Tuesday, November 13, 2012

FrOm LaNgKaWi WiTh LoVe & StReSs :P


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT








Aku mulakan entry ini dengan kata-kata semangat itu. Ya. Aku bukan lemah. Aku independent dan tidak suka bergantung pada orang lain. Walaupun aku perempuan, tapi aku perempuan yang kuat hatinya. Aku cekal dan tidak mudah putus asa. Pasal apa cakap macam ni? Pasal besok harus submit report praktikal, harus submit report Tambun dan Langkawi PPD, harus submit draft bab 4 thesis, harus submit conclusion assignment Encik Ismail which is none of them yang siap. Satu haram jadah pun tak ada yang siap? Semuanya tak siap. Tak siap which is aku harus siapkan malam ini jugak! Urgh!




Tetapi Tuhan tidak suka kepada orang yang suka mengeluh. Tuhan tidak suka kepada orang yang lemah. Tuhan tidak suka kepada orang yang mudah putus asa. Kerana Tuhan tidak akan beri aku ujian begitu kalau aku tak mampu lakukan. Tuhan tidak akan beri aku assignment melambak-lambak begitu kalau aku tak boleh buat. Bermakna, Dia tahu aku mampu siapkan. Dia tahu aku mampu buat. Yosh. As the time get tougher, my belief in Allah grows. Mari bersemangat!








Baiklah. Kita stop sekejap daripada mengejar dateline. Mari story about the vacation yang teramat la sangat dilemma kononnya hari tu kan. Either nak ke Langkawi atau nak berunion dengan adik-adik hew, memang bukan keputusan yang mudah untuk dibuat dan at last...









I'm here. At tempat Mahsuri di hukum bunuh. (tibetibe) Sebab that was the only historical place yang aku lawat dekat sana. Haha sounds macam 'serious?' Iye. Serius. Ini bukan rombongan sekolah dengan kanak-kanak ribena tau. Ini rombongan Cik Kiah yang motif pergi langkawi adalah untuk bershopping dan bukan untuk pergi ke Telaga Tujuh, atau pergi ke Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Tasik Dayang Bunting apatah lagi ke cable car. Semua tu haram nak merasa jejak. Balik-balik tempat pinggan mangkuk, tempat gamat, tempat coklat melambak-lambak... I tell you, the regret is a bit inside. Tapi overall, still best sebab...







Ada jugak someone yang boleh dikategorikan sebagai adik-adik untuk bermanja-manja dan berborak something yang common for example Beast, 2PM, Super Junior dan lain-lain (siapa tak common dengan k-pop kan) Yelah, dah semua kategori emak-emak. Takkan pulak aku nak cerita pasal ubat sakit buah pinggang, makanan herba untuk kencing manis, bukan tak boleh, tapi awkward tau. So introducing Nur Fatimah Kamilah. The only daughter of Encik Mohd Ridwan yang I tak pernah miss untuk mention in my every single post. Sangat manja dan sweet walaupun baru 2 hari berkenalan. So tall like her father gosh itu baru form 2 okey. Imagine a few more years... boleh pengsan kak Ain tau~








Ini di hadapan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah. Lawatan yang bukan sekadar jalan-jalan cari makan yaw. Pergi jalan-jalan buat kerja tau. Tapi yang bestnya sebab percuma. No. Bukanlah percuma. Boss support. So kira percuma la tu eh...haha.




Ok, nak dipendekkan cerita, aku bukanlah malas nak upload semua gambar dekat langkawi tu, tapi sebab berderet assignment menunggu, jadi aku bagi point sahaja la ye. Macam tak biasa pulak dengan habit aku yang bila stress mesti nak blogging kan...^_^ Ok, bye! Chapter 4 panggil dah tuu...~

Thursday, November 8, 2012

FrOM iPoH WiTh LoVe



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
 ASSALAMUALAIKUM WBT




Well, basically... there's nothing much to say. I'm still busying with thesis project, finishing the internship report, taking care adik-adik di rumah. Life is a cycle. It's not always sweet. So I have to be tough and strong. Keep going, enjoying life in a rain of busy. I'm just... happy that way. Alhamdulillah, Allah masih permudahkan segalanya.



So, the story about Ipoh last 2 days, again, Alhamdulillah, everything went fine. I was more than happy. So excited together with these lovable and adorable kiddos ^_^





How can I say they're not excited? Satu coach ini milik mereka sahaja. Isn't that heaven?





Straightly continue the journey to Kellie's Castle after lunch at Nasi Kawah something entah tak ingat pulak nama kedai tu. But their gulai lemak ikan patin was awesome! Seriously sangat awesome. Menyesal tak snap gambar untuk promote. Urgh, setan sedang bermaharajalela ketika itu. And that sambal belacan with ulam as well. Hew ~





Then, "Cikgu duduk la depan, kita geng oren" Said that boy sebelah aku itu. Dah la sama tinggi. Menyesal tak bawak heels. Seriously, itu baru darjah enam ok. Imagine he, Izzat, 10 years later. Ouch. Ngeri.





So this is the arwah Kellie. Berani kau nak buat istana dekat Tanah Melayu eh. Pasal tu la tak siap, pasal tak dapat berkat. Waah, emotional tiba-tiba. Kau Fakhrul,apasal pandang cikgu tak puas hati?




From left Fatirah, Hana, Fatimah, Cikgu Ocha Septriasa and Aina.




At Gerbang Malam, Ipoh. Lepas dinner Kuey Tiow Kungfu yang sangat awesome rasa macam bunga-bunga chenta layu di pusara. Eh eh, kasut flat yang selalu beli RM25 dekat DC tu boleh dapat RM20 saja kalau pandai convince lagi you might get those for less than RM15 dengan corak dan color yang tak sanggup nak mention sebab nanti menyesal pasal tak beli hari tu. But it's not about that kasut yang nak di excitedkan sangat, tapi ada makcik tu yang boleh tak perasan me is a 'cikgu' di kalangan mereka. Alah, makcik ni nak bodek suruh beli pun agak-agak laaa. Jauh beno muka 'cikgu' ni nak disamakan dengan muka budak-budak.




but one thing that I can say like
THE BEST DAY EVER
is




=




=




=




=




=




=




=




"Hello you sexy Tambun cat"




Itu Emir yang cakap eh. That one, holding the bright blue shorts. (sangat tak menyabo nak campak diri dalam air) And that's why he was the one yang paling bersemangat sekali once he saw 4 cats in front of the entrance terus cakap "cikgu-jum-ambik-gambar-dengan-kucing-tuuu". Haha, you so cute la Emir.





Feeling just like holiday with your own daddy and ... ok your daddy sajalah ^_^
Need to caption the names? They're Mr. Mohd Ridwan and Mr Ramamoorthy.
Thank you for giving me the opportunity boss!





See, got our own hut tau.





Ok bye! Masa untuk buat-buat lupa bahawa angka umur ialah 22. 
Together with the cute Ah Ling.





And this is the Baked Fish for lunch. Strongly recommended sebab lemon sauce dia sangat awesome. I was asking the chef for additional sauce 3 times when packing that meal. (packing sebab rushing for the train) So tempted sampaikan tak tergamak nak makan dengan rakus. Harus enjoy every bite okeh ^_^ (tiba-tiba telan air liur)





And sebab terlalu sporting, Emir was asking me to buy him a sovenier. Not asking. Dia pow aku actually. Because he was so setia follow this 'cikgu' dari awal pintu masuk sovenier itu sambil memegang keychain harimau RM8.90 and tersengih-sengih buat muka cute sampailah ke pintu keluar. Ouch, budak-budak zaman sekarang. Sabar jelaa ~




By the way, that was so much fun and time ticking so fast. Time to pulang ke tanah air. It's ok. Dah ada perancangan nak bawak anak-anak datang sini. Melampau tau angan-angan :P

Monday, November 5, 2012

tHiS iS WhY i LoVe HiM sO mUcH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




"terharu"




Itu je nak cakap.
And hanya yang setia baca belog ini sahaja yang akan faham ^_^




Sekian,
Saya mahu tido awal.
Tomorrow off to Tambun!

Sunday, November 4, 2012

PaKai tUdUnG kE TaK paKai TuDuNg LaGi BaiK?



Macam biasalah, mulakan dengan bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW,
Dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
^_^









Freedom. Ya, semua orang ada kebebasan untuk buat apa sahaja. Untuk bersuara, untuk berdiam diri, untuk beli kereta, untuk jual rumah, untuk berkahwin dengan siapa, untuk tinggal di mana, it's up to you. Tetapi bukan semuanya. Sebab itu aku terus intro dengan nada serius nak cakap pasal hijab pasal benda yang paling simple Allah SWT suruh buat tapi kenapa paling susah untuk kita ikut? Dan ingat, itu bukan kebebasan tetapi kewajipan. Ke'WAJIB'an.





"Orang yang tak pakai tudung, tapi sembahyang lagi baik daripada yang pakai tudung tapi tak sembahyang." 




Baik? Siapa yang baik? Dua-dua perangai tu tak boleh pakai tau. Sembahyang dan tutup aurat itu dua-dua adalah sama WAJIB dalam Islam. Sama-sama hukumnya kalau tak buat salah satu akan berdosa besar. BERDOSA BESAR! Jadi jangan sesekali rasa aku-tak-pakai-tudung-tapi-aku-sembahyang-so-aku-orang-baik. Akak bukan tak boleh terima statement tu, tapi rasa macam kelakar laa. Kau dah terang-terang tak pakai tudung, tapi kau mengaku kau baik. What is that? Perangai apa tu?




"Tapi kalau pakai tudung, in fact tudung labuh lagi tu, tapi perangai buruk nak buat apa? Lebih baik tak pakai tudung tapi hati baik, suka tolong orang dan sebagainya kan kan kan?" 




Adik sayang... pakai tudung, tutup aurat, itulah sebenarnya yang membezakan antara wanita Islam dan wanita kafir. Diorang pakai skirt pendek, baju jarang nampak bra, nampak segala, tapi hati baik, bagi sedekah, buat amal kerja-kerja sukarela bagai. So, apa bezanya dengan wanita Islam? Sia-sia mak ayah hantar pergi sekolah dari kecik sampai besar belajar agama semua tapi tak boleh nak fikir. Malulah.





Well, do you realize that we’re the most wonderful creature on Earth? Allah lahirkan kita sebagai seorang Islam dan sebagai seorang wanita. Dan tuntutan bertudung itu sebenarnya satu anugerah yang Allah kurniakan kepada kita sebab itulah ‘trademark’ yang Allah beri untuk membezakan kita dengan wanita bukan Islam. We should proud of it.





Say what ladies?




ohsem!




Then ada pulak orang cakap, 





"Kitorang pakai baju ketat pun, at least kitorang pakai tudung. Itu pun nak bising lagi ke?" 




Naaah, yang ini memang susah sikit nak cakap. Tapi walau apapun, tahniahlah kerana berjaya memenuhi tuntutan bertudung itu. Cuma apa guna pakai tudung kalau baju ketat, sanggul tinggi? Eh, ini bukan suka-suka cakap je tau, jangan lupa, Nabi SAW dah bersabda dalam peristiwa Israk Mikraj...




“Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya iaitu, kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya.” 
– H.R Muslim, Ahmad, Baihaqi dalam Qubra dan al-Tabrani dalam Mu’jam al-awsat.




Bukan setakat pakai ketat-ketat dan bersanggul tinggi saja. Kalau pakai tudung tapi berhias lebih-lebih dan berperangai macam tak senonoh, tak semenggah pun tak guna juga. Jaga tingkah laku. Ketawa jangan terbahak-bahak, cakap jangan kuat-kuat, menjerit-jerit. Haish, tak sesuai. Dan satu lagi, niat. Ikhlaskan hati. Jangan pakai tudung sebab trend, bukan sebab 'cik abang' suruh, bukan sebab nak akad nikah, bukan sebab-sebab yang selain daripada Allah SWT ok dear ~^_^










(Sambil angkat-angkat kening) – So, how? Tak ada rasa apa-apa? Rasa macam alaaa-setakat-api-neraka-apa-ada-hal. Gitu eh? Tak apalah. The choice is yours. Renungan untuk diri sendiri. Kalau nak share, sangat dialu-alukan. Spread the love ^_^. Sekian.

Saturday, November 3, 2012

ALLAH kNoWs BeSt ~ CaN i HaVe A BrEaK?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Peace be upon him, Prophet Muhammad SAW.



Got headache just now. The throat as well doesn't feel comfort. But the practical report must be continue. No matter what. Cause I just have a week to make it complete as well as the other things. Assignment, Thesis. Alhamdulillah, yesterday done with collecting the questionaire. Thanks to adik-adik Sekolah Sains, Kuala Pilah, adik-adik Sekolah Menengah Dato' Sedia Raja, Rembau. Adik-adik sekitar Bahau, Jempol. You guys were soo cute and adorable. Encik Perodua who willing to distribute the borang as well. And to tomato and beruang who has taking over the borang for daerah Tampin. In short, the thesis mission is now officially begin!




So here the other habit, which is when I feel like stuck or depress with works, I'll turn to blog to express everything. But not everything IN DETAILS. I have that part of 'secretive' still guess I need to silent for a while. To my dear Queen B, Kyra Diyana, MCC Sisters and whoever read this and have a deal with me I mean whom I owe them a date, please accept my apology. I don't think I can make it in time. Lets take it as cancel. But not 'really' cancel. Cause I'm tired with planning yang always tak menjadi. Urrgghh...!!!




Time to repent and reflection!




Give me a break and I'll be back with a better entry, insyaAllah. And do pray for my health as well. Tq.




Salam sayang,
Ocha Omar ^_^

Thursday, November 1, 2012

PPD ~ LoVe U LiKe a LoVe SoNg BaBy ~ oCHa DaH pEnCeN pRaKtiKaL ~ aLhaMdULiLLaH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT DEAR BROTHERS AND SISTERS ^_^



Officially, saya sudah tamat praktikal. YEAY! Memang official. Tetapi tidak bermakna saya tidak akan menjejakkan kaki ke PPD Tampin itu lagi. Obviously aku harus ke sana sebab telekung dekat surau terlupa nak bawak balik. Itu yang pertama. Secondly, aku harus ke sana next week sebab program menangani gejala disiplin En. Ridwan belum tamat. Kalau aku tak ada, budak-budak tak dapat sijil. Kalau aku tak ada, no one willing to do the documentation. Lepas tu diorang cakap kalau-kau-tak-ada-ada-aku-kisah? Haha, bajet sangat statement. And thirdly, aku harus ke sana next week juga sebab I'm going to Ipoh. Tambun, wait for me ok! I'm gonna lost in you hahah.




By the way, semua itu adalah outdoor program. I still have to say goodbye to everybody I mean yang bukan under sektor pembangunan kemanusiaan human and development hmm pasal I know I takkan jumpa diorang lagi dah lepas ni sebab... alahai, touching pulak rasa tiba-tiba.





Goodbye kerusi empuk yang sangat selesa. Meja yang besar. Ada direct line sendiri. Komputer with internet cable. Cermin besar belakang kerusi yang boleh direct skodeng orang di luar tuu. The most strategic place I ever been, in fact, my first working experience yang sumpah tak akan lupa sampai bila-bila. Very the 'Alhamdulillah'. And a big thanks to Encik Kamil. Semoga Encik Kamil terus kuat dan cepat sembuh. (I left the perfume vase on ur table hoping that u'll never forget me ^_^)





Encik Muzafar dan Encik Nazri yang banyak bagi tunjuk ajar. Nomu nomu kamsamnida ^_^
(hew, k-pop)





Financial Department crews yang a bit serious and scary (sometimes) haha kidding - A big thanks to you guys as well. Walaupun Ain jarang jejak dekat bilik kewangan tapi kakak semua sangat awesome. Dan cumel. Eh Encik Nazri apa kes enter frame?





Okeh, ini bukti, berapa banyak staff yang outstation semalam. So, my farewell majlis yang sepatutnya sedih aku rasa macam taklah sedih mana pun. In fact tak sedih langsung pun actually. Sebab orang-orang kesayangan (especially yang nombor 5) kebanyakannya tiada di opis even bos besar pun. So, I guess majlis perpisahan tu macam majlis lepak-lepak minum petang bersama staff gitew. Boley eh?





So, this is the sesi membaca doa sebelum memulakan majlis. Semua tekun dan kusyuk.





Semua cover.





Dan itu Encik Zul yang bagi speech wakil bos besar. Ouch, macam ape eh nak describe? Macam kalau selalu aku jalan dalam opis and bertembung dengan dia then dia akan cakap 'ain-kau-bila-nak-habis-ni?' lalu aku pun reply, 'Encik-Zul-ni-asyik-tanya-saya-je-Encik-Zul-tu-bila-pulak?' lalu dua-dua pun akan gelak besar. Begitu boleh bayangkan tak the air and the environment speech tu macam mana? Tu yang bertepuk tangan bagai nak rak tuu. Mujur tak over reaction.





Then after my short speech, sesi penyampaian hadiah lalalalala. That's abang Said from unit pembangunan. Together with kak Nan Ayu tapi kak Nan dah holiday earlier than me sebab due baby dia next 2 week kalau tak silap. So, since kak Nan dah berangkat ke Terengganu, abang Said la wakil beliau. Ok, Encik Hairul over tau suruh aku ambik gambar sambil duduk dekat kerusi tu. Ada yang makan sudu ni kang.





As well as Encik Abu, wakil daripada sektor pembangunan dan kemanusiaan yang I cakap favorite sangat tuu. Over lagi tau si abang Hairul ni siap nak jadi pegapit mentang-mentang Cikgu Abu nak pencen tak lama lagi. Cikgu Abu, marah dia sikit.





Okeh jenuh la nak update satu-satu. So in short, inilah dia koleksi yang terkumpul selepas 3 bulan. Nak tahu isi dalamnya, biarlah rahsia. Guess what ada someone bagi I Ferrero Roche yang gabak punya box tu hamboih ni double meaning ke hapa? See...






I mean, tak la gabak mana tapi still Ferrero okeh. Punya tak menyempat nak tunggu sampai rumah macam tau-tau je ada makanan dalam banyak-banyak hadiah tu...lalala. Tapi walau macam mana pun, masih tak dapat menandingi mahalnya pengalaman yang aku dapat di sana. I mean, di PPD itulah. Even kalau bagi BMW pun of course akan terbeliak jugak bijik mata dibuatnya. Tapi deep down, you know how sentimental I am kan kan kan? PPD sayang, thank you so much. Sarang hae. Sarang burung. Sarang tikus. Sarang labah-labah. Bye-bye.

Tuesday, October 30, 2012

1st CuPcaKeS iN BaKiNg HiStOrY ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



In my baking history, belum pernah lagi aku memasak kek dalam masa sepuluh minit. Seriyes, 10 minit. Sounds macam impossible kan? Tapi kenyataan itu adalah benar. Sebab membuat cupcakes rupanya is the easiest thing on earth. Mummy yang masak kuah kacang sejam awal pun siap lagi lambat daripada aku. Kenapa tersipu-sipu macam tak percaya. I tak menipu ok!





Well, that's my babies. Polka dot version. Kononnya nak buat layer version macam kek lapis gitew tapi bila tengok cup dia polka dot aku pun terus tukar plan. Buat bater plain macam tu, without coloring, then letak choco chips atas dia bagi effect dot-dot. Haaa, kan dah matching. Baguih aku punya spontaneous idea kan.





Itu bukan spontaneous idea. Itu pemalas punya perangai. See, konon la cantik sangat polka dot pakai choco chips, sekali bila kek dah naik, huru hara pandangan mata. Entah apa yang dot aku pun tak tahu. Rasa macam tak nak mengaku babies padahal tadi kemain kembang kempis hidung kemek.





Well, alkisah nak mengkreatifkan diri kononnya, aku bercadang nak letak krim filling atas tuuu. Cadangnya nak buat simple je versi sugar and white egg yang masak atas boiling water memang aku tak pernah buat tapi cadangannya begitulah. Lagi pulak lepas borong berapa banyak accessories cake yang macam manik-manik love tuu, yang macam bunga-bunga cinta tuu, yang macam butterfly kan aku pernah cakap kedai dekat senawang tu memang heaven sangat tau mesti rasa aaawww, lepas tu berangan main decorate cupcakes dengan anak-anak alahaaaaaiii, schuwitnya. (letak tangan dekat dada, mata pandang atas)




Tapi tak sempat nak bancuh filling, cupcakes dah hilang. Kemanakah?




Ok, sekian cerita pasal cupcakes. Mari mengira turun (countdown) hari dan jam untuk habis praktikal. Noting else to say. Bye!





Guess from who? 
Alahai, at first glance ingatkan hantaran kahwin tadi :P

Monday, October 29, 2012

DoNt Be ToO eMoTiOnaL - "cHiLL La dEaR"



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
hi peeps!




(which we call it tawakkal)







It's getting late. But still, I got a lot to tell. Tak sangka it's almost November. Diary pun dah makin nipis sebelah kanan. Maknanya? Dah hampir tiba masa untuk berjimba!!! (Lempang pipi kiri dan kanan)




Well, Alhamdulillah, tadi pensyarah supervisor datang memantau. Semua baik kata dia. Bukan kata pensyarah, tapi orang yang memantau. Sedih tak tahu kenapa. Really wish Encik Ridwan ada di sini haish time-time gini dia nak pergi honeymoon pulak. Guess what, today is Encik Ridwan’s birthday. So let me, 




HAPPY BIRTHDAY KEPADA 
SUPERVISOR YANG FAMOUS DI BELOG INI!
(memang aku suka up kan orang yang best dengan aku ^_^)





Happy 52nd birthday boss!
(dengan gaya salute)




Hey, unfortunately, he’s not here. Off to Bandung sampai hari Khamis and I wondering apasal kena cerita semua ni hah? Oh, yaaa.. Bila ada Queen B, Hunny Friday, Cik Bibah, Nurul J, Encik YB and of course the Tomato as well as the beloved superb mummy in the house, then the dilemma automatically disappear. Tak payah cerita pasal dilemma lagi eh. Kita senyum-senyum saja sekarang.




And Alhamdulillah juga because walaupun there’s a moment I rasa macam lost sikit hari ni tapi balik rumah grab a magazine atas meja tak tahulah agaknya Tuhan memang nak tunjukkan dekat I yang an awesome women never give up, never give a chance to failure to enter her life – Macam tahu-tahu I was looking for some motivation tak tahu macam mana selak magazine terus terpampang few stories about 12 inspiring passionate and so smart and awesome women and I was like whoaaa...!!!!!!! (apakah exclamation mark banyak sangat?)





(saje la mengada tengok trailer ni tadi, 
hey, iklan pun dah beriya tutup muka, real movie agaknya macam mana eh?)



Oh, sambung cerita. Contohnya macam Sharina Roslan (of course you nover heard the name) working as a nurse in Saudi Arabia, well, she’s a nurse, but internationally ok and the best thing that I adore so much about her (tiba-tiba terus adore) is, she even dream to be a jururawat sukarela Palestin. Awesome kan? I used to have that kind of dream jugak, tapi sebagai wartawan Al-Jazeera. Ada kena mengenakah?




Ok then someone ni nama dia Esniza Esa, sanggup berhenti kerja semata-mata nak buat bisnes ayam kampong dengan her husband. Siap cuci, siap potong, packing, and even hantar teghuih depan rumah. Gempak kan bisnes? Ayam kampung? Like what on earth punya idea aku nak buat bisnes ayam kampung tu tapi bila dah ada bukti depan mata orang lain buat begitu, ok never think twice lagi dah. Masa tu jugak terus teridea nak ternak rabbit. Alaaa, comelnya. Tak sanggup nak makan. Ok, quit!




Atau paling koman punya idea is bisneskan hobi. Macam tak percaya at first eh buat accessory and birthday card sendiri pun boleh jual ke? Hmm, satu lagi inspire datang. I love card making as well what? Baking, create shoes design, tulis novel pergh banyak jugak eh passion aku yang boleh dibisneskan. Huarghh, kalau part berangan aku memang nombor satu.





Anyhow, rasa semangat lepas baca story mereka. So awesome and got some spirit for tomorrow. And yeah, since I dah dapat permission daripada ‘encik husband’ untuk ke Langkawi, I mean, the decision still not final yet but so far begitulah rasanya kot. Khas buat adik dan kakak yang membaca, nanti I beli oleh-oleh untuk u ols okey. Enjoy Seoul Garden!




“Masing-masing mempunyai kehendak dalam membuat keputusan, berdasarkan apa yang mereka mampu dan apa yang mereka mahu. Raikan perbezaan itu. Ada orang suka buat kerja sukarela, ada orang cenderung menderma dan ada orang menggunakan bakat mereka bagi mencipta kebaikan dalam hidup. Perbezaan itu tidak menafikan hak masing-masing meraikan kebaikan dalam acuan mereka sendiri. pokok pangkal semuanya membawa kepada perubahan.” 

Irma Hasmie, 
from SMILE.





"Orang yang berfikir panjang tidak perlu mendetailkan setiap perkara. 
At this point, I know the meaning of besties."

Ocha Omar
quotes terbit tiba-tiba 
^_^

Friday, October 26, 2012

JaNgaN bUaT i DiLeMa maCaM Ni pLiSs...



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT 
DAN SALAM AIDILADHA JUGAA...^_^




Aku tengok satu iklan ni dekat tv. Iklan untuk warga emas. Walaupun aku rasa macam jauh untuk ke tahap warga emas tu, tapi bila umur 22 pun orang dah guess 27, maka aku rasa wajarlah kot untuk memikirkannya. Dah boleh consider untuk mula menggunakan anti-aging cream, dah boleh consider untuk memanjakan diri di spa, consider untuk cuba buat segala benda yang ekstrem, things I never try dan kembali bertaubat. Apakah?




Now for your information, I’ve never been to Langkawi. I’ve never been to The Lost World of Tambun, Kellie’s Castle, naik keretapi laju, aku tak pernah rasa semua itu. Jadi bila PPD atau lebih tepat lagi my boss atau lebih tepat setepat-tepatnya Encik Mohd Ridwan Idris (yang adik kyra diyana bilang hensem tu) offer aku untuk join sektor pembangunan kemanusiaan itu berjalan bersama kanak-kanak sekolah ke sana, of course aku akan terasa seperti are-you-serious-boss?




Itu baru domestic offer. Belum lagi aku consider pelawaan untuk ke Thailand pulak. Mujur bulan 12. Bulan kembali ke sekolah. Jadi yang boleh di consider adalah dua tempat itu sahaja. Minus latihan menembak on 8 November memang berkobar-kobar sangat rasa nak pegang M16 tapi memikirkan di lapang sasar yang sangat terik. Ok, bye M16! Jadi offer ke Langkawi kembali berlegar-legar di fikiran. Bila difikir-fikirkan, ia sangat berpatutan. Tambang free, pergi ramai-ramai, I mean it’s different when we join a team but act as individual tau. Lagi different when you’re no longer part of the team actually. Fully outsider. Kau mesti tak faham kan. (tak apa, soon you will)




So bila mummy pun cakap pergilah-kau-muda-lagi. Dia suruh aku berjalan puas-puas. Semalaman aku fikir. Mujur jugak aku masih tak berlaki. Kalau tak, kena dua malam aku fikir. So, itu pro jadi orang single. Free to move. Dapat permission mummy and daddy, then you go. Tapi ada satu masalah yang aku masih fikirkan semalaman jugak. The promise. I made a lot of promises with a lot of people. Well, sejak berjauhan daripada besties ni biasalah...




Tapi hari nak ke Langkawi itu adalah sama dengan hari aku berjumpa dengan sisters MCC yakni kaklong, kakchik and kakchu. (Masuk ni dah dua kali postpone.) Syukurlah aku tak jadi PM kalau tak, tema janji ditepati memang langsung tak kena dengan aku. Ok sekarang dilemanya begini. Aku fikir, kalau nak jumpa u guys, anytime actually aku boleh pergi jumpa. Tapi ke Langkawi... Perjalanan yang berjam-jam tu... Even masih dalam Malaysia... You know... Dengan boss dan crew yang aku sendiri rasa macam family... Alaa, susah la nak decide macam ni... Nanti korang mesti cakap aku ni manusia yang tidak menepati janji... Kitew tak sukew tawww... Kitew serba salah tawww... Just, cube bayangkan awak jadi saya...




Memanglah offer ni bukan once in a life tapi... Haaa, tuuu yang kata nak ke MP Melaka apa cerita? Date tak clash, tapi tak ada siapa mesej I pun...




Kepada yang berkenaan, sila respon sekarang. Jangan buat I dilema begini... Plisss.





I said please...





p/s: tergendala nak post pasal cupcake hari raya. sampai hati u ols...

Wednesday, October 24, 2012

BuLaN zULhijjaH YaNg OhSeM


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN SAW
ASSLAMUALAIKUM WBT



Saya ni kalau busy memang busy sungguh. Kalau free pulak memang free sungguh. Alah, cliche cliche. Cliche ayat kau. Anyway my dear, assalamualaikum wbt sekali lagi. Hari raya kan tak lama lagi. After tomorrow. Tak lama lagi la tu. So perkara paling gian nak buat is duduk di dapur dan menjahanamkan dapur. Lagi pulak lepas jumpa satu cake store dekat seremban hari tu Ya Allah aku punya borong kau jangan cakaplah nasib baik dalam purse RM50 sahaja kalau lebih daripada RM50 memang jahanam, rabak atm kad asyik nak mencucuk je keje. Anyway mak cik Ina, you're awesome! Terima kasih banyak for introducing me to that gorgeous cake store. It was like a heaven to me.




InsyaAllah, aku update pasal cake lepas raya nanti. Tapi sekarang, kita cerita pasal Zulhijjah ok. Siapa tak tahu bulan Zulhijjah bulan ke berapa dalam kalender hijri sila angkat tangan! Siapa tak tahu birthday aku is pada bulan Zulhijjah sila angkat tangan! Siapa tak tahu birthday dia dalam bulan hijri pun boleh angkat tangan kalau rajin!




Tak apa. Bukannya aku nak murka kalau korang tak tahu birthday dalam bulan hijrah. Tapi kalau tahu lagi elok la kan. So, mine is on 25 of Zulhijjah. Kalau ikut kalender masihi tu kira 25 Disember la macam Krismas punya hari sebab Zulhijjah ni bulan yang last dalam kalender hijrah. Tapi Krismas apa kau bulan Zulhijjah kan kan kan? Jadi 25 Zulhijah tahun ni bersamaan dengan 10 November 2012. Memang hebat kalau ada yang wish aku time tu...lalala. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah al-asr. Bye!




Sambung cerita Zulhijjah yang real punya. Sebab nak raya haji, jadi bulan Zulhijjah is obviously famous pasal haji dan cerita-cerita orang yang menunaikan haji as well as about Qurbaan dan juga ok itu sahaja. But 1st, of all, LETS FASTING TOMORROW! Sebab besok 9 Zulhijjah. Sebab 9 Zulhijjah itu ialah hari Arafah. And what is the best thing about fasting on the day of Arafah is...




(itu bukan no '9' semata-mata. sila besarkan gambar dan baca tulisan di dalamnya)




Naaah, isn't that awesome? Tuhan beri macam-macam peluang kepada kita untuk menikmati ganjarnNya. Tinggal lagi kita nak atau tidak je. MasyaAllah. Lagi hebat daripada mega sale kan? So, malam nanti jangan lupa niat puasa besok ok. (harap-harap bulan tak mengambang) ^_^




So, itu yang pertama. Next. Tahukah u ols tentang sejarah bulan Zulhijjah? Sejarah tentang Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail? Bukanlah aku ni orangnya yang jenis rajin untuk me'restate' dan me'recall' balik cerita itu semua. Alaaa, dulu masa kecik-kecik kan Ustazah dah ajar subjek Pendidikan Islam. Jadi you guys recall sendiri la ye. Saya cuma mengingatkan. Dan...




 (Terlupa nak state dekat atas tadi)




Dan besok boleh la kita start bertakbir beramai-ramai lepas berbuka. Ini bukan bertakbir style Aidilfitri ok. Gangnam Style lagilah bukan. Tapi style Aidiladha. Acanner style Aidiladha? Bertakbir sampai habis hari Tashreeq iaitu pada 13 Zulhijjah. Nak kena ajar macam mana nak bertakbir ke? You ols tunggu I asah kasut tumit tinggi I dulu ok.




Baiklah, sekian sampai di sini sahaja peringatan saya yang tidak seberapa untuk para pembaca. Akhir kata,




yang benar, 
Encik Lembu




Saje letak sebab dah mula rindu merenyam kawan-kawan yang nak balik Mesir.
Eh, ke dah balik?

the history

Followers