Tuesday, June 9, 2015

sHe's NaThasHa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Selalu tau, bila orang tanya nama aku, aku akan sebut nama tengah dulu. Natasha. (kalau eja ikut ic, n.a.t.h.a.s.h.a). Tapi I don't really mind as long as bukan n.a.t.a.s.y.a. No 'Y' please, no letter 'Y' la hoi cukup kau buang 'H' aku ni dah apahal intro pun nak meroyan? - oh, tak suka 'y' sebab bila huruf kecik kaki 'y' tu macam cacat sebab dia kat bawah.





And actually sebab lately selalu ada isu dengan nama. Nak cerita hari tu, di suatu pagi yang hening, masa aku nak pergi kerja, ada seorang jiran ni tiba-tiba meramahkan diri dok tanya nama aku. Masa tu aku nak turun lif. Maka aku pun memperkenalkan diri bimbang dilebel jiran-sombong-tak-sedar-diri-bajet-retis ke apa manalah tau kan. Maka aku pun menjawab 'natasha'. Kemudian jiran mengangguk tapi lepas tu dia membalas. 'ada-ea-dalam-islam-nama-natasha?'. Teruslah aku merasa 'ouch-sakitnya-tuh-di-sini' siapa yang berkata Natasha itu bukan nama Islam wahai jiran? Aku cuma mampu mengangguk dan berlalu sebab pintu lif pun dah bukak sempat lemparkan flying kiss kepada jiran ok scene yang last tu sila delete.





Bukan itu sahaja yuno. Few weeks ago, ada seorang office mate ni tiba-tiba panggel aku. Masa tu dekat office obviously. He asked me what's the meaning of my name sebab he's a daddy-to-be. Katanya dia macam nak letak nama 'natasha' dekat anak dia as he's expecting a girl. Well, masa tu aku macam terkedu-kedu sebentar padahal aku tahu maksud nama 'natasha' tu tapi tiba-tiba masa beliau bertanya aku macam blank ntah kenapa ntah laki orang pun boleh terkedu ke natashaaaaa???





Hah, one more conversation dengan sorang mamat ni. Masa tu jumpa dekat McD. Borak-borak sambil line up nak order dekat kaunter. He's Indian. *sempat je kan beramah mesra* And dia pun tanya nama aku. As usual, 'natasha'. Aku berkata. Dia pun terus... 'Wow, first time I heard a muslim girl with that name. I thought.....' bla, bla, bla, terlebih ramah rupanya hatiku menyumpah-nyumpah. Berdoa semoga adik di kaunter McD itu menjalankan tugas beliau dengan efficient tak pasal-pasal kang mak apak aku dapat menantu India haish mujurlah hansem macam Abishek Bachan. Maka aku pun pasrah meringankan mulut.





Ok gais. Ok, ok. Kat bawah ni aku tunjukkan bukti betapa gigihnya aku membuat research mencari maksud nama aku. Lama dah buat research tapi tak simpan evidence. Lagipun dulu jumpa meaning natasha yang 'gift of Allah' je. Not in a linguistic term definitely. Pastu cari-cari lagi, jumpa pulak yang kat bawah ni...






Well, yes. I am strong.






And I am a gift for those who deserve me.





So, basically dia macam tu lah. Mana ada nama orang meaning sampai essay semua aku pun tak tahulah sejauh mana kesahihannya tapi itulah dia.... itulah. So eberibodi, see you later. Dah tau meaning 'natasha' kan. So, janganlah lepas ni stereotype pulak dengar nama tu bukanlah mak saley mana pun aku makan tempoyak jugak hoooiii. 



4 comments:

Anonymous said...

Hai, my name is Natasha too. Honestly, I hate my own name because Natasha is too western and my second name kind of islamic. I always searched the meaning of Natasha and of course there is no meaning in Islam and I feel a bit disappoited because many people asked me the meaning and I don't know. Your post really give a sunshine for me. Plus yes I hate too when ppl keep write Natasya. Just why 'Y'? Do you think my name is a joke? Hahah.

Anonymous said...

my name is natasya and people always write it natasha lollll and ofcourse i always search the meaning of natasya and never found but thanaks to this !

alyadotje said...

Thanks kak !!!! Lawak sungguh na😆

Anonymous said...

hai natasha. boleh tau ke mcm mana awak spell natasha in jawi?

the history

Followers