Tuesday, July 3, 2012

fOr U, EnCiK BaKaL sUaMi. [hEw GaTaL]


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW







Kepada Encik Bakal Suami,



Saya sekarang sedang mensolehahkan diri saya, 

Kita belum dipertemukan kerana, 

Allah tahu saya masih belum cukup solehah lagi untuk awak,

Saya juga belum cukup sifat untuk diangkat sebagai isteri awak. 

Banyak perangai budak-budak yang tak habis buang lagi.




Tapi saya dah ada idea wedding kita bagaimana phew nah awak tengok ni








Hipotesis entry:

Semakin gila study untuk final, 
semakin tak munasabah entry saya

Saturday, June 30, 2012

GoOd LuCk FoR FiNaL eXam sPaiN. Eh?



IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



IQ, EQ, SQ, PQ



I hope this would be the simplest one. But firstly, dia cantik sangat! Irma Hasmie. Aku tengok gambar akad nikah dia dekat beautiful nara pergh serius rasa nak kahwin hormon miang meningkat dengan mendadak sampai lupa besok 1st paper final. Bukanlah suka sangat dengan Irma Hasmie (tapi suka la jugak) just the moment I saw her wedding dress, terus terdetik dalam hati eh, design dia sama la macam design baju pengantin yang aku borak-borak dengan mak malam tadi - masa tu tak bukak beautiful nara lagi ok. 




Sambil baring sebelah mak atas katil tu, pandang siling, berangan design baju kahwin aku ok korang kena faham situasi aku bila final exam memang begini. It's just kaler je lain. Mak nak warna dark grey untuk bersanding. Untuk nikah, aku suggest peach dengan bronze mummy pun terus approve best kan belum kahwin dah ada designer untuk wedding dress. Ok cukup! (macam tak ada harapan nak buat entry simple je)




Tahniah Kak Irma ^_^








sumber daripada: beautifulnara




Macam ni lah. Exactly just like my mom said. Ada manik-manik dekat lengan. Lengan baju pulak jenis yang cerut tu. And dekat pinggang pun ada manik-manik jugak. Tak mahu dekat dada sebab nanti tudung tutup labuh so tak nampak kan. Then dia tak mau too crowded. Ala-ala jubah dan tak ikut shape sangat. Senang cerita simple and elegant. (nampak gaya kalau nak kahwin nanti kena book Hatta Dolmat jugaklah ~ takpercayastatementsendiri)




Sudah sudah. Actually aku nak cakap pasal exam. Macam yang aku tulis IQ, EQ, SQ, PQ dekat atas tadi kan. Obviously IQ memang sangat penting. Intelligent quotient tu kalau tak ada tak bertamadunlah hidup. Tapi kita tak boleh bergantung kepada IQ semata-mata sebab dalam exam EQ which is emotional quotient pun penting jugak sebab kalau tak pandai nak bajet emosi mana nak bajet kepala otak kan?




Ni yang tibe-tibe rasa nak relate balik dengan cerita kahwin tadi ni.
Ok next!




Then followed by SQ which is spiritual quotient haaa part ni yang aku paling suka sebab spiritual ni means kita menjaga hubungan dalaman kita. Hubungan kita dengan Allah, diri kita, hati kita serba-serbi yang dalaman punya part lah. Jadi inilah point yang aku nak cakap sebenarnya. Sempena musim exam ni, jangan lupa solat, yang wajib tu semestinya tapi upgrade kan lagi dengan solat sunat lagi best kalau dapat tahajut a.k.a qiamulail. Baca al-quran. Berzikir. Pendek kata, bergantung sepenuhnya kepada Allah. Tapi dengan syarat kita berusahalah. Jangan kau rilek tak baca buku lepas tu mengidam nak dapat dekan tak dapek do jang.




Dan sesibuk mana pun, jangan jadikan itu alasan untuk lalai menunaikan kewajipan kepada Allah ye adik-adik ^_^




Oh bercakap pasal dekan tadi, cukuplah selama ini aku belajar dengan harapan untuk mendapat title itu. Kali ni tidak lagi. Aku hanya mahu ilmu yang aku belajar itu bermanfaat untuk aku di masa hadapan, berguna dan paling penting berkat. Result yang aku dapat nanti, tak kiralah apa sekalipun yang penting aku nak berkat jugak. Faham tak betapa pentingnya berkat itu? Bayangkan kalau dapat result gempak pun tapi kalau result gempak hasil daripada meniru, lepas grad susah dapat kerja jangan tanya kenapa ye tanya diri sendiri dah cukup example satu je.




even in the exam hall ^_^




And satu lagi physical quotient atau orang sebut PQ. Maksud dia, jaga fizikal kita. Walaupun aku sekarang tak berapa rajin nak berjoging, tapi dalam proses nak rajin. Paling penting jaga makan. Jangan selamba badak nak sumbat segala makhluk dalam mulut tu. Kang malas satu hal. Sakit demam pening cirit-birit satu hal. Kalau beli dekat luar kang entah halal lagi suci entah tidak wallahualam bukanlah aku nak kata tak boleh nak makan kat luar langsung cuma berwaspadalah ye. Jangan lupa sebut nama Allah. Jangan membazir. Err, dah macam mak-mak pulak rasa. So dahlah tu.




Sebab semua yang aku sebut tadi sebenarnya adalah antara isi-isi yang disampaikan oleh Ustaz Syarizan dalam Munajat Kecemerlangan yang aku pergi minggu lepas eh eh dua minggu lepas. Tak sure lah anjuran siapa rasanya MPP kerohanian kot tapi tak kisahlah yang penting isi dan pengajarannye itu ambillah buat renungan kalau tak banyak sikit pun jadilah. Sekadar berkongsi sedikit notes yang sempat aku catat dalam buku. Kalau salah tolong betulkan ye. Nak ilmu extra? Boleh kelik sini. Sekian...




Akhir kata daripada saya AIN NATHASHA BINTI OMAR,




SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM!!!
GOOD LUCK EVERYONE




AND GOOD LUCK TO YOU TOO SPAIN







Bukan nak cakap apalah tapi Fabregas handsome sangat masa dia jaringkan gol yang last tu. Ok its just a penalty tapi dah dua-dua tak nak mengalah kan. Pucat kau Ronaldo..haha. Ok dah kang kalau sambung cerita EURO kang sampai maghrib besok korang tak habis baca belog aku. Lain entry aku story. Bye!




p/s: tengah fikir macam mana nak tengok final match diorang nih! (apalahmalang) ~ siapa willing nak teman aku lepak kedai mamak pagi-pagi buta?

Thursday, June 28, 2012

sYa'aBaN ~ aPa LaGi NiKMaT ALLAH YaNg KiTa Tak RaSa?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLATU WASSALAMU ALA RASULILLAH



Hi there. 
(Bajet comel aku bagi salam pakai animation)




I got too much things to say. Pintu Syaaban dah bukak, tirai final exam jugak sudah naik. But mine, still under cover. Still private and confidential sebab tu masa balik Shah Alam hantar proposal hari tu rasa gayat sangat. Ralat seralat-ralatnya. Macam rusa masuk kampung wah keluar peribahasa zaman UPSR dulu. So that’s why, right now here I’m, in my dearest nest. Tak boleh duduk Shah Alam masa study week. Pelik dan aneh aku rasa. Maka akhirnya, bagai sirih pulang kegagang aku pulang ke rumah waah memang paper pertama aku paper peribahasa!




Disebabkan hampir separuh hari membaham subjek ekonomi, feeling pun dah ala-ala economist, jadi sekarang saya addicted dengan burger rush. Sebab bila dapat duit hasil jualan burger, rasa bahagia sangat sampai cakap dengan mak nanti-along-nak-bukak-kedai-burger. Profit lumayan mampu kau dalam masa sebulan untung 19000 dollar? Dah boleh kira total revenue hasil jualan burger, then cari net gross profit, marginal cost, bolehlah jadi businesswomen macam ni.




Sebab ayat-ayat sudah mula menyimpang dari jalan yang lurus, maka kita cerita pasal Sya’aban terus ok.








Ok, begini ceritanya sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,



Selain hadis di atas, yakni berkaitan dengan fadhilat berpuasa pada bulan Syaaban, ada satu lagi hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:




“Barang siapa yang memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah, beramal dan taat kepada-Nya dan menahan diri daripada perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah ia pada tahun itu daripada cubaan dan penyakit.”




Baiklah. Baca dan renungkan. Tapi sebelum tu, sekadar nak bagitau kepada sesiapa yang tak tahu, bulan Syaaban merupakan antara bulan yang mulia dalam bulan-bulan hijrah. Kita tahu yang Rejab itu bulan Allah. Syaaban bulan Rasulullah. Dan Ramadhan bulan umat Islam yakni umat Nabi Muhammad SAW. Bulan kita yaw ~ Sebab belum sampai lagi turn bulan kita, kita sembang pasal Syaaban dulu eh? Oh, dan jangan lupa juga ucapkan ALHAMDULILLAH sebab umur kita masih dipanjangkan Allah mudah-mudahan sempat kita bertemu Ramadhan pulak nanti. Chop. Siapa belum habis ganti puasa angkat tangan! – sila ganti cepat.




So, kalau Rejab hari tu dok cerita pasal Isra’ Mi’raj, jadi apa yang ada dalam bulan Syaaban ni?







Yang pertama surely bulan Syaaban sangat femes dengan Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban ni apa ya? Nisfu dalam bahasa arab maksud dia setengah ataupun separuh ataupun sebahagian ataupun sudah cukup cukup sudah kau cari sinonim sendiri dalam kamus dewan. So makna dia setengah Syaaban lah. Setengah Syaaban ni, seperti yang diriwayatkan oleh baginda Nabi SAW;




Malaikat jibril mendatangiku pada malam nifsu syaaban (15 Syaaban) seraya berkata 'Hai Muhammmad, malam ini pintu-pintu langit  dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah angkat kepalamu dan tadahlah dua tanganmu ke langit!



Aku pun berkata,"Hai jibril, malam ini malam apa?''



Jibril menjawab, "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar (arak), terus menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."




Onesly aku copypaste. Pasal ayat dia senang sangat nak faham just aku highlight kan point-point penting wah mentang-mentang nak exam, blog pun nak main highlight bagai sekarang. Tapi hey hey dengaq tu. Sia-sia cari pahala tapi kalau terus-menerus bermusuhan sesama saudara, memutuskan silaturrahim, tak bertegur sapa dengan jiran sebelah apakejadahnya? Lagi-lagi bila nak exam ni kan. Selamba buat orang sentap tanpa menyedari dirimu begitu berharga tidak dimaafkan kalau mati kejap lagi macam mana? Haaa takuuut.




Yang suka mengadu-domba tu pulak. Dah besar kan? Dah boleh kahwin kan? Kenapa macam kanak-kanak cengeng sikit-sikit nak mengadu dekat lecturer cakap kitew menirew dalamw testw? Hei, kitew budakw baikw taw manew adew menirew-nirew niew apahal kau gedik tulis macam ni? Kita kan belajar sama-sama. Nak menuntut ilmu sama-sama. Bukan nak menjatuhkan orang lain bersama-sama. Malulah orang tengok perangai mecam ni haish.




Jadi, Nisfu Syaaban tu ringkasnya begitulah. Oh lagi satu lupa nak cakap, pada malam itu juga buku amalan kita akan ditutup. Jadi sila buat conclusion amalan dengan sebaiknya, wrap up apa yang patut, touch up balik setahun perjalanan kita dan sekian, tahniah Rakib dan Atid. Kalian tidak pernah gagal melaksanakan tugas sebagai hambaNya. Aku je yang selalu fail.






Done! Secondly, sila perbanyakkan selawat. Ini kan bulan Nabi, jadi sesuailah dengan firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 56:



Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َلاَئِÙƒَـتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ ٱلنَّبِÙŠِّ ÙŠٰØ£َÙŠُّÙ‡َا ٱلَّذِينَ آمَÙ†ُواْ صَÙ„ُّواْ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُواْ تَسْÙ„ِيماً
Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(surah al-Ahzaab: 56)



Nak selawat macam mana tu terpulanglah. Walaupun dengan rasa ingin menunjuk-nunjuk sekalipun sebab Rasulullah itu kekasih Allah, jadi selagi mana kita berselawat ke atas Baginda, Allah tetap akan menerimanya. Susah ke? Siapa cakap susah tu sila lempang pipi kiri dan kanan sebanyak yang mungkin memang umat yang tak tahu bersyukur kau.



Dan Abu Hurairah meriwayatkan lagi, Baginda Nabi pernah bersabda;



"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, 
Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali."



Jadi, mari ikhlaskan hati. Rajin-rajinkanlah diri untuk berselawat ke atas Nabi. Haip! Bukan bulan ni je. Tapi amalkan sampai bila-bila. Sudahnya bermanfaat juga entry aku. InsyaAllah. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^







p/s: sumber dipetik daripada iluvislam ^_^

Monday, June 25, 2012

BuKaNLaH aWaL SaNgaT NaK FiKiR PaSaL kAHWiN


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW






Tiga minggu tak balik rumah adalah bersamaan dengan tiga minggu tempoh meroyan. Masa nak masuk je simpang rumah, tak sangka boleh terselisih kereta dengan dia. Orang yang menarik habis darjah normal aku ini sekian lama. Bila diingat-ingatkan balik, lebih dua bulan jugaklah. Berderau jantung. I don't even see my mom's face, selamba dia potong line. Kuasa Allah, hari kedua aku kat rumah, aku terserempak lagi dengan dia dekat pasaraya. Masa tu aku nak beli telur sebab nak buat kek coklat untuk Beruang. He's 18 years old already. Sanah helwa ya akhi. Err, akhi yang aku terserempak tu, no komenlah.




Kalau nak kira-kira balik, mana cukup 2 hari dok kat rumah. In fact, tak-sampai-dua-hari-pun-sebenarnya. Stress. Nak salahkan proposal boleh tak? Ok, proposal tak salah. Blame diri sendiri sebab tak pandai manage time dengan bijaksana bijaksini bijaksitu bijakthere. Tapi masa singkat di rumah itu rupanya banyak benda yang di'reveal oleh mummy. (Haish perlu bagitahu ke tidak ye?)




Ok, tak payah. Takut kalau-kalau terlampau mengharap nanti menangis di kemudian hari. Ustazah sebelah rumah sampai tanya dekat mak, 




Ustazah: Along tu dah ada orang belum?

Mummy: Entah la Maziah, tak ada orang lagi. Akak pulak yang bising suruh dia mencari.




Masa aku dengar cerita mummy tu, sakan aku tergelak dengan sepenuh hati. Sampai jiran pun concern pasal aku apatah lagi mummy and daddy sendiri? Masa nilah aku cepat-cepat cakap dengan mummy, 




Aku: Kenapa mak tak suruhkan je cik Maziah tanyakan ustaz kat Maahad tu untuk along?

Mummy: Ha'ah, mak tak teringat pulak.




Point dia bukan apa. Aku cuma nak bagitahu, the moment I heard my mom's answer, I do realized that she's now accepting the way I looking for my jodoh. Aku bukan tak pandang lelaki langsung. It's just once I found them, I lost my next step. So, dia akan berhenti setakat tu je. Maybe mummy dah sedar aku bukan jenis yang akan start relationship dengan orang. Pendek kata, aku ni bukan macam orang lain yang nak bercinta dulu sebelum kahwin. So daripada jawapan dia tu aku dapat rasakan yang dia patut involve sekali dalam proses nak cari menantu. Otherwise, she won't get one. 




Aku pun cakap dalam hati, Mak, mak bukan bakal mak mertua yang biasa tau! Cara mak tak boleh sama macam mak mertua lain dapat menantu tau ^_^ Jadi, mak tak boleh biarkan along cari jodoh sorang-sorang. Mak pun kena cari sekali. (bukancarijodohmaktapicarimenantumak)



Well, orangnya dah ada. It's just a matter of time.
Sabarlah Ocha ^_^



Itu satu hal. Satu hal lagi, ni yang pangkat adik-adik ni yang selamba nak masuk line. Gentlemen dan cukup dah. Datang rumah, jumpa mak nak mintak izin masuk meminang. Tapi kalau dah namanya pun adik, kalau dah namanya pun 5 tahun lagi muda, haruslah mak terus reject sendiri tanpa bagitahu aku dulu. Setakat setahun tu aku boleh terima lagi. Ini sampai dah beza lima tahun, harus istikharah lebih nampaknya.




Malangnya aku, yang abang-abang tak dengar berita sampai sekarang. Entah sibuk ke mana agaknya sampai tak sempat nak fikir pasal kahwin. Jangan sampai bila time aku dah start jadi workaholic baru nak datang bertanya. Ye. Memang dulu aku reject sekeras-kerasnya kahwin awal. Tapi zaman sekarang ni, cabaran nak jaga hati tu teramatlah besar. Macam-macam boleh jadi. Sampai tahap gila pun boleh tau!




Jadi daripada gila sorang-sorang, lebih baik ajak suami jadi gila sekali. Aaaaw, apa yang aku merepek ni?






p/s: I love him for the sake of Him. Hei hei, 22 tahun bukanlah muda sangat nak fikir pasal kahwin. 

Thursday, June 21, 2012

sHaRe tHiS If yOu'Re BraVe - (sayaberani)


In the Name of Allah, The Most Gracious and Merciful
Peace Be Upon Him, Prophet Muhammad SAW





I AM! And I'll never stop pushing people and remind them. Ayuh kawan-kawan. Look at ourselves then speak out loud. You CAN kill our brothers and sisters, but you CAN'T diminish the purity of Islam. You claimed that we're terrorists. Hey terrorist has no religion yuno!




People, stop gossiping! Stop eating others flesh! Be nice to each other. You're looking too much for duniawi. Aren't you realize that? Come on, the key of success is not on your IQ level. Your pointer is pointless until it balance with your SQ. 




Further explain will be in my next entry. Too much things to take care and I'm tired even just looking at them -----> perangai manusia yang sangat tak matang. Sigh.




In short, remember that Muslims are only worship their Creators, not His creation! Assalamualaikum ^_^

Tuesday, June 19, 2012

ThE DeCLaRaTiOn Of FreEdOm



Help you one another in Al-Birr and At-Taqwa (virtue, righteousness and piety); but do not help one another in sin and transgression. And fear Allah. Verily, Allah is Severe in punishment - (Surah Al-Maidah, verse 2)


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT BRO N SIS ^_^



Mengenangkan berita pembunuhan kejam rakyat Syria pada Mei hari tu, aku rasa bersalah yang teramat bersalah rasa nak mengutuk diri sendiri sebab tak ada sense langsung pada waktu tu even tak ada perasaan nak ambil tahu pun apa yang terjadi kepada abang, kakak dan adik-adikku di sana. Walaupun ada faktor emosi yang menghalang, tapi sebelum tu pun, perangai aku begitu jugak. 



Yang aku kisah, 


Siapa-yang-dah-download-running-man-episod-baru? 

Super-junior-nak-buat-comeback-stage-wow-cool.

Sekarang-tengah-SALE-eh? Jum-shopping!

Err-ayah-bank-in-duit-boleh?



Seandainya Allah memerintahkan Izrail datang mencabut nyawa aku ketika itu, adakah dialog yang aku ucapkan itu akan membawaku ke syurga?



Ok, so tomorrow, I'll do the presentation on International Business Management subject and Mr. Reeza is the lecturer. Aku sangat kagum dengan beliau sebab the subject does not really relate with the Islamic issues but he always tells us about those Syrian, Palestinian, Iranian, West Bank updates and bla bla semualah. And because of that, I really admire and respect him. (kan-bagus-kalau-semua-pensyarah-uitm-ni-macam-tu)




Selama ni pun, aku bukan tak ambil tahu. Tapi honestly, isu antarabangsa yang especially melibatkan politik macam ni agak susah nak masuk dalam kepala otak aku. Tak kiralah berapa banyak kali aku baca pun. Semakin aku nak faham, semakin susah aku nak faham. (mesti-ada-something-wrong-somewhere-ni) But I still care. Because I know that at least, I do something for them. Not just sitting leisurely layan Running Man, Music Bank, shopping, jalan-jalan cari makan sungguh aku kesal dengan diri aku sebelum ini. Malu mengenangkan perangai sendiri.




Let's say, masa aku tengah shopping sakan tu, atau masa aku tengah terkinja-kinja tengok konsert k-pop, suddenly adik-adik aku menjerit. Aku buat bodoh je ke? Lagi teruk kalau aku nampak depan mata, kakak aku kena rogol atau dicederakan orang. Aku masih boleh volume up tv lagi ke? Sebab tak dengar Super Junior menyanyi? Sebab kakak aku tu menjerit kuat ya amat? Macam tu ke aku akan buat kalau aku kat tempat mereka?




Bukan tu je. Warga emas cuba korang bayangkan. Tua, lemah, tak berdaya. Tengok diorang kena herdik pun kita dah rasa marah yang membuak-buak. Tak ada adab sungguh orang tua pun kau nak tengking aku tangan kang. Itu kita dekat Malaysia. Macam mana dengan orang tua kita kat sana? Ibu bapa saudara-mara seislam kita yang ditindas, disembelih tanpa belas kasihan. Tentera Iblis Yahudi laknatullah tu buat kekejaman depan mata. Apa kita buta?




Nikmat melihat itu Allah pinjamkan kepada kita tapi kenapa kita masih tak nampak? Atau kita nampak tetapi sengaja buat-buat tak nampak? Atau nak tunggu Allah butakan mata kita baru kukuh sikit reason nak cakap yang kita tak boleh nak peduli? Cukup dengan alasan! Tanya diri sendiri, ISLAMKAH-AKU? ISLAMKAH-KITA?






Yes, instead of 'kau', aku gunakan 'aku' dan 'kita'. Sebab aku memang sedang alpa dan lalai sekarang ni. Kita sedang leka dibuai syaitan ketika ini. Kalau adik-adik kita kat sini dok main bola, tapi adik-adik kita kat sana diorang main dengan peluru korang boleh bayangkan tak? Kalau kakak-kakak kita kat sini dok sibuk shopping nak cari warna tudung apa nak matching dengan baju, tapi kakak-kakak kita kat sana tudungnya dilucut, pakaian direntap, rakus, kehormatan mereka dicabul. Korang boleh bayangkan tak? 




Abang-abang kita kat sini pulak, kemain lagi seronok merempit. Lepak tepi jalan, macam melepak itu satu ibadah yang berganda-ganda pahalanya. Tapi abang-abang kita kat sana, giat melaungkan semangat Jihad. Tak ada gentar dalam hati mereka nak dapat title syahid walaupun luluh hati dan jiwa melihat nyawa ahli keluarga masing-masing diragut di hadapan mata.




"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap." - Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Israa' ayat 81.




Aku tak tahu apa yang tengah bermain di fikiran korang sekarang ini. Mungkin ada yang kata, 



Ada-aku-kisah? 

Syria-dia-punya-pasallah-aku-duduk-Malaysia-ok.

Banyak-benda-lain-aku-nak-fikir-tak-kuasalah-nak-ambik-tahu.

Test-pun-tak-habis-baca-lagi-nak-baca-pasal-Syria-Palestin-bagai-heh.


atau mungkin juga yang dalam hati tu membuak-buak nak cakap,


Poyolah-kau-Ocha-tak-payah-nak-bajet-aktivis-sangat-kat-sini.


Ada kan? 
Mesti ada punya ^_^






Listen, my dear brothers and sisters. I may not be able to do anything with my physical strength. I may not be able to line up with them and get them free from those tentera Iblis Laknatullah. Korang pun tak mampu kan? Tapi dengan jari-jari ini, dengan hati ini dan dengan sedikit masa yang aku ambil daripada 24 jam aku hari ni, aku ingatkan kepada kalian kepada korang dan kepada u ols, kalau kita tak mampu nak buat apa-apa untuk tolong mereka, at least janganlah kita terkinja-kinja dekat sini.  Malu tahu tak? Macam monkey!




Dah sedar diri tu tak mampu nak dapat title mati-syahid, tak payahlah sampai nak memperlekehkan usaha orang lain. Dahlah tak support agama sendiri, lagi nak layan mat saleh, puppet-puppet syaitan semua tu. Suruh boikot, tak nak boikot. (i-cant-live-without-israels-product-katanya). Suruh sebarkan berita Syria, Palestin sume bagai pun tak mau. Azan pun tergagap-gagap macam mana nak suruh laung ALLAHU AKHBAR di medan perang?






I know that's quite rude. Tapi bila dah sampai tahap sakit mata tengok orang-orang di sekeliling yang tak tahu bila nak sentap dengan isu-isu macam ni, aku jadi sedih. Baru cakap pasal  Syria, Palestin, mula ada yang buat muka ignorance. Belum cerita Israel dan Yahudi Laknatullah tu lagi detail. Gambar atas tu baru sikit. Kang aku tambah cerita hari qiamat lagi, cerita kisah kuasa-kuasa Allah kat muka bumi ni, cerita pasal pergaulan bebas, couple, zina, anak haram, makhluk-makhluk haram jadah yang kau excited tengok masa Hari Belia hari tu dan kawasan-kawasan yang sekawasan dengannya, baru nak menangis, baru menggelabah cari sejadah, baru nak repent!




Cukuplah. Dan maaflah, aku tak pandai la nak explain isu-isu macam ni in a proper way. This is my writing style. Kalau nak baca versi yang bersopan santun bagai, silakan gugel. Sekelip mata semua akan terbongkar dengan lebih jelas. Motif aku pun, bukan nak emphasize detail about the situation in those countries. Sekadar peringatan untuk semua termasuklah diri sendiri. As mentioned by Allah in Surah Al-Asr;









Have faith on Him, my dear. Surely the day will come. Bashar will end his life just like Hosni Mubarak and Gaddafi and those 'Firauns'.




Cuba kelik iyerker.blogspot.com for additional knowledge. Then only u'll know the feeling.

Sunday, June 17, 2012

iSra' Mi'RaJ. sHoULd i CaRe?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW,
^_^



I just don't know what should I write in here. There's a lot to say. I mean, WRITE. But since the issues might be too hard or too serious and I have to study a bit about it... Guess I better find another time to post.




Ni bukan bertangguh. Err, minta beri sedikit masa untuk aku persiapkan diri sahaja. Isu global yang agak cetek di pemikiran. Terasa kerdil tiba-tiba sebab menampakkan sangat diri ini seorang yang mementingkan diri. Astaghfirullah al-azim. Mohon doanya. InsyaAllah, di entry lain. Panjang usia, gagah lagi jari ini untuk menaip, maka akan adalah kisah itu.



tell you the teaser ^_^
(boleh eh macam tu)



Well, siapa cakap tulis blog senang? Cakap benda merepek, ok that can be considered as 'senang'. But when you write in the name of Allah (which I mention in every starting) then you know, blogging is a part of ibadah. And every good deed I posted, there's no other intention but to convey how beautiful Islam is and to seek for His Bless. Semoga-Allah-meredhaiku-dengan-setiap-apa-yang-aku-lakukan (amin)




Alhamdulillah, sampai akhirnya 27 REJAB. Remember that I told you at the early Rejab, in this entry, hey-its-rejab ingat lagi? Masa tu memang agak busy jugak dengan assignment nak kejar due date termengah-mengah akak, dik. Tu belum masuk test and segalanya. Sigh, duniawi duniawi.




So, 27 REJAB tu ada apa? Isra' Mi'raj. Bagus. U ols memang terbaek! But first thanks to the mastermind who came out with this topic and idea for me to write. Seriously, terlupa sungguh. Kalau dah manusialah namanya kan. But since, it's 4.00 am already, and I got a special meeting within few hours with my dearest sister, allow me to write this entry in a simple version really I'm trying hard to hold my sleepy head right now. So, what Isra' Mi'raj is actually?






1 - - - Sebagai bukti betapa cintanya Rasulullah SAW terhadap Siti Khadijah selepas permaisuri hati Baginda itu wafat. Kerana wanita mulia itulah yang menjadi pendorong dan pembakar semangat Rasulullah, then followed by his uncle, Abu Thalib maka bayangkanlah apabila kehilangan tulang belakang di saat penyebaran Islam baru hendak bermula, bagaimanakah sedih dan hiba perasaan kekasih kita itu? 




2 - - - Maka disebabkan itulah Allah swt menganugerahkan Rasulullah dengan peristiwa Isra' Mi'raj. Oh, kepada yang tak tahu maksud Isra', is adalah perjalanan Nabi dari Masjid al-Haram Mekah ke Bait al-Maqdis di Palestin. Mi'raj pula perjalanan Nabi dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha in simple word, perjalanan Nabi naik ke langit. Ok, alert that, it's just in one night. Mampu kau?




Dan firman Allah Taala bermaksud:





Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. 

(Surah an-Najm: ayat 13-18)





3 - - - Then apa yang berlaku? Definitely, susah nak make sure either korang baca atau tidak firman Allah di atas. Tapi as mentioned above, Rasulullah dapat melihat Jibrail dalam rupa bentuk asalnya, juga tanda-tanda kekuasaan Allah yang paling besar termasuklah peristiwa-peristiwa ajaib seperti contoh, melalui kubur Masyitah yang berbau harum, melihat azab-azab yang diterima oleh orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar (sila gugel untuk maklumat lanjut) termasuk juga bertemu dengan seorang wanita tua berbongkok tiga iaitu gambaran bahawa itulah usia bumi ketika itu. (guess how old that old women right now?) - qiamat semakin hampir. Please repent!






4 - - - Naik pula Rasulullah ke langit. Of course our beloved one, he started from the first stairs langit and met Nabi Adam, then he met Nabi Isa, sampailah ke langit ke tujuh where he met Nabi Ibrahim and he was asked by Nabi Ibrahim,



Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, 




"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga"




5 - - - Tak mahu pokok di syurga ke? Jadi sila perbanyakkan menyebut kalimah tersebut. Dan seterusnya, sampai sahaja Baginda ke langit kelapan, Rasulullah melihat keajaiban pada pohon Sidratul Muntaha juga melihat air al-kauthar yang mengalir ke syurga. Di langit kesembilan, bertemu pula Rasulullah dengan seorang lelaki yang ghaib di dalam nur al-arasy (yang rajin berzikir dan tidak pernah memaki ibu bapanya) - sila kutip pengajaran lagi. At last, sampailah baginda ke langit ke sepuluh. Guess what happened?




6 - - - Baginda bertemu Pencipta dan Pencintanya, ALLAH AZZA WA JALLA. Dan ketika itulah Allah berfirman,



Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.






7 - - - 50 WAKTU OKEH! You're not misread. It's true that the history of our 5-time-prayer-per-day was started with 50 times. It's our Rasulullah who asked Allah to decrease the amount till now, solat fardhu hanya 5 kali sehari apa lagi yang kau tak tahu bersyukur? Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa, tapak asal peristiwa perjalanan Nabi itu dirampas oleh yahudi laknatullah kau masih boleh ber K-POP di sini? Where's you sense? Do you call them your sisters? Do you call them your brothers?




Maaf, emosional tiba-tiba. I may not look like I really care about them, but each and every du'a I pray, I didn't forget to mention their names. That's the least I can do. Indeed, I was thinking to line up with them, and take an order to be syahidah.






To all readers, tak banyak yang aku mintak. Dalam sehari, adakah kita gunakan sesaat untuk mengucapkan Alhamdulillah kerana hidup di Malaysia yang 'aman' ini? Dalam masa 24 jam, berapa kali kita berdoa untuk saudara-saudara kita di Syria, Palestin, Iraq dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya? Dan dalam  masa tak sampai sejam kalian membaca entry ini, tak terlintas ke walaupun sedikit untuk mengambil pengajaran daripada peristiwa Isra' Mi'raj ini?






Sesungguhnya, apa yang kalian rasa itu merupakan ujian daripada Allah. Get your big brain to think about it ^_^ - Assalamualaikum wbt.





Friday, June 15, 2012

mY RoOmaTe nOw iS a bLoGgEr


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA 
NABI MUHAMMAD SAW



Dan sempena hari jumaat ni, marilah kita perbanyakkan ibadah dan amalan. Kalau yang tak boleh nak solat atau baca quran atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya itu, perbanyakkanlah zikir dan sedekah dan selawat ke atas Nabi hey hey banyak lagi amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala. Jangan jadikan period sebagai alasan untuk tidak beribadah yaw. Practicing Islam is not that hard. Tak payah pakai modal. Tapi untung berlipat-lipat ganda. Wah kemain kalau bagi makan free, bagi hadiah, semua berebut-rebut. Bagi pahala free tak nak pulak. Perangai ape tu?






Jadi di pagi jumaat yang hening dan barakah ini, aku tak ada kelas, jadi bilik ini anayangfunya. Rumet saya balik rumah macam biasalah itu rutin mingguan beliau. Eh, tapi pagi tadi beliau kejutkan saya bukan kejut weh-ocha-bangunlah-aku-datang-ni bukan begitu, aku terjaga masa beliau nak pergi kelas and singgah dekat bilik eh eh motif bagitahu? By-the-way, tenkiu rumet. Kuey teow goreng itu sangat sedap ^_^




Untuk pengetahuan, rumet saya sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan blogging. Her name? Syamimi Hanun bt Hasni. Malaysia future accountant. Kelantanese. Single? Err, it's complicated. Hampir setahun duduk sebilik dengan dengan aku. And she's a nice girl ^_^ (kalau-tak-nice-dah-lama-aku-pergi-pejabat-melati-mintak-tukar-bilik)



Memang dua orang yang kiri kanan tu saja bagi effect blur so that's only me and roomate!
*tibetibeinsafmengenangkanzamanlampau*



Ok, so faktor yang mendorong beliau ber'blogging? Haruslah diri beliau sendiri. Jangan cakap sebab beliau rumet dengan seorang blogger maka beliau pun terinfluence untuk berblogging TIDAK! That can't be the top reason. Letak la siapa-siapa pun duduk sebilik dengan aku kalau memang bukan jenis rajin nak menulis, so tak jadi blogger jugak ^_^ Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. (tak tahu apa kaitannya saje nak letak peribahasa)



Jadi kepada sesiapa yang ingin menziarah (blogwalking), bolehlah terjah belog beliau di spongebalqis.blogspot.com. Jangan pertikaikan nama tersebut, beliau memang hardcore dengan spongebob squarepants isn't that cute? Dan juga seorang auntie yang penyayang sebab letak nama niece beliau sebagai nama url haaa ngko mana nak dapat dapat lovely CikMie begini? Ok, put aside all those things, the point is jangan melihat nama blog ke, illustration blog ke atau the blogger itself. It's about the contents and the messages in there.




Me myself, quite impress with the messages she came out with. Banyak kena dekat batang hidung especially entry pasal jangan-tido-lepas-subuh tu. Nak buat macam mama Mimi oooi, aku ni tido paling awal pun pukul 2, lepas tu mulalah tak bangun qiam, subuh pun 6 setengah. Astaghfirullah al-azim. Kena ajar diri buang tebiat tido pukul 10 lepas ni. Nak tido nanti ajak aku eh ^_^






But that's a part of life. Kalau nak kejar akhirat, kita akan rasa dunia ini macam neraka. Kalau nak buat dunia ni macam syurga, sorry, there's no syurga for you in akhirat. You're a big girl You know dosa pahala. Kenapa ending aku macam ni? Ok, tukar tukar. So kepada roomate, teruskan berblogging. Teruskan berdakwah dan sebarkanlah Islam. Kepada kawan-kawan yang sedikit sebanyak ter'influence dengan perubahan ini, aku terharu dengan korang. Semoga diri kita terus istiqamah. 



LET'S BECOME A...






Sekian ~ Assalamualaikum wbt.



dont-feel-tired-to-spread-the-beauty-of-islam ^_^

the history

Followers