Saturday, January 15, 2011

aZaM Si MoNteL


Aku sudah mengenal pasti individu-individu yang sayang pada aku dan mencintai aku dengan setulus hati dan sanubari woih ape geli sangat ayat neh. Ok chop chop! Ayat first tu sila abaikan tak ada kena mengena langsung dalam cerita ni. Aku dah gemok kan weh kan? Apa korang tak baca entry yang lalu ke? Tak nampak pipi montel itu ke? Siapa cakap aku kurus memang...



"Memang nak kena penumbuk nih?" ujar Kak Fira aicheh bikin dialog sendiri padahal aku pon tak tahu bila masa dia posing macam tu.




Anyway kalau nak ikutkanlah, dengan tinggi dan berat (BMI) badan aku sekarang, NORMAL je. Tak la over weight sampai layak masuk the biggest looser tu. Tak jugak under weight sampai tahap macam model-model project runway tu. Tapi normal ni yang actually kategori soow-soow hampir sampai ke peringkat over weight jadi kita tak mahulah itu berlaku kan. Of course I'm concern with my body weight I perempuan okeh. Single pulak tu kang kalau gedempol sangat siapa yang nak? Kau nak?



Haaa, tapi itu jangan salah faham pulak. Tu bukan bermakna hormon gatal I sedang meningkat ke apa, cuma kesedaran tu datang tiba-tiba maka haruslah rajin bersenam setiap hari. Actually memang takkan dapat berjogging setiap hari punya tapi I'll try my best to make it everyday lah okey annoying tak dengar? Tak sangat kan...



So thanks to these people. Petang saya lebih bermakna dengan adanya mereka.



To Kak Anie, Kak Yda dan Kak Fira,


Actually kitew malu nak cakap. Tapi kitew rasew unnies semua tak ada bezanya dengan totally spies kitew. Walaupun diorang tak nak teman kitew jogging petang-petang, tapi dengan adanya unnies semuew kita rasa sangat fun dan mengecapi kegilaan sekejap sama macam kitew rasew bilew dengan merekew. 



KAMSAMIDA...!!!!!



Itu saja sesi mentachingkan diri sayew pada hari ini. Perhatikan sayew dan kak fira punyew posing. Aaaaww, comelnye. (Biarlah aku nak perasan, siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri.)



Babak comel 1. Kak Yda teratai pon cumel.



Babak comel 2. Kak Yda teratai pon masih cumel.



Babak comel 3. Ok kak ani sudah merampas kecomelan sayew.



Jadi semangat nak kurus sudah datang. Masuk hari ni sudah empat hari sayew tak makan nasi dan lauk dan air sejuk. Kita tengok resultnya sebulan dua lagi macam mana. Kalau tak berbeza jugak sila gelakkan saya beramai-ramai. Sekian terima kasih.




Nantikan perbezaannya. Chekidaut yaaw.





Once again, special thanks too...

Fisrt line supporter: Kak Ani, Kak Waida, Kak Fira. (Sebab jogging sama2, peluh sama2, penat sama2) Second line supporter: Honey Barney, Ajaa, Kak Yuyu. (Sebab tak join jogging, support dari koridor bilik masing-masing je. Meow sungguh!)

Wednesday, January 12, 2011

kEraNa MaSaMu BeGiTu BeRhaRga


Hello, hello, mari beli mari beli, jualan murah di kamdar sedang berlangsung tapi kamdar ni tak jual kain dia jual jam haaa macam tu pun ada. Takpe jangan fenin-fenin fikir fasal tu kalau you allz fenin I pon fenin sebab tiba-tiba termuncul dalam kepala hotak apasal semenjak masuk sem baru ni rajin sangat jadi promoter. Sekejap dok promote ulu bendul sekejap dok promote boot sekejap dok promote sherbet. 


So hari ni meh I perkenalkan stok I yang baru sampai dalam belog ye bukan baru sampai dekat rumah tu nak meninggal namanya. Bagi sesiapa yang berminat dengan lebel-label designer terkemuka seperti OMEGA, bukan omega yang brand telur ayam tu ye, ini OMEGA jenama jam tangan jangan salah faham. Boleh tengok-tengok gambar sikit seperti 








Haaa, tunjuk sikit je. Kalau nak lebih lagi boleh kelik di website omega ni untuk keterangan saksi kejadian lanjut. Sila kelik jangan malu-malu. Kalau nak malu jugak lantak kau la.



Den ('dan' versi slanga) seterusnya, sesiapa yang berminat dengan FOSSIL aaah sudah fossil zaman dinosor mana pulak kau nak tunjuk ni. Ya, I tahulah fossil tu apa tapi ini fossil versi jam tangan okeh. Jangan banyak tanya kalau nak tengok gambar-gambar macam ni, 







Sila kelik Fossildotcom ni untuk maklumat yang lebih mantap dan jitu dan padu itu saja terima kaseh.



Dan juga kepada sesiapa yang rasa macam nak tengok jam pelik begini...








jangan malu jangan buntu I ada link dia. Kelik sini untuk kategori jampelikdotcom kategori ape tu weh? Tak tau malas nak layan.



Lastly cuz I dah semakin malas nak search satu-satu brand so semua brand buat reunion dekat website ni which is watchshopdotcom. Memang macam-macam jam buat reunion kat situ Armani Exchange ada, DKNY ada, Seksy ada, ICE ada, D&G ada, Guess ada, Versace ada, Celvin Klein ada HAISH APA BANYAK SANGAT NI senang cerita dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya LAAAH. 


Harap maklum semua kategori ni I dah asingkan dan you all boleh tengok macam ladies design, klasik, new, luxury, sport oh yang sport ni memang funky I sukeeeeww...

















sampai I jatuh cinta pada ini 


aiyoook tak tau kan dah terbesar.



Ok dah habis. So jangan lupe kelik dekat setiap kategori yang I cakap tadi dan ingatlah...



KERANA MASA ITU BEGITU BERHARGA.
(sebenarnya nak cakap, 'kerana dirimu begitu berharga' tapi kang jadi iklan L'Oreal dah tak thrill dah.)


p/s: hani untuk awak.

FoR My BeSt FriEnD

Although we had a small argument yesterday,
Let's laugh, hug, embrace each other today,
Alright, let's make a promise,
You're my best friend,


Even if you worry may seem trivial,
Don't keep it to yourself,
Share it with me,
Promise me one more time,


Whenever you laugh I'm happy too,
Whenever you sad, my eyes tear up too,


There's no one else in the world like you my friend,
You are my joy and my soul,
I'll continue to treasure this preciousness,
I swear to the heavens forever,
I love you my friend,


I'll always be by your side,
I'll always be your strength, I'll always be,
You my best friend forever,


I f we find a good movie, a good song,
or a good guy make sure to tell the other,
Let's promise each other,
Let's not think of it as a waste
and buy each other delicious meals,
Let's pinky promise,


When you are not here I feel lonely,
When you sick, I can't fall asleep and worry about you,


There's no one else in the world like you my friend,
You are my joy and my soul,
I'll continue to treasure this preciousness,
I swear to the heavens forever,
I love you my friend,


I won't be afraid of anything
as long as we hold hands and have faith,
The word friendship may sound awkward,
But I think the word is created for us (my friend),


There's no one else in the world like you my friend,
You are my joy and my soul,
I'll continue to treasure this preciousness,
I swear to the heavens forever,
I love you my friend,


You're my life present, my friend,
You're my jewel, my miracle,
I'll protect my appreciative heart,
Once again I swear to the heaven,
I love you my friend,


We make pretty nickname for each other and play around,
Sometimes we share our cool clothes,
You're my number one in my speed dial,
You'll always be my best friend,


Forever you're my friend,
You're my only one my friend,
Forever you're my friend,
You're my only one my friend...



Monday, January 10, 2011

A Magnolia Sherbet A Day Make Our Friendship Yummy!

Kalau ada sesiapa yang dalam kepala tu terlintas apasal dok tetiba hang nak yummy-yummy friendship ni ocha oouih, haa ni aku nak habaq mai la sikit pasal peraduan nuffnang kat website depa tu. Biasa la since peraduan Repunzel hari tu kempunan nak masuk and kalau masuk pun macam la nak hadiah ps3 dengan perfume tu dan itu pun kalau menang la...


So, I take for granted la kali ni sebaik saja nampak iklan seperti yang di bawah...



Okeh close up sikit...





Nampak tu nampak tu, Lift Your Senses with F&N Magnolia Sherbet. Tu tajuk post blog dia. Tapi tak ada kena mengena pun dengan belog ini melainkan war-war tentang peraduan tu haish sejak bila pula rajin memperaduankan diri ni. Tak pe. Kita try and error. 




Since baru-baru ni baruuu je makan si sherbet baruuu tu dengan cik ani yang berambut baruuu (saje nak letak baruuu jugak dekat situ tak tahu kenapa) dan terbacalah iklan peraduan sherbet yang tak baruuu di website nuffnang tu, nampak sangat tak bukak website mereka sampaikan dah jatuh the oldest post dekat home page. Okeh, okeh, cut it off. Jadi marilah saya perkenalkan anda semua kepada si sherbet ini.





Bukan model ni yang nama Sherbet. Tapi Si Kecik kat tangan beliau tu haa. Sherbet ye, Sherbet nama dia. Model yang pegang Sherbet tu Hani Afiqah ye, Hani Afiqah nama dia.






Dan itu Ocha ye. Ocha nama dia




Okey, puas dah godek-godek nak perisa apa nak kaler ape nak berapa cawan nak beli ke tidak tapi sebab dah termengidam sejak baca Cleo Haajar hari tu terus cakap dalam hati HARUSBELI HARUSBELI, nanti tak pasal-pasal dia buat sketsa Batu Belah Batu Bertangkup dekat dekat rumah sebab kempunan nak Si Sherbet haa, macam mana nak buat tu? Jadi kita harus elakkan dengan membeli secepat mungkin. Alaa, RM2.50 satu. Beli, beli, jangan malu-malu.





Maka dia ambik. Nampak kat tangan tu, nampak tak nampak tak? Siap letak mark 'XOXO' kalau mengaku tak nampak jugak memang nak kena paku mata kau. Oh dan iklan shushi tu sila abaikan. Tak beli pun.






Jadi, memperkenalkan inilah dia perisa idaman kalbu. Mangosteen aaaww aaaww. Aaww aaww tu sebab bila masuk mulut sekali, dia terus masuk mulut berkali-kali rasa macam takjub dan terus takjub dan terus takjub dah macam orang gayat tak pernah makan ais-krim punya perangai.






Dan takziah kepada Hani kerana harus pasrah dengan ketakjuban perisa Melon itu. Not bad apa. Tapi best lagi mangosteen kan? Maka Mangosteen menang, yeay! Tak perlu berteka teki. Harus tahu sebaik tengok muka beliau.



Dan haruslah juga tidak bersifat tamak untuk membeli semua perisa yang ada. Jadi di sini saya lampirkan sekali bahan bukti perisa lain yang terdapat dalam pekej F&N Magnolia Si Sherbet ni selain Melon dan Mangosteen yang saya dan Hani makan tadi, 





Di atas sebelah kiri, perisa Lychee dan bawah sebelah kanan perisa Orange. Dan sebab Mangosteen dan Melon dah jadi tuan rumah so tak payah perkenalkan mereka lagi. Tunggu bila dah beli Lychee dengan Orange, baru dia upgrade sikit dengan model-modelnya sekali. Don't worry. Siapa berminat nak jadi model, boleh mesej saya dinombor yang tertera nama saya pada telefon anda. Sekian terima kasih.





Laluan iklan penutup...


Si Sherbet bersama gelang cap yang tak cukup quota. Mana lagi satu mana? Mana?






Dan juga close up tuan rumah agar penonton semua cakap dalam hati 'OH MACAM NI RUPA DIA SEBENARNYA' instead of cakap 'OH INI KERJA KORANG BERDUA RUPANYA!'





Tweet. Dah omel angat of course la tak tergamak nak buang bekas omel. Apa lagi bila ada kenangan indah sewaktu makan Sherbet bersama BFF sebab tu la letak tajuk Sherbet buat friendship kita Yummy , haa dah faham kan sekarang. Okey saya sahut seruan kerajaan untuk mengitar semula bahan buangan dan buat isi duit shiling untuk kegunaan di hari tua.. Hari tua? Apa tu? Dah la eja syiling pun tak reti.





Sekian. Bye-bye sherbet. Lepas ni boleh tanamkan azam dan bertekad dan berhajat untuk menyunting Orange dan Lychee di taman. Nak bagi cukup pekej bekas duit shiling saye. Alarm tu alarm. Jadi sila faham wahai sekalian model tetap.






p/s: Tak mahu berebut tempat duduk belakang teksi setiap kali pergi JJ Bukit Raja? Solution, jangan pergi Bukit Raja lagi...

Sunday, January 9, 2011

SaYaNg SaMPai MaTi



Kadang-kadang kita jadi terlalu sensitif pada benda paling kecil 

dan biarkan benda tu dalam hati 

dan tak pernah nak luahkan pada orang lain. 

Apa tu? Simpan perasaankah?

Untuk apa simpan-simpan ni?

Jangan ingat benda paling kecil, 

harus dipandang sebelah mata saja. 

Sedangkan efek yang datang kemudian hari,

kita tak tahu betapa besar kesannya dalam hidup kita,

Mungkin juga perjanjian utuh itu boleh terlerai,




Pengajaran yang aku dapat hari itu 

sangat amatlah besar dan bermakna dalam hidup aku. 

Aku tak patut mudah bersangka negatif pada orang. 

Aku tak patut simpan perasaan sorang-sorang. 

Aku patut lebih terbuka. 

Aku patut luahkan apa saja 

Aku tahu aku bukan siapa-siapa tanpa mereka. 

Sebab tu aku cuma mahu katakan 

aku akan sayang mereka sampai mati

sampai aku mati...




Dan aku rasa mahu gelak guling-guling baca tulisan aku kali nih..

Saturday, January 8, 2011

aDa HiKmaH bELi kaSuT BarU


Sekalung pingat penghargaan saya tujukan kepada Cik Honey Bunny Serina aka Clover Girl (tuu dia namaa) sebab sudi temankan saya pi perabihkan duit semalam. Itu saja intro untuk hari ini. Bak kata cikgu muet masa form six separuh jalan dulu, keep it short and simple dan beliau ringkaskan jadi KISS. Jadi nak cakap kat sini, saya suka KISS.




Bak kata orang tua-tua juga, ikutkan hati, mati, ikutkan rasa, binasa, ikutkan perut, kenyanglah jawabnya. Apa lagi kalau melayan tekak yang buat dialog macam ni...



"Tasha makan Jhonny nak?"




"Nak. Jom!"


Maka berlarilah kanak-kanak itu dengan penuh bersemangat merebut tempat di Jhonny Restaurant walaupun harus tunggu sepuluh minit untuk mendapat tempat memandangkan full house dah macam bulan puasa pulak rasanya.


(Iklan Ayoub melintas dekat tv tadi so stop kejap. 
Sekarang boleh sambung balik.)


Saya tak berniat nak tulis entry ni panjang-panjang sebab malulah entry sebelum ni beriya tulis pasal orang lain nak beli kasut, tapi lastly diri sendiri yang terjebak dalam kancah membeli kasut. Tak weh, ini bukanlah sebab gagal mengawal nafsu hati ke godaan hasutan syaitan nampak kasut tu nak beli, nampak kasut ni nak beli, bukanlah mengaruk macam tuh, tapi sebab memang dah jadi kewajipan saya untuk membeli. Waaah, gitu. Ayat dah macam iklan kerajaan dah ni haa...




Haruslah letak gambar cik ani membelek skirt pendek sebagai pembukaan kalau tak kang, ada pulak yang terkejut tengok makcik skirt tak pendek buat aksi &%#@$^* apa tu weh?


Daaaan, bila refer balik tajuk di atas I cuma nak cakap,


Siapa cakap keluar tak cukup kuota tak besh? Kalau terjadi miracle walaupun terpaksa tinggalkan salah seorang kat rumah jaga baby dan lepas tu boleh buat perasaan masing-masing jadi selesa dan bahagia, I guess it worth it kan? Jadi mulai hari ni saya declare awak BFF saya secara rasmi depan dunia.



Awak, yang buat sesi heart-to-heart depan saya sambil makan nasi goreng pineapple dengan awak yang request egg tart tapi tak nak makan bagi dekat saya balik macam hape entah punye perangai tu, lepas ni apa orang nak cakap pun lantaklah we know how close our heart even people see it apart. (Baca laju-laju nanti dengar macam pantun. Okeh, baca sekali lagi.) 



Dah macam sesi Fadzilah Kamsah Selami Jiwa pulak dah ni. Enough. Dah sesiapa pun tak payah nak terasa.





Jadi kita teruskan dengan kasut yang pertama


Kurang berkenan sebab model tak cukup kepala jadi mari kita lihat kasut yang kedua...




Dah nampak kepala model dah, tapi dark grey di kaki tu nampak macam...




Okeh, kita cuba yang tu pulak!



Terlupa pulak nak close up kasut. Jadi biar saya jelaskan, kasut ketiga ni agak mengerlip sikit. So terus tak jadi nak beli karang orang ingat hang ni nak pi koko ka nak pi perarakan olimpik. Ok, letak balik, letak balik.




Malas nak try lagi, terus mintak auntie Bata carikan pasangan kasut yang pertama tadi, nak cuba kedua-dua belah pihak kaki.



Dah macam orang cacat dah aku tengok.




Kesian Cik Hani Bunny jadi camerawomen amateur. Nah hadiah. Terimalah bergambar di sisi model agar kita berdua  boleh cepat-cepat pulang ke pangkal jalan.





Dah selamat dah pakai pergi koko pagi tadi. Sekian terima kasih.Cantikkan weh... 



Tapi kenapa PINK?

Wednesday, January 5, 2011

tErUja UnTuK oRaNg LaiN

Kelas sangat bosan biase la kan awal-awal ni semua student baik-baik belaka. Tapi malang lecturer semua tak ada tapi kau jangan bising sangat sekali lecturer masuk tak berhenti baru kau mimpi nak bersenang-lenang. Mujurlah perasaan teruja tetap ada apalagikalaubukan sebab nak keluar weekend ni. Kau tahu betapa aku punya semangat nak countdown hari jumaat. Teruja ni teruja!


Dan tercakap pasal teruja, ini saja nak bagi pre-post sebelum aku letak sekajang-kajang essay di lain rancangan nanti. Al-kisahnya yang nak dikait dengan situasi kelas tak ada lcturer di atas ialah, disebabkan lecturer tak masuk, jadi kelas jadi pendek, duajam jadi satu jam dan masa bersenang lenang bertambah banyak kat bilik dan masa untuk kelik-kelik kedai online pun banyak. Saya pun mewakili tuan badan untuk express keterujaan meng'usha' boot di internet. Sila kelik forever 21 atau paperlime atau shopruche atau chickdowntown atau joansheep atau shoplasticland atau heels.com jika rasa nak join teruja sekali shopping boot hari jumaat nanti. Go Boots Go!!!



Dan antara yang menjadi rambangan mata,


RM290




RM375



34.8 USD



RM150





RM120



RM430





Gaya macam nak menjual kan weh kan. Yelah, yelah aku gedik.

Tuesday, January 4, 2011

kRiSis RuMEt mEmAnG taK rOcK!

New year dah masuk dan inilah post pertama aku for this year. Double one tak ada apa yang boleh membuatkan aku teruja untuk kembali ke Shah Alam melainkan GossipGirlTotallySpies dan JJCM. Memang perut susah nak digest dan terima hakikat kau-harus-kembali-pressure. Sebab tu assignment jatuh tangga terbawah! No worry. Sebab pressure terawal pun dah dapat. Yang ditaja oleh power root. Jadi, terima kasih power root!



Being ignored is not fun. NOT FUN AT ALL OK.  Tak kiralah post ini boleh jatuh under category tak-patut-la-weh-kau-post-kat-sini tapi aku nak letak jugak jadi silalah pasrah. First nak cakap seriously rindu part two I mean rumet part two, maksudnya rumet part two la PART TWO!!! Tapi bukanlah menyesal melangkah ke part 3. TAK. Kau patut jadi insan yang amat bersyukur tak ada repeat apa-apa paper. Tak kena kick out dari UiTM kalau tak menangis makbapak. Cuma sekarang tengah cakap pasal rumet okeh RUMET, jadi sekarang aku nak cakap pasal rumet.



Dulu la dulu, masa satu rumet dengan kak Ani sangatlah have fun sebab once bila tahu kak Ani dari Terengganu terus ingat orang ramai cakap orang Terengganu aka Kelantan ni suka geng dengan diorang-diorang je, berpuak-puak, tak mahu kawan dengan orang negeri lain eh eh bila dah kenal kak Ani langsung fakta itu jatuh tangga paling bawah tak ada kena mengena dengan kak Ani jauh menyimpang tu. Kak Ani sangat fun okeh dan langsung tak ada Terengganuism dalam diri dia jadi bad impression dah boleh syuuh jauh-jauh.



Cuma this sem, I mean THIS SEM, rumet aku sekali lagi Terengganu. Dahlah takmau komen lebih-lebih. She's okey what...






Cuma... we were apart n i’m kinda dying this semester.

the history

Followers