Saturday, September 22, 2012

PaRa JeMaAh HaJi, JaGa DiRi aNda


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




 Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."


Sekarang dah masuk musim haji. Ya, memang sungguh pantas masa berlalu. Ain praktikal kat sini sampai bila? Oktober, 31. Oh, lama lagi. Lama? Aku memang mengeluh lama. Sebulan setengah tu tak lama kak. Pejam celik aku dah nak masuk kelas balik. Pejam celik aku pun dah berdiri depan barisan lecturer bentangkan final project aku. Bersiaplah dengan hambatan kencang komen-komen berbisa. Tisu selori, sapu tangan standby untuk mengesat air mata. Pejam celik lepas tu Januari pun datang. Final exam menjelang. Tunggulah istiadat konvokesyen dengan 2nd class degree itupun kalau layak ambil skrol daripada tangan YDP agong.




Tapi tadi cakap pasal musim haji sebenarnya. Bulan Zulhijah bulan depan tapi bukan apalah, saja dah alang-alang terlintas dalam kepala otak malam-malam begini. Teringat Timbalan Pengarah di PPD yang turut mengerjakan ibadah haji di Makah sana. Macam manalah agaknya Puan Siti sekarang ya? Semoga mabrur hajinya. Semoga tenang dan sihat menjalani ibadah. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Amin. More about Zulhijah, I tell you in another entry insyaAllah.






Dalam entry lepas yang aku gedik tayang gambar pakai tudung tema batik kononnya tu, masa tu bos yang drive kereta kat sebelah asyiklah mengadu sakit tekak. Bos yang mana satu? Ini bukan Encik Ridwan atau Encik Mail kesayangan. Encik Nazri. 2nd big bos. Nak makan sakitlah. Nak telan air liur pun sakitlah katanya. Atas desakan wah ayat aku, atas desakan aku yang memaksa dia ke klinik, akhirnya dia pergi jugaklah. Alhamdulillah. Sekarang semakin baik. Lega.




Aku bukanlah jenis caring sangat dengan orang. Contoh kalau saja-saja nak tanya ‘you dah makan belum?’ itu bukan aku. Kalau saja-saja nak tanya ‘you hari ni beli lauk dekat supermarket mana?’ itu bukan aku. Kalau ada yang saja-saja caring nak tanya ‘you tengah buat apa?’ masa aku tengah online pesbuk, dan aku pun akan jawab ‘I tengah berenang ni.’ Caring sangat kan?




Tapi bila kau mengadu pasal sakit, it depends. Aku akan tengok jugak criteria tertentu sebab sakit mengada-ngada dengan sakit yang betul-betul sakit ni beza dia besar. And definitely aku hanya akan caring pada orang yang sakit betul-betul. Kalau boleh memang sampai tahap nak jadi jururawat peribadi ngko. Tapi tengoklah. Adalah tu.




Kembali ke pangkal jalan, kepada para jemaah Haji. Yang sudah berangkat mahupun belum. Ada lagi ke yang belum depart? Ok dan kepada ahli keluarga para jemaah haji yang sedang membaca. Saya mohon supaya iringkanlah mereka dengan doa, paling penting sekali supaya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan haji. Bukan mereka saja. Berdiri depan cermin dan pesan kepada orang yang anda nampak itu juga supaya jaga kesihatan sepanjang masa.




Jangan sesekali miss solat kerana solat itu juga merupakan terapi dan senaman buat kita. Tak bersenam, badan sakit. Tak solat, badan sakit, hati pun sakit. Untuk senaman extra, buatlah solat extra. Berpuasa sunat Isnin Khamis. Recite al-quran everyday. Dalaman sihat, luaran juga, insyaAllah mantap. Akhir kata, semoga kita pula diizinkan untuk ke Tanah Suci suatu hari nanti. Sama-sama doakan ye.




p/s: Oh please, Encik Ridwan pernah jadi jurulatih netball. Encik Nazri pernah jadi jurulatih tarian. Then should I learn soccer? Tergugat okeh. Aku sendiri dah lupa apa function WA.


Thursday, September 20, 2012

LeaRNiNg WeLL, EaTiNg WeLL, dOiNg WeLL


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




You know what, there’re two things that I love the most about internship at PPD Tampin ni. Do fieldworks as well as knowing such a nice people. I told you, there are Encik Mail and Encik Mohd Ridwan, the bestest officemate I ever met. Did I mention abang Said? Abang Sharil? Pak Abu? The PTs? Well, to be precise I love all the Human Resource and Development Sector’s crews. Though I suppose to work under the Academic Sector but those I mentioned, they’re closer and nicer toward me. Bukanlah orang lain tak baik, but they really thought me a lot and do I have to restate the name? Berapa kali nak cakap ni?




I was actually surrounded by the HRD crews. So no wonder they are the people I meet everyday, they are the people that I keep talking with, you can say they’re the people who knows the real me. Eh? No. I’m too much bersopan-santun di pejabat unless if they took me out, visit school, join the outdoor programme, then they will see the ‘crazy’ me. But still I love them. And I need them actually. A day without (at least one of) them around, will definitely turn my day off. Kidding you? You know I’m not.




Listen to their stories, at least can made me smile while driving home. Lucky if they got into my dream. Itu kalau cerita diorang memang gempak gila. Well, those stories basically of course about their family, kids, their former job and experiences. Knowledge is not something that you can only digging out from books, journal, articles yuno that already. You’ll absolutely learn more than that. Sit and having a daddy-daughter’s like conversation with a cup of neslo in your hand in the office’s kitchen. Jangan tak percaya pejabat aku ada dapur okeh. Siap boleh goring keropok lekor lagi petang-petang.




So now you know. Staying here with them, I feel like there’re no different with my own family. We speak leisurely (of course with the ‘kakak’ ‘abang’ and ‘encik’ ‘puan’ di depan) from learning how to recite Al-Fatihah correctly, talking about syurga and neraka, how to eat well, sampailah ke teasing each other, riddling, guys… I’m doing well. Don’t worry about me. Enjoy your last episode in Shah Alam as much as I do in here. I’m totally in a good state of health. I’m eating well. I’m learning well. And I’m missing you well. Yaw? I miss you like crazy you baboya!




As well as in the way of finding new experiences here, I learned something new recently. Encik Mail told me something. It’s ok if I don’t get a penny. We work because of Allah Taala. To train our future leader. This is a part of Ibadah. It’s ok if we can’t go back on time. It’s ok if we have to work a bit more than others. It’s ok if we help others lessen their burden. The least I can do is, jadi tea lady pun best jugak. Siapa nak Milo?




lama tak menggelikan diri. 
so hari ni dengan tema batik, marilah kita berjimba melawat sekolah satu-persatu.
chalo beteh! - sopan konon.

Tuesday, September 18, 2012

SoRrY cOnMaL BiAn


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLLU ALANNABIY
ASSALAMUALAIKUM WBT



Semalam masa tengah lipat kain, adik bongsu saya Yaya, dia call. Dia tanya Kak Ngah dekat mana? Aku pun cakaplah aku dekat rumah. Oh, rupanya dia ingatkan aku dekat Plaza Alam Sentral. Katanya dia nampak someone muka macam aku tengah jalan-jalan dekat situ. Haha, I thought she missed me. Baru nak excited orang rindu kitew kan. Rupanya tidak...hewhewhew. Gurau eh Yaya. Aku sebenarnya excited tu bukan apa, pasal aku rindu gilos kat kau sebenarnyew.




Bukan kau saja, Kak Long dan Kak Chik juga aku merindui kalian. Terkilan sebenarnya tak dapat nak kotakan hasrat untuk breakfast di kedai mamak hari sabtu hari tu. Aku tidak dapat terbang ke Shah Alam, pasal flight delay. Pilot dia nak bersalin ni yang susah dapat pilot perempuan ni. Yang tercinta Queen B dan orang kampung yang di Kuala Pilah itu juga ampun dan maaf dipinta. I really in trouble on that day sebab itu plan terpaksa ditangguh dan I tak mahulah berjanji apa-apa. Biar masa yang menentukan. Mungkin hujung bulan? InsyaAllah.




Encik Mastermind pulak memang beliau juga sama-sama bizi. Jadi dia tak dapat and saya pun tak dapat. Plan dua-dua pun batal. Itulah, belum apa-apa gaya dah kalah Barack Obama. Bizi mengalahkan Ketua Setiausaha Negara. However one thing that I enjoyed the most, having a break dengan tomato on Sunday! Balas dendam sebab hasrat tergendala sekian lama nak berjimba. Tak dapat dengan besties, dengan sister pun jadilah kan. 




Anyhow, even it's just a small thing, do it well.









Kenyang, duet melayang RM70!
Apapun Alhamdulillah.

Thursday, September 13, 2012

SpEaK YoUr WaY


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT






It's just that my actions doesn't speak otherwise.

I do what I say and I absolutely fulfill my promises.

Whether it's soon or early, who knows.

Therefore, when I promised my friend to meet him, then I met him.

As long as there's nothing blocking my way, Alhamdulillah, I was there.

Therefore, when I promise my besties to meet them, then surely I will meet them.

No matter when and how it's ganna take. I'll be there.

And therefore, when you promised me something,

Speak the truth.

There's something I will do.

Something that you might understand or something that you might not.

I don't want to be hypocrite.

In Islam they don't practice that.



p/s: can't wait for tomorrow!

Monday, September 10, 2012

TeRiMa KaSiH. JaSaMu DiKeNaNg


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST RIGHTEOUS AND THE GREATEST,
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW, 
ASSALAMUALAIKUM WBT BROTHERS AND SISTERS



Masa sorang makcik cleaner tengah menyapu sampah dekat pejabat ni pagi tadi, dia tegur aku. Saja berbasa-basi.




"Dah minum?"

"Belum lagi. Makcik dah minum?"

"Pagi tadi dah minum kat rumah."

"Tu kat rumah, kat sini belum lagi."

Aku tersengih. Sambil makcik tu menyapu, dia pun tersengih-sengih jugak.

"Tak apa, pukul 10 nanti makcik minumlah." 




Lalu makcik tu pun blah. Aku cakap terima kasih dekat makcik tu sebab bersihkan tempat aku, clearkan tong sampah kecik aku kat bawah meja ni. Kalau tak ada makcik tu tak adanya aku dapat duduk dekat tempat yang bersih macam ni. That was my automatic thought. 








Kadang-kadang bila aku menggatal nak pergi kelas pakai heels, sampai je Melati aku sure akan jalan kaki ayam. Sejak berat badan bertambah ni pressure dekat tumit kaki biasalah mesti akan bertambah punya. But lucky me makcik cleaner dekat Melati tu kerja diorang semua meveles. Aku jalan dekat koridor, macam jalan dalam rumah. Lantai licin habes tak ada rasa habuk. Seriyes gua tak tipu.




Lagi yang aku respek makcik cleaner ni, diorang terbaik juga bab kebersihan tandas. Aku kalau pergi toilet dekat stesen bas memang kalau boleh nak tadah muka dengan sapu tangan yang dah rendam perfume tiga hari tiga malam nak bagi avoid kehancingan tandas 30 sen tak menahan tu. Kat pejabat? Tak ada begitu beb. Landskap terbaik siap pokok bunga-bunga cinta bagai memang sehari tak menziarah tandas office ni memang tak sah. 




I know kalau nak dibandingkan dengan tandas dekat rumah atau dekat hotel atau dekat R&R memang tak dapek do jang, mana yang hado kita bersyukurlah at least ada insan-insan yang sudi berkhidmat dan menjaga kebajikan kita. Jadi silalah jangan memandang rendah kepada mereka. Jasa mereka sangat besar kepada kita yuno. Kalau tak ada mereka, masak kau. So give em a big hand. Applause!




terima kasih encik gugel juga kerana sudi sponser gambar.



Itu baru cerita makcik cleaner. Belum cakap pasal pekerja-pekerja yang tukang kutip sampah, yang tukang repair jalan raya. Siapa nak uruskan sisa-sisa sampah yang kita dah makan kalau tak ada tukang kutip sampah tu? Apa akan jadi dekat kereta kesayangan kita yang mahal yaahamat tu kalau orang jabatan kerja raya tak selenaggara jalan raya berlobang-lobang tu kasi cantek? Tayar senget kang hapa segala, tak pasal-pasal beriban duit keluar nak hantar repair kat workshop. 




Jadi kepada para makcik cleaner, para tukang sapu sampah, para tukang kutip sampah, para kontraktor dan buruh di jalan raya, para tukang kebun, para tukang cacak bendera di jalan raya sempena Hari Malaysia yang bakal tiba dan istimewa kepada pak cik guard di pejabat saya ini yang tidak jenuh mengangkat tangan setiap kali saya keluar masuk pejabat, senyuman kalian di mata saya teramatlah indah. 




Paling penting, Allah turut memandang kalian dengan penuh rahmat. Bergembiralah wahai ahli syurga...

Thursday, September 6, 2012

SiaPa CaKaP PraKTiKaL TaK bEsT?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Lima hari tak jumpa blog. Sabar jela bila aku dengan bersusah-payahnya mengumpulkan semangat untuk menulis hari ni. Tiga hari tak cukup tidur beb. Semuanya pasal bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan subjek yang entah kenapa aku tak boleh nak register sampai sekarang iaitu subjek praktikal oh ada eh subjek tu?




Memang aku tak banyak cakap pasal praktikal. Bukan sebab aku tak ada benda nak cerita, tapi sebab TERLALU BANYAK sebenarnya sampai aku tak tahu nak cerita yang mana satu dan tak tahu macam mana nak sampaikan dalam bentuk kata-kata. Pendek kata kalau aku buat report pasal praktikal ni apa yang dibaca tu memang konfirm takkan sama dengan apa yang aku rasa. In short, it's indescribable feeling. For just a month experience. The other two months, I don't know how many times should I wipe my tears when it's time for me to leave. Sure sedih gilo nak berpisah.




Tak mau taching laa. Ini ada gambar sikit aku nak tunjuk. Dari hari Isnin sampai Rabu semalam, aku join Encik Ismail, ketua unit sukan yang duduk depan meja aku ni pergi Kem 1 Murid 1 Sukan dekat Rembau. Tidur sana la of course. Dulu jadi PA MCC aka Pemegang Amanah. Dah praktikal, haaa, betul-betul kau jadi PA aka Personal Assistant.




Tuu nampak, duduk sebelah bos catit minit mensyuarat.




The JUs aka Jurulatih Utama. From left, Mr. Xavier, My boss En.Ismail, Mr. Chin, Miss Sue, Miss Raja, Miss Ocha the PA bangga kemain kau heh.




Buat name tag.




Having fun with the kiddo.




Playing with them.




Play with the camera juga. Haha, those my bosses. The big one yang pakai baju oren tu walaupun dia malu-malu sikit kan. Malu sangat padahal candid. Encik Ridwan nama dia. The red one tu Encik Mail. Aku memang suka bagitahu korang banyak-banyak kali kan.




Bukan setakat PA and photographer, nurse pun I jugak taw.




 My beloved daddy yang pemalu tadi. Encik Mohd Ridwan. Kan aku cakap tadi aku memang suka mention nama orang-orang kesayangan aku kat dalam ni kalau tak sayang aku tak letak HOOKAAAY!




Boring. Lets play with the camera again.




I think I deserve for THE BEST PA award. (zzzzz - mimpi rupanya)




Boring lagi. Had nothing to do then I just sit watching the budak-budak.




Playing with camera lagi lalalala. Kau sila jangan meroyan.




Jadi master of ceremony. 1st time in my life and Alhamdulillah majlis tak hancus binasa.




Dan sekian terima kasih saya nak pulang.





Bersama barisan JU yang havoc tak bertamadun memang namanya cikgu tapi bila dengan aku perangai masing-masing nauzubillah kau jangan percaya walaupun yang berkopiah di sebelah aku itu. Dari belakang, Mr.Xavier, Remy yang bajet ensem, Mr.Hairu, Mr.Azlihan, Mr.Sulaiman the magic finger, Mr.Chin, Kak Asma. Duduk dari kiri, Kak Sue, Mr. Kuna, Haji Amin yang sangat sempoi dan PA. Ok bye!



InsyaAllah nanti I update gambar majlis hari raya dekat PPD semalam. Yup, I tak sempat tukar baju raya. Balik daripada kem pakai baju tu jugak terus hambat nasi beriani ada aku kisah?


Friday, August 31, 2012

iStiDRaJ


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




This is something that I wrote by myself, on behalf of my friend. She's a mag editor and she asked me to write an article. Yeaah, I don't know if I can call this an article and I don't know if this 'article' are going to publish in that magazine. God knows how hard I tried to stick in a monolingual. So, here, the malay one :



Firman Allah, Surah Al-A’raaf ayat 182, maksudnya:



Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan) menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.



Pernahkan kita terfikir, kenapa seseorang itu tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat, tidak mematuhi suruhan Allah dan sebagainya tetapi dia diberi kesenangan, kekayaan dan kemewahan? Bagaimanakah pula dengan mereka yang dikurniakan Allah dengan kebijaksanaan dan kepintaran sedangkan dia bergelumang dengan maksiat? Betulkan pernyataan itu kerana apa yang diberikan Allah kepada mereka bukanlah kurnia tetapi Istidraj. Ya, Istidraj namanya.




Istidraj bermaksud perkara luar biasa yang diberikan Allah SWT kepada seseorang yang membawanya kepada kebinasaan. Ia bahkan juga menambah keburukan dan kehinaan sehingga sampai saat dan masanya untuk Allah SWT memberi balasan ke atas mereka. Jika kita memecahkan istidraj ini, ia mempunyai empat bahagian :-




Pertama sekali kepada pengamal ilmu hitam Mereka yang diberi kelebihan seperti mengubati sakit orang lain, menjadi kebal, berkata-kata dengan makhluk lain atau sebagainya melalui cara yang sesat tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata kerana mereka bersekutu dengan jin dan syaitan. Itu bukanlah kelebihan yang dikurniakan Allah tetapi istidaraj kepada mereka yang mengamalkannya. Sehingga sampai satu ketika, Allah membuka hijab dan keaiban mereka, ketika itulah manusia akan tahu siapa yang lebih berkuasa dan kelebihan itu datangnya daripada Siapa?




Keduanya, adalah kepada pemimpin. Jika Bashar Al-Asad boleh hidup senang dan bergembira dengan keadaan rakyatnya yang sentiasa bergelumang dengan ketakutan dan kesakitan, itu adalah contoh istidraj yang paling mudah untuk kita lihat. Kejahatan yang dilakukan, penyelewengan, kezaliman dan sebagainya, segala itu diberikan Allah SWT kepada pemimpin yang lupa bahawa kuasa yang mereka miliki itu adalah hak mutlak Allah semata-mata sehingga sampainya masanya Allah akan tarik kuasa itu kembali seperti firman Allah SWT maksudnya :




"Katakanlah: 'Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"
(Surah Ali-Imran:ayat 26).




Seterusnya istidraj terhadap harta dan kekayaan seperti yang disebutkan di atas, di mana segala harta dan kekayaan diberikan Allah SWT kepada mereka bukanlah satu kurnia melainkan istidraj yang bertujuan untuk menguji mereka serta melihat sejauh mana mereka bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan. Biar sebesar gudang sekalipun harta dan kekayaan mereka, jika tiada perasaan syukur dan rendah diri kepada Allah, maka kebinasaanlah balasan mereka. Seperti sabda Nabi SAW :-




"Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj".




Istidraj dari aspek kemajuan dan teknologi pula jika kita lihat, sekalipun kepintaran yang Allah SWT berikan kepada seseorang hamba itu, jika disalahgunakan seperti menggodam komputer, memuat naik video-video lucah dan sebagainya, itulah istidraj Allah SWT kepada hamba-hambanya apatah lagi jika perbuatan-perbuatan itu diberikan imbuhan yang lumayan.




Oleh itu, musabahlah diri kita. Jika kita merasakan kesenangan dan kemewahan yang kita miliki hari ini adalah hasil titik peluh kita semata-mata? Fikirkan kembali. Dari mana asal usulnya kekayaan itu semua. Dan jika kita merasakan kita sudah cukup bijak dengan segala ilmu dunia, adakah kita cukup bijak dengan ilmu akhirat? Ketahuilah, segalanya milik Allah SWT, Tuhan Penguasa alam.





So, that's a simple care and reminder. To dear friends and me myself. Do take care of yourself. Keep in health. Happy Eid Everyone ^_^ 







Thursday, August 30, 2012

a LOvE LeTtEr To LoVe


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS N MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT TO MY DEAR DARLING



And yup, ignore the title. I know it's a bit kinky. Shouldn't have to use that word. Tapi nak buat macam mana lalala HAPPY BIRTHDAY SAYANG. (I have no idea what to say). We've been couple since... 5 years ago kan? Ok, whatever.




Haajar, you should know that sometimes I can't effort to express my words like I am today. But I'm really glad to have you, patiently stand by me, listen to all my masalah negara, help me with the stuffs tak kisah la apapun, act as a counselor, fashion advisor, teman jalan-jalan cari makan, shopping, movie-ing, do all crazy things yeah I can't recall all those moment but sometime it does appear when I look at Secret Recipe for example, Jusco, rental car, TGV, anything that suddenly appear and made me thought about you.




and pizza as well




So I am truly sorry. It's quite busy over here. Design the banner and bunting and backdrop for hari raya occasion next week. Went out to help the boss with his presentation (yesterday). Go to school. Do observation. Interview. Haajar, maafkan daku. Kalau nak tulis entry macam tahun-tahun lepas, memang aku tak mampu. Kalau nak postpone kang, memang sungguh bulan Disember baru aku boleh post entry birthday kau.




Anyway, HAPPY 22nd BIRTHDAY My DEAR. Semoga 22 tahun ini, usiamu diberkati, usiamu dirahmati, kamu sentiasa disayangi, kamu sentiasa dilindungi, semoga kamu menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. So, here for you








And this is from the bottom of my heart,








TE QUIERO

Tuesday, August 28, 2012

PuaSa 6 sYaWaL N tHe tEasEr


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Maafkan saya sebab agak lama tak update blog ni. Saya nak bercerita tentang Ramadhan. Terlalu banyak nak cakap. Tentang Nuzul Al-Quran, tentang Lailatul Qadr, tentang Perang Badar, Tarawikh, all the great things about Ramadhan, I really want to post it here. Tapi onesly, rasa macam Ya Allah, ke mana aku campakkan masa-masa aku? Nak kata sibuk, tak tahulah tang mana sibuknya. Nak kata persiapan raya, taklah vavavoom mana pun. Nak kata bizi uruskan rumah tangga, lagilah tak. Anggap sajalah tak ada rezki nak potpet panjang tentang bulan Ramadhan yang lalu. Apapun syukur Alhamdulillah kerana segalanya berjalan dengan lancar. Saya ganti puasa 3 hari je! ^_^







Dan sebab sekarang dah masuk syawal, marilah kita bercerita pasal Encik Syawal pulak. Adapt with the situation bak kata orang. Kang aku potpet pasal Ramadhan lagi kang takut orang cakap aku ni hidup planet mana pulak kan? Apapun kita berdoalah semoga diberi kesempatan untuk bertemu Encik Ramadhan tahun depan. InsyaAllah aku cerita panjang nanti. Ya, dan sebut pasal Syawal, yahaha, semestinya PUASA ENAM topik yang paling best. Puasa enam yang kalau kita tengok dia punya reward calculation macam ni...







Best kan? Alhamdulillah, setakat ni aku tak pernah miss lagi puasa 6 syawal. Cuma untuk tahun ni, belum start lagi. InsyaAllah, as soon as possible. Tapi jangan lupa. For the ladies especially. Sila dahulukan yang wajib ye. Jangan beriya nak 6 syawal sangat puasa ganti kau kemudiankan sila no no no. Puasa ganti dulu ok darling. 




Sekian, cik akak nak mintak diri. Entry panjang tak ada idea lagi. Oh, kepada CIK ADIK pujaan hati pengarang jantung pisang jambu tembikai, akak ucapkan,




Konon-konon buat kek lettew.

Monday, August 27, 2012

BiLa TeRaSa RiNdU ~


Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT BROTHERS N SISTERS




Dedicated to beloved Haajar, Hani, Fara, Bella and Lydia.
Dengan ucapan I MISS YOU yaw





I ols tahu, u ols sibuk upload gambar raya 2012 kan. I ols pun ada jugak. Saja. Masuk office hari ni terus kenangan lalu mengusik jiwa. Kenapa ntah...lalala






Wednesday, August 15, 2012

aMaRaN : kEeP yOuR pRoMiSe!


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT DEAR BROTHERS AND SISTERS






So, that's my seat. Recently. Yes it takes a week to fulfill the promise I made minta maaflah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Mak Jemah sibuk bebeno nak raya ni kan kau bayangkan 2 hari berturut-turut 5 jenis kuih aku bantai. Sambil buat kuih sambil layan Main Hoon Na. Movie dah habis, kuih tak siap-siap nak cerita dia punya lamalah kan. So hari ni baru sempat nak update. Amacam? Boleh tahan kan nama aku terus jadi Kamil.




Well, tuan meja ni actually tak ada. Cuti rehat 2 tahun yaaa DUA TAHUN cuti rehat jangan tak percaya, ini bukan typo. Menurut senior citizen di sini, beliau bercuti 2 tahun kerana menjalani pembedahan kanser paru-paru. Sebelah dah dibuang. Jadi erm, jadi begitulah ceritanya.




Jadi pagi-pagi dekat office tadi dah kecoh-kecoh cakap pasal janji. Kak Nan dekat meja depan aku bukan main marah lagi. Tak puas hati betul dia dengan seorang hamba Allah ni yang janji nak datang mesyuarat tapi tak datang-datang. Pelik-betul-dengan-manusia-macam-ni. Kata Kak Nan.




Betul, aku pun pelik. Macam mana ye boleh ada manusia yang boleh hidup dengan memungkiri janji. Bukankah Tuhan sudah berkata dalam Surah Al-Maidah ayat 1;



"Wahai orang-orang yang beriman, tepatilah janji."



Rasulullah juga pernah bersabda: 



"Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. Pertama, bila berbicara dia bohong. Kedua, bila berjanji dia mungkiri. Ketiga, bila menerima amanah dia khianati."



Pernah dengar kisah seorang lelaki pada zaman Rasulullah, beliau mengikat janji dengan Baginda Rasulullah SAW. Tetapi beliau lupa terhadap janji yang dibuatnya sehingga menyebabkan Rasulullah menunggu tiga hari berturut-turut. Sebaik lelaki itu sampai ke tempat yang dijanjikan, Rasululllah masih menunggu di situ lalu Baginda berkata,



"Wahai pemuda, engkau telah menyakiti aku dengan janjimu kerana aku berada di sini menunggu sejak tiga hari yang lalu."



Kan pedih tu. Sedangkan Rasululullah juga merasa disakiti apabila seseorang memungkiri janji, apatah lagi kita dan aku yang manusia biasa ni. Adik-adik sekalian, hindarilah daripada memungkiri janji. Kalau tak mampu nak tunaikan, cakap saja tak mampu. Atau ucapkanlah InsyaAllah. Jangan sesedap rasa buat janji kat mulut. Tak cantik perangai tu.




Kalau nak diikutkan memang rasa macam nak lempang je. Tapi tak ape lagi at least dia tunaikan janji jugak walaupun dah berkurun berabad berzaman nak tunggu kan. Yang spesis langsung tak tunaikan janji tu haaa canne? Oh, sila renung-renungkan dan selamat beramal. Kepada Kak Nan, jangan marah-marah kak oooi, baby dalam perut tu nanges kang. ^_^ Gurau Kak Nan.


Thursday, August 9, 2012

BeSkOt RaYe FaLiNg FoFuLeR OcHa oMaR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH




Ini lagi sorang punya mak nenek semangat nak beraya kemain sampai mesej ntah berapa kali minta resipi beskot dekat aku. Yang hari tu resipi kek. Ni beskot pulak ye. Haaa, yelah. Pagi-pagi buta semangat datang office dengan tujuan menghapdet belog tentang resipi. Ok, standby dik. Resipi hari ini, akak letak yang top 3 faling fofuler setiap kali Aidilfitri menjelma. Tak pernah miss eberi year.




Tapi aku warning awal-awal, resipi yang dalam sukatan cawan itu resipi asal daripada Mummy. Yang resipi dalam gram itu adalah resipi aku. Rujukan utama kelik sini, tiffinbiru.com. So kalau tak biasa sukat pakai gram, kau pandai-pandailah convert kepada cawan atau mangkuk atau besen ikut banyak mana kau nak buatlah. Sifir gram tukar ke kilogram pun aku tak hafal, inikan pulak nak tukar ke cawan. Haish, tak dapek den nak nolong ea tu.




1- BESKOT MAZOLA / BESKOT KACANG / BESKOT FEVERET MUMMY.



Ghopa mereka cenggini lah



Bahan-bahan:

1 KG KACANG TANAH - (Goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus)

1 KG TEPUNG GANDUM - (Habiskan satu peket tu)

500 GRAM GULA AISING - (Aku selalu kurangkan setengah)

500 GRAM MINYAK MAZOLA - (Minyak masak biasa pun boley)

SECUBIT GARAM

SEDIKIT KACANG TANAH YANG TAK DIKISAR DAN KUNING TELUR UNTUK HIASAN



Cara membuat:

Campurkan semua bahan-bahan tu - Canai - Tekap ikut acuan yang kau suka - Hiaskan dengan kacang tanah yang tak dikisar tadi - Sapukan kuning telur sikit untuk bagi nampak berseri - Bakar sampai masak.



Jangan tanya aku berapa lama nak masak. Tapi mengikut pengalaman, beskot-beskot ni kalau nak sedap, api jangan godang. Kang keluar beriya je meriah kat dalam rasa mentah. Alaaah, tu tak payah ajar you ols tahu kan.




2. BESKOT KELAPA / BESKOT FEVERET NENEK



My beskot ^_^



Bahan-bahan:

6 CAWAN TEPUNG UBI (Goreng tanpa minyak sampai ringan)

3 CAWAN KELAPA PARUT (Goreng tanpa minyak jugak)

3 CAWAN TEPUNG GANDUM

3 CAWAN MENTEGA

2 CAWAN GULA AISING

2 BIJI KUNING TELUR

ESEN VANILLA

KELAPA GORENG TADI TINGGALKAN SIKIT UNTUK HIASAN



Cara membuat:

Ayakkan tepung - Kemudian gaulkan dengan kelapa - Ketepikan - Pukul mentega dengan gula sampai kembang - Masukkan kuning telur dan esen vanila - Campurkan ke dalam adunan tepung tadi - Tekap dengan acuan - Hias dengan kelapa goreng tadi. Oh, tips untuk kasi kelapa hiasan tu melekat elok dekat beskot, bila dah hias, satu sikit PUTIH telur. Dia akan jadi ala-ala gam gitew.



Lepas tu bakar sampai masak - Dan siap untuk dimakan! (selepas berbuka)





3. BESKOT SEMPRIT / BESKOT DAHLIA



Sekian, semua gambar yang aku letak ni gambar kuih raya tahun lepas. 
Tahun ni belum start lagi. Bye!



Bahan-bahan:

240 GRAM TEPUNG GANDUM *

100 GRAM TEPUNG JAGUNG *

160 GRAM TEPUNG KASTARD *

300 GRAM MENTEGA

160 GRAM GULA AISING

2 BIJI KUNING TELUR

ESEN VANILLA

SEDIKIT CERI MERAH UNTUK HIASAN

(Ayak dan gaulkan semua bahan *)



Cara membuat:

Putar mentega dengan gula JANGAN sampai kembang - Masukkan kuning telur - Esen vanilla - Gaul sebati - Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habes - Tekap dalam acuan dahlia - Bakar sampai masak.




Sekian. Pesanan terakhir aku, SELAMAT MENCUBA. Kalau tak faham, direct call akulah. Haish, macam mana nak jadi bini orang ni. Kuih raya pun tak pas. Haha, gurau gurau. Bulan puasa tak baik marah-marah dik. Ok, sekian. Tata titi tutu. Wassalam.

Wednesday, August 8, 2012

aTtEnTiOn eBeRiBoDi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW






Di sini, ada sedikit pengumuman. Kepada adik-adik yang...



Berumur antara 20 - 45 tahun dengan minima SPM

Lepasan universiti dialu-alukan

Bersedia menerima bimbingan dan sentiasa bersemangat tinggi

Mengimpikan pendapatan yang tinggi

Ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik



Peluang yang akan menanti anda:



Pendapatan TANPA HAD

Bonus 2 kali setahun

Insentif lawatan ke luar negara

Peluang kenaikan pangkat

Latihan akan disediakan






JOM SERTAI KAMI !!! 

BERBAKTI DEMI MASA DEPAN WARISAN BANGSA



Berminat? Sila hubungi Shamsina A.Bakar (019-2885622)




p/s: ^_^

the history

Followers