tau. Hah, Kak Aisyah bila lagi???
Dan memang selalu ada alasan yang valid untuk tidak rasa awkward sebab dulu masa PMR, Ustaz Muhammad inilah cikgu yang paling best yang paling sempoi yang paling sabar dan jugak yang paling pening sekali melayan karenah kitorang. Tak pernah lupa nama anak-anak murid beliau jugak. Hebat. Memang cikgu faling feveret seumur hidup. And by the way, Ustaz Muhammad ni ialah abang ipar Aza. Gambar Aza mana? Hah, kat bawah ni...
Ya, pengantin perempuan itu kawan aku. Hampir 10 tahun lamanya. Atau mungkin lebih. Ok. Jadi atas alasan berkawan lebih 10 tahun maka wajib datang ke majlis perkahwinan beliau sebab kenduri Shaley pun tak datang hari tu. Jangan bagi serba salah datang bertimpa-timpa. Dan alasan yang paling kuat nak datang sebenarnya ialah sebab pengantin perempuan sendiri datang rumah hantar kad dahlah masa tu pagi-pagi dia redah bilik tidur aku dan dengan muka serabai kusut masai aku pandang dia blur sambil ucap tahniah in advance memang invitation paling best yang aku pernah terima seumur hidup. So, itu sebenarnya alasan paling kuat untuk aku datang ke majlis kau Aza. Terima kasih atas susah payah anda.
Sekali lagi, tahniah buat Aza dan suami.
Sekian, penutupnya lepak dekat food court Mydin Seremban Dua.
(yang baru bukak tu and yang diorang claim terbesar dekat Malaysia tu urgh whatever)
Ahli mesyuarat tingkap membentangkan usul-usul perkembangan terbaru diri masing-masing. Jangan terkejut ada yang tokey emas, tokey kedai makan, tokey kedai kain, tokey ayam denak, taklah sebenar-benar tokey, tapi dah dekat lah masing-masing gamaknya. Oh, yang tentera pun ada. Yang tengah menunggu turn sarung cincin selepas Aza, yang tengah bersangkak-sangkak bukak buku lagi, haish, lama pulak nak tunggu habis belajar. Badan dah mula miang gatal dah ni.
No comments:
Post a Comment