Tuesday, August 7, 2012

cHiS kEk UnTuK KaK LoNg ~ HeH, TaK mENYaBo





Comel kan aku bagi salam pakai bunga-bunga cinta. Semua kak long aku punye pasal beriya semangat dia nak buat ciskek. Jadi sebab aku tak tanya dia nak resipi kek cis ape, aku pun bagi yang blueberry cheese ni eh kak. Semestinya aku pernah buat dan pernah jadi dan pernah berlemak di dalam perut aku. Bagi sesiapa yang sedang berdiet saya nasihatkan bertaubatlah daripada memakan kaum kaum cis ni ngeri yaw. Ngeri yang kabir ^_^ (kononnye laaa)




Ok jadi ini gambar lama, aku repost balik. Sample dia saja. Ambik bau tak boleh. Nak rasa lagi tak buleh. Hooo kau tak puase eh?





Jadi boleh siapkan duit pergi supermarket sekarang, cari barang-barang seperti berikut:



BAHAN A:

500 GRAM CREAM CHEESE (biasa aku guna brand Philadelphia)
50 GRAM GULA HALUS
200 GRAM WHIPPING CREAM
5 BIJI KUNING TELUR
120 GRAM TEPUNG GANDUM
1 CAMCA TEH ESEN VANILLA


BAHAN B:

5 BIJI PUTIH TELUR (pakai putih telur yang asing tadi je)
SECIBIT CREAM OF TARTAR (dia ala-ala baking powder)
100 GRAM GULA HALUS
BLUEBERRY FILLING


BAHAN BASE:

150 GRAM BESKOT MERI CHRISTMAS (dikisar halus)
1/3 CAWAN MENTEGA (cairkan)



CARA-CARA MEMBUAT:



Mula-mula baca BISMILLAH. Haaa, nak lagi best, SELAWAT sikit. Ok, sinsing lengn baju kiri kanan. Dan capai beskot Meri dulu. Ok kak long, cara dia gaulkan dengan mentega cair tadi pakai tangan. Kalau tak pakai tangan dia tak jadi. So, jangan risau tangan kotor, bukan kotor sampah, benda nak makan jugak kan. Dan gaul gaul gaul, sampai semua bahan tu boleh dikepal. Boleh tengok dekat gambar atas tadi, dia akan jadi tebal tu untuk loyang saiz sederhana. Kalau nak tebal lagi base, boleh tambah beskot lagi tak ada masalah. Lepas tu padatkan dalam acuan. Simpan dalam freezer. Ok dah siap.




Lepas tu, sementara tunggu beskot tadi sejuk a.k.a keras, putarkan cream cheese dengan gula sampai lembut. Gula yang 50 gram tadi. Yang bahan B jangan usik dulu. Ok then, masukkan whipping cream. Whipping cream dengan cream cheese kalau cari kat supermarket tak jumpa aku tak tahulah nak cakap apa. Pergi department yang jual butter segala tu konfirm jumpa. And pastikan yang HALAL ok!




Seterusnya putar sampa licin, sampai halus, sampai kembang, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi agak-agak dalam 2 ke 3 minit, masukkan tepung pulak. Jangan masuk sekali semua. Tu gelojoh namanya. Dekat dapur ni kena sabar, kena cermat, kena sopan santun, lemah gemalai, baru suami nak makan pun lembut je hati...haha, geli. Ok cut cut. Masuk tepung sikit-sikit ye kak long. Putar sampai dia rata dan siap jadilah koko crunch eh eh dan siap sila ketepikan kita ambik bahan B pulak.




Dalam mangkuk lain ye, jangan kau campur dalam mangkok tadi pulak. Ok, putar putih telur sampai berbuih a.k.a sampai dia pekat. Kalau pro macam dalam AFC tu dia pakai whisk je. Aku? Pemalas macam ni lupakan sajalah. Oh lepas dah kembang tu, masukkan gula pulak. Yang 100 gram tadi. Lepas tu masukkan cream of tartar. Putar lagi dengan gigih sampai adunan tu kenyal eh, bukan-bukan. Sampai dia pekat betul. Bak kata tukang masak terer, sampai dapat soft peak. Soft peak tu macam mana, sampai bila kita angkat whisk tu, adunan tadi tercacak kat situ. Haaa, ingat senang nak buat ciskek...haha.




Sekian, masukkan yang bahan B tadi ke dalam bekas bahan A. Time ni tak payah pakai mixer. Pakai spatula. Kalau tak ada spatula, pakai la apa-apa yang berkenan di hati. Sudu ke, senduk ke, sudip ke, jangan pakai cangkul suda la eh...




Kemudian dah setel, tuang dalam acuan, bakar sampai masak. Around 45 minit - 1 jam. Guna kaedah water bath. Water bath tu camano? Ko letak air dalam tin oven tu, atas dulang air tu baru letak acuan tadi. Baru dia selamat daripada tragedi kek hangus. Ok. Paham? Once kek tu dah masak, alihkan daripada loyang atau dulang air tadi, dan biarkan dia sejuk. Biarkan dia sejuk dalam oven je. Tak yah main jauh-jauh. Lepas tu dah sejuk betul, boleh la hiaskan dengan filling tadi. Yang filling ni kalau aku nak kena ajar jugak susah laa. Pakai jem blueberi je sapu atas tu..haha. Ok, tak klaka.




Aku punya filling, masakkan buah blueberi dengan gula sampai pekat. Dan hias! Tada...~






Sekian, itulah dia. Nah, tak menyabo sangat. Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semoga berjaya kak. Hwaiting! ^_^

Monday, August 6, 2012

ePaL sUsU BoLeH MiNuM TaK?


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Last week I went out with my BFF, alaa tak la went out mana pun. Si Nurul tu ajak aku buka puasa sama-sama dengan dia dekat Hafiz Tomyam laaaa hai, tempat yang aku kerja dulu. Then we ordered carrot susu dengan epal susu. Makanan tak payah bagitahulah. Kang kau menelan air liur pulak kang.




So nak dijadikan kisah, tak tahu macam mana boleh terkeluar isu ni. Nurul tanya aku, kan kita tak boleh makan buah dengan susu a.k.a koktail kan. (Bukan tak boleh, tapi tak digalakkan sebab Nabi tak amalkan begitu) So, macam mana pulak dengan minum air buah yang dicampur dengan susu macam yang kitorang order tadi. Epal susu, carrot susu. Err carrot susu takpe kot sebab dia sayur. Kan?






Ok, kita tengok epal susu sajalah. So macam mana tu? Kalau nak sebut pasal hukum, tak adalah sebarang hukum yang menyebut haram wajib sunat makhruh dan sebagainya. Cuma perbuatan memakan buah dengan susu atau bercampur susu itu tidak diamalkan oleh Nabi dalam erti kata lain bukan sunnah Nabi. Maka, tak salah kalau kita minum air bercampur susu tu cuma itulah, Nabi tak buat benda tu so what's the point kita nak buat?




Namun menurut saintis, katanya makan susu dengan buah ni bagus. Susu kultur bukan susu biasa ye. Err, saintis mana? Saintis gugel of course. So, minum vitagen, yakult, nutrigen, itu semua tak ada masalah. Tapi kesimpulannya, aku sendiri tak berani nak komen. Cuma yang aku yakin, part hukum makan buah dengan susu tu tak haram ye. Kalau haram dah lama kedai-kedai makan tu kena serbu sebab sediakan minuman bersusu semua tu haaa. Cuma itu bukan sunnah Nabi kita. Itu saja la.




Jangan kau order air epal susu dekat kedai cina india yang bela anjing ba** berkeliaran sudah la. Itu memang aku flying kick dah besar gabak tak geti fikir lagi kan. Memang HARAM yangg jelas dan nyata la tu dik!



SO WHATEVER YOU EAT,




Sekian, kalau ada apa-apa tambahan, boleh komen. Kalau ada apa-apa yang nak dibetulkan, boleh beritahu. Saya budak baru belajar, kalau salah, tolong tunjukkan. Gitew kan. Eh, eh, bizi laa. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum wbt ^_^

Friday, August 3, 2012

DaTiNg DeNgaN iMaM MuDa MaLaM iNi ^_^


ASSALAMUALAIKUM WBT
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW



Listen to the title? Eh, listen pulak. CAN YOU SEE THE TITLE? Haaa, boleh tahan aku hari ni tibe-tibe menggedik nak mention pasal Imam Muda. Sekian terima kasih. Ok la, tak payah cakap laaaaaaa.




Imam Muda Musim Ketiga merupakan salah satu program peberet aku sejak dia start beberapa bulan yang lepas. (aku acah je cakap tak nak cakap tadi). Ok, macam biasalah siaran dia setiap hari jumaat pukul 9 malam tapi selalunya aku akan tengok ulangan je sebab pukul 9 tu ialah waktu Dragon Ball Z bersiaran dekat Cartoon Network. So? So waktu tu adik aku si beruang akan konker tibi. So? So malam ni aku tak kira, walau apapun yang terjadi, AKU HARUS TENGOK LIVE! (walaupun tak berapa nak live actually) Gaduh pun gaduh laa. Aku tak pedulik.






Dan menyebut tentang finalis, aku tak pandailah nak explain detail sangat. Tapi setakat nama-nama diorang ni memang aku hafal. Boleh la kot nak bagitahu diorang ni asal dari mana sume kan. Apa susah, tekan butang dekat skrin channel Oasis tu, dan yeay dah ice-breaking. Fine tak klaka.




Dah lama aku perhatikan si Naufal tu. Eh Imam Muda Naufal tu sebab dia adalah Imam Muda yang paling tinggi dan yang paling muda. Hew hew, 21 tahun dik. Pasal dia nampak sangat matured. So, aku sukalah. Everytime aku tengok dia dekat kapsul Imam Muda pun mesti nak dengar part dia bercakap. Dia nampak energetic. Fresh. Segar dari ladang. Selamba aku buat ayat jahat macam ni. Dah la bercakap pasal Imam. Selamba, selamba...




Tapi kalau nak perhatikan daripada aspek kematangan dan pengalaman tu, aku prefer Imam Muda Hafiz. Pasal dia tua sikit. Umur dia kalau tak silap aku 27 kot. Dari UM. Kalau tak silap aku lagilah. Phew. Yang ni susah sikit nak cakap. Dia nampak macam tak berapa nak friendly. Nampak macam serius. Tapi aku sure dan yakin, ilmu dia berkobar-kobar nak keluar tak sabar nak bertemu masyarakat. Cakap macam peminat fanatik kan? Well, I do hope that he will become the 3rd Imam Muda. Naufal pun. Err, yang mana satu ni?




Imam Muda Jabar aku tak berani nak komen lebih. Finalis yang ketiga ni memang aku jarang amat-amat ambik tahu. Bukan sebab aku tak suka dia ke hape, just... tak tahulah. Tapi dia mengaji, DAEBAK! Subhanallah. Pernah sekali masa tu aku buat kerja kat dalam bilik, terdengar suara orang mengaji kat TV. Lepas tu aku pun  keluar la nak tengok siapa puya tuan suara. Rupa-rupanya mak aku tengah bukak channel Oasis tu, and dia tengah mengaji. Hafazan pulak tu. Pergh, boleh tahan mak aku cari calon menantu. Err, ciri-ciri calon menantu kalau ayat yang sebenarnya. Imam Muda Jabar dah kawen ok!



Jadi, itulah Naufal, Hafiz dan Jabar.



Sekian, aku sekarang dekat office ni. Nak tengok gambar office? Aku punya card reader tak bawak. Fine. Minggu depan aku update insyaAllah. Sebab duduk kat sini boring. (tibe-tibe kang kerja datang macam hujan). Tapi tak seboring dekat Majlis Daerah semalam. Jadi bersyukurlah 8 jam tak terasa lambat berlalu. I'm quite busy actually. Ni update pun selepas puas membantu pegawai bahasa tu buat analisis subjek BM semua sekolah dekat daerah aku ni. Itu pun sebab ada masa tambahan. Ambik lunch hour. Kalau tak, bawak kerja balik rumah la jawabnya. (ayat aku sangat bajet 2012)




Alaaa, kat rumah berkepit bawah ketiak mak, tak ada masa nak online kau tahu kan aku akan automatically melancong ke Marikh setiap kali cuti. Well, bila berjauhan daripada ketiak mak, jadilah aku macam musafir di aidilfitri. Mengadap laptop 8 jam. Macam filem Shahezy Sam pulak kikiki.




Jadi, jangan lupa date dengan Oasis malam ni ok! Aku rasa, Imam Muda yang ketiga ni akan disandang oleh Imam Muda Naufal atau Imam Muda Hafiz kot. Cheh, konpius macam nak pilih bakal suami. Sekali Imam Muada Jabar menang, ambek kau. Tak kisahlah siapa pun. Yang penting, mudah-mudahan dengan adanya mereka-mereka yang bergelar Imam Muda ini, maka akan mengimarahkan lagi biah islamiyah di Malaysia ini.




Oleh itu, sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Aassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. I nak balik. Tata.

Wednesday, August 1, 2012

Hai OgOs, Hai PraKtiKaL



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Indahnya cincin letak dijari, tandanya hati sudah dimiliki. Haa, gitew comeback punya intro aku kemain kan. Biasalah musim-musim nak raya ni semua nak bertukar, baju, langsir, sofasogood semua, so status pun kalau boleh nak bertukar la jugak kan. Tu yang tak best kalau nak cerita awal-awal bukan apa, orang kata kalau bertunang atau merisik tu diam-diam jela dulu. Dah kahwin nanti barulah diheboh-hebohkan. Jangan risau, jangan khuatir, lepas raya InsyaAllah. Raya tahun bila tu tak tahulah.




So first and foremost, kepada hadirin dan hadirat yang sudi singgah ke minipage saya ini sekian terima kasih daun keladi you ols the bestest supporters ever! Tu yang sampai siap almost 3 cerpens within my previous 3 weeks school holiday tu. Lepas geram sungguh. And today, welcome to da government, the sector which I used to anti the most even sekarang pun masih jugak. Well, it depends on how they treat me with those saman parkings. Demm.




Masya-Allah ayat aku apa dah jadi ni? Itulah aku terasa sayu tibe-tibe. You know what, I got the biggest hikmah in this Ramadhon. Which I conclude, SABAR is the best position to put yourself in any situations. We try our best, but let He do the rest. He knows far better than our expectation. But believe me, try as hard as you can. Dia hanya mahu melihat kita berusaha. Tunjukka effort. Thats all. Seriously.




Oh, berbalik kepada government sector tadi kan. Well my practical or you guys might call it internship hew whatever, has started. You know, how hard I fight for the exception to do my practical in Tampin my beloved hometown? You can say Daddy is the happiest person to heard about that. Since he knows that I will be at home everyday. No need to think about where to stay? How to go? How much should I spend for food? No traffic jam. No tol. 15 ringgit alowence per day (nama pun government ok la tuu). 50 ringgit duit minyak per week. 20 minutes by car. Get public holiday on weekend. Office hour 8 to 5. Got cuti raya, cuti merdeka, cuti hari Malaysia, cuti raya haji. Wah tiba-tiba jatuh cinta pada government.




So, starting tomorrow I will go to PPD which stands for Pejabat Pendidikan Daerah selepas menolak tawaran RTM, TV Al-hijrah, MAIS dan juga Majlis Daerah Tampin (yang tak ada elaun tu). Anyway, it was a pleasure to met you Ku. Oh, she’s a chinese. Bukan Tengku ok. We both love yamashita tomohisa. And dia layan hindustan juga jangan tak percaya. First day dekat MDT tadi, boleh la. Boring tapi fun sebab ada Ku. Mujur PPD call asking for my confirmation. Kalau tak surely aku akan stay dekat MDT tu without notice that I got acepted to PPD. Marzuwan Razali, thank you for all your effort and support. Kau memang klasmet terbaik!




So begitulah serba sedikit tentang I setelah menyepikan diri sekian lama. Masa birthday hari tu, sorang pun I tak call pakai credit free. Minta maaflah banyak-banyak. I’m not as talkative as you think. Kalau call pun setelah dipaksa dan diperli dan disindir. Tergamak kau BFF. Apapun, you ols sentiasa dikalbu. Only you... (lagu 2pm apa yang start begitu?) Haaa, gugel lepas tu silalah sambung sendiri okei.




Dan kepada kawan sehidup semati. Ya kamu. Kamu yang sedang membaca itu. Rasanya kita takkan berjumpa dan berjimba dalam tempoh masa terdekat ini. You ols study baik-baik dekat sana. After 3 bulan I buat comeback stage ok. Sexy, Free, Single. Siapa tak kenal Super Junior pun sila gugel sekarang. Tapi raya I datang InsyaAllah. Macam biasalah kan darling. Jadi, dengan ini I mengisytiharkan JJCM season finale akan ditunda hingga Disember. Promise me kita tengok fireworks celebrate new years atas menara berkembar nanti ok! Belanja I makan eskrem sekali.




Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wbt.




Yang Benar,



~ gitew ~

Friday, July 20, 2012

YaNg SaYa NaNTi-NaNTiKaN - wELcOmE RaMaDhaN


Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW
Assalamualaikum wbt tuan-tuan dan puan-puan



bayangkan aku tengah pose macam ni depan korang sekarang ^_^




Tahu tak kenapa ramai wanita yang apabila bercakap nak turunkan berat badan tapi tak turun-turun? Macam main teka-teki kan mujur tak mulakan soalan dengan ayat ‘dalam-banyak-banyak...’ haa pang kang aku bagi. Ye. Terlalu lama nak dapatkan mood menulis balik ni pun rasa rajin sekejap sebab hari ni tak bizi sangat macam semalam. Tiga hari tolong mak gubah bunga sempena nak raya ni. Satu hall wajib ada at least 3 pasu. Kalau dua hall? Plus dalam bilik lagi? Dekat siling lagi. Kau tak percaya kat siling rumah aku ada bunga? Mai datang raya nanti kau tengok okeh. Tu mujur mak tak gila sangat nak gubah bunga dekat toilet phew. Mahu sampai seminggu untuk gubah bunga semata.




Oh pasal kenapa berat badan susah nak turun tadi. Dah ada jawapan? Senang je. Sebab perempuan ni banyak nafsu. Sembilan tu bukan singular tau. Tu yang bila nafsu nak makan tu datang, memang rasa Ya Allah tolonglah berikan aku apa sahaja kepala gajah pun aku sanggup makan tapi bila once dah kenyang macam nak bunuh diri rasa menyesal sebab makan banyak terus berazam lepas ni tak nak makan, berazam nak diet, berazam nak pantang makan rasa nak perang makanan habis-habisan perangai apa tu?








Jadi berita gembira kepada kaum wanita yang menghadapi situasi seperti di atas, iaitu kecelaruan emosi dan sebagainya, RAMADHAN SUDAH TIBA. Maka inilah masanya untuk anda kita mendidik diri berjihad melawan nafsu. Bukan tang makan je, tang shopping, tang emosi, tang bercakap semualah. Dah jangan lupa the best thing about Ramadhan is TERAWIKH. Haaa, mudah-mudahan penuh masjid dan surau-surau setiap malam nanti ye. Jangan awal Ramadhan je penuh. Dah hujung, suam-suam suku pulak padahal Lailatul Qadar itu la yang kita nak cari setahun sekali.




Dan jangan liat bangun sahur. – niat puasa tiap-tiap malam. Kalau takut lupa, niat dulu puasa sebulan terus. Manusia ni biasalah kang dah kenyang moreh tidur terus tak jumpa qiamullail. Ingat sabda Nabi SAW,




Daripada Umar bin Khathab RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)




Ini niat puasa sebulan ye adik-adik. 
Supaya kalau terlupa nak niat setiap hari taklah batal puasanya nanti.
Nanti malam baca tau!




Ini niat puasa untuk setiap hari.
Dah biasa kaaaaan.
Pandai alololo




Dan ini doa berbuka puasa.
Surely semua orang hafal betul betul betul?




Sekian, semoga Ramadan ini dapat menjadi permulaan bagi amalan-amalan kita seterusnya. Kalau selama ni selak Al-Quran sehelai sehari, apa kata Ramadhan ni selak banyak-banyak helai setiap hari. Kalau sebelum ni susah nak solat qobliyah ba'diyah, apa kata Ramadhan ni upgrade kan lagi dengan rawatib tu semua kalau boleh plus dengan tahajud qiamullail dan sebagainya. Pergh, wa respek lu habis-habisan der. InsyaAllah mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.




p/s: hai, kalaulah nafsu aku ni ada dekat luar badan, senang aku picit-picit dia sampai lumat kasi campak jauh-jauh. Ssyuuuhhh!!!

Thursday, July 19, 2012

MaY GOD bLeSs U


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




What can be the best part on my birthday when I finally realized that this is actually the day when my mom was struggling to give birth for her first time. Ye, kata-kata ini disampaikan oleh seorang pakcik di tempat saya bekerja dulu. Katanya:




"Ain anak sulung, Ain mesti boleh bayangkan perasaan mak Ain sebab mengandungkan Ain sebagai anak pertama dia. Pertama kali mak Ain rasa sakit nak bersalin ialah ketika mengandungkan Ain. Jadi Ain patut berterima kasih pada mak setiap kali tiba hari lahir Ain."





Sebagai seorang perempuan, mengandungkan anak pertama can be the happiest moment for her. Merasa pengalaman bakal ibu for the first time. Having a morning sickness for the first time. Having the experience of mengidam for the first time. Everything is the first time lah. Oh, dah pernah cakap eh dulu? Takpe, yang tu hari ibu. Yang ini hari lahir aku. So, yeay, HAPPY BIRTHDAY untuk diri sendiri (sound background tepuk tangan dengan gemuruh). Dan ya, saya anak sulung dan definisi hari lahir saya mungkin berbeza berbanding mereka yang tak lahir as a first child in their family. Seriously.




Dan apabila hari lahir disambut semasa cuti semester, apabila hari lahir disambut beberapa hari sebelum puasa, apabila hari lahir saya tahun ini jatuh betul-betul pada hari saya lahir iaitu hari Khamis, err, maka nak cakap apa eh sebenarnya? Oh, ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya pada hari ini. Tak kiralah wish tru facebook or message or call or whatsoever nomu kamsamida, mucho gracias, arigatou gozaimaz, syukran jazilan and thank you very much. Terima kasih kerana mengingati hari ini. Terima kasih kerana tidak pernah gagal menjadi sahabat saya. Terima kasih untuk semua. There’s no such thing compared to you people. God knows how much I appreciate it ^_^




Dan Tuhan, terima kasih kerana mengizinkan hamba untuk terus bernafas. Terima kasih kerana mengizinkan hamba menikmati nikmatMu. Terima kasih kerana menghadiahkan hamba dengan kesihatan yang baik. Terima kasih kerana mengurniakan hamba rezekiMu. Terima kasih kerana sentiasa mendengar doa-doaku. Terima kasih kerana sentiasa memudahkan jalan-jalanku. Terima kasih kerana melahirkan aku sebagai anak kepada emak dan ayahku. Terima kasih kerana melahirkan aku sebagai hambaMu. Sebagai seorang Muslim. Dan terima kasih kerana mencintaiku.




There’s no such thing like tiup lilin or baling tepung or mandi air telur or what. Sudah cukup cukup sudah, cukuplah semua tu merasa zaman-zaman remaja dulu. Sekarang dah 22. Remaja apanya lagi? Kawan aku dah jadi mak orang der... Hew, maknanya apa tu?




Wednesday, July 18, 2012

oH, BiEbEr RuPaNYa


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





ini je yang mampu sebab tak rajin nak tulis ^_^


Friday, July 13, 2012

Hai MuNaFiQuUn



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Pernah tak jumpa orang yang gigih bercakap pasal Islam tapi dia tak mengamalkan pun apa yang dia cakap? Ramai? Surely ramai sangat. Sampai satu tahap, kerongkong aku tersekat tak dapat nak cakap apa bila depan mata sendiri orang yan gigih beri nasihat tu tak pernah sekali pun aku nampak dia mendirikan solat? Padahal dia cakap dengan aku macam-macam,




Ain, setiap kali lepas tu jangan lupa doakan mak ayah. Niat untuk sedekahkan amalan kita untuk mereka. Jangan lupa, sedekah untuk Nabi kita jugak.



Ain, jangan lupa berzikir setiap masa. Syaitan mendampingi kita setiap masa.



Ain, setiap kali baca yaasin, buat air yaasin niatkan mudah-mudahan dengan air yaasin tu hati kita jadi lembut.




Lagi best bila orang-orang macam ni bercakap tentang makrifat dekat aku. Boleh nampak syaitan-syaitan kat sekeliling kita ni. Boleh bersembang dengan diorang lagi. Bukan aku nak pertikaikan mungkin itu memang kelebihan yang Allah bagi dekat mereka. Tapi the basic is, macam mana orang-orang ni boleh mengamalkan ajaran Islam yang lain tapi THE BASIC is ZERO? Yeah, the basic. You know, Islam itukan tiangnya solat. SOLAT!




Aku bukan cakap main suka hati yelah mana tahu kot-kot orang tu sembahyang masa aku tak nampak tapi with a prove, with my own eyes, daripada start masuk waktu sembahyang aku perhatikan je apa yang orang tu buat. Jarak waktu solat bukan lama sangat Zuhur nak ke Asar, Asar nak ke Maghrib, Maghrib nak ke Isyak, 2,3 jam je. Tapi none! Aku tak dapat detect sekali pun orang yang aku maksudkan itu mendirikan solat. Kalau perempuan tu boleh excuse lagi tapi ini bapak orang hew kau penganut ajaran sesat apakah?




Ok, I know it's a bit rude. Fine. Mana nasihat yang boleh pakai tu pakailah. Tapi masalahnya, sampai bila mereka nak terus bercakap tanpa beramal? Macam mana nak yakinkan orang lain kalau nasihat tapi perangai sama je dengan orang yang dinasihatkan tu? Dalam 50 ciri-ciri orang munafik, 1st sekali dah state, orang yang malas beribadah kepada Allah itu merupakan orang munafik. Orang yang malas tu maknanya dia memang tidak mahu beribadah kepada Allah la kan?








Haaaai, macam mana tu ustaz ustazah? Apa hukumnya tu? Tolonglah saya tengah konfius ni...




“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ ( Al Isra 34 ).



“Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. 
Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat." 
(HR.Muslim).



p/s: tu belum mention pasal hutang lagi, pasal janji lagi. golongan yang sama jugak tu. So nak aku tuntut hutang dengan janji tu dekat dunia atau dekat akhirat nanti? please ye kawan-kawan, hubungan dengan Allah jaga, hubungan dengan manusia pun kena jaga yaaaw...^_^ ok bye, assalamualaikum.

Wednesday, July 11, 2012

aMBiL bErKaT MaHaR sEDiKiT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW




Ada jugak la terselit sedikit rasa serba salah pasal lama tak update blog especially bulan Julai ni bulan yang sepatutnya aku bias sikit tapi rasa macam Julai ni akan jadi macam Julai tahun lepas je. Tega sungguh aku membiarkan kau bersawang kan belog kan kan kan? Tengoklah berapa banyak je entry bulan Julai tahun lalu. Asal Julai je sedih. Asal sedih je Julailah tu.




Seminggu lebih aku tak berkawan baik dengan internet. Kononnya fokus sangat untuk final, tapi sama je. Layan movie jugak, main game jugak. Tambah lagi dengan gab paper yang agak lama almost a week maka almost a week jugaklah tempoh aku bertapa di rumah. Four papers previously, no komen (tiru ayat rumet). Serius NO KOMEN! Walaupun ada certain part yang rasa confident tapi still nak no komen jugak. Sekian habes cakap pasal final.







Dan sepanjang minggu exam ni jugaklah ramai sedara mara nak kahwin la nak bertunang la nak kenduri hitu la kenduri hini laa. Eh, bukanlah aku nak menunjukkan sisi tak-suka-kenduri kononnya tapi faham tak kenduri itu memenatkan lagi-lagi bila masa kenduri itu sepatutnya lebih afdhol diisi dengan menghafal nota-nota untuk final tapi apakan daya, kenduri is kenduri, final is final.




Dan dikalangan mereka yang berkenduri-kendara itu, ada pulak yang dengarnya sampai berhutang. Saudara saudari cikebum cikebum, perlu ke sampai berhutang? Patut la orang tak kahwin alasan dia tak cukup duit padahal rasanya syarat kahwin tak ada pun cakap kena berduit beribu riban. Ok tapi dunia hari memang harus berduit maksud aku in future tu harus la stabil financial account nye tapi part nak buat kenduri tu perlu ke sampai berhabis sakan? Yang perempuan pulak, perlu ke sampai letak hantaran puluh-puluh ribu dik ya Allah sumpah tercekik aku kalau aku ni lelaki la sungguh aku makan kepala ikan bilis agaknya hari-hari nak jimat kumpul duit punya pasal.








Itu yang gigih la. Yang tak gigih tu mahunya sanggup nak tunggu? Itu pasal la yang sudahnya berhutang. Tak kisah la berhutang mummy daddy ke, berhutang bank ke, berhutang saudara-mara ke, nak kahwin punya pasal kan? Padahal berkahwin tu sepatutnya menyenangkan bukan menyusahkan. Perkahwinan itu nikmat bukan musibat. Eh, musibat ke musibah? Ye, paper final kali ni tak ada bahasa Melayu. Gagap sikit. Haaa, belum cerita pasal mas kahwen lagi. Tu ada lagi best yang aku dengar sampai nak kahwin songlap duit orang. Lagilah best. Dahlah songlap. Lepas tu dengan bangganya mengaku duit tu duit sendiri. Bagus, memang anda lelaki sejati.




Bilang mummy, ambil pengajaran daripada orang sekeliling. Kahwin ikut cara Islam bukan cara Melayu. Islamic, tapi tak kuno. Moden, tapi tak barat. Begitu ayat aku seminit yang lalu tibe-tibe terfalsampah heh. Ok sekian, aku pun tak dapat nak bayangkan perkahwinan aku nanti macam mana. Tapi yang penting, hantaran atau mas kahwin aku nanti, bukan ikut taraf pendidikan seperti yang digembar-gemburkan tu. Islam tak cakap macam tu pun. Yang buat syarat tu sah mengarut.




Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, 
"Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah 
mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".




Jadi mana nak datang berkat tu kalau awal-awal kahwin pun dah berhutang? Mana? Mana? Nanti lepas kahwin mengungkit-ungkit pasal hutang, masa tu mulalah terasa ringan je nak angkat periuk belanga semua kan? Sebab tu laa suami-isteri sekarang susah nak bahagia. Sebab awal-awal lagi dah niat kahwin nak bermewah-mewah, nak bermegah-megah, nak menunjuk-nunjuk. Kau ada, aku pun mesti ada. Tengok orang dulu-dulu, kahwin murah-murah je belanja. Bahagia sampai sekarang.




(kenapa mesti Irma?)




Tapi reasonable la sikit ni bukan 1980-an nak mintak hantaran 2 ribu bang. Macam mana nak buat wedding macam Irma Reeza pakai 2 ribu?

Tuesday, July 3, 2012

fOr U, EnCiK BaKaL sUaMi. [hEw GaTaL]


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW







Kepada Encik Bakal Suami,



Saya sekarang sedang mensolehahkan diri saya, 

Kita belum dipertemukan kerana, 

Allah tahu saya masih belum cukup solehah lagi untuk awak,

Saya juga belum cukup sifat untuk diangkat sebagai isteri awak. 

Banyak perangai budak-budak yang tak habis buang lagi.




Tapi saya dah ada idea wedding kita bagaimana phew nah awak tengok ni








Hipotesis entry:

Semakin gila study untuk final, 
semakin tak munasabah entry saya

Saturday, June 30, 2012

GoOd LuCk FoR FiNaL eXam sPaiN. Eh?



IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



IQ, EQ, SQ, PQ



I hope this would be the simplest one. But firstly, dia cantik sangat! Irma Hasmie. Aku tengok gambar akad nikah dia dekat beautiful nara pergh serius rasa nak kahwin hormon miang meningkat dengan mendadak sampai lupa besok 1st paper final. Bukanlah suka sangat dengan Irma Hasmie (tapi suka la jugak) just the moment I saw her wedding dress, terus terdetik dalam hati eh, design dia sama la macam design baju pengantin yang aku borak-borak dengan mak malam tadi - masa tu tak bukak beautiful nara lagi ok. 




Sambil baring sebelah mak atas katil tu, pandang siling, berangan design baju kahwin aku ok korang kena faham situasi aku bila final exam memang begini. It's just kaler je lain. Mak nak warna dark grey untuk bersanding. Untuk nikah, aku suggest peach dengan bronze mummy pun terus approve best kan belum kahwin dah ada designer untuk wedding dress. Ok cukup! (macam tak ada harapan nak buat entry simple je)




Tahniah Kak Irma ^_^








sumber daripada: beautifulnara




Macam ni lah. Exactly just like my mom said. Ada manik-manik dekat lengan. Lengan baju pulak jenis yang cerut tu. And dekat pinggang pun ada manik-manik jugak. Tak mahu dekat dada sebab nanti tudung tutup labuh so tak nampak kan. Then dia tak mau too crowded. Ala-ala jubah dan tak ikut shape sangat. Senang cerita simple and elegant. (nampak gaya kalau nak kahwin nanti kena book Hatta Dolmat jugaklah ~ takpercayastatementsendiri)




Sudah sudah. Actually aku nak cakap pasal exam. Macam yang aku tulis IQ, EQ, SQ, PQ dekat atas tadi kan. Obviously IQ memang sangat penting. Intelligent quotient tu kalau tak ada tak bertamadunlah hidup. Tapi kita tak boleh bergantung kepada IQ semata-mata sebab dalam exam EQ which is emotional quotient pun penting jugak sebab kalau tak pandai nak bajet emosi mana nak bajet kepala otak kan?




Ni yang tibe-tibe rasa nak relate balik dengan cerita kahwin tadi ni.
Ok next!




Then followed by SQ which is spiritual quotient haaa part ni yang aku paling suka sebab spiritual ni means kita menjaga hubungan dalaman kita. Hubungan kita dengan Allah, diri kita, hati kita serba-serbi yang dalaman punya part lah. Jadi inilah point yang aku nak cakap sebenarnya. Sempena musim exam ni, jangan lupa solat, yang wajib tu semestinya tapi upgrade kan lagi dengan solat sunat lagi best kalau dapat tahajut a.k.a qiamulail. Baca al-quran. Berzikir. Pendek kata, bergantung sepenuhnya kepada Allah. Tapi dengan syarat kita berusahalah. Jangan kau rilek tak baca buku lepas tu mengidam nak dapat dekan tak dapek do jang.




Dan sesibuk mana pun, jangan jadikan itu alasan untuk lalai menunaikan kewajipan kepada Allah ye adik-adik ^_^




Oh bercakap pasal dekan tadi, cukuplah selama ini aku belajar dengan harapan untuk mendapat title itu. Kali ni tidak lagi. Aku hanya mahu ilmu yang aku belajar itu bermanfaat untuk aku di masa hadapan, berguna dan paling penting berkat. Result yang aku dapat nanti, tak kiralah apa sekalipun yang penting aku nak berkat jugak. Faham tak betapa pentingnya berkat itu? Bayangkan kalau dapat result gempak pun tapi kalau result gempak hasil daripada meniru, lepas grad susah dapat kerja jangan tanya kenapa ye tanya diri sendiri dah cukup example satu je.




even in the exam hall ^_^




And satu lagi physical quotient atau orang sebut PQ. Maksud dia, jaga fizikal kita. Walaupun aku sekarang tak berapa rajin nak berjoging, tapi dalam proses nak rajin. Paling penting jaga makan. Jangan selamba badak nak sumbat segala makhluk dalam mulut tu. Kang malas satu hal. Sakit demam pening cirit-birit satu hal. Kalau beli dekat luar kang entah halal lagi suci entah tidak wallahualam bukanlah aku nak kata tak boleh nak makan kat luar langsung cuma berwaspadalah ye. Jangan lupa sebut nama Allah. Jangan membazir. Err, dah macam mak-mak pulak rasa. So dahlah tu.




Sebab semua yang aku sebut tadi sebenarnya adalah antara isi-isi yang disampaikan oleh Ustaz Syarizan dalam Munajat Kecemerlangan yang aku pergi minggu lepas eh eh dua minggu lepas. Tak sure lah anjuran siapa rasanya MPP kerohanian kot tapi tak kisahlah yang penting isi dan pengajarannye itu ambillah buat renungan kalau tak banyak sikit pun jadilah. Sekadar berkongsi sedikit notes yang sempat aku catat dalam buku. Kalau salah tolong betulkan ye. Nak ilmu extra? Boleh kelik sini. Sekian...




Akhir kata daripada saya AIN NATHASHA BINTI OMAR,




SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM!!!
GOOD LUCK EVERYONE




AND GOOD LUCK TO YOU TOO SPAIN







Bukan nak cakap apalah tapi Fabregas handsome sangat masa dia jaringkan gol yang last tu. Ok its just a penalty tapi dah dua-dua tak nak mengalah kan. Pucat kau Ronaldo..haha. Ok dah kang kalau sambung cerita EURO kang sampai maghrib besok korang tak habis baca belog aku. Lain entry aku story. Bye!




p/s: tengah fikir macam mana nak tengok final match diorang nih! (apalahmalang) ~ siapa willing nak teman aku lepak kedai mamak pagi-pagi buta?

Thursday, June 28, 2012

sYa'aBaN ~ aPa LaGi NiKMaT ALLAH YaNg KiTa Tak RaSa?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLATU WASSALAMU ALA RASULILLAH



Hi there. 
(Bajet comel aku bagi salam pakai animation)




I got too much things to say. Pintu Syaaban dah bukak, tirai final exam jugak sudah naik. But mine, still under cover. Still private and confidential sebab tu masa balik Shah Alam hantar proposal hari tu rasa gayat sangat. Ralat seralat-ralatnya. Macam rusa masuk kampung wah keluar peribahasa zaman UPSR dulu. So that’s why, right now here I’m, in my dearest nest. Tak boleh duduk Shah Alam masa study week. Pelik dan aneh aku rasa. Maka akhirnya, bagai sirih pulang kegagang aku pulang ke rumah waah memang paper pertama aku paper peribahasa!




Disebabkan hampir separuh hari membaham subjek ekonomi, feeling pun dah ala-ala economist, jadi sekarang saya addicted dengan burger rush. Sebab bila dapat duit hasil jualan burger, rasa bahagia sangat sampai cakap dengan mak nanti-along-nak-bukak-kedai-burger. Profit lumayan mampu kau dalam masa sebulan untung 19000 dollar? Dah boleh kira total revenue hasil jualan burger, then cari net gross profit, marginal cost, bolehlah jadi businesswomen macam ni.




Sebab ayat-ayat sudah mula menyimpang dari jalan yang lurus, maka kita cerita pasal Sya’aban terus ok.








Ok, begini ceritanya sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,



Selain hadis di atas, yakni berkaitan dengan fadhilat berpuasa pada bulan Syaaban, ada satu lagi hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:




“Barang siapa yang memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah, beramal dan taat kepada-Nya dan menahan diri daripada perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah ia pada tahun itu daripada cubaan dan penyakit.”




Baiklah. Baca dan renungkan. Tapi sebelum tu, sekadar nak bagitau kepada sesiapa yang tak tahu, bulan Syaaban merupakan antara bulan yang mulia dalam bulan-bulan hijrah. Kita tahu yang Rejab itu bulan Allah. Syaaban bulan Rasulullah. Dan Ramadhan bulan umat Islam yakni umat Nabi Muhammad SAW. Bulan kita yaw ~ Sebab belum sampai lagi turn bulan kita, kita sembang pasal Syaaban dulu eh? Oh, dan jangan lupa juga ucapkan ALHAMDULILLAH sebab umur kita masih dipanjangkan Allah mudah-mudahan sempat kita bertemu Ramadhan pulak nanti. Chop. Siapa belum habis ganti puasa angkat tangan! – sila ganti cepat.




So, kalau Rejab hari tu dok cerita pasal Isra’ Mi’raj, jadi apa yang ada dalam bulan Syaaban ni?







Yang pertama surely bulan Syaaban sangat femes dengan Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban ni apa ya? Nisfu dalam bahasa arab maksud dia setengah ataupun separuh ataupun sebahagian ataupun sudah cukup cukup sudah kau cari sinonim sendiri dalam kamus dewan. So makna dia setengah Syaaban lah. Setengah Syaaban ni, seperti yang diriwayatkan oleh baginda Nabi SAW;




Malaikat jibril mendatangiku pada malam nifsu syaaban (15 Syaaban) seraya berkata 'Hai Muhammmad, malam ini pintu-pintu langit  dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah angkat kepalamu dan tadahlah dua tanganmu ke langit!



Aku pun berkata,"Hai jibril, malam ini malam apa?''



Jibril menjawab, "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar (arak), terus menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."




Onesly aku copypaste. Pasal ayat dia senang sangat nak faham just aku highlight kan point-point penting wah mentang-mentang nak exam, blog pun nak main highlight bagai sekarang. Tapi hey hey dengaq tu. Sia-sia cari pahala tapi kalau terus-menerus bermusuhan sesama saudara, memutuskan silaturrahim, tak bertegur sapa dengan jiran sebelah apakejadahnya? Lagi-lagi bila nak exam ni kan. Selamba buat orang sentap tanpa menyedari dirimu begitu berharga tidak dimaafkan kalau mati kejap lagi macam mana? Haaa takuuut.




Yang suka mengadu-domba tu pulak. Dah besar kan? Dah boleh kahwin kan? Kenapa macam kanak-kanak cengeng sikit-sikit nak mengadu dekat lecturer cakap kitew menirew dalamw testw? Hei, kitew budakw baikw taw manew adew menirew-nirew niew apahal kau gedik tulis macam ni? Kita kan belajar sama-sama. Nak menuntut ilmu sama-sama. Bukan nak menjatuhkan orang lain bersama-sama. Malulah orang tengok perangai mecam ni haish.




Jadi, Nisfu Syaaban tu ringkasnya begitulah. Oh lagi satu lupa nak cakap, pada malam itu juga buku amalan kita akan ditutup. Jadi sila buat conclusion amalan dengan sebaiknya, wrap up apa yang patut, touch up balik setahun perjalanan kita dan sekian, tahniah Rakib dan Atid. Kalian tidak pernah gagal melaksanakan tugas sebagai hambaNya. Aku je yang selalu fail.






Done! Secondly, sila perbanyakkan selawat. Ini kan bulan Nabi, jadi sesuailah dengan firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 56:



إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(surah al-Ahzaab: 56)



Nak selawat macam mana tu terpulanglah. Walaupun dengan rasa ingin menunjuk-nunjuk sekalipun sebab Rasulullah itu kekasih Allah, jadi selagi mana kita berselawat ke atas Baginda, Allah tetap akan menerimanya. Susah ke? Siapa cakap susah tu sila lempang pipi kiri dan kanan sebanyak yang mungkin memang umat yang tak tahu bersyukur kau.



Dan Abu Hurairah meriwayatkan lagi, Baginda Nabi pernah bersabda;



"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, 
Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali."



Jadi, mari ikhlaskan hati. Rajin-rajinkanlah diri untuk berselawat ke atas Nabi. Haip! Bukan bulan ni je. Tapi amalkan sampai bila-bila. Sudahnya bermanfaat juga entry aku. InsyaAllah. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^







p/s: sumber dipetik daripada iluvislam ^_^

the history

Followers