Sunday, March 30, 2014

i DoN't CaRe ~ MaY YoU ReSt iN PeaCe



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Sampai satu masa, aku dah give up nak kenal dengan orang. Initiate something is really not me. Nak kena introduce dari mula bagitahu itu ini benda yang entah tak tahu nak cakap berapa kali dah immune sampaikan secara tak langsung aku pandai-pandai je assume orang yang aku baru kenal tu boleh tau je semua pasal aku. Patutnya aku kena buat handbook pasal aku so that bila ada orang nak kenal, suruh dia download handbook tu and tak payah nak tanya aku macam-macam. Kan? Lepas tu relationship tu tidak akan bermakna apa-apa. Baguslah.





Ok, dah nak masuk bulan empat, aku rasa perjalanan aku sepanjang 2014 ni penuh dengan misi mencari menantu mak ayah dengan amat dan sangatlah gigih. Aku kenal orang ni, kenal orang tu, flirt sana sini, usya orang masa tengah jogging, masa tengah window shopping, masa tengah berenti dekat lampu merah pun aku nak usya orang, orang send friend request aku pun approve je walaupun tak kenal. Boleh katakan memang aku sangat gigih tahun ni. Sebab angka 24 tu macam something tau. Walaupun bagi aku muda lagi, tapi mak aku tak fikir macam tu. This is the age when she had me. Tengok la dia komen profile picture aku bawah ni macam mana?







Nampak tak nampak tak nampak tak permainan ayat beliau bagaimana. My God, only if I can see who will I end up with in future, memang aku dah suruh orang tu masuk meminang like sekarang jugak or at least aku akan bagitau mummy dengan konfiden, mak-nilah-dia-menantu-mak-nanti-tapi-tak-boleh-nak-kahwin-sekarang-sebab-along-tak-habis-belajar-lagi-and-tak-keje-lagi-bakdatang-tak-ada-masa-depan-yang-stabil-lagi-so-mak-kena-bersabar-jangan-meroyan-sangat-nak-sambut-menantu-kang-kena-kang. Hah, berani pula aku lontarkan dialog begitu.







But the thing yang aku nak tulis dekat sini bukanlah itu sebenarnya. Ingat tak few months ago aku punya entry pasal paranoid la, pasal feelingless la, pasal something to put on my diary pages ke something entah aku pun tak ingat tajuk entry sendiri, well kalau ada yang ingatlah, all those entries was referring to someone yang aku ingat betul-betul la macam were in relationship dengan aku. Tapi sebenarnya memperbodohkan aku eh jap jap betulkan statement, aku tak bodoh, aku dah nampak dah jalan cerita 'relationship' tu akan pergi ke mana, tapi sajalah nak main-main nak test daya ketahanan emosi dan segala dan yes, I know I was right. Kagum dengan naluri sendiri.





So basically, that Mr. Feelingless yang aku pernah mention before, memang betul-betul FEELINGLESS. Aku tak pasti sama ada dia tu manusia ke, menatang ke, hantu ke, jebon ke, bomoh ke whatever aku tak peduli tapi memang kalau korang jumpa dengan makhluk macam ni, korang silalah cepat-cepat angkat kaki. Sakit hati melayan. Buang masa buang karen. Buang duit??? Err, depends sejauh mana kesanggupan korang memiskinkan diri sendiri laaa. In my case, kalau bukan dia yang lebih, probably sama rata kot. Entahlah. Malas nak fikir. Relationship tak sempat nak start dah consider tamat.





Anyway, tau tak macam mana this JERK punya perangai and kronologi dia flirt dengan aku? Well, everything was sweet and beautiful at the beginning. Biasalah tu. Semua relationship pun aku rasa macam tu. Memang the best skill yang dia ada is MENGAYAT. Sebulan pertama, memang rasa macam fairy tale. Sungguh terbaik. Bahagia siang malam. Senyum tak pernah miss di wajah. Ok, yang ni memang aku rasa bodoh sangat. Tapi tak payah tunggu sebulan, actually hari pertama kitorang jumpa lagi dia dah buat perangai. Tapi biasalah, jenis hati lembut. Semua pun tak apa, semua pun nak biarkan, semua pun nak bagi peluang.





Sebab that was happened too fast. Aku pernah cakap kan lepas lima hari chat kitorang jumpa. Lepas jumpa tu masih suwit lagi, sampailah jumpa kali kedua. Masa tu dah tak ada segan silu sangat, terus keluar setan dia tapi memang spesis bangang dan bodoh jugak aku ni (finally aku mengaku bodoh) masih lagi nak bagi peluang. Eleh, nak mengisi masa lapang katanya. Ada ke boleh main-main dengan perasaan orang? Bongok. Masing-masing bongok. Sumpah bongok.





When I was finally realized the reality, masa tulah dia pandai cover line balik. Memang sungguh aku bagitau dia punya game sangat hebat. Kena pulak dekat aku ni yang memang tak pernah betul-betul in relationship. Jadi conclusion nya di sini, percaya pada naluri sendiri. Walaupun orang cakap, jodoh tu biasanya bertentangan dengan sifat kita, tapi pastikan apa yang bertentangan itu sebenarnya melengkapkan kita. Bukannya bertentangan yang memang tak boleh masuk langsung tau faham tak faham tak faham tak? Contoh eh, dia tak tahu masak (normal la tuh) and kita bagitahu nama-nama peralatan kat dapur tu yang mungkin dia tak tahu like for example grater or mixer or apa-apalah. And kita pulak tak tahu pasal kereta and dia ajar kita macam mana nak chek minyak hitam, macam mana nak pam tayar. Jadi masing-masing tugasnya ialah complement each other. 





Yang tak complement each other tu bila this JERK which I mention this whole time dia cuma tahu macam mana nak show off dengan Mercedes yang MAK dia baru beli and bangga sangat dengan 220kmph bila dia drive atas highway and tak pernah sekali pun dia kisah nak tanya pasal aku atau menunjukkan minat dekat apa yang aku minat. It's all about him and everything is him him and him. Jadi, pilihlah orang yang melengkapkan diri kita. Bukan yang melingkupkan dan hanya tahu pentingkan diri sendiri. 





Sekian, sebaik sahaja entry ini di publish, aku akan block lelaki durjana ini daripada menjadi kawan aku di facebook. Dia tak perlu tahu apa yang aku kutuk dia di sini. Dan kalau dia tahu pun, aku sure dia takkan faham. Betapa kasihannya. Berlagak tuan dia tanah orang, tetapi masih tidak sedar diri. Jangan sampai aku berdoa setiap hari, may you rest in peace.





Thank you for filling my diary pages. I learn a lot from you and one thing for sure, I did't regret any of it. Two month's enough. So go fudge yourself.





2 comments:

ummu said...

waah..sape kah mamat senget tuh?

Unknown said...

mamat senget tak sedar diri. dah la menumpang di tanah orang nak berlagak tuan pulak. sepak bertubitubi kang tau laaa....haha(emosi)

the history

Followers