Monday, October 7, 2013

DiVas WeNt OuT 4 ChaRiTy


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku bukan nak certa sangat pasal berjalan kaki amal ni sebenarnya, tapi sebab tension tak jumpa tajuk proposal yang baru. Cari-cari artikel, sekali terjumpa blogger.com. Memang alasan sangat. Lagipun, bila sebut perkataan 'amal' itu sahaja sudah membuatkan aku rasa oh-aku-sudah-dewasa-rupanya. Seoleh-olah sudah tidak lagi bernafsu buas untuk berjimba seperti pada zaman muda-mudi dahulu padahal kalau nampak diskaun 50 peratus pun dah terbelahak bijik mata apatah lagi 70 peratus. Jadi lupakan sahaja angan untuk menjadi dewasa. Selagi tak dapat tengok bebola daging (atau nama penuhnya cloudy with a chance of meatballs), aku tidak akan berhenti tulis perkataan itu di sini. Tibe-tibe. Kau tahu aku memang rajin mengarut kalau kepala dah serabut. Nasiblah. Siapa suruh baca belog aku?








Patah balik patah balik. Ini poster World Hunger Relief yang aku cakap tadi. It's a charity walk yang disertai ribuan pejalan kaki sebagai simbolik untuk menyelamatkan dunia daripada kelaparan. Selamatkan dunia okeh. Haaa, kan dah tiba-tiba rasa macam superhero.









Jadi, bertempat di depan Palace of Justice, (one of my favourite building dekat Putrajaya) semalam, we started the walk. Kak Dyna yang gambar atas tu, dialah yang bawak kitorang. Nor and me. Tapi Nor tak ada, dia miss we ols sebab we ols jalan laju gila macam tengah masuk amazing race cari registration counter sekali walk-in registration kejadah registration semua pun tutup, memang ngam-ngam sampai masa tu, orang tengah aerobic warming up bagai lepas tu terus flag off. Maka dengan muka tak bersalah we ols pun berjalan. Tak kira nak join jugak jadi superhero tak berdaftar even they screwed up our registration.





Dan Nor, yang we ols miss tadi, dia duduk je dekat khemah walaupun dia pakai complete sports attire. Ingatkan kat belakang, bajetlah nak tunggu dia catch up. Sekali dia decide nak tunggu dekat ending point je. Aku yang tak berniat nak join pulak yang terjebak. Dah la pakai seluar jeans, pakai blous, tudung kalah ular sawa melingkau cekik-cekik leher bagai dan of course dengan selipar kegemaran, sambil bimbit beg tangan gabak nak mati. Tak segan silu weh aku join jalan dengan orang-orang tu. Aku pun tak tahu kenapa. Bajet macam jalan atas red carpet feeling diva sangat.





Kan lain sangat tu. Macam heroin nyanyi lagu hindustan baju dia sorang je rare, penari dekat belakang semua seragam. Hah, bayangkan macam gitu ok kau jangan buat aku rasa loser sangat.





Lepas tu, dengan muka berlagak tak nak jalan 3km, nak pilih 5km sampai depan Putrajaya International Convention Centre pulak. Nampak kan PICC yang tercatuk tinggi dekat hujung jalan tu? Sepatutnya, dekat traffic light depan tu boleh je u-turn siapa nak buat setakat 3km. Tapi tak best la, diva jalan 3km je. Mesti up la maksimum distance kasi dapat title Iron Lady Diva Divana. Enak title aku bagi kat diri sendiri. Sudahnya sampai garisan tamat...








Kak Dyna maintain lagi. Aku pun nak bajet gagah jugak. Sekali masing-masing ketaq lutut. Kak Dyna spray kaki tak henti-henti. Peha kiri aku pulak krem tak bagi salam. Terkejut tuan dia tiba-tiba bawak jalan 5km konon boleh cairkan lemak berapa kilogram. Mimpinya Laila sangat. Habis charity walk, pegi Alamanda sumbat carbonara jugak. Perangai diva, gitu gamaknya. Dah la dah la, malas cerita charity walk lagi. Tahun depan aku nak join lagi sekali. Promise, masa tu aku tak nak bajet diva lagi dah.





Ok last. Dah bye!

Thursday, October 3, 2013

PaRi-PaRi StaRbUcKs


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Happened to be we were so over sugar dose last night. Nak kata mabuk, I don't think so. Choi. Tak pernah sentuh alkohol seumur hidup ok. But who knows, thought that I never find such a gedik and happening klik classmate after sekian lama (ever since asasi or degree ntah), rupanya malam tadi baru jumpa. Semestinyalah darling after a long period of mental and physical torture back then. Bila? When I was a teacher remember? Hah, torture habes. Nak cerita balik? Jangan buat gila, kang ada surat lawyer sampai rumah kang. Ingat aku kaya nak bayar saman? So buat-buat tak tahu je yang aku pernah jadi teacher dulu. Buat muka tak bersalah layan starbucks padahal baru je mengaku tak kaya tapi order large cup banana frappucino tak ke bingai namanya.






This is Kak Dy (pronounce 'dai'). She is the one yang sebelah muka glee tuhaa. Tak sangka jumpa geng retarded walaupun dah masuk master level. If I tell you her age, mesti kau worang sumpah takkan percaya. Yah. Age is just a number. Aku pun masih tengok barbie sampai sekarang. Apa nak heran. Retarted pun retarded lah. Bukan laki aku marah pun kan bang...





Oh, ceritanya begini. Jangan salah faham macam mana aku boleh terlepas kandang semalam. I'm not driving anymore ok baby. Takut kang ada orang blame aku berfoya-foya padahal aku bukan bawak kereta pun. But that Kak Dy, yang super super super angel, pasal apa aku panggil dia angel? Because she fulfilled my wish. She took me to that starbucks sebab masuk je kelas semalam, I was like merengek manja-manja gitu depan Kak Dy, (bukan manja tu namanya gedik)





"Terasa nak minum starbuckslah."

"Really? Jom?"

"Serius?"

Kak Dy angguk.





Macam tu je. Then aku terus text roomate yang juga super super super angels nak belikan starbucks sebab kebetulan dia pun keluar, then aku dah order dekat beliau nak starbucks tu - memang terserlah sangat aku punya mengidam tahap kritikal kan. Tak tahu kenapa. Maybe sebab tengah hari tu makan sambal so perut pun rasa pedih-pedih so tekak pun mulalah terasa nak minum something sejuk and sweet and aku tahu alasan je semua tu. Lalu aku pun mesej, tak payahlah Ida (my roomate nama dia Ida). Tak payahlah belikan starbucks untuk akak. Kejap lagi akak nak keluar dengan classmate, so nanti akak beli sendiri. And tadah...





Ladies night out. Kak Dy, Iema and me. Sebab ini kelasmate master I so rasa macam tua sikit so rasa macam tak best la letak title 'girls-night-out' lagi sebab tu dia tukar ladies cheh tang mana ladies pun aku tak tahu. Dah la ayat tak reti nak fullstoop.






  tonight





we





own





the starbucks...hahah





and it was really ours.





And that was Kak Dy with her so-called greediness. Hahah. Taklah. Kak Dy yang comel, I hope you will find this entry since we're not meeting each other online. I mean, mestilah dia tak jumpa entry ni sebab dia tak friends dengan I dekat FB. Jangan pelik you ols. It's just, not yet. But still, I'd like to thank you (I mean Kak Dy) sebab sudi jadi pari-pari to fulfilled my wish. I'm genie for you girl. Hah, tibe-tibe. Ok. Tak faham tak pe. Tanya orang K-Popers. Bye!





I know I'm so excited sebab sebelum ni tak pernah kenalkan classmate master I kan kan kan?





p/s: i nak tengok cloudy with a chance of meatballs. siapa plak nak jadi pari-pari ni?

Monday, September 30, 2013

sELaGi Ada MaSa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lately, aku rasa hidup aku miserable. Insecure. Paranoid. Pathetic. Nah. Cakaplah aku gila. Aku terima. Ni semua gara-gara cerita yang aku tengah tulis. Padahal bukan cerita triller atau horror. Cerita mengarut yang memang kalau hantar dekat Syamsul Yusuf untuk bikin filem memang sah kena gelak tak cukup tanah. Tapi aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku memberi senyuman kepada hidup beliau. Kau tahu kan dia tengah bersedih sekarang? Haa, dah tu pergi layan juga KL Gangster yang adik aku download. Double bangang.




Cerita aku ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang belum mati. Semuanya fantasi mengarut bak kata Kak Arin, budak tudung labuh yang bajet hipster dan bermulut puaka tanpa insuran seperti aku ini memang begini. Aku suka cipta dunia sendiri. Kalau nak join, boleh register hari ni. Besok tak boleh. Aku ada temujanji.





Jadi aku suka tulis angan-angan. Apa yang aku nak jadi, apa yang aku nak buat, apa yang aku suka, apa yang aku harap. Kadang-kadang jadi kenyataan. Kadang-kadang... jauh tersesat. Achelli, aku tengah frust sekarang ni. Entah macam mana aku boleh tersalah register kelas pergi daftar kelas part-time. Kepala hotak dia berjambul. Patut la nama aku tak ada dalam list kelas. Haa, dah satu hal pulak nak kena jumpa lecturer sorang-sorang bagitahu mereka sambil buat muka kasihan. Kalau tak diorang blacklist aku. Sia-sia tergolek terlentang buat assigment sekali markah tak boleh nak masuk dalam sistem pasal tak ado namo. Dem.





Ok. Minggu ni aku ada projek besar. Eh, minggu depan. Tapi aku belum bincang dengan team aku lagi. Kalau dah konfirm, nanti aku war-warkan. Jangan risau, siapa lagi nak promote aku kalau bukan aku sendiri. Yah. Sekian. Aku nak sambung cerita merepek. Harap-harap Shamsul Yusuf tak nangis lagi. Bye!







quote aku untuk hari ini.
kredit to gugel: mari berpoya-poya selagi ada masa.




oh ya, bye September!
(sapu air mata)

Monday, September 23, 2013

aNgaN-aNgaN KaLaU JaDi YB


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku pernah ada niat nak jadi YB. Yang Berbahagia atau Yang Berhormat, entah aku lupa. Mesti Encik Mail malu nak mengaku aku anak murid dia. Nama je dapat A untuk subjek penghujahan, tapi biadab, tak amalkan ilmu. Maafkan saya Encik Mail. Maafkan aku Tuhan. Memang hanya niat. Bukan betul nak jadi pun. Bukan bersungguh pun. Kang hancur rakyat jelata Gemencheh dapat aku jadi ADUN. Hari-hari berkampung depan pejabat buat bantahan besar-besaran. Gamaknyalah.




Nah. Sekarang aku ambil Master in Education. Tapi aku tak nak jadi cikgu. Sebab aku tak pandai mengajar. Aku tak pandai ajar budak-budak buat benda baik. Benda jahat, benda sesat, itu boleh. Nanti aku manjakan anak orang, nanti diorang spoil. Tapi kalau aku bengis memanjang, aku pulak yang spoil. Maka kesimpulannya, aku kena ada satu tema je. Tema mak tiri atau mak kandung. Kau faham tak? Tak faham tak apa. Teruskan membaca kalau masih tak berputus asa.




Tapi tapi tapi. Aku tak cakap yang aku tak boleh. Aku pernah cuba. Aku pernah rasa. Aku pernah ada (pause sekejap) pengalaman. Kenapa kena pause? Aku punya sukalah. Ok, sambung balik. Cerita pengalaman aku mengajar, aku tak salahkan cikgu, aku tak salahkan ibu bapa kalau anak-anak spoil. It might be a factor. Tapi tak semestinya. Sebab dalam satu hari, masa budak-budak lebih banyak di sekolah berbanding di rumah. So, ada logik tak kalau aku cakap cikgu lagi kenal anak murid daripada mak bapak? Logik.




Anak-anak sekolah sampai petang. Balik rumah sambung lepak dengan kawan siapkan kerja sekolah. Itu group yang bijak pandailah. Kalau yang tak berapa bijak pandai, pergi kau merayau merempit buang masa buang duit segala. Sedih. Kesian. Tapi nak buat macam mana? Bukan salah cikgu. Bukan salah mak bapak. Tapi pihak sekolah. Eh, tak juga. Sekolah ikut arahan PPD. PPD ikut arahan Jabatan. Jabatan itu arahan Kementerian. Dah polisi kata hantar kerja sekolah, assignment, hambat anak-anak dengan aktiviti sukan, kelas tambahan. Tak cukup hari sekolah, hujung minggu boleh bantai. Elok-elok anak jadi pandai, terus berenang terkapai-kapai. Segala benda nak capai. Haa, kan dah berima.




Habis tu nak buat macam mana? Semua nak naikkan taraf pendidikan, pencapaian, grades, tapi kalau satu sekolah sampai berbelas-belas kelas satu tingkatan, lepas tu satu kelas pulak sampai 30 orang lebih pelajar, mana nak dapat naik taraf pendidikan? Nak manage kelas pun dah ambil setengah jam. Berapa minit tinggal untuk lesson plan? Ingat cikgu tak ada kerja lain selain menjerit-jerit masuk kelas suruh budak-budak diam? Takkan semua cikgu kena tukar karekter jadi cikgu disiplin? Takkan semua cikgu nak kena genggam rotan ke hulu ke hilir?




Saya cadangkan tambah bilangan sekolah. Tambah cikgu. Tambah fasiliti. Pasak kepala otak cikgu untuk pupuk anak-anak dengan pendidikan yang berkualiti. Bukan ranking. Tak guna kalau anak-anak bijak pandai hari ni bila besar jadi menteri kerjanya manipulasi. Dah cikgu didik dari kecil. Moral. Adab. Intigriti. Itu benda kecil. Tolak tepi.




Mana tahu Tuhan nak makbulkan niat aku nak jadi YB. Dapat pulak kahwin dengan menteri. Senang aku minta sekolah sebiji. Pengetua masuk, cikgu masuk, budak-budak masuk, semua cuci kaki. Sekolah kampung, tapi canggih dengan teknologi. Yang penting, sorang cikgu jangan bagi anak murid berpuluh-puluh. Mana lepasan maktab yang susah nak dapat kerja tu? Meh sini datang mengajar kat sekolah aku. Sekolah kampung, budak kampung, aku briefing dulu perangai diorang macam mana. Nanti aku cuci kepala otak budak, kepala otak cikgu sekali. Macam yang aku cakap tadi. Semuanya kalau. Kalau aku jadi YB. Merangkap pengetualah sekali.




Kau tamak!





Biar aku tamak. Kau doakan niat aku jadi reliti.
Lepas tu kau tengoklah nanti.





Hah, apa tak matching dengan kos? Management & Leadership? Lah sangat...

Wednesday, September 18, 2013

GoOd NiGhT ThiEf


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Aku rasa bulan September ni bulan reunion la. Dan aku rasa korang pun mesti boring pasal aku dok tayang gambar macam dah tak ada folder nak simpan kan? Ok. Aku pun tahu penat jugak. Dan sekarang, rasanya cerita reunion aku dah habis. Lepas ni cerita reunion dengan buku sahaja. Sekian. Nampak sangat boring tengah-tengah malam. Ok bye!






aku serius tengah gila dengan lagu ni.
ada aku letak dekat fb.
tapi kalau aku nak letak dekat sini jugak so?







versi BM pun best jugak!
esp part "dari darjah satu, darjah satu" OMAIGOD!
ok, itu je nak cakap










anyway, gud nite u beautiful people yang sudi baca belog saye!

Tuesday, September 17, 2013

ReUniOn SeaSoN: aT sEoUL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Bukan senang nak spend quality time sekarang. Dulu bilik depan-depan, sebelah-sebelah, tak kira pagi ke petang ke malam ke, memang akan jumpa punya. Tapi sekarang masing-masing dah bekerjaya, makin sibuk dengan urusan dunia, memang susah sangat nak tunjuk muka. Sebab tu kesempatan cuti pada Hari Malaysia, kami buat reunion. Berjumpa dengan adik-adik yang rasanya tak jumpa sejak Kalumpang hari tu kot. Ingat tak cerita Kalumpang? Kalau tak ingat kelik sini.






So ini Kak Long aku. Aku panggil dia kak long sebab dia lahir bulan satu. Ada logik? Ada. And gambar tu? Bukan susah nak teka dekat mana kan? Seoul Garden. Selalu makan dekat OU. Tapi semalam kitorang pergi Paradigm. Baru tahu Paradigm ada Seoul Garden. Oh sedih.






Gambar atas belah kanan, Kak Chu and Yatt. Yang purple tu Kak Chik. Biasalah, kamera masing-masing tak berapa nak canggih. Itu pasal tak nampak orang nampak asap je. Tak kisah la. Mana paling canggih itu yang kita pakai. Yang penting memori tersimpan. Kalau tak dalam kamera, dalam ingatan. Yang penting semua ada. Yang penting ada penaja. Penaja transport, penaja kamera dan penaja perut. Ya. Penaja perut itu sangat penting. Sebab bukan Seoul Gardeners sejati kalau tak makan dekat sana lebih daripada empat jam. Aku impress dengan pengusaha Seoul Garden ini. Sangat!






Adik yang kelaparan. Ok, tak nak kacau.





Sekarang blogging dah jadi part time. Sebab tu aku dah tak tulis versi karangan sangat. Ok. Aku nak sambung tulis cerita berangan. Kalau ada rezeki korang baca dekat kedai eh. Omaigod angan-angan aku sungguh indah bagai disorga!






After that kami pergi mana tak payah ceritalah k.
Bye!

Monday, September 16, 2013

30 MiNuTeS LaTe: SoRrY MaR. HaPpY BiRtHDaY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




My abang, dia kawan baik I. Kenal sejak tahun pertama degree I mean sejak hari pertama kelas lagi. Bukan setakat tu je, master pun nak sama kelas jugak. Tapi sem ni, tak lagi. Dia nak pergi UPSI. Tinggal la aku seorang diri. Budak bahasa kan. Ayat pun nak berima-rema.





Nama penuh dia... ok tak payah bagitahu kang femes sangat. Aku panggil dia Mar je. Aku suka kawan dengan dia sebab dia baik. Sebab dia rajin. Orang jahat, orang malas, aku tak nak kawan. Dia duduk Tampin. Yes. We ols sekampung. Orang kampung. Aku suka kawan dengan orang kampung. Pasal orang bandar gedik! Laser mulut aku kan macam laser budak Mar ni jugak. Haaa, jangan marah eh Mar. Laser kau, aku je yang tahu. Tapi tak la sampai nak burukkan kau. Lagipun ni entry Hari Lahir kau. Jadi harus cerita yang baik-baik saja. Yang tak baik aku save dalam recycle bin...gitew.





Selain tu, aku suka kawan dengan dia sebab dia suka tolong aku. Dia selalu tumpangkan aku bila balik kampung. Dia selalu ajar aku kalau aku rasa bangang gila tak faham subjek apa aku belajar ni kan. Dia jugak selalu update aku dengan latest isu, latest information, latest dateline. Selalu bagi aku pinjam kamera dslr dia yang vavavooom tuuu. Kau punya kamera selalu bikin belog aku berseri-seri tau Mar. Kau jugak yang tolong aku untuk dapat praktikal dekat PPD. Sampai aku bercita-cita untuk sambung master sebab nak jadi pegawai PPD. Murni kan cita-cita? Jadi terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak sangat aku ucapkan dekat kau.





Well, aku tahu memang lambat gila wish Happy Birthday dekat kau. Sebab tadi aku balik kampung. Sepupu aku semua sibuk mintak ajar kord gitar. Punyalah susah nak hafal G. Last-last aku hempuk diorang dengan gitar sekor-sekor. Terus hafal sampai kord L. Ada cikgu kau ajar? Cikgu aku ada.





Oleh itu, sekian, aku dedicate kan entry ini untuk kau sebagai hadiah hari lahir. Tanda aku mengingati kau dan menghargai kau sebagai sahabat aku selama ini. Selamat hari lahir yang ke 25 Muhammad Marzuwan. Aku minta maaf atas segala salah dan silap yang pernah aku buat dekat kau. Halalkan segala makan-minum yang pernah kau belanja. Halalkan segala ilmu yang pernah kau ajarkan.





Doa aku, semoga kau berjaya dalam hidup kau. Dapat title DR nanti jangan buat-buat lupa kat aku pulak. Kot selisih dekat Nagoya Tampin tu kalau kau buat-buat tak nampak, haaa tunggulah nama kau naik lagi dalam belog ni. Hahah. Happry Birthday lagi sekali. Selamat jadi budak UPSI weh!





Gambar Mar sangat limited dalam file aku.
Ini sahaja yang ada, maka aku letak saja.
Alang-alang tu aku nak dedicate kan rindu kepada u ols sekali.
I MISS YOU GENG PUAKA!

Friday, September 13, 2013

WiShEs YaNg TeRLaMbaT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku kenal dia lima tahun yang lalu. Sama je perangai. Annoying. Aku bajet mesti dia rasa nak lempang aku laju-laju. Paling tidak mungkin nak mesej. Cakap aku kejam. Sebab cakap dia annoying.





Tapi Haajar. Aku rasa aku yang selalu buat kau annoying. Tapi kau tak pernah pulak unfriend aku. Bila lagi nak kelik? Memang saja mintak penampar segala intro aku ni. Mintak maaf Haajar. Ini cara aku menunjukkan kasih sayang. Seperti mana kau menunjukkan kasih sayang dengan membuat belated celebration birthday kita berdua. Yang surprise itu!






Ya. Dan hanya kita berdua. Walaupun kedengaran macam pathetic gila, tetapi aku sudah biasa. Kau juga begitu bukan? Memang sadis entry aku hari ini. Haajar, ini entry kedua untuk birthday kau. Aku harap kau gembira walaupun tiada media lain yang sudi memberi publisiti kepada kau. Hanya aku. Nyanyi lagu Hyper Act sikit.






Dan tak ada perkataan lain aku nak cakap melainkan terima kasih. Memang. Memang bunyi klishe. Weh cammana eja klise? Camni ke cam tadi? Aaaaah, aku tahu macam cliché. Aku memang tahu aku tahu eja orang putih je sebab ada right click maka dia boleh betulkan secara auto. Ok, terima kasih Haajar. Itu je point nak cakap. 






Terima kasih sebab melayan soksek-soksek aku yang gedik nak ber FULL HOUSE. Memang tiada yang lain yang memahami aku selain kau. Dan tiada yang lain yang memahami betapa aku begitu gilakan cinta hati aku si mushroom soup itu sampai kau punya mangkok pun kau wakafkan kepada aku. Aku tahu kau sayangkan aku. Tapi tidakkah memberi mushroom soup kau kepada aku itu merupakan satu pengorbanan yang besar? Haajar, aku terharu. Terima kasih lagi sekali.






Muka pasrah ke apakah?






I guess tidak. Dahlah ceritanya aku kidnap beliau during lunch hour. See the baju? Haaa, jelas sekali aku menculik seorang lawyer. Or lawyer-to-be. Bajet dah besar sangatlah tu? Yes we are. Haajar sudah semester akhir LLB. Aku pula tinggal satu sem lagi. Harap semuanya berjalan lancar. Tiada yang sangkut. Tiada yang fail. Aku doakan semuanya. Bukan aku saja. Semuanya. Jadi, marilah kita bersemangat. Tadah tangan. Minta keberkatan Tuhan.






Tak tahu bila nak berubah tabiat ambek gambar depan cermin besar dalam toilet. 
Nanti dah kahwin letak cermin besar depan belakang dalam bilik anak-anak kita tau Haajar.
Biar diorang tak rasa gayat sangat macam mak diorang.


Thursday, September 12, 2013

BeR'rEuNiOn-ReUniOn' Ber'PiKniK-PiKniK


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Disebabkan kekecohan yang melanda di tebing barat, maka kawan-kawan aku yang belajar di Mesir itu pun pulang ke Malaysia. Ayat macam tiba-tiba kan? Haaa, dengan kesempatan yang ada, kami pun bersepakat menjalinkan ukhuwah yang telah sekian lama terjalin bak kata orang tu yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat jangan rapat sangat kang batal air sembahyang...






Apa-apa hal pun kau kena tengok bonet kereta dulu. Lepas tu kena cakap terima kasih dekat dua orang. Yang pertama mummy I sebab dia yang tolong prepare segala menu tersebut. Menu apa tak payah cakaplah. Kang bukan u ols je, dengan ai-ols-ai-ols sekali meleleh air liur. Dan yang kedua kena cakap terima kasih dekat penaja utama iaitu Encik Mesir yang sponsor segala menu tersebut. Nama beliau kita rahsiakanlah eh...




So yang bawah ini menu utamanya. We ols maen bakar-bakar tau hari tu. Sambil nyanyi lagu anak-kecil-main-api-lalalala. Entah dah mengarut tiba-tiba. Sila tengok gambar lepas tu telan air liur.








Aku tak bertanggungjawab terhadap pemilik kaki tersebut. Tukang bakarnye pun biarlah rahsia. Macam mengada sangat kan dari atas sampai bawah semua nak rahsia. Yang penting ayam tu sodap.






Oh mereka rupanya si tukang bakar. Gedik nak ''cheese'' bagai.






Yang ni jiran tukang bakar tadi. In charge satay. 
Tapi tak padan dengan dapur kecik assistants kemain ramai.






Jiran yang lain pulak tak sedar diri berlagak macam pwincess tunggu ayam terbang masuk dalam mulut haaa kemain kau selamba tak turun padang kipas bara api.






Ok lah. Aku tak nak cerita banyak. Sebab nanti dah la gambar banyak potpet pun nak banyak-banyak kang orang ingat ni belog ke thesis? Jadi selesai main bakar-bakar tadi, kami adakan bacaan tahlil ringkas untuk allahyarhamah ustazah kami iaitu Ustazah Khairah. Al- Fatihah untuk beliau.






Habis tahlil, dengan ini dipersilakan kanak-kanak riang terjun ke dalam air.






Kanak-kanak riang yang tak bawak baju extra boleh berdiri buat gaya terencat dekat tebing sahaja.






Kanak-kanak maskulin aku tak tahu nak cakap apalah.






Habis berendam, merangkak masing-masing cari makan.
Macam harimau tak makan setahun bayangkanlah.
Bayangkan sekarang!






Sedang bermuhasabah diri. Tak tahu tang mana yang termuhasabah dengan gaya tangan begitu. Dah macam songsang pulak aku rasa.








Anyway, ini gambar keluarga kecil aku yang tercinta. Minus si tukang ambil gambar ini. Sekejap, aku tunjukkan gambar yang diset dengan self-timer.






Urgh, habit posing macam zaman sekolah masih terbawa-bawa. Apapun, thanks u-ols sebab sudi turun padang ber'reunion' dan berpiknik bersama i ols. Aku terpaksa control untuk tidak terlebih gedik dalam entry ini kang jumpa they ols lagi habis telinga i rabak kena tahan perli. Nak speaking pon tak boley. Entry ni je pun. Entry lain aku redah jugak kau tengoklah nanti.




Sekian, kita tutup majlis dengan kelik tanda pangkah sebelah kanan atas tu. Wassalam. Bye!


Tuesday, September 10, 2013

BBQ cHicKeN - SiSteR DaY oUt


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Empat hari saja aku mampu bertahan untuk cuti daripada berblog. Aku rasa blogging ni da jadi macam darah daging pulak. Hari-hari aku terfikir dalam kepala otak, apa-aku-nak-merepek-hari-ni? Bagusnya kalau aku mempunyai pemikiran begitu terhadap lambakan assignment dan juga tidak berhenti berfkir bagaimana untuk memajukan diri sendiri. Kan kan kan.




Hari ini selasa. Hari kedua aku di rumah sewa baru bersama housemates baru dan roomates baru. Terima kasih Haajar kerana mempertemukan aku dengan mereka. Tapi aku tidak mahu lekas teruja. Takut nanti natijahnya tidak positif seperti yang selalu aku lalui. Jadi aku berlagak biasa-biasa sahaja. Takut mula-mula indah, tapi penghujungnya hampa. Biarlah aku membawa diri ke BBQ Chicken. Aicheeeeh, kemain promote. Kalau bukan tomato punya pasal, memang aku tak berapa nak meng'ayam'kan diri sangat.





FYI, she's a big fan of chicken.
(amboih speaking)










And the Baskin Robin as well. Selamba tak selamba bawak outside food dalam BBQ Chicken? Mujur owner tu tak rasa nak halau dua makhluk di atas. Kan kan kan. Kemain panjang cerita. Motifnya nak cakap, jemputlah datang BBQ Chicken kalau datang One Utama. Kalau park dekat luar, amatlah senang nak cari kedai ni around 500 meter dari entrance giteeeww aku punya explaination. Recommended untuk siapa-siapa nak makan banyak under bajet around RM50.






Melantik diri sendiri menjadi duta. 
Sekian yang benar tomato.






And this is the main course. Kan da speaking lagi. Ok, ini menu utamanya. Half chicken okay. Kau memang hebat kalau boleh habiskan ini. Dan mintak maaf, muchroom soup (tak-tau-kenapa-eja-mushroom-begini) dan aiskrim punya gambar tak dapat nak upload. Terlupa bluetooth daripada tomato. Tapi kalau di gabungkan semuanya, memang harus meletop jugak perut akak ni.






Kau tengok duta makan macam mana?






Kakak duta pula makan bagaimana? Don't bother it anyway haaa sekali lagi dia speaking. Abaikan abaikan. Yang penting kau harus tahu, kami berdua sangat seronok menambah lemak di BBQ Chicken. Ayam aku itu, semestinyalah diwakafkan separuh kepada tomato. Hanya duta yang mampu melakukannya.





Muka fake sangat. Padahal habes jugak.





Oh masa sudah hampir tamat. Aku ingin terus bercerita tapi semenjak balik ke Shah Alam ni, hidup mula terasa padat. Sesi menjalinkan kasih sayang harus diteruskan. Jangan pecah tradisi kalau tak kang takut ada yang putus kawan pulak.




Yang aku beriya mengelakkan diri daripada speaking mak-salay sangat ni pun nanti aku cerita di lain entry. Sebab memasing dah famous amous sampai ke obersee belog aku ni pergi. Jauh kau berjalan Cik anameku? Haaa, nak cerita pasal reunion jugak. Later ok. Nak pergi dinner dulu. Bye!


Friday, September 6, 2013

hEw, HeW, CoMeL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT






I found it weird and awkward sikit kalau ada lelaki bercakap pasal Korean drama or drama or girl stuff like that because it’s so not them (even I know sekarang memang ramai lelaki kaki drama dan k-pop-ers). Especially drama dekat tv. Memang sangat-sangatlah weird. Maybe sebab aku bukan jenis manusia yang sanggup bersabar tercangak depan tv on that particular time plus minus dengan iklan apa bagai, so I prefer tengok drama dekat laptop je. Kalau boring boleh fast forwardkan. Kalau ada part yang best boleh repeat berpuluhratus kali. That’s it. I’m not yet into drama. Tapi bila tengok lelaki buat benda-benda pelik macam ni... yang steady sangat follow every episode of the drama... somehow... I found them... cute jugak... hahah!








cute cam ni




Well, the point is, aku bukanlah tengah buat analisis pasal lelaki ke apa. Sebab cuti dua hari dah rasa macam dua minggu, maka otak aku semakin ligat bekerja biasalah memory card dah kosong dah standby space untuk benda lain yang lebih patut. But don’t mention about the upcoming assignments. Not yet! Bagi aku tarik nafas puas-puas. Bagi aku buat charity dekat mummy banyak-banyak. Minggu depan dah balik Shah Alam, maka mummy akan tinggal sorang-sorang. Tiba-tiba rasa nak nanges.





Hmm, at one point, I guess it’s kinda make-sense-decision jugak bila berhenti kerja ni. Boleh duduk rumah jaga mak. Asyik berbakti untuk orang lain je kan. Padahal orang bukan appreciate pun. Dah bagi promotion free bukannya nak cakap terima kasih. Aku bukan fitnah orang. Aku bukan tulis cerita-cerita horror pasal anak orang. I just let my readers know how I felt towards those kids. How happy I WAS bekerja dengan mereka. Do a lot of activities with them. Marketing & promotion tu weh. Showing how happy I WAS dengan kerja yang aku buat walaupun banyak benda sebenarnya yang aku boleh argue dan merungut dan pertikaikan. Just for the sake that I love kids so much, aku malas la nak layan sangat. Tapi orang tak pandang from that point. They invaded my privacy instead. Well then...





Eh maaf, cerita aku dah menyimpang daripada niat asal tadi. Inilah akibatnya kalau menulis dalam keadaan penuh emosi. So back to cerita cuti-cuti Malaysia Cik Ocha, I nk bagitahu yang I jugak maybe akan ‘cuti’ daripada berblogging buat sementara waktu. Itu saja. Eh eh, boleh percaya ke?





Entah. Tengoklah Encik Emosi ni macam mana nanti.



Wednesday, September 4, 2013

eH, taK jUmPa BaCkSpaCe BuTtOn - 4 u ToMaTo!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tahu tak, semenjak dua menjak ni aku rasa macam comel je bila rambut dah lurus macam buat teknik rebonding faham tak kenapa? Sebab sekarang dah tak kerja jadi rambut dah tak perlu diikat untuk memakai tudung nak pergi kerja sebab kalau ikat rambut nanti rambut dah tak lurus macam teknik rebonding now dah faham kan? Lagipun memang mengarutlah kalau duduk rumah pon nak pakai tudung. Well, I know statement comel dan rebonding macam tak ada kena mengena, tapi... Oh, I shouldn’t brag about rambut dekat sini but this is my... blog so... Ok, I shouldn’t.





Memandangkan I have few more days before balik ke Shah Alam untuk meneruskan mission possible ii, I mean, my second-tough-to-be semester, maka di kesempatan yang ada ini saya akan gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk merehatkan diri, memalas-malaskan diri, memanja-manjakan diri, sebab dah lama sangat tak rasa vacation macam ni. Ever since I started pursuing master bulan 3 hari tu kot. Cuti raya pun tak rasa bahagia macam ni tau and now dah dapat gambaran tak macam mana I punya perasaan yang bahagia sangat bila finally dapat bercuti? Dapat kan dapat kaaaaannn...???





Itulah, at first, I was thinking memang nak mengamuk sakan dekat sini. I repeat, this is my blog (myblogmyblogmyblogmyblogmyblog), my favourite place untuk share everything, memaki hamun orang ke, memuji orang ke, nak nasihat orang ke, nak buat lawak bodoh ke apa, yes at first macam tulah. Tapi sebab lately dah semakin ramai stalker, dah semakin ramai ‘peminat’, sampai aku rasa dah jadi macam artis sangat, well, I know I MUST consider my ‘peminat’ sebab sekarang dah tak boleh nak update entry sesuka hati sebab belog ini dah jadi hak milik orang ramai. I have no power. I have no right. Semua orang dah boleh jadi owner anameku.blogspot ini. Semua orang pun baik hati nak tolong decide untuk I. Semua orang will be free to give orders, what to write on, what to write off, what to upload, what to download, what to post, what to delete. Sampai hati ini berkata, bertuahnya kau ocha kerana ‘disayangi’ oleh orang ramai. I’m so grateful with all the concerns. But thank you, I’m not interested! I’m the tuan rumah here and I really don’t care.





Amboih, panjang mukadimah. Baiklah, baiklah, I know it’s a bit late to post it here. But this entry I dedicate it to my tomato yang omel-omel angat tu yang baru jadi freshie UiTM few days ago.
















*Dah lupa sangat macam mana feeling jadi junior. So thanks to you tomato. Your sister tumpang excited juga bajet macam dalam filem hari pertama daftar dekat universiti bertembung dengan hero terus jatuh cinta memang mati hidup balik pun babak tu takkan berlaku in reality.





Baiklah, so in short, along tak tahu nak cakap apa or nak wish apa dekat kau tomato, but I know you were so excited as finally joining me to be part of anak UiTM (UiTM will be your daddy for another 4 years, remember that). So, prepare yourself for a pile of assignments, prepare untuk stay up sampai pagi, prepare untuk study last minute, prepare untuk join kelab anti pak guard, prepare untuk kawad tengah-tengah panas, prepare untuk tido dalam kelas, prepare untuk homesick (I’m not sure if you will), pendek kata, welcome to UiTM sayang. I’m saying this not as your sister ok but as your senior.





Don’t stop making mum and dad proud of you. Hold their trust and never let them down. Biar orang lain nak cakap apa. Pedulikan. You have us by your side, and Allah in your heart. Sekian, itu saja kot. Dan sari berita utama. Dah alang-alang sampai kat sana tu, carilah senior nak buat calon abang ipar kau sekali. Takut karang selepas empat tahun janji kakak kau ni tak tertunai jugak. Haaa sapo nak jawab tu?






Baiklah baiklah, kita kembali ke sri pentas. Bye semua! Ada yang sentap ke? Sorry, I tak jumpa button backspace...

Saturday, August 31, 2013

bLuR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lalalala, ever since empat ke lima bulan yang lalu hmmm, entah tak ingatlah, aku tak pernah merasa bahagia sebahagia ini setiap kali balik ke rumah. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk tidak bahagia sampai hari ini kot...hahah. Finally. The real MERDEKA EVER! Guess I did something right for myself oh hellooooo, expecting me to reveal the details over here? Boleh boleh. InsyaAllah beberapa hari nanti. Entry ini saja nak bagi penutup bulan Ogos. Dah berapa hari tinggal blog macam blur kejap nak cari button pun dah tak jumpa dah. Tang mana nak post, tang mana nak upload, tang mana nak delete...









Sekejap, nak pergi library cari manual. Ok bye!

the history

Followers