Thursday, May 10, 2012

aKu MaHu JaDi SoLeHaH. SiaPa NaK JoiN?


bila keluar dari kepompong kehidupan,meninjau sementara dunia luar,pelbagai ragam manusia menjadi tatapan dua mata,lantas akal yang bijak terus mentafsir seberapa banyak perlakuan yang dipertontonkan..pergaulan bebas & pemakaian, 2 keadaan yang ku lihat mampu menggelapkan sedikit sinaran hati terapan iman.. sangat-sangat mencabar dunia luar ini dgn hiburan.. apa-apa pun,kembali pada yang asal.. "cegahla kemungkaran di depan mata kita itu dengan kemampuan yang ada.. perbuatan,teguran ataupun sekeping hati kurnian Tuhan.."


IN THE NAME OF ALLAH, 
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
ASSALAMUALAIKUM WBT
PEACE BE UPON HIM, RASULULLAH SAW...



Aku ingatkan, aku sudah cukup kuat untuk berlagak macam biasa. Teruskan hidup seharian dengan perangai yang gila-gila. Buat apa saja yang aku suka. Itu definisi normal bagi aku. Aku nak pakai baju kuning tudung hijau, itu normal bagi aku. Aku nak maki sumpah seranah orang kuat-kuat, itu normal bagi aku. Aku nak makan nasi ayam, nasi kerabu, burger, waffle, ice-blended dalam masa satu hari, itu normal bagi aku. Nak shopping berhabis beratus-ratus pun normal bagi aku. Tapi normal itu dulu. Sekarang? Aku tidak punya normal lagi.




Orang cakap aku buang tebiat. Sakit mental. Klasmet ramai yang tegur aku kau-kenapa-weh? Tapi aku ignore. Too much things in my head sampai aku tak boleh nak cari mana satu coordination system dalam badan yang boleh bawak aku kembali ke pangkal jalan normal aku macam dulu. Aku lost. Sampai satu tahap aku rasa macam aku tak kenal orang. Aku tak nampak sesiapa sepanjang perjalanan aku pergi balik kelas, sepanjang aku duduk dalam kelas, sepanjang aku dekat Shah Alam ni la senang cerita.




I don’t know where and when it begins. Adakah gila aku masih tak hilang lagi? Kecelaruan emosikah? Atau perubahan hormon aku tengah period ni? Mungkin sebab test, assignment, presentation and final year pressure yang ditambah dengan semua faktor tu buat aku jadi macam ni? Aku malas nak komen lagi pasal senior tu. Hati aku memang abviously not here anymore. So, aku kena balik every week untuk pastikan hati aku berada dalam keadaan baik dekat rumah aka dekat senior aku itu. Phathetic hidup aku ni. Sedih. Loser habes.




Honest to say, dalam tak peduli tu, aku masih lagi sempat melihat sekeliling. Melihat ragam orang-orang di sini. Pergaulan mereka. Pemakaian mereka. Percakapan mereka. Aku perhatikan semuanya. Lalu aku mentafsir sendiri dalam hati. Bertanya kepada diri sendiri. Diorang ni belajar tinggi-tinggi, masuk U, tapi kenapa jahil? Tahu hukum Allah, tahu perintah Allah, tahu larangan Allah, tapi buat jugak. Aku tak mengecualikan diri aku. Aku juga pernah terfikir. Kenapa aku terlalu taksub dengan fesyen? Kenapa aku selalu mencari trend dan gaya? Untuk apa aku buat semua tu? Kerana Allah Taala?




Sesungguhnya kalau begitulah niat aku setiap kali nak keluar rumah atau nak keluar ke mana-mana, memang aku takkan keluar. You get what I mean? Tak faham, nanti aku explain lain entry. Aku terlalu sedih dengan diri sendiri. Yang aku sangkakan kuat rupa-rupanya kuat itu adalah kuat untuk menurut arahan nafsu. Nak keluar pakai tudung labuh, tapi tak kena pulak dengan seluar jeans ketat ni. Nak pakai seluar longgar, nampak gemuk pulak. Nak pakai stoking, panas la. Nanti kasut licin susah nak jalan. Nak tutup dada, tak nampak pulak manik-manik dekat baju ni. Nodding. I'm the one who said those. Malu? Biar aku malu sekarang daripada aku malu dekat akhirat nanti.




Aku tahu garis panduan tu. Aku dah belajar lamaaaaaa dulu sebab aku bukan mualaf yang baru masuk Islam semalam ke kelmarin ke. Mak ayah bagi aku ilmu agama dari aku tadika lagi. Mereka pakaikan aku tudung labuh. Mak aku jahit sendiri tudung labuh tu. Mereka halang aku bergaul bebas dengan lelaki sesuka hati. Mereka lakukan sebaik-baik amanah yang Allah berikan kepada mereka. Hantar sekolah agama. Cap Maahad Ahmadi lagi. Suruh hafal Al-Quran, suruh belajar Hadis, Tafsir, Fiqh dan segala. Aku tahu. Aku faham. Aku belajar semua tu bertahun-tahun. Tapi dah besar. Macam ni perangai yang aku buat. Apa tak derhaka namanya?




Jadi tidaklah aku mahu mensia-siakan segala usaha mereka itu. Aku ingin berubah kerana ibu bapaku, juga kerana Allah. Malu bila orang tanya dulu sekolah mana? Maahad Ahmadi (jawab dengan bangga pulak tu). Tapi orang dok pandang aku atas bawah. Macam ni Maahad Ahmadi? - Pengsan.




Walaupun tak banyak, tapi ambillah sedikit tulisan aku ni buat pengajaran. Buat renungan. Semoga dah hujung-hujung dunia ni kita masih sempat packing apa-apa yang patut. Buatnya sekejap lagi Izrail tegur? Nak follow I tak? Nak jawab apa kau? Sat na Izrail, aku tak sembahyang taubat lagi. Sat na Izrail, aku tak mintak ampun kat mak abah lagi. Sat na Izrail, hutang aku dekat Saleha tak bayar lagi. Agak-agak Izrail nak tunggu? Tunggu sajalah di mahkamah Allah.




Aku masih tidak sempurna dan belum sempurna. Kerana sesungguhnya, yang dapat mencapai tahap kesempurnaan itu hanyalah Rasulullah SAW.




Take a break kejap.
Dengarlah lagu ni. Best!




Sekadar menulis untuk mencari redha Allah. Aku mahu jadi solehah. Siapa nak join?

Wednesday, May 9, 2012

HaViNg A MoRniNg SiCkNeSs - I LoVe mOm


ASSALAMUALAIKUM WBT


Aku rasa mual tiba-tiba. Macam morning sickness apakejadah pulak tengah-tengah malam begini mengidam nak makan asam kan. Jeling rumet ada dua bijik oren sunquick rasa macam nak mintak sebijik tapi dia dah tido pulak. Maka tahankan sajalah huish seronok pulak nak cerita morning sickness time-time macam ni kan. Alhamdulillah, test retailing akhirnya berjaya aku sudahkan. Pasrah redho dan tawakal, itu yang sebaiknya aku lakukan sekarang.




Dan Mei pun telah tiba. Bukanlah aku menulis entry ini kerana Hari Ibu yang kononnya setahun sekali disambut itu bakal tiba. Aku tak teringat langsung pun pasal Hari Ibu kejadah semua ni. Mother's Day is everyday kan aku pernah cakap dulu. Just suddenly because I feel like morning sickness ni, then I thought about how was my mother during her time, having me in her womb. Having me as her first child. She must really having a hard time struggling with her body changes. I don't know. I never ask detail. Have you?




Bertuahlah ibumu mempunyai anak sepertimu. Aku, dengan jujurnya, rasa malu dengan diri sendiri. Aku bukan anak yang baik. Terus terang. Walaupun ibu katakan dia senang denganku, walaupun ibu katakan aku anak yang baik, patuh kepadanya, akur suruhannya, tetapi aku masih manusia. Aku juga punyai hati yang muda yang kadang-kadang tak mampu aku nak kawal. Seriously, I am worst in handling my own emotion. Kalau diri sendiri pun tak pandai nak kawal, apatah lagi perasaan orang.




Deep inside my heart, I realized that I hurt a lot of people lately. Including my mom. And I regret it to make her tears falling because of me. Sesungguhnya aku telah menjauhkan diri aku dari mencium bau syurga. Sesungguhnya aku telah melakukan dosa besar itu. Sesungguhnya Allah pernah tidak redha kepadaku. Because I hurt her with my words. And I let her hold it for almost a week. I did realized it. But I was too ego to admit that. 




Alaaa, cakap macam tu je bukan aku tengking atau maki hamun dia. Sesungguhnya, itulah bisikan syaitan yang aku dengar masa itu. Without me realized that hati ibu itu adalah selembut-lembut ciptaan Allah, sehinggakan Allah melarang kita mengatakan 'ah' kepada ibu. A word like that will make you become such an ungrateful child apatah lagi kalau ayat yang panjang berjela.




Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepadaku. Allah masih panjangkan usiaku. Lalu aku sembah kaki ibu. Aku menangis memohon ampunnya. Aku katakan bahawa bukan niatku untuk menyakiti hatinya. Aku katakan bahawa aku terlanjur mengeluarkan kata-kata itu. Sesungguhnya, tiada ibu yang tidak akan mengampunkan dosa anaknya. Katakan kepada aku. Ibu mana yang mahu mendoakan anaknya masuk neraka. Katakan kepada aku. Jika kau menjadi ibu, adakah kau akan menyumpah maki hamun anakmu sendiri? Ok, belum jadi ibu lagi so tak payah cakaplah.




Dan Rasulullah bersabda, 
maka taatlah kepada IBUMU, IBUMU, IBUMU dan kemudian barulah AYAHMU.




Nak katakan betapa tingginya darjat seorang ibu sehinggakan redha Allah itu juga akan sampai kepadamu apabila redha ibu itu bersamamu. Dan semestinya bukan aku suka-suka nak share cerita perbadi aku dekat sini melainkan sebagai pengajaran dan iktibar. Aku tidak mahu orang lain juga melakukan dosa seperti aku. Selagi nyawa belum terpisah dari jasad, selagi Allah memberi kita kesempatan, ucapkanlah cinta kepada orang tuamu. Sehari sekali, mak-ayah, aku sayang padamu. Amboih, cakap dekat boyfriend girlfriend doplohpatjam tak da hal pulak.




Sekian. Dan begitulah kataku. Luahanku yang tiba-tiba rindukan ibu malam-malam macam ni. Dan juga sebab tiba-tiba rasa mual tadi. Morning sickness? Jujur. Aku tak sabar hendak mengalaminya.


Monday, May 7, 2012

kEraNa aKu HaWa YaNg NaFsUnYa SeMbiLaN bEraKaL tuNjaNg


Bismillahirrahmanirrahim

"‎...mencapai sesuatu yang diinginkan bukanlah sesuatu yang mudah..perlu usaha dan keyakinan yang tinggi di samping kemantapan dalam menyusun strategi kehidupan..sekarang mahupun akan datang..pandangan insan-insan berdekatan dijadikan pilihan dan panduan..agar setiap jalan yang dipilih tidak mengikut jalan nafsu semata-mata...kemudian...bila masih lagi sukar membuat pilihan..beristikharahlah,serahkan pada Dia yang Maha Kuasa..sesungguhnya itulah sebaik-baik panduan duniawi & ukhrawi...Insya-Allah.."



Bukanlah aku yang namanya bijak menyusun strategi itu,

Bukanlah aku yang namanya suka berteman rasa putus asa,

Bukanlah aku yang namanya tidak yakin mencuba,

Bukan jualah aku yang tidak merujuk insan-insan sekeliling,

Yang terdahulu makan garam daripadaku,

Yang terdahulu merasa pahit manis kehidupan,

Aku juga mahukan kejayaan,






Sudah aku istikharah kepada Tuhanku,

Sudah aku mohon petunjuk dari Kekasihku,

Mengharapkan jawapan terbaik,

Yang tidak menghampakan,

Yang menenang dan melapangkan,

Ternyata,

Dia telah memberiku petunjuk itu,

Dia menjawab persoalanku,

Membalas keluh kesahku,






Kata-Nya,

Bersabarlah...

Sesungguhnya, itu yang baik untukku,

Kata-Nya,

Bertahanlah...

Sesungguhnya, sabar itu indah,

Katanya,

Percayalah,

Ada hikmah dia siapkan,

Diamku dalam tangis,

Aku bertanya sendiri,

Bagaimana  harus aku kuatkan hati ini,

Bagaimana harus aku kukuhkan iman ini,

Di mana semangatnya,

Di mana cekalnya,

Rapuh,

Tidak mampu aku ucapkan,

Nescaya jika semilir angin lalu pun,

Pasti mampu menggoyahkannya,






Ketahuilah,

Aku tidak kuat,

Aku bukan seperti yang kau sangkakan,

Aku tidak mampu berterus-terang dengan semua orang,

Aku tiada mampu mengorak langkah memulakan perhubungan,

Apatah lagi denganmu,

Ketahuilah,

Hanya yang aku mampu,

Bertahan dalam tahajutku,

Berdoa dalam munajatku,

Meratap dalam sembahku,

Kerana aku hawa biasa,

Nafsunya sembilan berakal tunjang...





ketahuilah juga,
aku tidak tahu sejak bila aku pandai bermadah begini...


Friday, May 4, 2012

CiNTa DaLaM SaBaR iTu MaNiS RuPaNYa



Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Jumaat kawan-kawan,
Sedikit coretan disaat aku semakin sembuh,
Akibat ketidakstabilan emosi yang sangat terlampau baru-baru ni,
Harap dapat jadi pengajaran,
Bahawa jangan terlalu taksub,
dengan perasaan,




Aku pernah jadi macam orang tak siuman seminggu yang lepas. Starting when he didn’t come to that restaurant and my worthless-wait made me go undoubtly emotional. Until I came back here, in Shah Alam. Tiga hari pertama aku selepas naik cuti sangat kritikal. I did mentioned before that I was like mayat hidup kan? Macam zombie. Emotionless. Expressionless. Macam orang tak siumanlah senang cerita. Punya kuat effect dia sampai emosi aku jadi tak stabil teghuih. Allahu akhbar. Betulkah aku jatuh cinta?




Tapi cinta aku kali ni agak aneh sikit. Memang ayat aku macam banyak kali bercintalah kan padahal cinta aku selama ini hanyalah kepada ibu dan ayah, ALLAH dan RASULULLAH. Kau kenapa gelak? Haa, itu yang aku malas nak start kang bila keluar ayat tarbiyah Maahad aku macam ustazah kang kau mulalah tersengih-sengih tersipu-sipu. Aku tukar ringtone nada dering selawat pun kau kasi senyuman sinis kenapakah? Kau promoter ubat gigi?




Jadi first of all aku intro dengan nama senior yang aku pernah mention dulu. Starting with alphabet A. Tapi basicnyalah. Kalau nama IC kot tiba-tiba ada Muhammad kat depan tu exception lah ye nok. Dan masalah unik aku yang pertama di sini ialah, orang yang aku crush selama ini, SEMUANYA, bermula dengan huruf A. Mungkin kebetulan. Tapi kebetulan yang terlalu luar biasa. Aku crush dengan ramai oghang kot.




Dan uniknya masalah aku yang kedua. Kali ni emosi aku menderita dengan amat teruk sampai timbul simptom-simptom yang aku sebutkan di atas atau pun dalam entry-entry sebelum ni. Sesungguhnya sakit itu hanya Allah saja yang tahu. Kalau aku berpuasa, konfirm batal. Sebab sakit itu boleh di klasifikasikan sebagai GILA! Sungguh. Aku pernah rasa pengalaman jadi orang gila ni kau jangan tak percaya. 




Dan bercakap tentang puasa, you will know that it is the best way to restrain your emotion, your desire, senang cerita puasa terbukti merupakan cara terbaik untuk mengawal nafsu dan perasaan. Tapi dalam kes aku ni it's more to stabilize my emotion memang taklah aku nak bernafsu tiba-tiba kan. And I was thinking to propose him. This is serious. But I give myself 3 days istikharah and the answer is, I-decided-to-wait. It might be him, it might be other person. But the point is, I believe that rationally, I'm-just-not-ready. Kalau betul pun dia, he-might-be-not-ready-as-well. Jadi sama-samalah bersabar.




Dan lagi uniknya yang ketiga. Pertama kali dalam hidup, aku bertemu hikmah yang luar biasa selepas penderitaan yang aku rasa ni. Hikmah aku seperti mendapat hidayah daripada Allah. Macam orang bukan Islam, tiba-tiba dapat hidayah nak masuk Islam. Macam orang tak pakai tudung tiba-tiba dapat hidayah nak pakai tudung. Tapi dalam kes aku ni tak adalah tiba-tiba. Bukan aku mintak hidayah itu. Cuma aku minta ketetapan hati. Agar Allah tenangkan perasaan aku. Tenteramkan jiwa aku. Mujur weh test hari isnin aku hari tu tak jadi. Kalau tak memang siaplah kena silat dengan Miss Retailing aku yang tersayang itu. Nescaya failed habes! Bak mai surat tunjuk sebab kenapa fail.




Jadi masuk hari kelima aku menjalani sesi terapi, muhasabah diri dan kaunseling diri sendiri, tak ada lain yang aku buat melainkan mendekatkan diri kepada Allah. Assignment, kerja sekolah, aku biaq pi sekejap. Bukan biaq pi teghuih tu memang cari musibah namanya. Dah tahun akhir kau nak buat perangai kan. Jadi dalam tempoh masa itulah aku sedar. Aku berfikir. Aku istikharah. Aku mengadu dan bermohon kepada Allah dalam setiap solat. Aku katakan yang aku sangat cintakan dia. Maka didiklah aku untuk jadi solehah agar selayaknya aku mendapat imam yang soleh sepertinya. Sekarang, dia bukan lagi priority, tetapi hidayah yang aku terima ini, minta Allah kekalkan dalam diri.




Aku anak sulung. Jadi amanah dan tanggungjawab aku banyak. Masih jauh perjalanan untuk aku tempuh sebelum masanya ibu ayah lepaskan aku. InsyaAllah, kalau sampai seru aku kahwin, aku jemput korang semua. Jangan risau.





Nak begini boleh?

Tuesday, May 1, 2012

i WiSh He'S My NuMBeR oNe



Bismillahirahmannirrahim

And Peace be upon u people,




7 days. 

To be honest, this is such a long period of time. 

To be recover from this pain. 

In fact, I’m still not fully recover yet.

I'm still in hurt. 

There’s still a moment, when I suddently remember him, and my tears falling. 

Also the moment, when I feel like going back to my hometown.

Like I don’t care if I have to work at that restaurant as long as I can meet him everyday. 

And there’s also a moment, I feel like a newbie here.

Like this is the first time I come to Shah Alam. 

And I become so silent. 

I have no spirit to do anything. 

I only day dreaming. 

I have no appetite. 

I don’t even want to speak to anybody. 

I lost my thoughts and feelings. 

I feel like dying. 

And it’s all because I left my heart with him. 

Two days I’m here. In shah Alam. 

I have nobody to talk to. 




Then I realized that, I still have HIM, MY LORD. 

I took this a piece of my heart,

and I told HIM everything.

I asked HIM for everything.

And with all my might, I cried in front of HIM,

My countless of tears, 

HE wiped it away. 

Even I’m not the normal me anymore,

but the feeling of calm and peace I gained right now, 

made me realized that, 

maybe HE tested me with this feeling to make me awake

and notice that my heart is actually missed HIM so much

I 'leave' HIM for such a long time. 

Astaghfirullah al-azim. 

Forgive me LORD...

And thank you for not neglecting me~





Saturday, April 28, 2012

Dia Ada pRiNcE


Assalamualaikum wbt...


Aku baru perasan sesuatu hari ni.




Apa persamaan...




aku




dengan dia...?


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=



Kaler baju kitorang.




Tapi dia apa prince, aku tak ada. Bye!

Friday, April 27, 2012

YoU'rE a HaRmOniZeR


ASSALAMUALAIKUM WBT


I found this personality test question from Kak Yana's Blog. Feel free to test yourself as I retrieved from here, http://personality.visualdna.com/. There a lot actually, but I just paste the personality about my SPIRIT. The rest like home, money, love, family and others biaq pi laa... I really have nothing to comment. Saja buang masa kan.




You're a Harmonizer. 
Yeah so, Imma HARMONIZER
(lah sangat)




You're ambitious and determined with impressive energy levels. When you decide that you want something, you put your mind to achieving it.



Reliable and trustworthy, you seek harmony and balance in your life. You forge strong, long-lasting friendships, and your friends value your honesty and frank opinions. 



You tend to value routine and security.You know how to take the good with the bad. Your balanced attitude means life feels pretty good and you're comfortable in your own skin.



When it comes to improving things in your life, why would you say no to extra cash? It would be great to treat the family whenever you feel like it. The trick is to be disciplined about budgeting. If you stay on top of your finances, you'll feel a lot more secure and probably save a bit too.



Have you ever written a list of your positive features or asked your friends to do the same? It's a great exercise, and it might just surprise you. 



As a Harmonizer, it's important to learn to trust your intuition and to know that everything will work out for the best. Learn to say yes to new experiences from time to time. 



Your confidence and self-belief will continue to grow. Sometimes a challenge or a change of scene could be just what you need.



For you, a loving relationship allows you to feeling like you can be yourself. You appreciate having a safe space away from the pressures of everyday life where you can truly switch off and relax.




Begitukah?



Thursday, April 26, 2012

ThE OpEn DiaRy - RaSa MaCaM SaKiT MiaNg Dah DaTaNg



Peace be upon you people
Assalamualaikum,
Before the dawn entry...



Ok. This is absurd. He makes me go insane. And I’m totally fall for him. Almost two hours I getting on my bed but still I failed to sleep. Sebab tu aku berani cakap diri aku sendiri gila. Pernah jumpa orang baru balik kerja pukul 2 pagi tapi mata segar macam ni? Stupid. That’s the best word to describe me right now. Nak kata aku ambik kafien, definitely none. Setakat teh tarik? Oh hello. Hebat sangat ke effect dia sampai aku tak boleh lelap macam ni?




So he’s my caffien. He’s my drug. And I addicted to him. Aku tahulah sebab aku yang rasa, gila! Dah macam lagu Keisha pulak dah. Your love is my drug la sangat kan. Tebiat apa aku pukul 4 pagi hok merepek macam ni. Itu pasal lah aku cakap, that guy is incredebly ohsem sampai buat aku terguling-guling atas katil selama dua jam. Tak boleh lelapkan mata langsung. Langsung. Seriously aku tak tipu. Kalau aku ada 10 BFF and sepuluh-sepuluh tu suruh aku confess dekat dia. U bet. I’ll go over him right away.




Urut dada sekejap. Mujurlah BFF aku berapa kerat je. So, courage tu taklah sehebat mana kalau nak lawan dengan akal fikiran dan tahap keimanan aku yang tak seberapa ni. Sigh. Sesungguhnya, kenapalah hati aku ni terlalu lemah untuk tidak berasa self-delusion? Memang betul pun. Apa yang aku cerita ni semuanya hanya perasaan aku sendiri je. My one and only feeling. Yang memang terang-terang tak ada bukti nak claim kot-kot la pria pujaan hatiku itu menaruh hati kepadaku jua. Ke langit ke tujuh perginya aku nanti.




He only asked me for a cold water. He asked me for a tooth pick. He even asked me for a take away fresh orange by whispering at me. Tak faham kenapa nak whisper. But I found that all those moments between us are kind of different from other person that I used to deal with. Kenapa aku tak rasa pelik or self-delusion as I said just now when it comes to other people hah? They even asked for my name. Asked for my phone number. Memang kalau nak compare dengan this heart-attacker guy, which is definitely hopeless, jangan cakap nak tanya nombor phone, aku add dia dekat fesbuk pun dia boleh tak tau. Padahal junior dia nih.




Haaa, karang ada yang dapat statement, ‘Hellow-abang-dulu-time-skulah-kemain-seronok-ragging-junior-takkan-sekarang-dah-lupa-kot?’ acanne? Ternganga beliau. Dengan aku-aku sekali terngaga kang macam tak percaya pulak aku berani nak direct sound senior ok ex-senior begitu kan. Dah la title ustaz sekarang. Bak kata Zura, taste aku ni memang tak ada lain nak yang ustaz-ustaz, tok Imam Muda segala, geng surau lah, geng masjid lah, geng usrah badar lah, tapi perangai sendiri ntah apakejadah. Haaa, ni yang tiba-tiba rasa macam nak nanges ni.




Tengah musim-musim k-pok melanda, baru nak try bb cream, baru nak belajar ikat tudung najwa latif sambil pegang gitar dah kena tukar angin monsun pakai tuduh labuh versi lerang 80 balik der. Phew. Aku harus istikharah kalau nak melakukan itu. Eh, Ustaz Akhil Hayy rock apa walaupun dia ustaz. Takkan gua tak boleh jadi ustazah rock jugak. Pakai tudung versi Yuna ke Najwa Latif ke, tak semestinya gua tak reti jadi iman der. Bukan nak bangga riak takabur ke hapa kan. Tapi gua mengaji lagi sedap daripada gua menyanyi der. Gua pernah jadi Naqibah apa. Ingat semua orang boleh lead usrah? U ols mampu? Haaa, kan dah melalut.




Tapi tu la point gua nak cakap. Achely memang luaran gua macam ni. Tapi dalam hati gua sentiasa Maahad. Sorry. Hati ana sentiasa Maahad. Orang tak kenal, maka tak nampak. So in conclusion. If I want that guy to see me as a Mahadiah, so I have to pretend. Which is so not me. Otherwise I have to give up. Carilah orang lain yang bukan ustaz yang definitely won’t see you as a ustazah eventhough almost the whole my 22nd years life I have nothing but an Ustaz as my parent’s in-law candidates. Petheticnya saya.




Tapi kau boleh bayangkan tak bila aku dah cakap makhluk itu cute maksudnya dia memang cute dan cute lah. Sampaikan rasa macam nak mintak cerai dengan Lee Dong Hae. Tapi tak boleh la aku bagi example lebih-lebih kang ada pulak yang meninggal akibat kegelian terlampau dengan example aku ni kang haaa. Cukuplah aku pernah buat aksi terlombat-lompat dek excited yang terlampau depan dia weh. Sumpah aku tak mau dekat dengan dia lagi dah. Pandang dari jauh je yang aku mampu. Itu pun dah separuh nyawa aku kerahkan tenaga agar behave depan dia. Sedih. Sedih hidup aku ni. Kang tak sempat separuh masa kedua dah kena reject kang. Itu lagilah sedih.




So apa aku nak buat sekarang? Apa aku kena buat sekarang? He even became my phone wallpaper already yuno. Sangat dahsyat impak maksima manusia bernama senior itu rupanya. Aku bukan apa. Aku bukan suka-suka nak jaja cerita peribadi yang menyerlahkan kegedikkan aku dekat orang ramai macam ni. Tapi diari gua dah penuh der. Page untuk besok pun gua dah penuhkan. Semua dok gebang cerita dia je. Tu yang gua tension sampai rasa nak mengarang dekat belog ni haa. Tak payah komen. Post ni, versi open diary gua. Lu baca, lu diam-diam je. Kalau jumpa senior itu, kirim salam sajalah. Chalo mere beteh. Tido.




Please abang, janganlah merajuk sampai nak bawak diri ke Siam pulak. 
Gila I ni sekejap je. Besok-besok dia normal la tuu~


p/s: I tetap setia dekat u sampai bila-bila okeh ^_^

Wednesday, April 25, 2012

WhEn My TeMpEr ReaChEd tHe LiMiT




Peace be upon u people
Assalamualaikum wbt
And hai...



To tell you honestly, I’m quite annoying with this one person. It has been a while. Since... I don’t know when. And the degree of annoying-ness keep increasing till at one point I feel like to murder that people. Scary tak? Syukurlah, I’m still beriman and managed to control myself.




But this friend of mine, I don’t know what she made of, but she got an-angel-like-heart. Really kind-hearted till I can’t say a word about her kindness. Tinggi sungguh puji-pujian aku. No. Only at that point. I don’t know how she able to hold on everything sampai aku pulak yang rasa geram towards that people. Yes. That stupid damn people I mentioned before. The one who always annoyed me. Yes. That one.




Memang taklah kalau aku nak cerita sedetail-detailnya dekat sini kan. But as a human being, don’t you have any sense? Tak fikir ke kalau kau berada dekat tempat orang tu? Kalau sekarang pun tak tahu macam mana nak consider others feeling, kau fikir in future orang mahu consider your feeling kah? Tunggu sampai satu hari nanti Tuhan tarik nikmat itu daripada kau then u’ll know Tuhan itu lagi kaya daripada kau atau tidak.




Kau fikir kau dah cukup bagus? Dahlah selama ni kau punya selfish tu aku diamkan aje. Kau punya gedik tu aku sabar lagi. Jangan sampai tahap kesabaran aku habis kang, ada yang hilang tayar kereta nanti.




Jadi sila siapkan tayar spare ok. 
Haaa, kang ni makan dia.

Tuesday, April 24, 2012

FiRDaUs'S PiEcE oF aRt


Assalamualaikum wbt




The best part about this mid-term break is, bukan lagi mandi-manda dekat jeram tengkek or jalan-jalan Putrajaya or date around UKM's Library ataupun beraya di rumah bakal mak mertua unfortunately tak jadi kenyataan phew~ Tapi bekerja kembali dekat HAFIZ TOM YAM. Did I mentioned before? Ya, sayalah wanita yang kononnya bekerjaya sangat tu. Cuti mid-term setakat seminggu ni pun tak geti nak duduk diam kat rumah.




But, it was really excited to know that my beloved adik-adik rupanya masih ada di sana lagi. I seriously thought they were quit already. Assa, maka sebaik saja aku masuk hari tu, maka sistem saraf pun menjadi aktif. Terasa macam bernafas apabila dikelilingi kanak-kanak riang seperti mereka rasa macam adik beradik yang sudah terpisah sekian lama akhirnya bertemu semula. Sob sob. All thanks to abang Hafiz nano nano nano sebab sudi menerima khidmat saya walaupun cuma seminggu. (terharu lagi)




So, tak tahulah lepas ni feeling rajin ni singgah lagi ke tidak, but as for today, terimalah the piece of art daripada Firdaus, the that I used to mention before, kalau tak ingat boleh kelik entry untuk adik-adik ni...




He made me smile while reading this.




Semuanya sebab aku nak solat magrib masa tu. Tak tahu pulak suis lampu tu short so kalau tekan maka satu kedai pun akan black out. And depa ni pulak dok baguih sangat tak warning aku, maka aku pun dengan selambanya mem'blackout'kan kedai tu kelmarin. Ambik kau tercampak sudip abang Hafiz nano nano nano...hah. Dan lepas tulah, Firdaus dok mengarang love letter di atas. So cute kan?




p/s: tapi lupa pula nak snap gambar si Firdaus tu haa... nanti-nanti lah.

Monday, April 23, 2012

Ku DoaKaN PaNaS iTu BiaRLaH SaMPai kE pEtaNg


~ASSALAMUALAIKUM WBT~


Story about dinner sudah. Story about battleship pun done. Story about makan-makan? Yang aku rasa nak story aku story yang aku rasa regret then I'm sorry tak ada hati nak publish kat sini. So sekarang, aku akan menumpukan perhatian selama seminggu ini kepada keluarga dan ibu bapa dan adik-adik dan juga fokus pada kerjaya (bekerjaya sangat aku dekat Hafiz TomYam tu) dan di samping juga meneruskan usaha untuk mengejar 2nd class upper degree yosh memang 1st class degree sudah melambaikan tangan tapi tak mengapa... YOSH, GANBATTE KUDASAI...! (genggam kedua-dua belah tangan dengan mata terpejam).




So, jadi, maka, aku pun tiba-tiba terlintas dalam kepala otak, untuk update sesuatu tentang seorang kawan aku ni. Si Nurul ni. Yang sedang berbahagia dengan insan tersayang dia sekarang ni. Rasa macam kena pulak hujan petir ribut segala dekat rumah aku sekarang sebab tak boleh tengok tv dah tentu-tentu tak boleh tengok Mc Garret kan phew apakah malang, hari tak keje pun tak ada makna. Dahlah sekian lama aku tunggu cerita tu yuno. Pffft.




Dan ye, hari ni Abang Hafiz nano nano nano tutup kedai sebab tak tahulah kenapa. Tapi tak apalah. Siap jugak nota retailing aku. Siap-memanglah-siap-bacanya-tidak. Kan ke manusia yang sungguh tidak berguna tu. Dan so, mari aku cerita sikit kisah minggu lepas. Buat kali kedua dalam semester ni, aku pergi ke Nilai just to meet my beloved BFF Nurul Jannah.




Meet my dearest.




Sememangnya Nilai dan Shah Alam itu tidaklah jauh mana. Tapi still penat jugaklah kalau drive sorang-sorang. Foreveralone memang tak pernah bahagia kalau bersendirian. Tapi walau macam mana pun, kepada tuan badan dan tuan tanah kedaun, saya mendoakan yang terbaik untuk anda berdua. Selagi tak sah dan tak official, maka aku tak boleh la nak reveal cerita sepenuhnya. Cuma mengharapkan, semoga tiadalah hujan di tengah hari. Mari sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka.




Kawan aku bahagia, aku pun turut bahagia. Abang ipar, be good to my sister. Chalo mere beteh...




LETS MOVE TO ANOTHER STAGE!






Abang-abang I nak keluar Japan 3rd Single mereka.
Excited! - I'm fainting at 0.37.
(geli)

Saturday, April 21, 2012

DiNnEr DeNgaN gEnG sEKaMpUnG


Assalamualaikum wbt



Dinner apa tengah-tengah sem? Haa, kau ingat dinner hanya di hujung-hujung sem je ke? (geleng-geleng kepala penuh dramatis) Tuan hamba silap. Siapa cakap dinner hanya di hujung sem? Kalau begitulah sangkaan tuan hamba nescaya hamba takkan jadi semontel ini kerana makan malam itu adalah dinner dan hamba makan malam setiap hari. Jadi moral of the story? Actually story aku memang tak pernah bermoral.




Hari tu aku pergi dinner dengan Mazlinda dan (Maz)Nizam. Ok Khairul Nizam. Aku saja tambah Maz sebab they got a  lot of common characteristics macam waaa tak sampai 24 jam, ok not even 12 hours, first time jumpa pukul 8 sampai pukul 12 malam tu, aku rasa macam betul ke depa ni baru kenai? Phew... memang kawan-kawan aku spesis mesra alam macam aku juga rupanya. And semestinya we had a lots of fun walaupun cuma bertiga saja. (Hajat hati nak mencari jodoh malam tu tak kesampaian nak buat macam mana.)









So, here the menu. Soto ayam, nasi minyak, rendang daging, udang sambal, acar timun nenas, kailan dengan sayur campur, buah-buahan and jelly longan. Part jelly tu aku memang rasa nak lempang je Nizam... Sebab apa? Sebab aku memang suka lempang orang. Hahah. Dah. Lain kali kau jangan ajar aku makan benda yang bukan-bukan ye Linda.








Dan bawah ni ialah ketika Tok Mad saya sedang berucap dengan asyiknya. Memang aku suka dengar ucapan satu jam lebih ni. Sebab tempoh masa itu memang teramat sangatlah stategik kalau nak bergurau senda bergelak ketawa berposing dan menjadi model separuh masa tanpa menghiraukan masyarakat kan. Aku tak faham macam mana tiga kepala ini boleh jadi satu dalam bab-bab macam ni.




Dah meja strategik sangat, ambik gambar tang skrin besar jela...




Anyway, A BIG THANKS to Nizam sebab mempromosikan dinner ini dan sebab sudi join kitorang sekali. Kalau tidak, memang aku menangis malam tu sebab tiket parking SACC Mall faulty dengan tiba-tiba dan aku tak boleh bayar parking dan sudah semestinya aku tak boleh balik. Jadi dengan adanya Nizam, maka adalah penyelamat, maka adalah superhero wah tiba-tiba dapat title superhero. Jadi, terima kasih sekali lagi. Sekian. U guys memang hapPENING dan oHsEm!
















p/s: Battleship pun ohsem~

Tuesday, April 17, 2012

WaLaUpUn KiTa StReSs, TaPi KiTa JaNgaN mEnGaKu


Assalamualaikum wbt



Remember Izzah? Yang aku pernah mention dalam entry ini suatu masa dahulu. Yes. And semalam we had another conversation. Dalam toilet. Masa tu aku tengah basuh muka. And Izzah gosok gigi.




Izzah: Kak Ocha busy eh?


Aku: (Tanpa berfikir panjang.) Busy jugak laa. Kenapa Izzah?


Since Izzah is one of the MCC members, so I assume that she might ask me regarding MCC la kan. Tapi dalam hati, really I wanna be straight. Kalau boleh tolong, aku tolong. Kalau tak, Kak Ocha mintak maaf ye Izzah. Dalam hati laa... Then tibe-tibe.


Izzah: Oooh patutlah.


Aku: Apa yang patut?


Izzah: Kak Ocha nampak stress.


Aku: (terkebil-kebil macam ayam kena senggugut) Chincha? Conmal? Paaang, respon yang memang mengundang maut bajet kau basuh muka dekat hostel University of Korea kan?




Tapi Izzah,

Walaupun Kak Ocha nampak stress, but it's not really that kind of stress yang sampai rasa nak tarik-tarik rambut, rasa nak terjun bangunan or nak kira berapa helai daun dekat pokok tu ye. Alhamdulillah. Belum sampai tahap tu lagi. So, assume saja Kak Ocha OK. Assume.....




p/s: orang gila mana nak mengaku dia gila.




Bagi aku sekor boipren hok ni, tido library pun aku sanggup.
Stress konfirm haram nak datang.




p/s lagi:
Aku takkan promote sesuatu kalau tak best.
So, tengoklah Marry Me Mary.




Walaupun cerita dia dari awal sampai akhir semua dok tayang couple duoghang tu buat aksi comey comeh dan comemey. Dan walaupun aku sedar diri ini tidak berteman foreveralonewhateveridontcare. Dan walaupun Jang Gun Seuk dalam ni macam gay dengan rambut panjang begitu. Tapi sebab cerita ni banyak scene yang comey dan lawak, jadi aku tetap suka. Daa~


Saturday, April 14, 2012

BiLa AgOnG DaH BaGi CuTi MaKa KiTa HaRuS MaNFaaTkaNnYa


ASSALAMUALAIKUM
PEACE BE UPON U PEOPLE
ANYEONG HASEYO
(gedik kan greeting last sekali tu?)



Ok. Daulat Tuanku. Terima kasih patik ucapkan kepada Tuanku kerana sudi memperkenankan patik dan seluruh rakyat jelata cuti umum pada hari rabu lalu. Maka bila keluar shopping masa tu, semua harga barang jadi luar biasa. Pergi Seoul Garden tak dapat student price. Pergi TGV pun tak dapat tiket murah. Tapi nasib baik Mirror Mirror itu berbaloi ditonton. Comelnya Snow White.




Isn't she?




Jadi bila dah tua-tua ni, tak ada dah perangai rakus-rakus nak bergambar. Dah lah tak comel macam Snow White tak sedar diri lagi nak terposing-posing dalam panggung wayang aku tak faham perangai remaja-remaja sekarang. Ok, tapi muka memang puas hati gila bila keluar dotdotdot galery dan pegang dua plastic bag rasa macam heaven sangat walaupun hanya berbelanja dua item dengan harga kurang daripada seratus ringgit econsave tak aku? Discount 70 percent memanglah econsave sangat.




Tengah tunggu kasut turun dari langit.




Tengah tunggu orang tua masuk fitting room.
(Sempat lagi u ols)




Kau mampu shopping begini?




Dan mirror mirror tu tadi. Silalah tonton. Memang harga tiket wayang aku during public holiday yang sebanyak 14 hengget tu rasa teramatlah berbaloi bila dapat melepaskan rindu terhadap Julia Robert dan Snow White nyew. Aku tak pandailah nak preview movie ni. Kalau aku dah suggest pergi tengok tu maka silalah pergi.





Tak puas promote lagi rupanya




Nanti nescaya muka akan bahagia macam ni...




Semestinya yang terbaik dari ladang ialah bila dapat bersantap seperti maharaja dan maharani dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Nak sesama alien kang macam kuang hajau pulak hiperbola aku tak reti nak beragak kan. Jadi memandangkan aku ada modul besok, rasa malas untuk menulis tiba-tiba membuak-buak pulak kan ayat aku membuak-buak gitew. Apalah dah tua-tua pun nak suruh berkenal-kenalan sesama rakan sebaya tak puas-puas nak ber LDK. Memang aku part one lagi. Dah, bye!





Mesti kau sangka ini manusia ke hapa yang makan begini kan?




Percayalah, ia memang manusia.




Manusia yang mengalahkan Bosniaharzegiviahayeebayeeba.
Kanak-kanak memang harus makan sayur dengan banyak untuk tumbesaran.




Dah la. Bye lagi sekali.




p/s: sedang merangka plan untuk ke tanah tinggi. aku tak kira, nak main roller coaster jugak!


Thursday, April 12, 2012

BeRtEmU SaMeEr SyaRma dEkaT kEdai NaSi aRaB cHeEwaH


ASSALAMUALAIKUM WBT


Broadband aku dah terminate. So tolonglah faham kenapa belog aku ni loser sangat lately. Tapi tadi baru bayar. So dah tak loser lagi dah. Tapi dah seminggu, tapi walaupun dah lambat sangat nak letak cerita kedai arab hari tu tapi aku punya belog maka aku punya suka hati. 




Hari tu kedai arab dekat seksyen 7 tu aku pergi. Dengan Haajar yang termengidam nak makan tekak negara mummy dia tu. Linda tak join sebab dia buat kerja sekolah nanti tak siap cikgu marah so dia tak mahu ikot. 




Sekian, aku pun tak tahu nak describe makanan kat kedai arab tu macam mana. Tapi dah nama pun nasi arab haruslah berkonsepkan arab beras basmathi kau panjang-panjang gitew. Yang aku tak faham kenapa sosej dia sebegini rupa








Walau apa pun yang bermain di pikiran hangpa, semua ni dah masuk perut kami.




 Dan beras yang panjang tuuu~








Eniwei, seperti yang I cakap tadi, semuanya habis sebab kami bukan manusia yang suka membazir alhamdulillah. Dan yang paling menarik, kedai tu hanya aku dengan Haajar je customer dia. Then bila dah half time, barulah masuk dua orang budak perempuan ni duduk selang semeja kitorang dan tak lama lepas tu pulak, masuk lagi satu grup foreigner ni. Guys ok and very the attention grabber.




 


Seperti yang aku caption dekat atas tu, nama dia Sameer Sharma. (cofident nama dia Sameer Sharma). Alaa, yang berlakon dalam filem Mohabbatein tu. Cuba korang google kalau tak kenal. Then itulah iras muka mat saleh yang Haajar dok seriau sangat malam tu sampai sanggup paksa aku mintak number phone beliau tak boleh belah. Haajar oooi, remember this, foreveralonebuatcaraforeveralone. Tak kuasa aku nak melayan kau minum vitagen kologen lagi bagus.






p/s: sayangi perut anda setiap hari VITAGEN!

Tuesday, April 3, 2012

SeTeLaH ia mEnJaDi ZoMbiE...


Assalamualaikum wbt~



And hellooooowww, kalah Datuk Najib punya bizi. Phew, memang list-to-do I taklah berderet seperti panjangnya orang beratur membeli kelapa jeli di tepi pantai Melaka, tapi setiap list yang pendek itu bagai ayam kena sembelih aku nak menyudahkannya. Metaphor kan ayat?




Oleh itu, tak sabar nak makan besok sebab nak ambek gambar dan nak update dekat belog. So, kalau tak makan, belog I loser. Kalau loser, mulalah rasa macam nak terjun tingkat sembilan Blok 4B Melati sambil buat muka tak ada perasaan macam kambing melintas jalan tak pandang kiri kanan. Samala macam kambing punya metaphor.




 Siapa kata I curang dengan LEE DONG HAE?
(tiba-tiba)




p/s: hanya zombie yang mampu tulis entry macam ni.

the history

Followers