Saje la nak letak exclamation mark banyak-banyak dekat tajuk tu. Konon eksaited la nak tayang 1st day bukak sem hari ni. Of course the best part is jumpa gossip girl dua ekoq ni.. Cekidaut kejap muke masing-masing first day masuk sekolah tadi...
Ok, tu je. Macam nak pergi rumah terbuka kan? Tapi tak. Kalau dah pakai tudung tak matching tu tak ada la nak keluar area Melati sangat. Tolong cakap dengan makcik kakak warden tu bukakkan pintu pagar je. Kereta Cik Ani tak dapat nak keluar. Haa, ambek ko...Sapa suruh park kat dalam.
Aku baru je lepas habis gunting baju kurung polka dot tadi. Take a break kejap. Then ternampak pulak post baru oppa kesayangan dekat blog diorang. Comey gilos. Happening je macam nak join melompat sekali dengan diorang tu sume haa...
Tapi Heechul dengan Siwon tak ada. So aku share je la video lapan orang yang ada tu dekat sini. Lepas ni aku nak sambung menjahit pulak. Nanti aku update lagi kalau ada apa-apa nak share ok. Bye!
Para pembaca yang dikasihi, ini memang personal punya post. Tak payah susah-susah komen sebab nak jadikan pengganti diari saya yang putih suci itu yang tertinggal di rumah saja.
Minggu ni, supposedly aku nak siapkan jahit baju kurung yang aku beli hari tu untuk naik sem baru. (gedik asal bukak sem je semua nak baru). Tapi dah terlajak dekat Shah Alam 4 hari so tak tahu apa cerita sama ada sempat siap ke tidak. Okey, masuk sikit point nak cakap, benefit cuti 4 bulan ni ialah dah pandai jahit baju kurung (YEAY!)
Hari isnin starting the journey to Shah Alam dengan beraya kat rumah Nurul sebelum menghangkut makcik tu ke Melaka untuk raya dekat rumah Haajar pulak. Lepas tu singgah rumah bekas bakal mak mertua dekat Seremban dan barulah tergedik-gedik bertolak ke Shah Alam. Sempat singgah Tesco Extra beli selipar toilet dengan ubat gigi sebab lupa bawak jugak. Dan ambik kunci bilik dan selamat berkemas. Ok cukuplah tak larat nak explain panjang. (Memang sumpah mood tengah malas ni.)
Day 2, aku bangun pagi-pagi (tak la pagi sangat pasal dah nampak matahari) dan pergi standby depan pejabat Melati jaga kaunter untuk sambut adik-adik baru. Muka memang manis habes. Memang kencing manis siapa pandang lama-lama. Siap kalau ada mak cik-mak cik yang terlebih ramah tu, kena keluar ayat manis pulak memang boleh diabetis la orang ramai kalau tengok aku hari tu. Lagi-lagi yang datang tu dengan abang pergh... Bajet chiyut macam actress korea tak usah cakap. Dah tahap nak meninggal pasal detect kadar gula merenyam yang keterlaluan dalam badan. Dah. Tamat riwayat hari dua. (Dengan sangat penat jugak yaw.)
By the way, petang tu sempat cabut pergi Jabatan Agama Islam Selangor hantar si Nurul (yang kat bawah ni) ambik contoh lafaz taklik untuk lampiran dalam tesis dia.
Muka bangga tak sudah dapat maklumat idaman.
(Semoga tesis kau cemerlang dik. Amin.)
Dan aku pulak ambik borang untuk kursus kahwin ^_^
ok bye!
Day 3. Eh aku lupa nak cakap yang aku jumpa Linda. Dia jadi PM handle adik2 ni punya orientasi dekat Melati. Harus eksaited kejap the moment I met her yesterday. Macam jumpa Taylor Swift teruja ya amat. Ummi pun ada tapi dia dekat Mawar. So aku kirim salam saja. And I met my Sis Tiya as well. Abang MPP APB mujur belum nampak batang hidung lagi. Kalau tak mesti dah lama masuk wad gila.
Ok. Lupa nak cakap jugak. (Nampak sangat otak dah biol asyik nak lupa segala dengan alasan penat padahal tak buat kerja pun.) Aku sempat melayan Pak Li dengan depa ni semua semalam. Penat + Lapar = RAKSASA RAKUS pun muncul
Cik Nurul
Cik Roy
Cik Alia
Dan sudah tentu aku.
(Tak sanggup nak letak gembar sebab memang sebijik raksasa real woih)
Nak sambung lagi untuk day 3 tadi. Mujur orang tak ramai hari ni. Pasal semalam dah penoh blok 4A so hari ni mak cik- mak cik dan pak cik-pak cik TERPAKSA menghangkut barang-barang anak mereka pakai tangga pasal hari ni depa kena penuhkan blok 3B yang tak ada lif tu.
Cakap pasal bilik. Don't worry to all my dearest fwens yang tak belum dapat kolej. Blok 4A memang di reserve untuk student lama. Blok 3A pulak di reserve untuk student yang berjaya dalam permohonan rayuan. Level bawah setiap blok di reserve untuk student OKU dan student yang sakit dengan syarat ada surat sakit daripada doktor. Nak buat surat sakit sendiri pon boleh kalau dah terdesak bebenau tak dapat bilik kan. Bilik air ground level luas yaw...
Dan tomorow aku nak pulang ke kampung halaman semula. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa homsik. (Dan mengada). So tak jadi stay sampai hari jumaat. Lagipun nak hantar Nurul balik KUIS. Then mummy pesan singgah Nilai 3 beli kerusi malas yang style vintage yang macam ni..
Tapi bukan kaler corak lagu ni la kau nak bagi mak aku rembat dengan mop letak kerusi ni tengah-tengah hall?
So sampai kesudah pun holiday aku memang rasa tak cukup.
Sekian. Lintas langsung daripada Wartawan Cik PA Melati Computer Club.
Bersama jurukamera Roy dan Jurumekap Ayna.
(Diari dah jadi entry akhirnya. Aku memang terer tulis karangan pasal tu tak pandai-pandai twitter sampai sekarang.)
Okey, ni top secret ye. I’ve never mention bout this before tapi macam biasa la budak-budak bila dah makin besar bila hormon gatal dia semakin berleluasa bila dah mula buat praktikal nak jadi bakal menantu mithali (kerja wajib bila cuti sem) so ini saya bagitahu awak (especially yang namja) saya bukanlah orang yang akan pandang dua kali kalau ada mana-mana lelaki yang lalu sebelah saya dengan gaya maskulin habis semata-mata nak tarik perhatian girls generation – dengan motor besar – jeans mahal – jaket kulit - spec hitam – minyak wangi satu tong – Ya Allah, tu nak mintak side kick boleh.
So berbalik kepada top secret yang saya cakap tadi, sebenarnya mak dah mula curious siapa la orang yang rajin bebenau dok mesej saya call saya sepanjang 2,3 bulan kebelakangan ni. Suspek beliau tu pulak bukan boleh caye. Semua orang dia main tembak je. Budak yang tu ke? Budak yang ni ke? Budak yang duduk kat situ ke? Budak yang duduk kat sana ke?
The only thing yang terbaik untuk dibuat is tersengih je bila dengar mak tanya. Lepas tu bukak cerita lain walaupun itu hanya akan mengundang spekulasi yang teramat. Tapi setakat ni… (muka bangga) Alhamdulillah sorang pun belum tak tahu.
Sekian, itulah dia ‘Encik L’ saya. Lepas dia datang raya malam tadi, terus ter’idea’ nak tulis benda ni dalam diari. Tapi sebab list panjang sangat, so I decide, post dekat blog pun ok kot. “So ini 10 sebab kenapa saya rasa dia sangat sweet ^_^”
Satu. Dia sweet sebab dia bukan jenis orang yang really nak declare ‘we’re dating’ atau tukar relationship dekat facebook untuk officialkan perkara ni. Dia cakap bila relationship yang bermula dengan akward tu maka as a big girl I should understand what is that mean.
Dua. Dia sweet bila tanya ‘drama korea yang u tengah layan sekarang dah habis ke?’ dan bukannya bagi expression muka ‘u layan k-pop?’
Tiga. Dia sweet bila datang rumah dengan alasan nak jumpa mak ayah. Masuk rumah cari mak ayah. End call atau mesej dengan ayat ‘kirim salam mak ayah’. Mana ending ‘good nite I miss u’? Tak tahu. Tapi bila dia ingat mak ayah saya lebih daripada saya, consider as sweet la tu.
Empat. Dia sweet bila suka buat-buat lupa my initial name dekat facebook padahal hari-hari letak post dekat wall. (Korang takkan nampak sebab dia customize to 'ocha omar' sahaja). Sampai rasa macam nak hentak dia dekat wall pun ada setiap kali dia tanya begitu.
Lima. Dia sweet kalau tengok bola sepak macam cakap sorang-sorang. Mulut kumat-kamit tapi suara tak dengar. Dia marah player ke, dia sokong player ke, memang susah nak dengar suara dia terpekik-pekik macam orang kat kedai makan yang saya kerja dulu. Dia jugak sweet bila main bola sepak dengan budak-budak kecik bila tak ada geng besar nak join. Tapi dia cakap saya lagi suwit kalau sokong dia main (perkara yang tak pernah saya buat depan dia). Don't tell him ok!
Enam. Dia sweet sebab tahu my all time favourite hasil kerja part-time as a stalker dan juga hasil siasatan daripada my family and friends. Not directly ask from me. Sweet ke? Boley laa..
Tujuh. Hey, dia sweet jugak bila ajak saya lepak kedai mamak and ask me where should he works during holiday sebab cuti lama lagi sampai bulan 10 nanti kan. Nasib baik ajak lepak kedai mamak bukan untuk ask for my money even he’s already employed. Pening? You all fokus yang the first point td je senang. Dah.
Lapan. Dia 'sweet' bila congrates me with smiley icon when my favourite football club kalah 8-2 hari tu. Tak nak kawan arsenal.
Sembilan. Dia consider as a sweet person sebab tak kisah I mention Fabregas atau Lee Dong Hae atau Aaron Aziz atau Jhonny Depp more than I mention his name. Maybe sebab dia tak jealous dengan mereka. Obviously!
And lastly. Dia sweet bila act dengan yakin dan confident depan orang ramai like we’re just friend padahal kawan-kawan dia bukan main rajin membahan dia. Erm, actually kawan-kawan dia pun macam kawan-kawan saya juga. Masih blurr dan tertanya-tanya siapa yang kau in relationship ni haaaah?
p/s: kena tunggu tag dekat kad jemputan fesbuk baru tau siapa.
Semenjak aku buat entry sekuel pasal Encik L dan budak cengeng hari tu rasa macam seronok pulak main entry letak ‘part-part’ ni. To be honest, aku tak boleh kalau tak share gossip dengan orang. Kalau orang tak nak dengar atau baca tu lantak dialah. Yang penting, once aku dah publish dekat sini, ‘happily ever after’ tu yang kita nak ye puan-puan. Siapa blogger dia tahu.
Ok kenapa cuti 4 bulan berbaloi? Memang selalu sangat dengar kawan-kawan cakap ‘alaa, kau budak degree best la cuti lama’ hahaha (berguling 17 saat), memang best ya amat (sampai nak meroyan dah rasa) sebab 1st of all, dapat jumpa kawan-kawan lama. Yang betul-betul funya lama ni zaman tok kadok tok batin tok bomoh dulu-dulu yang stok kalau jumpa cuti ni memang expression muka dia macam nak baling pinggan kat orang je rasa - Asal kau pandang aku macam tu haa weh? – Aku tengok kau makin kembang. Tu yang kagum pandang lama-lama tu – Kan? Apa tak rasa nak baling pinggan.
Dan semua start sejak aku kerja part-time dekat kedai makan tu. Kalau tak kerja memang tak keluar rumah. Dan kalau tak keluar rumah memang takkan jumpa kawan-kawan yang selalu lepak makan dekat kedai Hafiz Tomyam tu. Memang tak jumpa dunia la bak kata orang. Ok, senang cerita sekuel reunion tu macam ni.
Kak Chik tu (yang pernah aku mention dalam entry-entry sebelum ni) sebenarnya kawan sekolah rendah aku. Means ambik UPSR sama-sama satu dewan la. And after that memang tak pernah jumpa langsung u-know. Lalu kedai makan itu la yang me’reunion’ kan kami berdua. We getting close (padahal time sekolah dulu pun tak rapat macam ni) sampailah tadi hari dia bernikah sekaligus hari reunion kawan-kawan sekolah rendah kami yang lain.
Dan itulah sebenarnya nak nak cakap. Kalau tak cuti lama, aku takkan kerja part-time. Kalau tak kerja part time, aku tak jumpa kak chik. Kalau tak jumpa kak chik, aku takkan pergi wedding dia sebab we’re not so close (u-know what I mean bila pergi wedding orang and not as a vvip). And kalau tak pergi wedding dia aku tak jumpa cekadak-cekadak macam ni…
Bersama Cik Zura - Yang membawa aku ke kancah k-pop ni
Bersama pengantin baru, Kak Chik.
Dan yang sama-sama kuning tu Famieza - Yang tak kurang k-popnya.
Onestly, tak tahu apa nak buat sekarang. Makin nak masuk sekolah, makin rasa menggelabah. Masa mula-mula cuti dulu, sumpah kemain boring rasa hidup macam tak ada masa depan duduk rumah makan tidur laptop tv. Sebulan mengadap korea. Baik drama, baik mtv, baik variety show, tergelak sorang-sorang macam orang mental. Sedihnya tengok diri sendiri berperangai macam tu.
Sekarang ni boleh cakap more less tinggal 2 minggu lagi sebelum masuk dewan kuliah (padahal mana ada ada dewan kat kenanga). Yee, tipu! Semangat nak balik shah alam tu dah ada dah, tapi semangat nak bukak buku tu masih berkeliaran lagi. Tak tahu mana dia merayau bukan main susah nak suruh dia kembali ke pangkal jalan. Lain kali kalau nak cuti sem, siapkan semangat belajar tu dengan GPS supaya bila dia merayau nanti tahu cari jalan yang lurus untuk pulang dan naik sem dengan perasaan berkobar-kobar untuk dapat dekan bukan untuk jalan-jalan cari makan. Sekian petua daripada nenek kebayan ocha.
Ya Allah, kazen aku yang diploma dekat merbok dulu dah grad. Kau bila ni?
p/s: anime girl dengan cik bk kemain aktif lagi belog u allz. belog tamanteman u apa cerita?
Hai semua. Bukan senang jadi Queen B aka Haajar Mohd Puad ni. Setiap kali birthday mesti kena tinggal. Bayangkan dah tiga tahun kenal, tiga-tiga tahun tulah dia celebrate without S and V (kalau dia celebrate dengan boyfriend dia aku tak tahulah kan). Maknanya, so far perkenalan mereka selama lebih kurang 3 tahun ni, exactly 28th August tu belum pernah disambut. Every year mesti postponed. Kau faham perasaan main postpone birthday ni macam mana? Tak feeling beb. Tak ada kick. Rasa nak kick orang ada. Haa, baru kau tahu susah ke senang jadi Queen B itu...
Sms? Aku tak main la wish birthday pakai kredit. Aku tak pandai tulis short form-mort form ni. Mms? Apa barang setakat send gambar kek. Bau pun tak ada. Post kat wall fesbuk? Sesapa pon boley buat dik. Dokumentari edisi khas macam ni? Ada jumpa dekat mana-mana belog tulis – Weh Ajaa, post ni aku tulis special untuk kau. Amacam? Gempak tak? (muka riak) – sekali kang semua kerabat uitm yang ada belog semua nak dedicate special entry untuk kau Haajar. (frust. tak tahu dah nak pikir idea apa lagi nak kasi wish lain daripada yang lain).
Well. It’s now begin. Macam biasa aku akan bagi warning kepada para pembaca bahawa entry-entry special macam ni memang meleret-leret panjang tinggi lebarnya. Tak payah ukur, kalau aku cakap panjang tu maknanya memang panjanglah. So sebelum kau muntah, baik kau stop sampai kat sini. Pangkah page ni cepat dah pergi main jauh-jauh orang tua-tua nak berburak ni.
Suatu masa dahulu, orang klasik America cakap ‘once upon a time’, aku kenal somebody ni. Macam dalam movie and drama pulak kan, ada la budak baru dalam kelas kitorang ni masuk masa awal sem part ii pre-law. Lepas tu berkenal-kenalan. Senggol-senggolan. Cubit-cubitan. Aku menynyi kau petik gitar ewah-ewah. Kemain kau punya dangdut sekejap. Ok, first sight love memang tak ada. Aku pandang dia macam nak kasi lempang tu ada. Tu dia ‘senior syndrom’. Taklah, she’s just a bit silent and shy and kepantangan aku pulak ialah orang-orang yang sebegini.
So aku approach la dia tanya basic background padahal bukan nak ambik tahu sangat pun. Saja nak suruh dia bercakap. Then aku still ingat dia lukis cartoon dekat test pad and passed it to me during klas Madam Hidyati. (teruk grammar aku ni haish). Nampak sense nya di situ kan. Kesian la budak baru tu asyik berdua je dengan Cik Yana. Oh dengan Cik Fara sekali. Memanjang je diorang tu bertiga. But slowly they managed to adapt dengan kanak-kanak riang yang lain yang originally dalam kelas tu termasuklah Hani, Lydia, Fara, Bella, Ezzy, Umi, Linda, Onie, Ocha, Tikah dan lain-lain. Syukur Alhamdulillah. (muka satisfied)
Then masuk part 3 memang the best semester ever. Haajar jadi sebahagian daripada aku dan Hani. Mahsuri yang dia tak pernah-pernah nak jejak dulu da jadi tempat lepak setia dia. Baik tennis court, dining hall, koop, kerusi batu, bilik study, bilik tv, bilik aku kau jangan cakap. Memang hampir jadi warga Mahsuri dah budak ni. Outing ke CS, VM, almost every week. Tu belum cakap penang lagi. Nak pergi Tesco pun eksaited. Nak dinner dekat kedai makan depan UiTM tu pun teruja. Haa, macam tu la aku punya feel setiap kali spent time dengan budak ni.
Bab makan jangan susah hati. Semua yang masuk perut aku akan masuk perut dia jugak. Maknanya kitorang tak pernah ada masalah sembelit. Eh, maknanya kitorang tak pernah ada argument dalam bab makan. Dan maknanya kitorang ni sangat kawan rapat. Dan maknanya kitorang banyak kongsi rahsia. Dan maknanya jugak, sudah tiba masanya untuk aku reveal rahsia budak ni. Ngahahaha (gelak kejam)
Ok first. Orang mungkin nampak dia macam sombong at first (same as my 1st impression dulu). Tapi actually Haajar ni manja orangnya. Suka act cute bak kata orang korea buat ‘aegyo’ sebab she thinks she naturally is. Dan sayangnya I hate to say – YES SHE IS. (puas hati kau?) Whatever and however, walaupun dia manja, tapi I must say she’s the strongest one di antara kami (aku, hani, beliau). Like in term of arguing about everything, kalau cakap berdasarkan fact dia memang akan menang. Tapi kalau cakap mengarut dan merapu, ooh that’s me. Dan air mata dia pun susah nak tengok melainkan kalau dia menangis sorok-sorok daripada aku (atau senggugut). Maknanya dia memang kuat kan? Whatever it is, Haajar, kalau air mata kau pernah tumpah disebabkan aku, dari hujung rambut sampai hujung kaki aku mintak ampun mintak maaf ye. Nak aku nyanyi lagu maafkan kami macam bujang lapok tu ke?
Ok secondly. Orang mungkin nampak dia pendiam. Tapi dia sengal sebenarnya. Tak kenal memang tak tahu. Tapi kalau melawak tu bukanlah melawak style nak masuk raja lawak. Dia suka bergurau. Suka cari gaduh. Bercakap benda yang mengarut yang merapu-rapu yang tak wujud macam contoh bila part dia menokok-tambah cerita aku, memang sengal storyline tu jadinya. Suka loyar buruk. Mengutuk-ngutuk orang pun ye jugak. In short, she has a lot of humor inside (yang tak semua orang nampak). Dan tu yang buatkan she’s fun to be with. Dan antara orang yang selesa untuk aku luahkan perasaan atau mengadu atau merungut atau apa-apa saja.
Third. The biggest reason yang merapatkan kami is KOREA! Memang tak dinafikan similarities ini yang buat aku eksaited dan dia eksaited dan kitorang akan sama-sama eksaited bila berjumpa. Obviously sebab ada point nak cerita dan teruja. Maka relationship tu jadi gila! Daripada dia gila dengan Jae Joong DBSK dulu, bawak ke Thunder MBLAQ, Akanishi Jin, sampailah Chansung 2PM recently. Dah tahu sekarang siapa yang bertanggungjawab dengan ke’obsess’an aku selama ini? Ya, BELIAU orang! Ok Haajar, oppa 2PM ada kirim video happy birthday dekat kau. Diorang kirim salam. Nah!
Now, fifth. Secret yang paling aku nak cakap sangat-sangat selama ini. Haajar, kalau aku lelaki, sumpah dah lama aku tackle kau habis-habisan. Aku rasa macam nak lempang je pakcik yang kau kipas-susah-mati tu pasal tak nampak ke’comel’an kau ni dan ke’lembut’an kau ni dan ke’suwit’an kau ni dan ke’romantik’an kau ni dan ke’gila’an kau ni dan ke’sengal’an kau ni dan bermacam-macam ‘ke’ lagi yang kau sorokkan. (Ini bukan kipas-susah-mati untuk kau). The fact n truth. Sebab exclusive dalam entry ni je aku cakap lepas ni tak ada dah. (kau merayu pun aku takkan cakap live depan kau lepas ni)
Maka actually aku susah nak feel tulis benda ni sebab dah lama tak tatap hidung arab kau tu sayang. Dah lupa angle dia berapa darjah. Tapi setakat ini, itu saja yang aku nak reveal. Dah berjela-jela entry sebelum ni yang ada mention pasal kau tu kalau rajin back-to-back sendirilah ye. Sebab dah berpisah 4 bulan ni buat memory aku berkarat sikit. Dah la gambar habis hilang semua. Betul-betul harapkan sisa pictures dalam fesbuk album tu haa. Tu pasal la habis berterabur entah bila kurun punya pose aku letak. Bantai jela eh... Janji ado.
Sekian, itu saja.
Kepada cik adikku sayang,
Miss Haajar Mohd Puad:-
(aku letak purple sebab kaler fave ko)
“Aku dah tahu dah apa perasaan kau bila sambut birthday without aku and Hani tahun-tahun sebelum ni. Itu yang aku rasa 19 Julai hari tu. Walaupun ada orang lain yang celebrate, tapi tak sama macam korang. Selama cuti ni, selama itulah aku tak JJCM dengan siapa-siapa melainkan dengan beruang dan tomato. Aku mungkin nampak macam ignore dengan semua perkara sekeliling. Tapi aku rindu sangat-sangat dekat korang berdua. Kejap. Aku rasa speech aku dah lain macam sikit ni.”
Mic checking, 123, hello hello.
-Haajar, happy 21st birthday sayang. Standard chartered cakap, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aku pulak cakap, semoga panjang jodoh kita dan murah dengan kebahagiaan. Kau dah besar panjang sekarang. Dah sama-sama masuk 21st line dengan aku dan Hani. So, welcome to the club sweetheart! No big cake, no big present, no big bang either. Tapi a few weeks lagi kita pergi serbu restoran korea yang kau cakap dekat Sunway Pyramid hari tu okei. JJCM opening season. Celebrate belated birthday kita berdua. Kalau Hani tak mau bawak, kita pancitkan tayar i10 dia tu. (hahaha, muka jahat). And tak mau taching-taching di hari berbahagia ini ye. Raya nak dekat. So aku wish Selamat Hari Raya sekali. Bank in duit raya dalam account aku ok. Tenkiu.-
p/s: Terima kasih selalu teman aku jogging.
p/s: Terima kasih selalu teman aku shopping.
p/s: Terima kasih selalu teman aku movie-ing.
p/s: Terima kasih cuz oweys there beside me.
Tuhan, jagalah sahabatku ini sebaik-baiknya,
Lanjutkan persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami,
Limpahkanlah kasih dan sayangMu kepadanya kerana dia selalu menjagaku,
Betapa bahagianya aku bila berjaya menghasilkan beskot raya pada percobaan pertama ini. Kau boleh tau dia punya suspen dengan hanya membaca resipi je okei. Masa tu, mcam-macam boleh datang dalam fikiran. Jadi ke tak jadi beskot ni? Sedap ke tak? Ntah apa la rasa dia.
Tetapi setelah semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah beskot terakhir ini DONE! Nama beliau, Beskot Nestum Hazelnut. Dia punya sukat aku sukat ikut aku punya suka je. (Tapi tak sangka jadi.) Lagipun buat tak banyak. At least kalau tak jadi tadi memang aku persilakan dengan segala hormatnya ke longkang je. Memang betul orang cakap. Nothing sweet than success. Orang mana yang cakap pun aku tak tahulah.
Dan dengan ini, tamatlah sudah entry edisi kuih raya tahun ini. Kemain lagi kawan aku tu update 2 entry dalam masa satu hari. Eh, dia dah tualah. Dugusaeyo?
Post ni actually semalam punya. Tapi dah terlajak punya pasal so aku punya pasal la nak post bila. Macam ada orang ingin sangat nak tengok kuih-muih kau yang tak senonoh itu ocha. Heh, sekarang tiba masanya untuk men'streching kan badan setelah 10 jam marathon buat kuih raya. Kau ingat seronok berjelaga hidung duduk depan oven menatap kuih nak bagi kepada para tetamu yang bertandang nanti? Senang la cakap buat kuih tunjuk je. Ish, tapi I susah nak hidup dalam arus kemodenan ni. Semenjak dah jadi suri rumah sepenuh masa almost sebulan yang lalu, dah tak pikir lain dah. Mesti nak berpeluh ketiak jugak nak bagi orang makan air tangan sendiri punya pasal. ^_^
Kau jangan pikir aku bagi air ketiak pulak kang jatuh maruah tuan rumah kang.
So inilah Beskot Kelapa - And kalau dah kelapa tu of coz la feveret nenek di kampung. (Boleh tahan gak ayat aku ni.)
Yang ini pulak Beskot Dahlia aka Semprit. Whateverlah aku tak tahu yang mana satu orang panggil. aka, kuih tercantik yang pernah aku buat SEUMUR HIDUP! Kau tak nampak muka kembang semangkuk ni?
Al-kisahnya sekarang, aku nak solat jap dan lepas tu nak pi meranapkan dapur dengan beskot terakhir. Nanti aku post kalau ada gambar mereka yang agak senonoh sikit. Kau kena setia jugak baca belog ni aku tak kira.
p/s: Encik L perkenalkan aku dengan adik dia, H. Gila kau lagi dasyat daripada abang dia... (pengsan)
Kalau ikutkan hati, banyak benda yang aku nak cerita selama sebulan lebih yang aku tinggalkan ni. Tapi disebabkan TERLALU BANYAK cerita, aku pun jadi malas nak cerita. Kang nak bukak balik diari dari bulan 7 hari tu kang rasa macam dah basi pulak. Nak eksaited pun dah tak boleh. Pasal feeling dah tak ada. Nah, yang terbaru aku boleh hapdet, ini je...
Semalam buat Honey Cornflakes - Feveret beruang dan tomato.
Hari ni pulak buat Beskot Kacang yang ada lagi tengah masak dalam oven tu - feveret mummy.
p/s: orang buat kuih raya pasang lagu raya tapi aku dok mengadap lagu oppa-oppa kat atas ni sume tiap-tiap hari. gila kan!
Masih berminat nak update dengan blog ni? Korang memang best. Dah sebulan lebih aku tak log ini kat sini pun korang masih sudi nak jenguk. Itu termasuklah Haajar, Goguma and Zgen sebagai stalker setia yang beriya curious nk tahu pasal Encik L tu. Nanti aku ceritalah sedetail-detailnya. Ni hapdet pun sekejap je pasal nak luahkan perasaan bengkek dan bengang dekat apek yang melingkupkan laptop aku ni.
Kalau gossip girl sejati, korang akan tahu kenapa selama ini aku tak online dan tak ber’laman sesawang’ sampai belog pun dah bersawang-sawangan dan of course problem dan konflik dengan laptop lagi. Siyes aku rasa nak hempuk laptop ni dekat muke apek yang format laptop ni dan menghilangkan segala nyawa yang aku simpan di dalamnya. Kau bayangkanlah gigihnya aku set alarm pagi-pagi buta semata-mata nak call kedai dia suruh backup semua isi kandungan yang terkandung dalam asset bernilai ribuan aku ni sebelum format. Sekali haram jadah betul dia pergi buang segala pictures, cerpen, laa haula wala kuwata illah billahil azim mengucap aku kat kedai tu memang berzikir terus aku rasa macam nak tadarus Al-Quran je depan apek tu.
Apa ke #$%^&*)@ sangat kau fikir la sikit kalau dah emergency punya kes laptop aku dah tak boleh nak on masa hantar repair tu maka harus la segala-galanya aku tak sempat nak backup sendiri. Dah la repair kemain lama. Lepas dah repair, format pulak macam haram. Elok aku pakai vista dia pi tukaq xp. Hayya apek, wa punya atok pun pakai windows 7 lu tau ka? Orang paling gila yang pernah aku jumpa dalam dunia ni apek tu lah..!
Ni yang aku give up habis nak pakai barang digital ni. Lepas ni aku nak tukar handphone pakai public, nak tukar mp3 pakai piring hitam, kamera digital nak tukar kamera filem, lepas tu nak jadi bangang balik tak nak ambik tahu pasal IT. Weh, fesbuk tu ape eh?
Nak tahu, I used to complain about almost everything masa mula-mula bekerja dulu. Badan sakitlah, tangan pecah-pecahlah, penat, mengantuk, sakit hati with all people around macam tak wujud langsung anasir positif dalam diri ni. Seriously, it's really hard for a 21st years old girl yang tak pernah bekerja seumur hidupnya. And seperti yang pernah saya cakap sebelum ni, first week bekerja memang disaster. Rasa macam hilang tenaga batin. HILANG TERUS.
Macam contoh bila buat kerja lambat dan kerja lambat siap sedangkan kerja yang lain bertambah-tambah maka tension pun bertambah. Faktor itu boleh digunakan sebagai alasan untuk mintak berhenti kerja kalau saya benar-benar MANJA dan CENGENG. Kedua, mungkin kalau masak nasi terlebih air dan nasi jadi lembik (even masih boleh dimakan) atau masak nasik tapi periuk senget so nasik jadi hangit dan boss keep asking you why why why maka itu pun boleh dijadikan reason untuk berhenti kerja kalau saya benar-benar MANJA dan CENGENG.
Ketiga, it's normal kalau kita pergi ke mana-mana takkan ada semua orang yang akan suka atau berpuas hati dengan kita. For example kalau saya disuruh buat kerja yang bukan sepatutnya saya kena buat, ok fine. Tapi kenapa orang tak pernah terlintas at least tolong ringankan kerja saya? Kejam kan? Sebab itu fikiran orang yang MANJA dan CENGENG yang tak pandai nak berdepan dengan cabaran. Why not kerja lebih sikit. Saya set mind begitu dan positif sajalah. Berhenti kerja semata-mata masak nasik lembik? Not worth it. Ish ish ish...
Keempat. Ramai orang mungkin tak tahu benda ni. Even besties saya sendiri sebab benda ni tak pernah berlaku depan mereka. Saya ada haemophobia dan phobia yang agak ekstrem terhadap serangga yang lembik-lembik dan yang tak bertulang macam ulat-ulat sampah ke berengga ke mentadu ke haish whateverlah. Haemophobia tu boleh tahan lagi sebab takkanlah hari-hari nak berlaku pertumpahan darah kan. Just hari tu tangan Kak Ain terkena pisau and masyaAllah sumpah rasa gelap dunia macam nak pitam tengok darah dia. (Kalau darah aku sendiri tu lain ceritalah.)
Tapi pasal fobia ulat tu saya agak susah nak terima. Bayangkan kalau tiap-tiap hari kau akan jumpa seekor makhluk itu di tempat kerja no matter how the situation is. Kadang-kadang jumpa dalam plastik udang, kadang-kadang jumpa dalam plastik cili, kadang-kadang dekat bawah sinki, apa tak ke berderau jantung dibuatnya. It's even a nightmare kalau makhluk itu boleh muncul dalam pinggan lauk kau. (Dan masih hidup dan bergerak-gerak.) Haaa, silap hari bulan boleh putus nyawa akak ni dik. Kan saya dah cakap tadi, kalau saya ni MANJA dan CENGENG memang konfiirm berhenti kerja lah. KONFIRM.
Jadi kesimpulannya, demi mempertahankan bahawa saya bukan MANJA atau CENGENG, saya tetap teruskan jugak bekerja di situ. Kalau nak melayan karenah badan yang MANJA dan tak biasa bekerja ni, banyak alasan sebenarnya untuk saya berhenti. Baik duduk rumah, goyang kaki berlagak macam princess. Tapi what's life with no challenge? Dah 21 tahun hidup apa yang saya boleh banggakan dengan diri sendiri? Even bukan senang nak bear with the phobias and get along well with peoples around, saya tetap akan cuba. Macam mana nak berdepan dengan dunia kerja yang sebenar nanti kalau small and tiny little things macam ni pun tak boleh handle?
So, mari kita gali sebanyak mungkin positive side dalam diri orang lain. And orang juga akan nampak positive side dalam diri kita. Bukan susah kalau kita betul-betul ada motivasi.
OCHA HWAITING...!!!
p/s: thanks tu Encik L sebab most of the support was from him. cheh kantoi...
Maafkan saya. Enrty bersiri tu masih tak dapat nak diteruskan. Ni pun hapdet sebab tengah tunggu kek lumut masak and once makhluk hijau itu dah masak karang, saya akan terus naik katil. Sekian. So... Untuk mengisi masa menunggu, apa kata meh saya familiarkan you allz dengan environment tempat kerja saya sekarang ni...
THE ENTRANCE. Selamat datang. Sawadeekaaaap. (Waaah, mentang-mentang kedai tajuk dia 'tomyam' terus jadi orang Thai ngko.)
Then, THE MAIN KITCHEN. Ada pernah saya mention tak nama-nama rakan setugas saya sebelum ni? Okeh kalau tak ada, yang itu ABANG APIS. Wait, ada 3 orang apis dekat kedai ni ok. Tapi boss saya panggil 'ABANG' saja. Tapi bukan dalam tone yang geli kau jangan pikir yang biru-kuning-hijau segala. Yang gambar atas ni, saya panggil full name 'ABANG APIS' which is yang sorang lagi saya panggil 'APIS' saja. Clear punya description kan?
Yew, Abang Apis yang senget yang kat atas tadi. Haaa, ini dia orangnyew. Status dah berkahwin. Kak Ira punya. Ok jangan kacau.
Then, THE SUB-KITCHEN. Kalau tadi masak segala menu utama, dapur ni pulak khas untuk air dan nasik lemak dan western food. Dikelolakan oleh APIS dan KAK ANI. Gambar ada tapi pon tak clear jugak. Nanti kalau ada kat bawah saya mention lagi.
THE WASH DISHER DEPARTMENT. I mean, MY department. Yang sentiasa gelap dan tak nampak masa depan tapi lokasi yang sangat strategik untuk berangan dan melayan perasaan tanpa perlu berhadapan dengan customer yang banyak songeh.
MY EXPERT lagi. Periuk nasik yang selalu digembar-gemburkan tuu. Haaa, inilah dia yang saya hadap hari-hari.
Introducing, KAK YAM. Pembuat nasik ayam dan otak-otak kempas macam dalam gambar ni haa. Husband dia pulak berniaga sate. Itu saja tentang KAK YAM sekian.
Gambar diupload tanpa perancangan yang rapi. So, pasal malas nak arrange balik, taram jela. Ini pemandangan dari depan kedai menghadap jalan besar. Told you, my hometown ni bukan ada shopping complex pun. Tuu yang agak-agak 500 meter simpang sebelah kanan tu, taman perumahan saya. And another thing tadi lupa nak cakap, ABANG APIS and KAK YAM tu jiran setaman dengan saya rupanya. Dah kerja sini baru tahu. Ya Allah kesiannya budak ni tak kenal jiran tetangga.
Candid KAK UDA. Adik boss saya. Pasal dah kenal dari kecik, thats why panggil saja begitu. Her background, student account part 6 UiTM Jengka. (Pergh, candid depan surau tu yang mahal dik.)
Candid lagi. KAK YAM, KAK TAM (which is baru habis STPM and sekarang ni dia dah tak kerja lagi dah) dan APIS yang tengah tengok CINTA MELODI haish, takde kerja lain depa nih. And sorry, memang tak ada gambar yang sebijik-bijik depan hidung diorang. Yang penting saya introduce mereka dan you allz baca sajalah jangan banyak songeh.
And THE BESTY, kawan daripada sekolah rendah yang memang tak jumpa sejak lepas UPSR main pakat-pakat tegur kat fesbuk saja dan-dan lani hangpa jadi rakan sekerja noh. Yelah, panggil pun KAK CHIK, obviously, dia pun adik boss sama macam KAK UDA and KAK TAM tadi. Si kecik itu Alisya, anak boss yang saya panggil boss kecik pasal hobi dia suka play around and supervise hampir semua orang dekat kedai ni. Pssst, nampak cincin kat jari KAK CHIK tu? Haaa, tak lama lagi kompang akan dipalu. Kompang saya je yang tak tahu bila masanya. Apapun, tahniah ye KAK CHIK...
EDISI KHAS,
A few gambar-gambar kedai baru yang masih tak siap tapi kau bayangkan sajalah kedai tu baru.
Kesimpulannya, kek saya dah masak. Dan gambar saya mesti satu saja dan mesti letak last sekali sebab tak boleh nak tunjuk fotogedik sangat dekat tempat kerja. Kang bos potong gaji siapa nak jawab (waaah, macam ada kena-mengena pulak fotogedik dengan potong gaji.) Apapun, kat atas tu, gambar assistant boss dan ABANG APIS tadi, namanya KAK AIN. (Tak paham kenapa ramai sangat kembar nama dekat kedai ni.) Tapi beliau NOR AIN saja cukup.
Dan kesimpulannya lagi, sebab bos selalu masuk kerja lambat, maka gambar bos tak ada. Maka kita stalker fesbuk dia and ini boss saya bila dia tak pakai uniform yang bajet ala-ala iron chef itew... ECIK HAFIZ DATO' AZAM. Dah kahwin jugak yew. Kak Hajar punya. Eh, teringat pulak kawan saya pun nama Haajar kuikuikui.
(bila compare Alisya yang ni dengan yang kat atas tadi, dah berapa tahun yang lalu ntah agaknya gambar ni ye)
Okeh ni last-last-last. Kesimpulan yang betul-betul KESIMPULAN, ini air ciptaan saya. Nama dia Ain Nata de Laici. Bahan-bahan dia, buah laici - air gula - air - ais - last sekali taburkan nata de coco penuh-penuh atas ais tuu. Hahahaha, jiran aku yang tadika kemas tu pong tahu buat. Cheh nak bangga diri pon tak boleh.
P/S: Lagi dua orang saya lupa nak mention tadi. KAK YATI DAN KAK ANI, mintak maaflah tak sempat nak haplod gambar. Ngantuk sangat dah ni. Lain kali yew kaaaaak... Jangan marah. :D
Actually aku nak update pasal "Saya bukan manja atau cengeng part III" konon nak tamatkan cerita la kang banyak-banyak part kang kalah Harry Potter pulak. Tapi masalahnya, akak ni baru balik kerja. La ni pun dah pukui 252am macam apa dah muka ni kau bayangkahlah. Tak lain dan tak bukan kegigihan itu datangnya daripada Encil L. Kerana aku pun tak tahu kenapa abang itu selalu berjaya pancing perhatian aku setiap kali aku kat tempat kerja padahal banyak je orang lain yang keluar masuk datang lepak-lepak dekat kedai tu. Even, orang-orang lain tu aku tak pernah pandang pun, apatah lagi tertarik. Tapi Encik L ni...
Oooh, tadi dia belek handphone aku. Nampak nombor dia aku letak Encik L di situ. Dia tanya kenapa? Of course la that's ur initial name cik abang buat-buat tanya pulak aku paaang kang. Then dia selamba tukar. Jadi FISH. Bukan fishcake atau fishball. Cukup fish saja. Tiba-tiba it's sounds fishy. Bila tanya suka makan ikan ke? Nope. Ayam Dori hapa kejadah ntah dia cakap tadi tuu feveret dia. Neno neno neno, langsung menyimpang topik nama FISH sampai sekarang pon aku tak tahu kenapa dia letak nama tu. So mulai sekarang, aku akan mention Encik L tu sebagai Fish saja. (Kalau ada entry yang aku nak mention laa)
And tabiat pelik dia bila pegang telefon aku, suka lap skrin handphone aku itu dengan hujung lengan baju dia. Sejak bila sony flip aku itu menjadi touch screen sampai kau nak jaga begitu sekali? Nasib baik kau senyum bila aku buat muka pelik tengok perangai kau yang pelik tu. Kalau kau pun pandang aku pelik jugak aaaa canne tu?