Tuesday, December 11, 2012

CaLoN sUaMi ^_^



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT KAWAN-KAWAN



Hari ni mood gatal sikit. Pasal hari tu lepas hantar Beruang pergi sekolah, tak tahu apasal tibe-tibe demam. Tidur malam pun asyik terjaga je. Tekak sakit. Kepala berat. Makan minum pun tak selera. Nyaris tak pengsan dekat depan Melati semalam. Gigih nak pergi kelas punya pasal kan. Sebab dah promise dengan Mummy takkan ponteng kelas lagi, so gagahkan diri jugak walau macam manapun. Alhamdulillah, nasib baik ada suami yang memahami eh eh tiba-tiba je ada suami.




Ini si Faiz punya pasal la ni, dok rajin sangat post dekat APB punya group kononnya sempena musim cuti ni al-sama-al-dengan-al-musim-al-kawen, tiba-tiba je dia letak ciri-ciri calon suami yang baik dah tanda-tanda nak naik pelamin la tuu. Tapi bila aku renung-renungkan sendiri, konfirm, siapa tak nak suami yang baik kan. Jadi, berikut adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman untuk dibuat suami yang aku derhakakan ayat skemanya kepada ayat hancur memang aku ni suka jadi perosak bahasa. Ok, cekidaut jelah.






Tak tahu kenapa nak letak gambar ni. Pasal dia comey kot...haha.




So, pertama sekali, suami yang baik ialah suami yang mampu menjadi imam dalam solat. Sebab obviously, kalau dia mampu jadi imam dalam solat, konfirm dia mampu memimpin rumah tangga. Maka aku sebagai isteri pun konfirm akan hormat sebab suami ada kredibiliti yang sememangnya menjadi main point dalam berkeluarga. Haaa, nak berkeluarga pun kena ada 'main-point' okeh! Mampu menjadi imam dalam solat ni jugak adalah tanda yang seseorang suami itu mampu memimpin isteri dan anak-anak ke jalan lurus. Bukan sesat bawak ke neraka jahanam. Kalau diri sendiri pun tak lurus, macam mana nak meluruskan orang lain kan?




Yang kedua, mesti pandai mengajar ilmu-ilmu agama. Yang ni agak susah nak cari. Sebab ciri-ciri ni dalaman punya yang kita tak nampak. Perangai gila-gila tapi hafal 30 juzuk Al-Quran kita tak tahu. Dress up rugged, sempoi gila tapi bila bercakap bab agama, ternganga kita. Haaa, itu namanya limited edition punya calon suami. Sebab memang ramai yang boleh sediakan harta-benda duniawi, tapi tak ramai yang boleh siapkan isteri dan anak-anak dengan harta-benda untuk bekalan akhirat. Untungnya kau Jemah kalau dapat suami limited edition macam tu.





Ustaz Sham yang rock...haha. 
Ni contoh je ok ^_^




Ketiga, calon suami yang baik ialah suami yang matang. Bukan 'nampak' matang. Sebab kalau setakat 'nampak' matang padahal tak matang, alamatnya huru-hara rumah tangga. Pasal suami yang 'nampak' matang ni, hakikatnya tak bersedia pun nak berkeluarga. Eksyen je lebih. Jadi, kepada bakal isteri, bolehlah test bakal suami tu agak-agak dia matang ke tidak. Nak test macam mana, cuba minta pendapat bakal suami tu walaupun actually kita dah ada keputusan sendiri kan. Saje nak tengok tahap pemikiran dan level kematangan dia. So, pandai-pandailah. Jangan nanti dah kahwin, nak decide beli beras cap apa pun tak tahu. Ada kena mengena eh beli beras dengan matang?




Okeh, yang keempat ni best. Suami yang baik ialah suami yang pandai masak. Sebab suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jadi dia bukan tahu 'dijaga' je, tapi juga tahu 'menjaga'. Kalau tak, namanya bukanlah penjaga. Faham tak? Ok, maksudnya dia bukan tahu makan je, tapi dia jugak tahu masak sendiri. Bukanlah pandai masak macam Masterchef ke apa. Goreng sambal sardin dengan telur dadar pun dah boleh buat isteri taching tau. At least kalau emergency case isteri pergi outstation ke, kursus dua tiga hari ke, taklah kebulur sorang-sorang kat rumah kan. Dah jimat tak payah makan kat luar. Isteri pun tak risau asyik dok fikir 'laki-aku-makan-apalah-agaknya-kat-rumah-hari-ni'





Haaa kelas ngko dengan anak-anak sekali tolong papa dia masak. 




So yang kelima, suami juga haruslah independent. Independent ni maksud dia tahu uruskan diri sendiri. Jangan asyik nak harapkan isteri basuh baju, gosok baju, sebab ada masa-masanya macam emergency case tadi, mungkin isteri tak mampu nak lakukan semua tu. Jadi seorang suami yang baik, dia mampu buat kerja-kerja tu semua walaupun tanpa bantuan isteri. Alaaah, basuh baju pakai mesen, bukan kena pergi sungai sental-sental bagai. Dan percayalah, suami akan nampak comel dan romantik sangat di mata si isteri. Tak percaya? Cuba try test.




Keenam pulak, suami yang baik dia adalah seorang yang ada prinsip dan pendirian. Walaupun aku belum jadi isteri, tapi aku tak suka kalau suami asyik nak suruh isteri je buat keputusan. Nak holiday kat mana, nak beli apa, nak buat apa, semua isteri yang decide. Penat tau. Lagi mintak dijauhkan, kalau suami yang jenis ikut cakap ahli keluarga dia especially kalau ada masalah rumah tangga. Contoh je. Senang cerita, pandai setelkan masalah sendiri la. Tak harapkan campur tangan mak bapak atau mak bapak mertua. Setiap decision yang dia buat, sangat confident dan tegas. Memang aku respek sangat orang macam ni. Tapi bukanlah bermaksud family tak boleh campur tangan langsung. Mintak pendapat ahli keluarga apa salahnya kan? Cuma the rest tu, selesaikanlah sendiri. Lagi cool.




Yang ketujuh pulak, suami yang rajin tolong isteri jaga anak. Banyak berlaku dalam masyarakat hari ni, masa isteri tengah mengandung, amboi kau tatang bagai minyak yang penuh. Tapi bila dah bersalin, daripada nak mandikan anak, tukar lampin, pakai baju, bagi makan apakejadah semua, isteri yang tunggang-langgang uruskan sorang-sorang. Lagi-lagi kalau anak tu bukan anak sulong. Isteri akan jadi penat 10 kali ganda kalau dapat suami yang tak ada sense macam ni. Tanggungjawab tu sebenarnya suami kena rasa jugak. Sama-samalah bangun malam kalau anak menangis lapar ke nak susu ke nak tukar lampin ke. Hilang penat lelah isteri seharian uish ayat aku.





Macam ni baru la best ^_^




Selain daripada tu, suami kena serba-tahu. Bukanlah serba-tahu yang khatam semua buku astronomi, matematik ke apa semua, tapi serba-tahu atau serba-boleh tentang basic knowledge dalam setiap perkara. Basic je, tak detail pun takpe. At least bila si isteri tanya taklah muka macam cicak tercekik kapur kan. Isteri pun mesti kagum lagi-lagi kalau paip sinki dapur tiba-tiba bocor, suami rilek je repair walaupun dia tak pro sangat. Dapat suami yang tak tahu pasal paip, konfirm sama-sama menggelabah. Tapi kalau dah kritikal sangat sampai banjir dalam rumah, terpaksalah panggil tukang paip jugak kan. Ini kalau jadi laki aku, bukan aku je sayang lebih, mummy daddy pun boleh cair.




Ok. Jadi cukuplah sampai lapan ni je. Kalau nak list kan semua, memang boleh jadi thesis kedua aku dah. Lepas tu aku letak tajuk dia 'Calon-Menantu-Ibu-Bapa' amboih kemain kemain kemain. Ini memang mood tengah menggatal berangan tak habis-habis ni. Padahal banyak lagi buku boleh dibaca, ciri-ciri bakal suami jugak yang aku dok hadap. Nanti lepas ni aku update ciri-ciri isteri yang baik pulak. Ada aku cakap mood gatal aku dah habis ke? ^_^




p/s: already miss my beruang :(

Monday, December 10, 2012

ToNgUe HaS nO bOnEs


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT










Kata orang, akhlak yang baik tu datang daripada kata-kata yang baik. Betul? InsyaAllah, betul. Orang kalau suka menyumpah, maki hamun, mencarut dan sebagainya, susah nak agree yang akhlak dia baik. Jadi, betul la tu, good manner, start with good speech.




Jadi kalau kita tak boleh nak judge orang dengan perangai dia, kita judge dengan kata-kata dia. Perhatikan, orang tu bercakap dengan kita macam mana? Sopan santun ke, kasar ke, intonasi dia asyik nak meninggi ke, rendah ke? Tak kisah macam mana cara penyampaian kata-kata tu, the main point is haruslah berhati-hati. In other word, fikir dulu sebelum cakap. Bukan tu je. Texting ke, chatting ke, tulis dalam belog macam ni pun, we have to be careful with all the contents, typo, to make sure that Rakib dan Atid mencatat yang baik-baik sahaja, InsyaAllah, itu baru betul. Aku kadang-kadang pun menyumpah jugak. Kalau tak mengaku kang nampak beno menipunya. Sebagai manusia normal, itu normal. Tapi kadang-kadang. Kan aku cakap kadang-kadang tadi haish...




Another thing is, sentiasalah berkata benar walaupun benda tu susah nak diluahkan. Tapi dunia hari ni selalu sangat tau, kita akan stuck dalam keadaan yang memang tak boleh nak cakap benar. Tak boleh nak jujur langsung. Mungkin atas sebab nak jaga hati orang, mungkin atas sebab nak jaga aib atau maruah orang, tak apalah kalau macam tu. Masalahnya yang perangai suka menipu tanpa sebab. Sebab bila dah terbiasa menipu, dia macam tak boleh hidup kalau tak menipu dalam satu hari tu. Betul tak betul tak betul tak? Haaa, sebab tu, onesly, zaman sekarang ni, jangan mudah percaya dekat orang.








Lepas tu tak cukup lagi dengan berbohong, ada pulak spesis yang suka bergosip mengumpat dan sebagainya. Ok. Jujur. Kita aka Aku, selalu buat benda ni. Bercakap tentang orang lain. Aku boleh terima kalau kita bercakap, sebarkan pengajaran, ambil iktibar dan sebagainya. Tapi yang the real world of mengumpat yang depan B dia mengata pasal A, depan A pulak dia mengata pasal B. Itu memang spesis setan punya perangai. Memang pedas gila. Jadi, sedar-sedarlah diri. Kepada yang berkenaan, (termasukdirisendiri), silalah bertaubat sementara masih belum terlambat. Allah Maha Pengampun ^_^




“And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah. Verily, Allah is the One Who accepts repentance, Most Merciful” [Al-Hujurat 49:12]




Dan ini part yang paling aku tak suka dan tak sesuai nak memandangnya. Special dedicated to kaum perempuan, aku actually cukup pantang kalau orang cakap tapi nada menjerit-jerit. Cik kak, awak tu perempuan, beradab la sikit bila bercakap. Dah la bercakap kuat-kuat, tambah lagi ketawa terbahak-bahak, memang stok aku rasa nak sebat je muka sorang-sorang. Buruk tak perangai? Buruk yahamat. Ni kalau potential mother-in-law nampak perangai macam ni, memang jadi bahan kutukan seumur hidup konfirm habis di jajanya nama kau jangan ambik buat menantu. Risikonya? Jadilah andartu. Kalau aku pun, tak nak  aku kahwinkan anak lelaki aku dengan perempuan yang ketawa mengilai-ngilai hoh.




"And be moderate in thy pace, and lower your voice, for the harshest of sounds without doubt is the braying of the donkey” [Luqman 31:19]




Dan akhir sekali, say no to cursing! Muka cantik, ayu, suwit alololo tomeynye, sekali beratur panjang beli tiket movie dah menyumpah-seranah what-the *%$#*$. Haaa, teruna ganteng tengok pun terus hilang selera ye tak Encik Teruna? Tak kisahlah apa pun nama sumpahan yang keluar, yang penting, itu bukanlah kata-kata yang baik. Orang yang dengar pun rasa tak sedap. Lagi tak sedap kalau tengok perempuan Melayu yang Islam dok menyumpah-nyumpah macam tu. Alahaaai, nak salahkan siapa tu? Pengaruh rakan sebaya barangkali? Jadi, pilihlah kawan baik-baik. Macam tak sangka aku tulis macam ni...lalala.




Bukan apa, ramai orang anggap bercakap ni perkara remeh je. Alaa, 'bercakap'. Bukan jenayah pun. Memang betul. Tapi kata-kata tu kan ibarat pedang. Silap cakap, rosak binasa jadinya. So, tak kiralah macam mana pun cara kita bercakap. Depan-depan ke, dalam telefon ke, mesej ke, chat ke, tulis belog macam ni ke. Hati-hatilah. Mungkin kita tak sedar apa yang kita cakap tu menyakitkan hati orang. Tapi kesan bagi orang yang dituju itu, lukanya entah bila nak sembuh. Buatnya dibawa sampai ke liang lahad, melalak mintak maaf pun tak guna. Jadi, be careful with your words.






Saturday, December 8, 2012

No ChALLeNgE nO FuN



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Yesterday of yesterday (amboi-grammar-aku), because my adik also known as Beruang is going to Muadzam Shah this Sunday, so we went out berjimba sambil shopping-shopping barang sekolah dia. Hari ni hari last dia dekat rumah before merasa hidup dekat asrama balik...haha so bye bye Beruang. Ingat atok pesan apa hari tu, belajar rajin-rajin, jangan nakal-nakal, jangan merokok dan yang paling penting, JANGAN TINGGAL SOLAT! Amaran daripada Kementerian Rumah Tangga, sekian terima kasih.




Dan memang bulan ni bulan aku jadi kaki wayang agaknya. I mean, bulan lepas dan bulan ni. Sebab lepas Istanbul Aku Datang dan Jab Taak Hai Jaan, masa keluar dengan Beruang hari tu aku tengok pulak Wreck It Ralph. As a peminat tegar video game, semestinya tak susah pun dia nak tahu promo filem ni. And how many stars for it? Jangan tanya orang yang tak minat game. Tengok la sendiri. Ok bye!








So, next week, my official class will be started. Sebenarnya dah start minggu ni. Tapi student senior yang tak pernah ada rasa serba salah macam aku ni memang akan selamba je ponteng dua hari berturut-turut. Jadi lepas kena maki dengan Mummy (^_^) maka aku pun insaf. Minggu depan, berazam nak jadi pelajar yang baik dan rajin dan tabah menikmati sisa-sisa akhir bergelar student. Tahun depan ada 3K menanti. Mula-mula nak Konvo, lepas tu nak Kerja, lepas tu nak Kahwin! (aaaaaaaa ~ hormon gatal dah datang!)




Hajat dihati nak sambung Master. I even talked about this with Mummy, Daddy as well as with my buddyz (tibe-tibe-macam-promo-DG) tapi bergantung la pada keadaan. Life is not that easy. My lecturer pun cakap, experience tu penting. So, kalau nak sambung Master pun, make sure that you got at least 6 months working experience lepas tu nak sambung sampai PHD pun kau punya pasal laa. Hmm, but my life normally, I always do something yang against norm. Kadang-kadang macam tak nampak masa depan padahal Mummy pernah cakap dengan aku;




“Kalau kita melihat masa depan, kita akan berjaya.”




And there’s a lot of my friends yang boleh melihat masa depan mereka. They are very ambitious with determination in their life path, dan aku sangat kagum dengan mereka. They are able to see one by one, their steps to achieve target they set sampaikan boleh mention lagi “aku-nak-kahwin-tarikh-sekian-sekian-sekian” Tapi aku? Soalan “besok-kau-nak-buat-apa?” pun aku belum tentu boleh jawab. Haha, tapi to be honest, aku lagi suka macam ni. Enjoying every moment, and look, what will come afterwards. Biar semua benda jadi surprise!




Ok, the point is? It’s actually ada macam-macam cabaran dalam hidup kita. Cabaran atau dugaan tu kadang-kadang datang dalam bentuk yang kita nampak dan yang ada jugak dalam bentuk yang kita tak sedar. Tapi tujuannya Tuhan datangkan ujian dan dugaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memantapkan iman kita. Semakin cepat kita kembali kepada Allah, semakin jelas hikmah yang kita akan nampak di sebalik ujian itu. But onesly, aku nak cakap yang aku tak percaya aku tulis ayat macam ni...hahah.




Tapi sebagai seorang Muslim, kita dijanjikan sesuatu;




"Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]




Jadi, walaupun jadual kelas tak seperti yang diharapkan, walaupun cermin kereta pecah tiba-tiba semalam,  walaupun earphone MP3 rosak sebelah, walaupun tak ada bajet untuk shopping this year end sebab banyak berhabis untuk Thesis, walaupun banyak masalah datang menimpa, tapi ketahuilah, hidup ni tak seronok tanpa cabaran. Dan setiap cabaran yang datang itu bukanlah sia-sia. Yakin!




" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)









Mungkin disebabkan dah terlalu immune dengan masalah so I just smile with those problems before me. Hey, I have Allah by my side so nak takut apa kan?


Wednesday, December 5, 2012

KeNaPa SeLeNDaNg?



Bismillahirrahmanirrahim
Peace be upon him Prophet Muhammad SAW,
Assalamualaikum wbt




I’ve got nothing to say but Alhamdulillah syukur sangat sangat sangat sebab akhirnya my thesis presentation was ended and I can breathe Alhamdulillah. It’s just that I’m not really asking for a better treatment yesterday so Allah kasi aku peluang untuk rasa kena ambush sikit dengan lecturer. Apa nak buat, senyum ajelah. Bukan susah pun nak buat amal masa susah. She was fussy as usual, faham-faham jelaaa (ayatnakpempereddirisendiri) as long as tak kena redo macam orang lain so, thankful thankful thankful. Ok sekian tamat cakap pasal thesis.




Jadi sebab rasa macam dah lama gila tak tulis something yang meaningful dekat sini asyik-asyik dok cakap pasal thesis kan, aku tahu korang mesti rasa macam meluat gila dengan aku fine fine memang aku tak reti tulis pakai noktah, so entry pertama bulan disember ni aku nak bagitahu sesuatu yang mungkin some of you pernah terlintas dalam kepala tapi tak terkeluar soalan macam yang adik junior aku si Izzah ni tanya,




“Kak Ocha memang suka pakai shawl eh?”




aku senyum pandang Izzah dan angguk




FYI (for your information) siapa yang tak tahu shawl tu apa, it’s a tudung tapi bentuk dia panjang around satu meter lebih macam selendang. Sebab dia memang selendang pun. Dan kalau tak tahu selendang tu apa, boleh bukak www.google.com dan taip perkataan ‘shawl’ ataupun ‘selendang’ dan tadaa, maklumat dihujung jari anda sekian terima kasih.




Jadi disebabkan aku tak explain dengan panjang lebar dekat Izzah semalam kenapa aku suka pakai shawl, jadi aku rasa kalau aku explain dekat sini pun ok kot. ^_^ And for you guys yang kalau rasa nak baca, bacalah. Tak nak baca pun tak jadi hal memang habit aku suka cakap sorang-sorang dalam belog ni hewhewhew.




And so, the first reason ‘kenapa kak Ocha suka pakai shawl’ is because untuk menutup aurat..haha paaang ambek kena pelempang dengan adik junior sendiri ok ok first is because shawl itu sangat flexible. Flexible bagi aku is because tak payah nak jaga sangat in term of dia berkedut-kedut ke apa sebab kalau keronyok hujung sini, you still have the other hujung yang tak keronyok yang masih boleh dijadikan main part to wear. Yelah, satu meter lebih so kau kiralah dari hujung sini sampai hujung satu lagi, impossible kalau tak ada sikit pun part yang licin I mean yang tak berkedut. Ok, at least lagi senang dijaga daripada tudung bawal or tudung labuh or tudung awning dan sebagainya tu. In other word, untuk orang yang malas nak iron tudung dan jenis yang ganas tak bertempat macam aku ni, shawl is the best choice lah.




And then, the second reason is because shawl is very suitable to wear with any baju. Bukanlah aku nak cakap pakai tudung labuh tu tak fashionable ke apa, tapi example la kan kalau kita nak pakai dress, and match with tudung labuh, adalah sama sekali tidak sesuai. Tak tahulah kalau korang pernah tengok sesiapa pakai macam tu. Tapi for me memang tak bolehlah. Dress dengan tudung awning? Ok, maybe boleh di consider. Tapi dress adalah paling sesuai dengan tudung bawal dan shawl. No doubt.




Dan, to be honest, aku ni bukanlah baik sangat yang always berjubah or berbaju kurung kalau nak ke mana-mana. Kadang-kadang aku selamba jugak pakai t-shirt, blouse, jeans, dress, skirt, semua jenis baju tu aku lanyak je. As long as sopan dan semestinya menutup aurat. So, kalau nak padankan dengan semua baju yang aku sebut tu, shawl is the best option lah. Seriously. Even pakai sweater pun. Atau baju tidur pun. Shawl will never go wrong.




And the third reason why I love pakai shawl is sebab dia labuh dan tak jarang. Dan semestinya bukan sebarang shawl yang boleh dikategorikan sebagai labuh melainkan pashmina dan shawl mekah yang memang bidang dia besar gila memang boleh tutup satu badan dah. Tapi aku tidaklah sampai ke tahap itu. As long as dia tutup dada, itu yang paling penting. Sebab tudung awning yang labuh pun kain dia tetap jenis melekat juga, so nampak bentuk jugak. Yang bawal pulak bagi aku walaupun dia tak melekat sangat, tapi jenis kain yang best biasanya agak jarang. Dah satu hal pulak kena pakai inner neck. Jadi the best option is tak lain dan tak bukan, tudung selendang eh bukan tudung, selendang je.




The fourth reason for me is shawl adalah tudung yang sangat multi-purpose. Boleh buat tudung, boleh buat selendang, I mean selendang yang letak dekat bahu tu atau pakai dekat leher, then boleh buat selimut. Duduk dalam lecture hall atau dalam cinema sampai dua jam kan memang boleh mati beku kalau tak ada pashmina. Of course yang tebal sikit laa. Tudung labuh, tudung bawal, tudung awning boleh buat macam tu? Mampu? Kau ada? Tak pernah dibuat orang dik. Lepas tu boleh buat payung share dengan boyfriend atau girlfriend konon-konon macam dalam drama sangat kan. In emergency case macam masa aku pergi Pangkor dulu, ada sorang budak ni seluar dia terkoyak ya Allah besar gila dekat part yang 'part-yang-tu'. Siapa yang cover line? Cik Selendang akuuu jugak. Buat style ala-ala kain pario gitew. Tak tahu kain pario? Tanya Encik Gugel.




Ok, tak cukup empat reasons? Fine aku tambah lagi satu because harga shawl is actually lebih murah daripada tudung lain. Standard price yang aku selalu beli, RM10 sehelai. Murah kan? So jangan pengsan kalau tengok koleksi shawl aku. Kalau jumpa yang lagi mahal daripada harga tu, lupakan saja unless kalau corak dia sangat tempted dan kain dia memang fabric best gila. And Nilai 3 is my favourite place to shopping shawl sejak dah tak duduk UiTM ni. Err, walaupun the harga is actually lebih kurang je...hehe. Tapi tak kisah la. Aku nak cakap aku suka pakai shawl sebab dia murah. So?





Ok, so this is my favorite shawl with jubah
(credit to Mimi ^_^ the owner for that jubah)





Shawl with baju kurung
(credit to Haajar the owner for that baju kurung)




Shawl with t-shirt and jeans
Credit to me myself
(nak jugak!)




Wish I could wear shawl together with short sleeve and pants like this ^_^
Alahaaai, nostalgia sangat gambar masa kecik-kecik.




Baiklah. Jadi sekian saja potpet aku yang sungguh panjang daripada biasa hari ni. Agaknya lepas gian nak menulis tak puas hati pasal sepanjang buat thesis ayat memasing skema je kan. Anyway, this is just my random opinion. You guys may have 1000 reasons to argue with me why  tudung labuh is better, why tudung bawal is the best, why tudung awning is the finest choice for you, but this is the only reason for soalan “Kak Ocha suka pakai shawl eh?” ~ tak ingat kew kan dah bagitahu awal-awal tadi? No heart feeling ok. Ini Malaysia. A freedom country. Free to give opinion and blah blah blah. Takmau sentap-sentap. Sekian. Bye!


Friday, November 30, 2012

MuMmY iS aLWaYs RiGhT ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





Baru kahwin 5 bulan dah bersalin? Betul ke mak? Mummy mengangguk dengan penuh konfiden. Muka kerek. Macam penyampai berita astro awani. Lagi-lagi bila cerita hot macam tu. Aku mengeleng kepala. Ya Allah, apa nak jadi dengan umat akhir zaman ni? Sangat tak sayang diri sendiri. Sangat tak sayang maruah.




“Mak cerita ni bukan nak burukkan orang. Tapi nak bagi pengajaran kat kau dua orang!”




Nah, meriam meletup satu das. Dekat bawah pokok kuini depan rumah, aku, tomato and mummy meneruskan sesi bergosip sambil bakar sampah, bakar daun-daun mangga dan kuini yang gugur, kaut rumput yang pakcik-pakcik majlis daerah baru lepas mesen semua.




“Bukan kesian dekat mak bapak, tapi kesian dekat budak tu. Kau bayangkan nanti dia dah besar, tak ke dia tanya kenapa di binkan dengan Abdullah? Apa dia akan fikir? Buruknya perangai mak bapak aku. Malu tau.”




Aku dengan tomato mengangguk lagi. Meriam meletup kali kedua. Kereta lalu-lalang aku peduli apa? Suara mummy sure lagi kuat vavavoom daripada enjin kereta tu semua. Aku angkat-angkat kening. Tomato buat muka.




“Nasib baik bukan anak perempuan. Esok nak kahwin, mana boleh pakai wali bapak dia tu.”




Lalala. Meriam ketiga pulak meletup. Aku tanya mummy.




“Ooo, tak boleh eh mak?”




Dengan muka konfiden lagi mummy geleng kepala. Aku angguk. Faham, faham.




“Kesiannya budak tu.” 




Aku macam cakap sorang-sorang. Tomato main-main dengan pencakar daun. Gaya macam nak cakar muka aku. Bagi signal apa entah tapi aku tak faham.




“Itu pasal mak tak kasi kau selalu jumpa anak jantan orang!”




Gulp! Meriam kali keempat ni kena muka aku. Kena tepat-tepat tanpa warning tak sempat nak elak. Kalau aku tahu mummy punya aim, dah lama aku bangun pergi petik cili api yang sedang masak ranum tu cepat-cepat.




“Kalau nak keluar makan, borak-borak tu mak tak kisah. Tapi yang sampai tengok wayang tu mak tak suka. Dok dua-dua dalam gelap. Setan tu cari peluang je.”




Boom, boom, meriam kelima dan keenam keluar serentak. Kena hidung, kena telinga, pakai peluru cap apa pun aku tak tahu. Tapi memang pedih dan pedas. Yes, yes, tomato tersengih-sengih. Aku rasa macam nak rembat pencakar daun tu cakar muka dia pulak. Baca belog aku diam-diam sudah la. Ini siap report sama mummy ewah ewah kan dah kantoi.




“Alah mak, bukan buat apa pun. Tengok movie je. Time solat kitorang solat.”




Tak tahu kenapa rasa macam duduk dalam kandang tertuduh tiba-tiba. Dah la peguam bela tak ada. Pasrah.




“Iye. Memang tak buat apa. Tapi setan tu sentiasa ada. Kalau nak jadi, dia tak kira.”




Ouch. Meriam ketujuh keluar. Paralize satu badan. Cacat tibe-tibe. Bisu tak boleh nak back-up diri sendiri dah. Lepas tu mummy sambung lagi.




“Lain kali kalau nak keluar boleh. Tapi setakat jumpa makan-makan je. Tengok wayang tak boleh. Mak tak nak kau buat perangai yang bukan-bukan.” 




Tang tang tang (bunyi macam hakim ketok meja tu). Kes ditutup.




Pasrah lagi. Mummy buat muka tak bersalah. Of course sebab dia hakim. Hakim yang dah banyak bagi peluang dekat aku tapi kadang-kadang aku selalu ingkar. Suruh balik sebelum pukul 8 malam, aku sampai rumah pukul 11. Suruh pergi Shah Alam, jangan menyimpang mana-mana, tapi aku mesti nak singgah ****i. Kalau tak dating dengan Nurul J, aku akan lepak dengan Encik YB. Lepak jew, hew. 




Tapi bila dah lepak, mesti la akan banyak benda nak reveal, banyak isu nak keluar. Discuss. Heart to heart. Ask for opinion and semualah. Itu namanya besties. Mummy faham actually. Tapi bila ada benda yang dia harus strict, dia akan strict. Especially about social life and dress up. That’s why I can’t lie to her. Pergi mana, buat apa, dengan siapa, I have to tell her! I must!




Dia singa yang garang tapi comel. Dia bestfriend yang terbaik dan always boleh negotiate tapi ada limit. Boleh bermanja tapi jangan cari pasal. Meriam-meriam dia pun, untuk kebaikan aku jugak. Makanan dia jugak yang aku selalu mengidam. Dekat dia jugak aku nak menangis, nak mengadu, nak menggedik.




Anyway...





And much more ^_^




Patut laa mummy cakap, dia tak nak aku bertunang. Memang atas dasar Islamnya bertunang itulah masa untuk dua pasangan itu berkenal-kenalan. Tapi zaman sekarang ni tak ada istilah tak kenal sebelum kahwin. Bertunang versi sekarang is a big license to buat maksiat katanya (dia bagi example yang mula-mula tadi laa). Kalau nak bertunang jugak, buat pagi, petang tu nikah. Lalala. Apo nak dikato. Mummy is always right.








p/s: saudara kita dekat palestine, menangis sebab kehilangan ibu mereka, so keep praying dan bersyukurlah kita masih ada ibu ^_^ ok!

Wednesday, November 28, 2012

1st TiMe In LiFe MoViE-iNg ~ JaB taAk Hai JaAn



IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW,
ASSALAMUALAIKUM WBT




Dalam hidup kita ni, Tuhan terlalu banyak memberi. Kita mintak je, Allah bagi. Mesti akan bagi. Jadi, balaslah balik dengan menurut perintahnya. Jangan sombong dengan Tuhan. Bersyukur. OK. Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Kena selalu sebut Alhamdulillah. Ingat tu! ^_^




Well, thesis dah siap. Alhamdulillah. Jadi semalam aku hantar the complete one from chapter 1 to 5 dekat supervisor. Sekarang dah boleh tarik nafas lega walaupun masih belum complete sepenuhnya. Tak apa. The rest is just the technical aspects yang insyaAllah boleh disiapkan later. Yang penting dah siap, ok dah siap, DAH SIAP!!! Tolonglah faham perasaan aku ni bila bergelumang dengan thesis 24 jam, dari daddy balik dari kerja sampai nak pergi kerja balik tengok anak dara dia mengadap laptop non-stop. Tak tolong mak masak, tak tolong mak buat kerja rumah apa semua. (rasabersalahtibatiba)








Okeh. Now back to the title. Jab Tak Hai Jaan. Within few hours aku chat dengan Encik YB tak pasal-pasal je terus deal dengan dia nak tengok filem tu. Memang Tuhan tu always Maha Mendengar. Seriously. Sebab aku pernah cakap dalam hati, lepas je aku done final chapter thesis ni memang aku nak release tension sekejap. Nak balas dendam la kan da berapa hari tak tido. Tup-tup ada pulak orang ajak movie-ing. Memang best sangat la offer tu walaupun Hindustan kan. It’s not like aku tak minat Hindustan ke hapa, eh, almost semua Shah Rukh Khan (SRK) punya movie aku dah tengok ok. Tapi movie-ing Hindustan dekat cinema? Haha. It does sound funny for me at first. Memang aku tergelak beriya depan laptop tu. Tapi... 






Ok. He’s not kidding. Encik YB rupanya layan Hindustan jugak sila percaya ^_^
Since this is the first time for me tengok cerita hindustan dekat cinema,
so ini history laa.





3 jam tengok SRK, tak pernah rasa lama. Macam filem-filem yang lain. Always the best walaupun biasalah mesti ada a bit mengarut kan petik gitar entah hapa-hape bunyi sedap jugak, pray dekat church, promise yang bukan-bukan, cabar Tuhan la apa semua, defuse berpuluh-puluh bomb without life jacket, accident dua kali terus amnesia, biasalah tuu, kalau tak, taklah amazing love story ceritanya. 




Anyway, aku suka part SRK menari dengan Katrina, aku suka part Akira buat discovery channel dia bawah jambatan, aku suka part SRK approach Katrina dengan sangat selamba, ada jugaklah part yang aku rasa nak taching tapi sebab Encik YB dekat sebelah selalu potong line, air mata aku pun tercatu...lalala. Lagu-lagu filem tu pun best. For me, you can always have a high expectation on Yash Rajs’ films. Tak caya? Nah, trailer,








Dan rasanya, penat seminggu menyudahkan thesis is berbaloi bila dapat release tension macam tu. Makan-makan, layan teh tarik kat kedai mamak, have a chat sume. Tapi kalau dapat A thesis lagilah berbaloi-baloi ^_^ Doakan saya. That’s the only thing I ask for. And to Encik YB yang sudi membawa saya ke jalan yang benar (Putrajaya is not a simple GPS ok),




Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)




I’m not saying that I’m the best among your friends. But if you need someone to rely on, if you need a shoulder to cry, if you need ears to listen to, Dear, you can always ask for my companion.




"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(surah al-Hujurat 49 : 13)




Aku bukan kawan yang ada masa untuk suka dan seronok je. InsyaAllah in everything. Be strong. Allah tak berikan kita ujian kalau Dia tahu kita tak mampu. He knows your strength. I know your might. Keep holding on. The blissful ending will be yours.     




Thank you for the treat. Gossip girls, sila jeles dengan entry ini. Bye!




Oh ya, do continue to pray for Gaza. TQ.

the history

Followers