Saturday, July 3, 2010

HaMPiR DaPaT kOLeJ pOn PeGi SuNwAy PyRaMiD



Masuk kali ini sudah tiga kali I ulang alik pergi Shah Alam ok. Penat tak usah ceritalah. Waktu tulis entry ni pon entah berapa kali ‘backspace’ asyik salah tekan kekunci macamlah ada orang paksa kau tulis belog kan, like kalau tak siap dalam masa DUA PULOH TUJOH SAAT AKU BUNUH KAU. GILE APA? BUAT ASSIGNMENT PON AKU TAK SEKOMITED INI WEH!




Ehem, ehem, kepada Cik Ani yang sedang membaca, ENTRY NI KHAS UNTUK AWAK ok. LILY.




Kepada Encik Julai, your opening was awesome lah. I suke sangat. Dapat jumpe gossip girl saya dan keluar JJCM walaupun versi tak cukup hos. AGAIN. Ish, tasuke tasuke.




Posing pertama ajaa this season. SALUT!
& Location kali ni, we’ve decided




T.G.I Friday’s. Hapa kejadah entah. Aku malas nak cakap panjang pasal ni. BAN, BAN, BAN. Dah la mahal nak maut. Blackened Chicken Alfredo dengan air masam-masam which the name like ‘November Sea Breeze’ yang aku order, itu pon TIGAPULOHLIMARINGGIT ke? Belum kira spaghetti dengan lamonade Ajaa lagi. DASYAT, DASYAT. Saya ulang, restoran ni BAN, BAN, BAN. Duit abish, lemak tebal. Bagus-bagus. I LIKEEEE muchas, muchas...




















Ini muke hipokrit. Model sedang berpure-pure suke dengan santapan itu kau jangan percayalah ingat dia nikmat sangat ke makan? Ntah aku pon tak pasti sebenarnya tapi I didn’t like it.




Habis makan, melangkah keluar dari FRIDAY’S dengan sedikit bengkek, bengkak, bengkok, bengkuk ntah binatang apa bengkuk tu aku pon tatau. Dah la, aku nak pujuk hati pergi shioppin kejap.



Eksyen je nih. Kau ingat aku teruja sangat ke nak kardigan melekat-lekat nih?




Jangan lupa singgah toilet untuk tachap. (perlu ke cerita weh?)




Kemudian cuci-cuci mata tengok pasangan-pasangan kekasih berpegang tangan main ice-skating terkedek-kedek jalan lepas tu tergolek. Kitorang gelak-gelak jap. Lepas tu komen daripada juri pon keluar, “Boyfriend apa nih tak gantle langsung girlfriend jatuh pon tamau tolong.” Weh, apa boyfriend-boyfriend nih? Alergik lah.




Dan kemudian, ada sesi photo shoot. Part time model I, terimalah...












Macam magik seolah-olah kepala model ada pokok pulak. Eh, eh, tengoklah siapa kamerawoman.




Ini bukan model, harap maaf. Cuma nak promote trademark baru ntuk sem ni. Ocha Yamapi. Hipokrit not allowed. Aku dah tau kau bukan investor ‘trademark’ ni, KUCINGSALINAN...!!!


Dah penat bergambar. Duduk kejap. Gossip-gossip. Sambil menikmati Auntie Annes’s.
Sekali lagi bersama model kita.





dan akhir sekali,
Saya cadangkan kita JJCM dekat sini pulak next time. OK. Baiklah, cadangan ditutup. Chiou...~

Thursday, July 1, 2010

EnCiK YaBuKi HaYaTo, Ai sHiTeRuUu...~

Gokusen 2. Drama jepun yang aku tengok baru-baru ni. Apa maksud dia entah aku pon tatau. Yang aku tahu aku sudah jatuh cinta sama Yabuki Hayato ketua kelas 3-D stok budak-budak tak ada masa depan tak ada wawasan sampah masyarakat hapa kejadah semua tuh. (Kriteria prince charming wajib ada!)




Perkenalkan, Yabuki Hayato.




Biasalah ocha, kalau buat preview cerita of course sebab cerita tu SANGATBESTNAKMATI ataupun HEROHENSEMGILE. Dan sambil tu promotlah boleh kasi declare kat semua orang macam ni, HOI HOI MAMAT TU BALAK AKU KAU JANGAN KACAU DIALAH. NAK MATI KE? Ok, faham ye tuan-tuan semua. Dah mamat lain boleh ambik yang atas tu sila ambik jugak kalau mau mati! (Gila dasyat!)




IKLAN SEKEJAP. NAK REPLY MESEJ OBAMA.




Cerita pasal Gokusen 2. Drama ni sangat comel. Cerita pasal sorang cikgu nama dia Yamaguchi Kumiko. Berasal daripada keluarga Yakuza stok mafia-mafia kalau kau tak tahu Yakuza tu apalah ye. Kemudian dia dapat offer mengajar kat sekolah Kurogin hapa nama ntah dan jadi guru kelas 3-D. Dan jumpa budak-budak setan yang macam setan ni. Ada jugak Gokusen 1 dan 3. Tapi aku tak rasa macam nak tengok pun sebab biasalah casting dah lain mana ada YABUKI HAYATO lagi. Dah la tak hensem mana ada selera nak tengok plus antara ketiga-tiga gokusen ni pon, Gokusen 2 la yang rating paling tinggi. Ok, roll~









Yang tengah tu Yamaguchi Kumiko. Nickname, Yankumi. Paling kanan tu atok dia. Dua orang kat sebelah tu geng cikgu-cikgu dia kat sekolah. Dan juga budak-budak setan yang dimaksudkan tadi.









Salah satu scene masa diorang rancang nak sabotaj cikgu diorang. Of coz Hayato yang jadi kepala. Nampak tuh yang kat tengah-tengah tu.




Perangai sume masing-masing macam hantu itu sebablah saja kasi muka tachap kiut-kiut macam ni. (Oh hantu, kiutnya awaaak...!)









But mostly budak-budak setan yang macam hantu ni cuma lima orang saja. Nih, nih.




Dari kiri, Odagiri Ryu, YABUKI HAYATO, Takeda Keita, Hyuuga Kousuke and Tsuciya Hikaru. Cheh, ayat macam ambek gambar kelas pulak. Eh, eh, fokus pada CAPITAL LETTERS ya!
















Daaan, dan antara lima orang tu dua orang ni yang paling kamcheng.


YABUKI HAYATO and Odagiri Ryu


Hot stuff bukan??





Kalau berminat, boleh ambek yang KANAN SAHAJA, sebab KIRI TU AKU PUNYA. SILA REFER STATEMENT CAPITAL LETTERS KAT PERENGGAN ATAS ATAS ATAS TADI KALAU MASIH TAK FAHAM BAHASA MELAYU SAYA! Terima kasih.








Saya tahu anda juga menyimpan perasaan, tapi eh, tolong, tolong, ENCIK YABUKI HAYATO SAYA PUNYA OK. Nampak muka dia dah semacam? Itu maknanya dia tengah tension sebab dari tadi saya asyik mengumpat dia saja. DAH, DAH, makcik nak tutup kedai ni. Tadi CSI datang, dia berjaya bongkarkan satu MISTERI NUSANTARA. Sebenarnya...




Sebenarnya...




Sebenarnya... Sebenarnya...




DRAGON BALL ADA LAPAN BELAS BIJIK.




huwahahahahahahahahaha!!!




Tak, tak. Encik CSI tu bagitahu, sebanarnya, beliau bukan Yabuki Hayato. Tapi...


JIN AKANISHI !!!




Eh, Eh. Ada aku cakap aku suka Akanishi Jin ke? Tak ada kan? Ok, yang ni kalau kau nak ambik silakan. Jangan risau aku tak pakai capital latters. Aku tak minatlah Akanishi Jin ke Jin Akanishi ke, anak jin ke, bapak jin ke, seluar jin pon aku x minat. Yabuki Hayato jejaka idaman kalbu itu hanyalah mimpi semata-mata. Sekian terima kasih. Akhir kata dari saya, ambiklah Jin-jin di atas. Ambek, jangan tak ambik!










p/s 1: siapa rasa-rasa dalam hati dia cakap 'alah, orang dah lama tau cerita nih...' HOI, HOI, ADA AKU KISAH...???

p/s 2: Samalah macam aku minat Captain Jack Sparrow, bukan Jhonny Depp. Aku minat Joe bukan Aaron Aziz. Aku minat Fang Shijie, bukan Jay Chow. Aku minat Rahul, bukan Shah Rukh Khan. Aku minat Gu Jun Pyo bukan, err, tatau apa nama ic dia. Ok bye!

Tuesday, June 29, 2010

ThE pLiGhT oF PaLeSTinE

Hari tu dapat invitation dekat facebook about to attend ‘The Plight of Palestin’, satu program dekat Maahad Ahmadi hari jumaat dan sabtu 26 and 27 of June yang lalu. Salut to Muaz (tak tahu siapalah yang pasti beliau adalah antara kaum-kaum junior time aku sekolah tu dulu) kerana menganjurkan program ni together with the advisor Puan Adzlina which I used to call her as Teacher Ad. Eh, siapa ex-Maahd? Korang faham ke tak apa yang aku cerita nih?



Well, satu kebanggaan juga bila melihat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan juga ex-ex student macam I... Cheh, nak kata dia prihatin la tuh.







Tak, tak, mana ada. Kebetulan rumah sebelah pagar sekolah. Malu la kat kawan-kawan, dari KL sanggup turun Negeri 9 bagi support dekat ex-school tapi kau selamba lepak dekat rumah duduk depan tv kunyah keropok ikan krak kruk krak kruk. Nak mati ke tanamkan sifat macam tu?




Ok, ok. Saya datang. Tapi lambat sikitlah sebab siang-siang hari ambek tender jadi driver Yang Mulia Bundaku Permaisuri Agong nak pergi shopping nak beli kain langsir. Raya nak dekat ni biasalah, kan, kan, kan...






Jadi, malam tu barulah saya datang. Eh, datang awal ok. Sempat lagi tengok adik-adik *senawi 1 buat rehearsal untuk performance diorang malam tu. (*senawi satu - form 4)




So kawaaai, macam stroberi. Comel-comel belaka rasa macam nak ganyang je budak nih sekor-sekor. Geram-geram!






Eh, tapi sebelum tu nak bagitahu, cerita ni tak ikut kronologi ye. Tak ikut tentative program sebab aku main letak je nih. Kalau majlis formal of course la ada ucapan YB ini YB itu, pengetua ini, penceramah itu. Tapi takkan nak cerita semua korang faham-faham sahajalah, apa tak pernah pergi sekolah ke?






(Ok, ni pasangan pengacara.)
Adik Raudhah dan... err, eh adik sebelah tu siapa nama?

Pengetua, Ustaz Abdul Rahim Maamor.





Ucapan perasmian pembukaan

Ucapan perasmian penutup




And lastly, ada persembahan daripada adik-adik ‘Flowers Are Red’ yang aku cakap tadi tu,

Sempat kandid sebelum naek pentas



Beautiful perfomance. Comel blako demo nih.



So, tak hairanlah bila diorang dengan wajah teruja hari tu cakap dengan aku, "Kak Ocha, akak tahu tak TV Hijrah offer kitorang buat persembahan sempena pelancaran tv baru tu." Oooo... Waaaah... Aku pon memberi respon dengan kagum. Yelah dah nampak kereta atas tu, percayalah.

Lepas tu persembahan daripada kumpulan nasyid Maahad
‘Southul Rayyan’,






Dan juga artis jemputan ‘542’ sebut macam ni, ‘Faiffotitu’ – yakni kumpulan rap hip hop yang nyanyi lagu ‘minah-minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak @#$%^&*’ haaa, yang tu, yang itu laaaaa...




Apa gile sekolah aku nih jemput diorang datang buat performance? Ok, ok. Tak gile lah. Cuma berani sahaja. Sebab selalu jemput kumpulan-kumpulan nasyid macam intim tu kan, tiba-tiba pulak jemput kumpulan rap hip-hop. Apa tak ternganga mak cik ocha nih mendengarnya.




Sekarang majlis sudah berakhir. Saya pon minta diri untuk pulang ke rumah, ye. Eh, kejap. ada sesi bergambar dengan adik-adik faveret kesayangan. Ini dia...



Haziqah. Adik gedek kesayangan.



Haziqah lagi, dengan Wardah adik dorm dan Ezzah adik feveret.




Fatin Diyanah. Adik feveret kesayangan jugak.


Hadiah saguhati yang dibawa pulang...

SEKIAN TERIMA KASIH. KITA KEMBALI KE SRI PENTAS.

(special thanks to admin facebook Maahad Ahmadi for some of those pictures)







p/s: ada macam wartawan sekolah tak...?

Monday, June 28, 2010

sELaMaT uLaNg TaHuN, aNaKkU..!!!

Kalau aku nih mak orang la, konfirm dah lama kena maki dengan anak sendiri “Apalah mak ni, kitorang punye birthday dua minggu lepas mak baru nak wish hari ni...” cheh, kurang ajar punye anak, itu nasib baik aku wish. Sekali aku tangan karang.


Eh, eh, itu kalau aku jadi mak orang la. Tapi nasib baik tak jadi kenyataan lagi. Anak yang bukan anak orang pon aku tak terjaga. Nih, nih... Encik Belog ni, umur dia sudah satu tahun dua minggu yer, fyi.


“Minta maaf la cyg mama tak perasan tak tengok kelender masihi. Hari-hari dok kira rejab, syaaban, ramadhan tak tahu bila nak habis ganti puasa. Dok pikir nak beli kain baju raya lagi, kain langsir, kain kusyen, kain cadar, kain selimut haish segala macam kainlah nak beli. Manalah mama sempat nak ingat birthday-birthday ni semua.”


Tapi u all sangatlah comel. Sudah satu tahun dua minggu mana tak comel. Kalau tengok kanak-kanak yang dah umur satu tahun baru nak start berjalan tatih-tatih jatuh bangun jatuh bangun kepala terhentak kat kaki kerusi pon dia boleh gelak-gelak lagi, haaa macam tulah belog aku nih. Kawaaai bukan? Nak fugure yang lebih jelas? Sila lihat kanan. Yang ada kembar dua ekor dalam telur atas kereta api itu anak akulah tu. Jangan tanya siapa bapak dia. Sudah mangkat. Aku jandalah weh!


Sebab anak aku ni bukan anak orang, jadi dia tak banyak songeh. Wish cepat ke, wish lambat ke, janji wish. So, HAPPY BELATED BIRTHDAY TWINS! Teruskan usaha anda. Teruskan membelog. Eh, tulis belog baik apa untuk kesihatan. Oleh itu, sekian terima kasih. Mana tuan rumah? Saya nak minta diri... Ciaou...!!!


Sunday, June 27, 2010

LaGu UnTuK aYaH


Kali kedua wish Happy Fathers Day dekat belog. Ini saja yang mahu di tayangkan. Buat tayangan amal ini bagus apa untuk kesihatan. Malas cakap banyak. Terimalah “WAJIB TAYANG” dari saya...


Kad Hari Bapa handmade nih woo, kau reti ke?
Eeh. Terselit sekali birthday boy saye punye kad.
Aaah, gasaklah.

Ok. Ni nak ceritalah. Dulu masa belog baru-baru nak hidup dulu, masa post pasal Father’s Day kat belog nih, aku ada cakap, aku pernah tulis satu lagu untuk ayah. Tapi masa tu tahap malu sangat melampau sampai rasa nak tutup kepala dengan kotak lepas tu menyorok bawah meja selubung dengan kain halimunan sebab takmau kasi orang tengok lagu versi budak-budak tu laa.


Tapi setahun kemudian, mungkin setelah melalui proses kematangan, aku tak rasa aku perlu malu untuk sesuatu yang aku harus banggakan. Lagu ni, walaupun agak rock, tapi setiap kali aku nyanyi, mesti air mata aku menitik. Tak tahu apasal aku jiwang sangat. Dah dah jangan buat sesi temuramah pulak kat sini. Kalau tak tahu macam mana rentak lagu ni, baca sajalah macam puisi. Nak pantun ke, nak sajak ke, nak syair ke, nak nasyid ke, sukahati makcik tiri abang angkat kau punya jiran blok lima palang sembilan itulah.


Tapi harus di ingat, ini adalah HAKCIPTATERPELIHARA ye pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian. Bukan untuk komersial. Tapi kalau rasa nak buat recording, sila minta izin tuan tanah kedaun dahulu. Saya mahu kelim hak royalti. Sekian terima kasih. Kita kembali ke sri pentas.


KERANAMU AYAH
(bukan ‘keranamu malaysia’ ok)


Andai bukan keranamu takkan ku mampu ada di sini
Andai bukan keranamu takkan kuraih citaku ini

Ayah, kaulah, nadi kakuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri

Takkan pernah kulupakan segala kasih dan pengorbanan
Azimatmu kan ku genggam, biarku harus jauh merantau

Ayah, kaulah, nadi kekuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri

*Cho*
Keranamu ayah,
Kulahir kedunia ini,
melihat indahnya pagi,
yang menyinari hidup ini
Keranamu ayah,
Kujejak ke puncak gading,
meraih anugerah ini,
kurniaaan dari Ilahi,

Ayah, kaulah, nadi kekuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri.
(ulang cho)
Ayah, ayah, ampunkanlah diriku
Ayah, ayah, ku sayang padamu...


p/s: Actually tak tahu bila hari bapa. But, I OWEYS LOVE U AYAH...~ coz u rock..!

the history

Followers