










Yosh, aku sukalah, kali ni JJCM memang cukup ahli, cukup forum perdana dan meggi cukup rasa, haa statement dah gile dah tu. Itu semua pasal aku gembira sangat sangat la weh, even destinasi Thai Thai yang dicadangkan dalam minit mesyuarat lepas tak di terima, tapi takpe. Hati tak kecik. Cuma menusuk ke kalbu siket la. Ye saya mengaku, part ni tak gembira.
Dan aku faham sangat la perangai masing-masing bila dah tak nak makan kat Thai Thai tu, jadi destinasi penggantinya memang susah nak decide la kan. Suruh lat tali lat tam plom masing-masing pon nak bantah cadangan bernas aku. Last-last semua buat muka konfident...
Konfidential. Konon-konon seriyus, tekun dan penuh komitment nak pilih tempat makan la ni. Bajet. Haa, carilah restoran mana kau nak. Carik, carik...!!!
Hampir sepuloh jam lapan belas saat berfikir nak makan dekat mana, akhirnya masing-masing pon bermuka pasrah bila I cakap "Weh, makan pizza sajalah." Tengok, senyum pon macam tak sudi.
Bila menu dah nampak macam ganjil, memang tak la pizza tu cap Pizza Hut Ni yang nak emo tibe-tibe ni, kan. Semua request aku asyik kena reject je. Dah la nak makan pizza fish and shrimp tak tercapai-capai. Nak makan Thai Thai pon tak dapat restu. Tapi sukelah, SUKA, SUKA..! Nak ambek gambar pon tak berapa nak segan tak macam Full Haus tu kan.
Dan lokasi (kalau kau nak tahulah...)
Lepas kenyang, baru afdhal nak mulakan aktiviti extreme. Kalau dulu main boling dengan geng Melati, buat flying fox dengan geng kembara, panjat twin tower sampai tingkat 20 dengan geng sorang-sorang, naik roller coaster dekat kosmo world pon sorang-sorang weh taklah dengan cik abang bila masa kau skodeng aku ni? Haa, ada kau nampak aku buat keje extreme meng’extreme’ ni dengan geng jalan-jalan carik makan aku? Ada? Ada? Ada?
Fine, sekarang kau akan nampak..
KAU AKAN NAMPAK WEH!
Dengan kiwi banana dia tu. Teruja ye ani...?
Dah, dah. Lupakan skating. Nanti kita ungkit lagi cerita tu bila anak sulung aku dah masuk akademi luncur ais tu nanti. Sekarang aktiviti bershopping, mintak-mintaklah semua perasaan tensyen tadi hilang...
Okeh, obviously memang sangat hilang! (Sebab beg plastik dia yang paling besar, kan)
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful. Forgive me Lord, cause being the worst among ur servants.
Encik Belog, kau tak payah la nak tanya kenapa intro aku macam tu. Perasaan ini sangat bercampur aduk sekarang.
Weh, teruk ke kalau aku menipu untuk kebaikan? Tau la tak ada istilah bohong sunat, makhruh, hapa kejadah sume tu. Tapi tak boleh la nak sentiasa jujur kalau akhirnya kejujuran tu membawa padah chewah ayat akuuuu.
Beginilah ye. Biarlah saya berterus terang sahaja. Entry sebelum sebelum sebelum sebelum ni memang nampak sangatlah macam I ni single mingle pringle and available sebab selalu hang out dengan kawan-kawan berjantina ‘ladies’ sahaja, kan? Tapi sebenarnya, dalam hati sudah lama terisi.
Ada jugak buat jjcm dengan cik abang si kumbang badak. Cuma malas mahu publish sahaja di sini dan di khalayak ramai. Kalau kau tak tahu prinsip aku, itulah dia. Mahu jadi se’low profile’ yang mungkin. Selagi belum konfirm dia jodoh aku, biar sahaja si kumbang badak berendam itu menjadi misteri.
Jadi kumbang-kumbang lain, sila jangan approach aku lagi. Atau cik abang si kumbang badak berendam sumbu itu akan melenting pada aku. Itu sahaja laporan saya hari ini, sekian terima kasih... kita kembali ke sri pentas.
Seronok.. At last, the 3 of us ‘REUNION’ akhirnya... VSB macam biasalah lagi mau tanya ka...? Kesal, sebab tak ambik gambar bertiga waktu lunch semalam. Even teringat nak capture pon, tak tergamak nak keluarkan kemera sebab masing-masing tengah kebuluran, jadi saya ambil tender jadi kameraman amatur sajalah.
Kan dah kata masing-masing kebulur. Sorang pon tak nak fokus pandang kamera buruk I nih.
Ok, 1st day pergi kelas, nothing much. Setakat 1 kelas je apa nak cerita. Lainlah kalau kelas start pukul lapan sampai pukul enam tanpa henti itu memang nak mati post belog tiga hari tiga malam punye cerita pon takkan habis. Disebabkan fikiran masih sarat dengan YAMASHITA, TOMOHISA, YAMAPI, TOMAPI, TOMOPI, TOMO-KUN, (tak ada kena mengena dengan tomok ok) jadi that's why subjek-subjek macam Malay Cosmology, Constructive Analysis, Sociolinguistics dan sebagainya itu tak ada ruang nak masuk dalam kepala batu inilah, kau jangan tanya makhluk apa subjek itu semua aku belum buat ice-breaking dengan diorang lagi.
Daaaan..... tabiat bangun lambat pon masih lagi susah nak kikis. Apatah lagi kalau masih CUTI dari sebarang kewajipan rukun islam. Mujur, kesedaran masih bersisa, jadi bangun awal jugaklah.
Cerita pasal rumet? Waah, saya sangat berbangga, terharu, excited, gumbira macam nak lompat-lompat atas katil kerana dapat bersama si bunga Lily tercinta. Lepas ni bolehlah main sorong-sorong troli kat tesco beli barang dapur sama-sama macam sem 3 kat Kedah dulu. Lepas tu berebutlah nak offer kad tesco masing-masing sebab nak tambah point. Jangan tanya apa motifnya, saya masih menyiasat ni, ok.
Then every night lepas ni bolehlah bersiap sedia dengan request “Hani tolong pilihkan baju nak pakai besok.” Lepas tu bila nak makan, dah tau dah mana nak campak segala cili padi dalam pinggan saya ni. Tambah-tambah lagi bila puasa nak dekat, rasanya kena sediakan satu alarm ala-ala bom nuclear letak kat telinga supaya senang Cik Lily tu nak bangun sahur. Kalau tak, around pukul 9 pagi pon mulut dia dah berkicau “Tasha nak makan apa ek berbuka nanti?”
(Pssssst... Dia tinggalkan saya sorang-sorang dalam bilik ni. Bila dia balik nanti, siaplah!)
Ok, habis mengumpat pasal rumet. Lepas tu Cik Lavender tu, yang kalau rasa-rasa nak tolong I masak spaghetti ke, bubur ayam (segera) ke, bihun goreng (perencah segera) ke, cucur (Adabi segera) ke waktu berbuka bulan puasa nanti, pandai-pandai la turun ke bilik bawah tanah ini yer. Nak harapkan makcik Ocha yang dah tua kerepot ni menapak naik ke tingkat empat tu, mintak maap la bebanyak. Eh, dah, dah. Ni siapa yang start cerita pasal spaghetti, bihun hapa kejadah semua ni haaa?
Ok, mak cik mintak diri dulu. Sebelum tu, terimalah ucapan sepatah dua kata, sempena perasmian semester baru ini dari mak cik...
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...!!!
SERONOK DAPAT JUMPA AWAK SEMUA


