Sunday, May 25, 2014

tHe ToNgSaNs MoMeNt


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Happy belated birthday untuk hausmet ai Zaf and Nina. Yang dok makan suap-menyuap kat bawah ni i don't know kenapa kena suap-menyuap bajet suwit la tu agaknya ok u ols memang sentiasa suwit di hati Kak Ocha walaupun kadang-kadang berbulu di mata.





Here, Zaf and Nina





Hari tu pun ada birthday Ida and Ain tapi tak adalah sampai nak membelog ke hapa tapi yang ni lain sikit sebab dia macam gathering terakhir for Tonsanians (nama untuk ahli jemaah rumah ai) since Kak Ojai pun bakal bercuti dan bakal deliver baby tak lama lagi ohmai aku pulak rasa nebes tiba-tiba. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, semoga Kak Ojai lahirkan baby dengan selamat. (nada-esaited!)







So inilah dia muka-muka kesayangans dekat rumah sewa hamba. Dia punya harok bila semua kepala berkumpul..... ohmai, tak payah tunggu semua, tiga orang cukuplah untuk bikin harok! Kalau semua ada mahu terbalik rumah tu agaknya. Belum kira artis jemputan lagi si Aqma tuh. Heee.






Bertempat di Jibby n Co, Empire Subang, ok ni memang kena mention sebab this place is ohsem. Sebagai seorang kaki makan dan pencinta makanan, I recommend this place for you guys sebab makanan dia sedap, the air and the environment memang santai habes. Seriously, tak payah bawak pergi candle light dinner pun tak apa. Jibby n Co ni pun boleh fefeeling romantik yuno. See the light sajalah.






Service pun ohsem. Sebab hari tu aku berbuka puasa kat rumah so masa dekat situ aku tak adalah nak order makanan ke hapa (but I had latte). Tapi bila rasa semua makanan yang hausmet order, oh really, rasa menyesal tak order hapa-hapa hari tu.





p/s: nanti nak ajak Encik Domoi date dekat sinilah.






Sebab Faa duduk sebelah Kak Ocha, so dapat extra publicity dekat sini.






And the roomates pun. Especially adik kesayangan dekat tengah-tengah tu.
(bukan nak cakap apalah eh Tongsans, point Ida kena lebih sebab azab dia duduk dengan Kak Ocha dia saja yang tahu.)






And this is group bilik sebelah.
Faa, Nina and Ain.






pasangan gay bilik belakang.
Zaf and Tasya






And Kak Ojai. Mak buyung yang I dok mention tadi.
Since Fyza tak hado, Ida temankan Kak Ojai jadi fake rumet la ye.
(pinjam kejap je sebab dia rumet kite taw...heee)






Walaupun sekejap, tapi dah sayang macam sisters dah.
Lebih kurang sebulan je lagi I dekat Tongsan, sure rindu kepala-kepala kat atas ni.
(nangis-tersedu-sedu)






So, itu sajalah. Unless kalau lepas ni ada gathering season finale untuk Tongsanians lagi then masa tulah kita taching beramai-ramai k. 





Sekian, girls dan selfie tidak dapat dipisahkan






What to do 
#silatabah

Wednesday, May 21, 2014

i CaN't BeLiEvE i DiD tHiS!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku hampir-hampir nak buat solat istikharah sebelum nak tulis pasal entry ni. Sebab aku rasa aku sudah berperangai pelik dan gedik macam perempuan gedik yang selalu tulis entry tentang kekasih hati abang sayang cayang ayang muah muah muah yang selalu buat tekak aku loya atau kadang-kadang ada jugak yang aku rasa nak bagi makan kaki dekat mulut masing-masing so sekarang ni aku dah termasuk dalam golongan perempuan gedik macam tu so adakah aku harus masukkan kaki ke dalam mulut sendiri?





Ok. Ini jujur. Aku bukan romantik punya orang. Aku tak reti nak buat benda-benda cheesy yang selalu orang bercinta buat macam dalam movie like tulis ayat-ayat jiwang, berjanji bersumpah untuk sehidup semati weh kalau ajal dia dah tiba takkan kau nak tarik nyawa kau sendiri pulak? Lepas tu ada yang nak tuju lagu la, bagi bunga or coklat or hadiah la, buat suara manja-manja, gedik-gedik, merengek-rengek, even nak panggil 'sayang' itupun dah romantik tahap dewa dah aku rasa. Tapi tak tahulah kalau dah kahwin nanti dia jadi lain ke kan. But so far, aku punya definisi romantik lebih kurang macam ni...





- Bangun pagi and hantar mesej good morning versi sarcastic. - Jawab call dengan 'ye-nak-apa?' instead of 'hello-sayang'. - Tweet meroyan melambak-lambak instead of direct text dekat tuan badan 'i-miss-u'. - Panggil boyfriend kau 'gila' or 'gay' instead of 'sweetheart, darling, baby, honey'. - Gelak mengilai-ngilai macam langsuir. - Capai apa yang ada depan mata and bantai boyfriend kau dengan penuh kasih sayang - Saja cari gaduh nak bagi dia annoying dengan perangai kau. - Bila dia bahan kau dan kau bahan dia balik. - And like this, and like that. Itu romantik bagi aku.





Tapi achelli kadang-kadang aku rasa ada je part manja or romantik (versi-cheesy) yang terkeluar secara automatik yang tanpa aku sedar at that moment tapi aku sedar bila dah terlepas benda tu and I will be like 'weh-apahal-aku-cakap-macam-tu?' 'weh-gedik-gila-aku' 'weh-lawak-doh' 'weh-malu-siot' 'weh-geli-laa' ok dah. Tapi hanya aku dan dia sajalah yang tahu. Walaupun yes I know, belum kahwin, belum ada ikatan yang halal (so, yang ni ikatan haram namanya) ok whatever, tapi itu kadang-kadanglah. Kadang-kadang tak sengaja, kadang-kadang sengaja. Kadang-kadang mulut cakap tak suka, padahal dalam hati...(bayangkan-aku-buat-rolling-eyes-sekarang!)





So, the point is actually, gambar yang kat bawah ni gambar malam tadi which is masa celebrate belated birthday housemates which is aku tak tahu kenapa mood aku was like really into this cheesy thing (bagi-aku-ini-memang-cheesy-terlampau) kau pernah tengok aku post entry macam ni? Tak pernah kan. Tapi kali ni tak tahu kenapa aku rasa macam ada-aku-kisah?











Aku mohon tolong jangan histeria. 
Like seriously, aku pun rasa seram sejuk tengok gambar ni.
(i cant believe i did this!)
Okbai!


Sunday, May 18, 2014

HeLLo pEnaNg - PaRt 2 (omaigod-panjang-gila-entry)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



As a second part here, I'm sorry sebab lupa nak bagitahu why I'm so excited sampai nak kena buat dua entry pasal Penang sahaja. Penang je pon. P.E.N.A.N.G.J.E.P.O.N. (Nampak tak statement nak bagi orang hangat hati macam mana?) Well, after six years I guess, sejak aku tinggalkan UiTM Merbok back then in 2009 so this is like my second time pergi Penang sebab tu dia macam excited sebab rasa macam homecoming yelah aku bukan ada sedara mara or kawan-kawan rapat like bff ke apa dekat sana so nak cari reason untuk saja-saja pergi sana tu macam susah sikitlah.





Then bila bunga-bunga cakap tak jadi nak ke Cherating instead they're suggesting Penang as our trip destination, aku pun ok-lah-jum. Yang penting ada pantai. Pantai! Aku nak pergi pantai! Macam mengidam sangat gamaknya kan biasalah pembawakan budak. So, here's the story of our second day at Penang! (bersedia-untuk-annoying-sebab-I-dah-cakap-this-entry-is-so-panjang)






We were starting our day with morning exercise like this. Ohmai, aku suspek Peah ni kalau suruh dia buat yoga stunt ala-ala Pauziah Gaous pun dia buat kot. So basically begitulah perasaannya bila pagi-pagi dah berendam separuh badan dalam air laut dan menggelapkan kulit yang sedia gelap di bawah terik matahari. Buat-buat tak bersalah walaupun tak pakai sunblock. Kisah? Dekat Shah Alam tak dapat beb.





Jalan-jalan tepi pantai instead of texting each other like:

'wei-kau-dah-gerak-pergi-library-belom?'

'kalau-dah-sampai-cop-tempat-dulu-weh'

'aku-sampai-lambat-sikit-baru-bangun'

'jumpa-kat-kafe'

And bla-bla-bla.

Honestly, Tuhan saja yang tahu betapa hecticnya life kami masing-masing sem ni. Paling ketara semestinyalah Iema and Peah sebab nak menyiapkan thesis and at the same time struggle untuk tiga subjek lagi. Maigod, memang this is sooooo what we need. Escape! Yeah, escape to north walaupun hanya dua hari. Masing-masing hampir nak meroyan gamaknya so walaupun dua hari tapi rasa macam nak sujud syukur sebab dapat menjauhkan diri daripada Shah Alam dan segala mak nenek yang ada dalam wilayahnya. #uitm #assignment #dateline #thesis #stayup #mcd #kfc #ppas #lifeless






And paling best kalau setiap pagi mandi-manda begini dengan anak-anak tak payah dah hantar pergi kelas swimming kan. Oh ya, Encik Bakal Suami tolong fokus sample kondominium dekat belakang tu kang senang nak cari rumahku syurgaku. (angkat-angkat-kening) #citylife #hectic #sarcastic #takadakenamengena #okbai







And this is our homestay. Baan Talay. Only Peah knows how to pronounce it. And nama pun budget trip, so we didn't expect much. Yang penting ada tempat nak tidur ada tempat nak mandi and ada tempat nak ber'pillow talk segala memang way better than Shah Alam again tak habis-habis kutuk Shah Alam daripada tadi tak sedar diri ke Shah Alam tulah tempat kau menimba ilmu nak dapatkan ijazah dan masters segala bagai hah Ocha? #maafkanakushahalam #insaf






See the Komtaq? Itu je point I letak gambar ni kang tak percaya I dah jejak Penang kan?







Irfan and the aunties. Masa ni masing-masing take a break at Georgetown White Coffee macam exhausted sangat bershopping and mengantuk like I really don't know macam mana shopping boleh mengantuk padahal selama ni shopping-is-the-most-excited-things-to-do kot. #penangisweird #dahpuaskutukshahalam #nakkutukpenangpulak #orangpenangsilatabah






And still at the Georgetown White Coffee. Aunties dekat dalam, mama papa Irfan dekat luar. 
Something about this picture I think rambut Irfan baru lepas masuk saloon kot. 
Apasal pacak semacam je ni menantu?






Ok, this is the best part. Are you ready honey??? Well, after cerita pasal pantai, shopping at town, makan tengah hari dekat Bayan Lepas lepas tu back to town, maigod makin petang makin huru-hara journey we ols macam tak tentu hala dah rasa dok ulang-alik-ulang-alik lepas makan tengah hari back to street art, bergambar dan bertachap (sila-rujuk-gambar-di-atas) lepas tu cari cafe yang ada coffee 3D tu but unfortunately tak jumpa lepas tu taknak give up nak jugak meng'coffee so jumpa Toys Cafe pun bolehlah.







Pose Irfan paling honest. Yang lain buat-buat happy padahal dah nak malam dah and actually almost nak give up cari cafe 3D tu as our last destination before balik ke Shah Alam. #penangstreetpening #gpspunkonpius #ipunnakhonestjugak






Another street art picture.

Aku tahu dalam hati korang mesti cakap bila kau-nak-berhenti-membebel-ni-Ocha? Dah-la-gambar-banyak-membebel-pun-nak-banyak-banyak-buat-apa? Ok, aku terjun bangunan sekarang! #puashatikau #taknakkutukpenanglagidah #sorrypenang






Ok last. Nak fefeeling taching sikit sebab gambar ni macam significant sangat to four of us I mean for me actually. Biar aku explain ok. Bila tengok gambar ni aku terbayangkan something like we're on the rocky path, stumbling and fall but we had each others back and hands to hold on to. We support each other, we cheer each other, we laugh and cry together, they grab my hand when I'm about to fall, they smile for my happiness even they're in sorrow and pain. They're the shoulders to cry on and the reason for every smile and laugh I had. They are my sisters and I'm so grateful having them walking with me through this tough-and-upside-down journey.





Walaupun mulut masing-masing macam puaka, walaupun perangai masing-masing bitchy sepanjang masa (except-for-Anis), tapi inilah orang-orang yang tolong naikkan pointer aku setiap sem, inilah muka-muka yang tahan dengar aku meroyan, inilah kepala-kepala hotak yang rajin melayan aku punya request yang mengarut dan entah hapa-hapa. And actually dioranglah yang beriya nak buat trip ke Penang sebab diorang tahu request tu mula-mula sekali keluar daripada mulut aku and it's not just for the sake of vacation. #iheartpenang #andtheonethatimetthere #iheartyoutoobungaaasss (caption-macam-familiar)






Ok, I'm sorry. Emotional sangat tadi padahal nak cerita pasal gambar je (sapu-ayaq-mata). So a big thanks to Anis and abang ipar (berani-declare-abang-ipar-sebab-abang-ipar-dah-jadi-part-of-the-bungaaas), so again, thank you sebab sporting habis layan adik-adik u ols ni punya perangai. Ampunkan kami sebab mengajar Irfan yang bukan-bukan. Being-sarcastic, puffay-twideeerrr, gelak-aunty-iema, taklah ajaran sesat sangat kan. Heee. Anyway, your sweetness overload pictures dekat atas ni buat I makan hati sangat. Tapi sebab I sayang you ols tak apalah. And message to Abang Nabil, welcome to the-bungaaass-family. Lepas ni tak payah nak cover menggila sangat hokey. Please jujur. Hahah. #sarcastic






Our last check point. Toys Cafe. 
Before we're back to reality, and there are few last words from me...






#1. Jangan tegur mamat handsome depan suami. Nanti sesat jalan kau gelabah.
#2. Grape and strawberry have the same smell.
#3. Heading to north you will cross along Scotland.
#4. Don't meroyan on vacation.
#5. Kalau nak belajar ilmu rumah tangga boleh belajar dengan Anis and Peah.
#6. There's a word selain daripada 'jatuh-sakit' which is 'jatuh-malu'.
#7. Lain kali kalau pergi vacation standby powerbank sebanyak mungkin.
#8. Jangan jerit-jerit on your first date.
#9. Jangan percaya GPS.
#10. Thank you Encik Domoi sebab bawa kami ke jalan yang lurus.
#11. Thank you Iema and Anis for your gojes camera.
#12. Thank you bungaaasss!

I.L.O.V.E.Y.O.U

Friday, May 16, 2014

FoR tHoSe YaNg SuKa 'CoMpLiCaTeD'kaN kEaDaaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Maaflah. Aku bukan sengaja nak kasi orang meluat dengan cerita 'in-relationship' or 'mencari-calon-suami' or 'jodoh-di-tangan-Tuhan' kekdahnya sebab kalau dah nampak contoh depan mata yakni manusia yang sangat susah nak keluar dari kepompong selesa tapi bising sampai sekarang masih tak berjumpa calon idaman habis tu nak buat camano? Kau espek jodoh boleh datang bergolek? Kang aku cakap kau ni boring, malas nak make effort, demand tinggi, paranoid, takut nak face challenges and kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya kang mula la emosi. Taching, tarik muka dengan aku, rasa nak maki, pastu kecik hati padahal hakikat beb.





Jadi atas rasa tanggungjawab, aku tulis jugak dekat sini. Especially because we're women and we tend to complicate things padahal bendanya simple je (and-i-admit-sometimes-i-did-it-too). Biasalah, perempuan kan. I know, we're expect things like fairy tale sebab dari kecik kita dah disuakan dengan kisah-kisah dongeng dan semua benda yang fake dunia luar padahal realiti jauh sekali.




Aku banyak cacat dan cela. Kurang serba-serbi. Tak tahu itu ini. Luar dalam semuanya flaws. Sebab tu bila aku jumpa someone yang aku rasa boleh terima cacat cela kurang serba serbi aku itu, what more should I expect? Takkan aku nak demand dia jadi Bradley Cooper pulak hoi hoi tak sedar diri punya perempuan kang dia mintak kau jadi Megan Fox kau mampu? So, jangan complicatedkan benda yang mudah. Tak kiralah physically or inside your body, love yourself then only you will love others the way they are.





And to make it more simple, act the way you want to act. Jangan compare diri kau dengan orang lain sebab sampai bila-bila pun kau takkan puas hati. Kita bukan dilahirkan dengan kebolehan yang sama. Buat apa yang kau rasa happy dan kalau boleh orang sekeliling kau pun happy. Tak perlu dengki, iri hati, sebab at the end kita jugak yang akan sakit hati. Aku tak kisah kalau orang nak compete dengan aku. Itu dia punya pasallah. Yang pasti, aku takkan terhegeh-hegeh nak ikut cara orang, nak transform diri aku jadi macam orang lain. Aku is aku. Dalam dunia ni ada seorang je manusia macam aku. So aku buat apa yang aku selesa, apa yang aku suka, as simple as that.





Dan bila kita rasa selesa buat apa yang kita suka, jangan expect orang pun suka apa yang kita suka. Adatlah tu. Kita pun bukan suka semua orang. Tapi tak perlulah sepanjang masa membenci. Lagi worst bila dia tambah dengan perangai yang suka judge orang. Suka-suka hati je assume orang begitu begini. Apa perasaan bila orang buat dekat kita pulak? So, instead of cambahkan benci dalam diri, apa kata berkasih sayang sesama manusia. Mana tau besok lusa tak bernafas lagi. Sia-sia je.





Nama pun manusia. Buat salah tu biasalah. Kita pun tak boleh assume yang kita sentiasa betul. Sekali-sekala apa kata terima pendapat orang lain. Tak nak apply pun at least dengar dan fikir. Kalau memang kita bersalah, jangan ego untuk minta maaf. Yang stok-stok keras kepala ni memang selalu bikin aku hangat. Rasa nak bagi makan kaki pun ada. Ntah apa yang dia dapat dengan ego pun taktaw. Itu pasal benda senang jadi complicated. Selalu rasa diri sendiri je betul. Tak payah mintak pendapat oranglah weh. Pointless.





Dah hujung-hujung ni aku pulak rasa emosional. Sebab sambil aku menulis ni, dalam kepala aku ada dua orang je. Dua orang yang memang selalu buat aku hangat when it comes to relationship and benda-benda simple dalam hidup and dua orang ni suka sangat complicated kan keadaan. Eventually, aku pulak yang tak tahan maka aku pun meroyan dekat sini. Tapi taklah meroyan sangat kan...? Heee.





Gambar macam tak ada kena mengena kan?
Kisah?





Ok, sekian sari berita utama. Kalau rasa-rasa nak consult dengan panjang lebar lagi, boleh la buat appointment. Tapi bayar ah. Ingat free???



Thursday, May 15, 2014

HeLLo PeNaNg - PaRt 1


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ok. Mula-mula sekali kena mintak ampun dan maaf dekat sisters sebab lama gila ambek masa nak update belog pasai trip ke Penang hari tu like almost seminggu kot baru naik entry. Biasalah, busy mengalahkan orang yang sepatutnya busy. Nak mintak gambar dah kena tunggu dua hari, nak pilih gambar makan masa sehari, nak edit gambar sehari lagi, upload gambar sehari lagi, sampai masa nak tulis mukadimah dan intro terus macam jemu sebab kenyang tengok gambar yang melimpah ruah tu dan bersedialah dengan lambakan gambar di sini sebab ini baru part one, coming soon ada lagi part two part three part four kalah sekuel ironman pulak dah.






Honestly, niat utama nak mai Penang is sebab nak touchdown dekat second bridge ni je. Which is hajat dah tercapai and kalau ikutkan memang nak u-turn and patah balik Shah Alam tapi macam mengarut sangat drive 3 jam lebih semata-mata nak touchdown and patah balik kan perangai apa ntah orang gila pun tak buat macam tu tau. Sia-sialah sesat dekat ss18 subang semata-mata nak pergi Penang 2nd bridge and patah balik. Haila perangai so tak jadi nak buat u-turn.





So, we continue our journey. Memang aku suka buat essay panjang-panjang, assuming that semua orang pun suka baca tulisan aku padahal dalam hati masing-masing dah niat nak buat solat hajat agar aku insaf dan bertaubat. 






Baiklah, gambar on the road ni aku letak banyak-banyak sebab aku suka sangat tengok different mimik muka masing-masing esp Irfan (obviously) and was feeling like a real family vacation bayangkan saja pergi bercuti dengan kakak and abang ipar and anak buah and sisters yang lain. Tak ke bunyi macam bahagia tu...






Walaupun bukan kaki selfie tapi terpaksa selfie sebab masa ni kakak-kakak tengah tido lepas checked in dekat homestay. Anis and abang ipar pulak pergi workshop pasai kereta breakdown sebaik sahaja touchdown alahai mencabar sungguh perjalanan. Tapi tak mengapa. Mengidam nak pergi pantai punya pasal, pukul 3 matahari terik pun sanggup jejak kaki tepi Tanjung Bungah ok. Silalah faham rintihan hati beta.






Lepas kakak-kakak perasan I nyanyi lagu Amelina 'pasiaq putih tepi pantai' dekat twider, barulah diorang insaf dan sedar diri dan join I sekali. Maka bermulalah selfie secara berleluasa. Like seriously banyak gila gambar selfie masa ni sampai aku tak sanggup nak upload.






Okbai.




 And gambar kat bawah ni, jalan-jalan dekat street art after kereta pulih seperti sediakala. Alhamdulillah.






And tuan rumah finally called me petang tu, so that's why gambar I tak ada dekat basikal.
Actually... Ada... Tapi... Oh, nebermind...






one word
J.E.A.L.O.U.S
(but yuno i'm happy for you kan kakak)






by right nak tunggu anak aku besar macam Irfan ni, masa tu umur aku pun dah almost 30 kot.
so, fefeeling mummy dekat anak orang pun boleh laaa.
Irfan panggil I 'mummy ocha' ok.
(mukabangga)






Seriously I think Irfan takkan ada masalah untuk berdepan dengan kamera di masa hadapan. Just look at his aunties pun dah tau kan. Mintak je dia buat gaya macam mana pun, tadahal beb.
Well done baby!






See... I told you.






And semua pun nak fefeeling Monroe.
Hambeklah.






Ok, because I perasan gambar-gambar di atas macam bias tak banyak kakak and abang ipar I and walaupun jealous and puas memendam rasa sebab laki I jauh (sarcasticnyastatement) tapi tak apalah, because I sayang you macam I sayang kakak-kakak yang lain so it's not fair lah kalau gambar you tak banyakkan Anis. Walaupun the truth is gambar post-wedding you melambak gila kot. Tapi eh banyak sangat 'tapi' ni dah kenapa?






Dah maghrib. So anggap sajalah ni gambar last untuk first day at Penang. Actually our plan was like nak pergi night market dekat Feringgi malam tu. Tapi sebab hujan, tapi sebab tour guider tak ada, tapi sebab masing-masing pun penat, tapi sebab banyak sangat alasan sebenarnya ok, actually boleh je pergi bak kata pepatah nak seribu daya tak nak beribu sesalan hah dah kenapa keluar lagu jaclyn, shila, ning tibe-tibe?





Ok, cukuplah. Nanti I post second entry pasal Penang ok. Mintak maaflah, entry ni tak boleh jadi guideline untuk sesiapa yang nak buat trip to Penang. I bukan vacation blogger. Saja nak share personal moments sahaja. Google kan banyak...heee. 





Anyway, kalau nak tengok gambar dengan lebih banyak, boleh link ke fb I, Ocha Omar. And ada link ke fb Cik Iema Zamri (kalau tak friend, kena add dululah nampak gayanya) because her folder was like a real timeline sepanjang vacation we ols ni so tak payahlah I bersungguh sangat nak upload semua gambar kat sini eh. Sekian, see you next entry. Thank you for reading this. Bye!


Monday, May 12, 2014

YaNg BaKaL JaDi SuRi RuMaH GaMaKnYa



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebelum aku potpet pasal vacation dekat sini, which is sure akan panjang gila nak skrol, which is actually aku tengah tunggu hausmet balik sekolah nak jemput dia kejap lagi which is kalau tak blogging kang ngantuk which is kalau aku tido siapa nak jemput hausmet aku which is jugak aku boleh je buat benda len such as baca slide untuk presentation petang ni ke tapi haruslah tak rajin nak baca kang tido nak salahkan siapa? Which is, dah habis dah intro.





Ok, actually aku tengah practice menulis belog dalam masa 60 minit. Sebab nanti bila aku dah kahwin and dah ada anak, aku takmau tinggalkan belog macam blogger lain yang dah bersuami dan beranak. Aku dah lama bersetia dengan belog ni jadi aku berkeputusan untuk terus aktif berbelog tak kira sesibuk mana pun aku. Cakap macam nak jadi mak orang bila-bila masa kan?





Mungkin aku boleh limitkan berapa perenggan aku harus taip atau berapa keping gambar untuk satu entry atau berapa point penting yang aku harus higlight dekat setiap entry. Sebab nanti kalau dah berkeluarga skill multitasking aku yang sedia ada ni semestinya harus digandakan. Basuh baju sambil masak ke. Lipat baju sambil reply email ke. Mandi sambil basuh bilik air ke. Tulis belog sambil makan ke. Macam yang aku tengah buat sekarang nilah.





Lepas tu laki aku pun mesti kagum rumah terurus and at the same time ada pulak entry-entry baru dekat belog macam tak boleh hidup tanpa gosip kan. Fecabook pun memanjang je online. Sangat updated. Lepas tu laki aku pun cari perempuan lain. Sekian terima kasih. Jangan addicted sangat dengan teknologi. Pesanan ikhlas dari ai. Ni semua propa sahaja. Mana lagi penting? Belog ke suami?





Ini ada bau-bau macam bakal jadi suri rumah tangga gamaknya. Oh, hebat profession aku. Belajar tinggi-tinggi duduk rumah. Oh, mentaliti masyarakat. What's wrong with that?





muka macam riak kan?
ada ciri-ciri la tuh.



Sunday, May 11, 2014

aTaS DaSaR sETia


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebab dah lama tak update belog, sebab dah lama tak membebel kat sini, sebab actually tak ada benda pun nak cerita, tapi atas dasar setia, aku rasa aku patut tulis sesuatu agar belog aku ni tahu yang aku sayang dia.





It's been a week agaknya. Ke lebih? Memanglah. Kalau sendiri tanya sendiri jawab tu maknanya memang sah la dah lama tak berbelog. Perangai begini memang biasa kita jumpa di mana-mana. Because today is Sunday and I pun baru balik dari short vacation, maka hari ni I decide untuk bermalas-malasan sahaja. Padahal actually hari-hari pun perangai malas.





So, as a teaser, I letak satu gambar je dulu. Nak lebih-lebih, tunggu aku cerita pasal vacation sampai dua, tiga entry nanti. Silap haribulan, termuntahlah kau sekalian rakyat jelata membacanya. Ok bye.





#iheartvacation
#cubatekakatmana

Thursday, May 1, 2014

BiLa ReTiS rEpLy TuWiT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Pada suatu hari, hamba terlihat video ni dekat 'recommended' section yutiub hamba. Lalu hamba mem'play' video ini sebab eager sangat nak tahu lagu apakah dia.










Lalu hamba terberkenan. Sebab best kot yelah kalau tak best takkan hamba tersenyum soghang-soghang sehingga ditegur oleh rakan hamba. Ketika itu hamba di library. Maka bila duduk di library sambil mem'watching' yutiub semestinyalah assignment hamba yang sebakul itu tergendala di pertengahan jalan.




Lepas tu terus hamba rasa nak follow dekat tuwiter. Lepas tu tak sangka abang rapper follow hamba kembali. Lepas tu saja mengada nak tuwit abang rapper and tak sangka lagi sekali abang rapper reply tuwit hamba. Siap feveret lagi. Sekian, tu je nak cakap. Eh eh eh, orang lain pun twit retis jugak tapi tak perlulah sampai eksaited begini kan...






Tapi nak eksaited jugak. Tak kira!
Line clear pulak tu.
Oh, ok.





p/s: harap-harap Encik Domoi tak baca entry ni...heee

Monday, April 28, 2014

sOmEtHiNg AbOuT bEiNg iN ReLaTiOnShiP


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebelum sebakul spekulasi sampai ke pendengaran, aku bagitahu awal-awal entry yang bakal aku tulis ni ialah atas permintaan Peahlofa. Sebab baru-baru ni beliau mengalami satu pengambaran drama epik yang memang tak dapat kat mana-mana atau siapa-siapa. And of course, this is all about relationship. Sebab yelah, umur-umur macam ni, krisis misis fefeeling camni standard lah kan. Lepas tu pulak masing-masing spesis cepat je nak meroyan, hah, memang kenalah update gamaknya.





Hari tu dalam facebook aku dah point out dua benda yang aku rasa paling penting dalam relationship. Communication and trust. Status kemain panjang lebaq dah macam e-book gamaknya. Kisah pulak aku kan. Tapi kali ni, Peah request untuk highlightkan satu benda lagi which is commitment. So, basically commit, communicate and trust, cuba cari dalam search engine, confirm akan jumpa tiga point ni. Or one of it at least. Confirm. Dan antara sebab kenapa sesuatu hubungan tak berjalan dengan cantik pun, sure disebabkan salah satu daripada tiga benda ni missing. Or maybe ketiga-tiganya (kalaulah aku gigih search assignment macam ni).





Ok, let me be honest. Aku memang tak berapa nak faham apa yang terjadi between Peah and her boyfriend but base on my general view, I believe that they have these three elements in their relationship. Kalau tak, takkan lepas dah berdrama pun relationship still go on kan. They commit to each other, they keep communicate (gaduh pun communicate jugak ok) and they trust each other. Serius, aku sangat kagum sebab ok, actually aku rasa masing-masing tak bersalah pun. Krisisnya is just ada 3rd party yang sengaja nak usik-usik relationship diorang ni. Saje nak bergurau la tu. Kasaq gurauan tuan hamba. Hamba yang tak ada kena mengena ni pun rasa macam nak bagi makan kaki kat tuan hamba hokey. Lepas ni jangan buat macam tu lagi tuan hamba, biadab namanya. Mak marah nanti.





So alhamdulillah. Relationship mereka sudah kembali lancar. Biasalah tu asam garam rumah tangga. And nampakkan contoh dah terang-terang depan mata. Betapa pentingnya untuk percaya pada pasangan, commit and communicate dengan mereka. Tu baru satu. Nak contoh lagi, ok I'll give another one. Remember Mr. Feelingless? After 17 days meroyan, ingatkan nak give up. Rupanya tidak. Aku takkan cerita panjang pasal dia. Cuma nak bagitahu kenapa the relationship can not work is because we can't communicate well. I mean, he was so busy with works and some other problems eh eh tak boleh la nak terima alasan sibuk sampai tak boleh nak contact orang. Sangat tak boleh terima.





And trust issue as well. Simply say, I can trust him but still I feel insecure. Sebab tak tahulah. Lack of communication kot. See, dia patah balik issue communication tadi. Yelah, kalau tak communicate macam mana nak update dengan life masing-masing? Macam mana nak feel secure kalau dah start paranoid? Mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Mulalah nak meroyan. Dahlah. Penat nak ulang. Communication tu penting ok communication tu P.E.N.T.I.N.G. Tak kira la bergaduh ke, berkasih-sayang ke, bergurau ke anything yang penting kena ada communication.





Lepas tu the problem with commitment. Yang cerita aku tadi actually bukanlah aku nak paksa dia settle-down pun. Tapi kalau belum apa-apa lagi dia dah mengaku memang tak nak commit into relationship, so fahamlah. Alasan yang ni lagi best. Kita-tak-tahu-apa-akan-jadi-in-future-so-why-should-we-commit? Oh, maksud you, kalau apa-apa jadi in this relationship you nak cakap something like benda-dah-nak-jadi or maybe we-should-just-let-it-go macam tu? Sebab kita tak ada commitment so you rasa both side tak perlu make effort untuk protect the relationship laaa? And so kalau you tak commit then once you jumpa orang lain senang la you nak cakap, we're-not-even-in-relationship macam tu ke? Haaa, nampak tak siapa tengah meroyan sekarang?





Emosi sangat mengenangkan perangai orang yang tak peka dengan perasaan orang lain. Tak nak commit? Ingat ni casual-dating? (For those yang tak tahu casual dating tu apa sila tanya Encik Gugel ok). But basically it's something to do with no-commitment-relationship. Yang bagi aku hanya orang-orang penakut je dating-macam-ni. And bagi aku jugak casual-dating ni samalah macam mempermainkan perasaan orang. Bunyi macam best kan sebab ada word 'dating' tu but the fact is you're still looking for another options sampailah kau jumpa someone yang lebih baik. Oh, kalau macam tu tak payah bercinta, tak payah commit, tak payah kahwin laaa. Boleh tukar pasangan hari-hari.





Ok, aku rasa aku patut stop kat sini. Nanti orang mulalah nak argue 'kita-nak-cari-pasangan-hidup-yang-terbaik' laaa 'kahwin-bukan-untuk-sehari-dua' laaa I mean, mesti ada yang nak agree dengan casual dating tu kan. Tapi I tak kisahlah. That's your point of view. I was telling mine. So, terpulanglah. Call me old school, call me kolot or whatever, but as for me, relationship and feeling is not something for us to play with. Do believe in karma, qada' dan qadar. Allah is always the Greatest.





Tibe-tibe rasa nak tengok The Notebook.
Sekian, eh apasal muka serius sangat? Rilek beb. Waaa memang macam ni.





p/s: sorry Iema, aku tak edit assignment Prof Chan lagi. promise lepas ni aku buat...heee

Thursday, April 24, 2014

bUnGa-bUnGa ReUniTe

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Tajuk macam dah berpisah bertahun-tahun padahal baru dua minggu je mid semester break urgh mengada sangat perangai. Tapi ok la. Walaupun tak ada mood sangat nak mendengar potpet lecturer dalam kelas tapi at least ada mood nak bergosip and nak jumpa kawan-kawan haaa nampak tak nawaitu dia pergi kelas nak buat apa sebenarnya???






And this gambar basically last night masa kelas Prof Chan which is kelas yang memang tak pernah balik awal dan jugak kelas yang memang tak pernah mengundang minat dalam hati dan sanubari melainkan sebab ada junior yang macam omel-omel dalam tu and jugak sebab ada tiga ekor super-excited-and-super-gila-punya-kepala-hotak di atas ini. Strategic planning tu amenda weh??? SWOT Analysis??? Apakah???






And malam sebelumnya ada pulak sesi membentangkan proposal untuk vacation. Masa ni tengah call Anis sebab beliau masih di kampung tak jumpa jalan pulang ke Shah Alam and memang spesis tak ada iman dan tak ada kesabaran memang tak menyempat nak tunggu Anis balik so dia nak call time tu jugak kalau boleh nak confirmation time tu jugak sampai rasa nak menghasut jadi bini derhaka eh eh taklah sampai ke situ gamaknya.






And dah setel vacation proposal, barulah discuss betul-betul punya assignment. Nampak tak beza antara orang yang betul-betul into assignment dengan orang yang buat-buat busy discuss pasal assignment sebab gambar ni flawless sangat memang obvious dan jelas dan nyata mereka ni dok diam keras buat gaya macam tu je yelah kang bergerak-gerak gambar tak cantek pulak kan. Nampak tak perangai?






Ok, sekian tak ada apa nak cerita lagi. Kang asyik nak bagi ceramah motivasi, asyik membebel pasal relationship, asyik nak meroyan kang meluat pulak orang baca. Habis tu dah umur-umur macam ni apa benda lagi issue yang melanda? Kang aku tulis komen issu berkaitan soalan bertulis di parlimen haaaaa amacam? Rare kan cerita politik dekat sini?





Tak payah. Kang bukan jadi when-my-hand's-talking, tapi tukar jadi talk-to-my-hand. Ok sekian. Aku lapar gila sebab tu tak boleh tulis panjang-panjang. I WANT MAKAAAN...!!!

the history

Followers