Friday, May 24, 2013

aFtEr YeaRs Of ExaMs aNd SLeEpiNg iN cLaSs



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




"Now the time has come"




Baiklah, amaran awal buat para pembaca. Entry ini adalah entry bergambar sempena hari graduation (G-Day) yang saya janjikan previously. Bukanlah semuanya gambar semata tapi kebanyakannya memang gambar laaa. Dan entry ini amat sangat terlalu sungguh dan memang panjang gila gila gila. Jadi, kepada yang rasa-rasa dia tengah sibuk dengan meeting ke, busy nak buat homework ke tengah kejar deadline or what-so-ever dan sebelum korang pulak jadi gila, adalah dinasihatkan agar korang tidak membuang masa membaca post aku ini. Nanti dah ada masa lapang baru bulih. Ok, sila skrol bawah lagi...





Bawah lagi please...








Ok. So ceritanya, four and a half years ago, these are the girls yang aku kenal sejak bergelar pelajar universiti. Kalau baca belog aku masa zaman-zaman tahun 08-09-10-11-12-an muka-muka ini adalah sangat tidak asing lagi. Mereka membuatkan zaman asasi aku sangat bahagia sebab dioranglah kawan gaduh kawan gedik kawan gelak kawan gila semua yang bermula huruf G kalau boleh aku nak taip kat sini. 




Actually ramai lagi. But since masing-masing dah berpisah ke kampus UiTM cawangan lain so tinggal ini sahaja yang dijadikan teman gosip sehari-harian. Alhamdulillah, semuanya grad on time. Walaupun 'kolar' aku saja yang warna kuning meaning that aku tak sama fakulti dengan diorang, tapi budak-budak law tak sombong ok sebab mereka masih nak berkawan dengan saya ^_^ - Sebab aku ugut kalau tak datang photoshoot aku tak nak mention nama dalam belog...hahah.




Congratulations girls!!!








Finally we made it. Walaupun scroll tak sama, but I feel happy cuz we're still together untill the end. Even not together all the time Ya Allah kalau nak cerita krisis-misis memang tak payah cakaplah. Tiga tahun dekat Shah Alam ni rasa macam mencabar sangat nak harung sekali bila dah sampai G-Day rasa macam eh eh, biar betul kita nak grad? Seriously, I had so much bitter-sweet moments with you guys. Siapa tak jemput aku datang kenduri kawen dia nanti aku ban nama korang dalam belog aku. Hek eleh, nak ugut lagi. Oh ya, from left silakan...



LAWYER LYDIA, LAWYER NADZIRAH, MISS OCHA (InsyaAllah doakan aku jadi lecturer suatu hari nanti), LAWYER EZZY, LAWYER FARA, LAWYER HANI, LAWYER LINDA and LAWYER HAAJAR (like the best gosip mate ever!)








Fine, semua orang lawyer aku je tak...hahah. 
This is kehendak Allah. We never know future anyway.




So, itu kira girls group yang kira paling senior dalam hidup aku la. Yang bawah ni, lebih kurang 2 or 3 tahun kot like sejak aku mengaktifkan diri join MCC dekat Melati dulu tak yah ceritalah malas pulak nak bagitahu 2,3 kali so kena jadi follower belog aku yang setia baru faham cerita setiap entry I okeh. TQ.





Nak bagitahu from left jugak ke? Ok, from left MISS YAYA (baru grad hari Isnin hari tu - congrats darling), MISS ROY, MISS NAJWA, MISS OCHA (lagi), MISS YATT and MISS MIMI. And nak bagitahu, kitorang semua sebaya tapi Yatt dah grad tahun lepas. Aku dengan Yaya baru grad hari tu. Roy, Najwa and Mimi next year sebab diorang budak akaun so diorang lagi hebat so diorang kena belajar lama siket la kan kan kan...








Tapi harus mention Cia jugak, sebab tolong snapkan gambar kitorang hari tu. Aku kalau setiap kali keluar dengan diorang ni memang tak jadi orang normal dah. Tak kisahlah. Yang penting thank you dear for being there celebrating the moment. 




Kalau macam nilah dia punya celebrate, hari-harilah aku nak grad! Hahah - Dengar cerita ada orang tu mengidam sampai termimpi-mimpi. Haaa, inilah DOMINO yang dijampi tuuu :P








Well, tak cukup dengan diorang, on my way nak balik Putrajaya petang tu sempat lagi menyinggah photoshoot dekat depan dataran Putra ok like it was part of my plan jugak sebenarnya nak bawak gadis-gadis di atas tadi ke sana tapi memandangkan banyak sangat kekangan and banyak sangat reasons yang sampai so aku dengan selamba badak redah berani mati je posing sorang-sorang apa kau ingat aku dengan badak tu bestfriend ke? Dah la sorang-sorang, mula-mula memang niat nak cancel je niat photoshoot dekat Putrajaya tapi tak tahulah ada pari-pari datang and made my wish come true oh taching taching rasa nak nangis tibe-tibe.








Yang penting scenery kat belakang tu. Even hari-hari lalu jambatan ni, tang mana pulak aku nak tangkap gambaq pakai jubah konvo weh? Jadi kesimpulannya, thank you Dr. M for established such a beautiful government administrative centre amboih kemain aku skeaping memanglah beautiful sangat sampaikan bila dah hari-hari lalu Alamanda, hari-hari lalu kompleks kerajaan kubah kaler hijau tu, lalu masjid Putra and aku pun macam "biaq-betui-aku-dok-kat-sini-la-ni."




Terima kasih jugak Dato' K.




And sebab aku dah penat nak taip, so next pictures, which I save the best for last gitulah kononnya. 




Selain girls di atas tadi, mereka inilah juga buah hati pengarang jantung saya yang oweys bagi sakit jantung, bagi darah tinggi bagi bunga-bunga cinta dan segalanya. My dearest tomato and bear yang tiba-tiba buat aku rasa nak nangis masa taip perenggan yang ni Oh Allah, kau jagalah hati kami bertiga agar sentiasa tetap dengan-Mu dan sentiasa menjadi penyejuk hati Mak dan Ayah kami. Janganlah pesongkan hati kami dengan melakukan kejahatan sehingga mengguris hati kedua ibu bapa kami.








To tomato and bear, congratulations for what you have achieved so far. I'm so much proud of you. Along nak korang datang konvokesyen hari tu sebab along nak korang tahu, senyuman mak ayah yang korang tengok masa tu buatkan penat belajar bertahun-tahun dari pergi tadika mak hantar jalan pimpin tangan sampailah sekarang pergi Shah Alam drive sorang-sorang, eh eh rasa macam penat belajar hilang macam tu je sebab dapat tengok senyuman mak ayah.




Dan sebab bertahun-tahun diorang bekorban dan bersusah-payah untuk kita bertiga, jadi along nak korang belajar rajin-rajin and jangan buat mak ayah berhenti berbangga dengan kita. Nak jadi orang berjaya, it's really a thousands miles of journey. So, don't ever give up, don't ever stop. Redah je apa yang datang. Pertama sekali, because of Allah SWT and secondlly because of our beloved mummy and daddy. 




To bear, finish your diploma on time. InsyaAllah ada rezeki nanti along try apply jadi lecturer dekat politeknik kau...hahah. And for Tomato, always believe in yourself. Along doakan yang terbaik untuk kau. Rezeki Allah tu di mana-mana. Along doakan kau lulus interview degree Sabtu ni. Meh sini along jampi meh-meh...




To my best boyfriend




And to my best girlfriend



Thanks for always be there for me. Like all the time. Together with me in happy and tears. Allah sahaja yang tahu betapa bangganya along lahir sebagai anak mak dan ayah. Well, I don't know how to say it but truly deep inside my heart, I'm always grateful to have you as my mom and dad. Bajet mak dengan ayah baca belog ni and paham sangat aku speaking..lalala.




Ok, lauk gulai maman mak hari tu sangat terbaik. And pertama kali tengok ayah pakai baju batik sekali pandang macam MB nismilan. You're so ensem la daddy. Nanti along nikah ayah pakai ensem-ensem macam ni lagi tau. Eh, dah konvo laaa. Dah boleh nikah la kan daddy kan... :D





Ya Allah, jagalah kami, peliharalah kami, panjangkanlah kebahagiaan ini hingga ke akhir hayat kami.
Amin ya Rabb.




Gambaq paling mahal sekali dalam entry ni.
Sekian terima kasih.
(Sambil kesat air mata sebab dah seminggu tak balik rumah.)
Mengada tak?

Tuesday, May 21, 2013

"G-Day" - ThE TeaSeR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Rushing for class. 


Rushing with a lot of things. 


But I wont let the moment to be stored in this big device like siapa nak tengok, tengoklah. Aku cuma nak share the happiness. So, the very coming soon, as soon as I get free time, silalah tahan mata dengan 4-day-photo-shoot-pictureSSSSS like once I put a lot of 'S' there so you know what it means.




Bantal muchuk never out of frame. 
Prof Fat da panggil. Ok, bye!



Monday, May 20, 2013

MaiN GeRai-gERai Jum!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Last week memang minggu yang sangat busy (I guess). Sebab everytime masa terluang and everytime bila dapat tidur, aku rasa macam energy yang aku dapat tu macam cukup-cukup je untuk move on to another day. Memang mengejar duniawi sangat. Semuanya duniawi. Pergi kerja, pergi kelas, kejar deadline, sampai buku yang pinjam dekat library hari tu pun dah terlajak seminggu daripada tarikh pulang. Ambek kau besok standby jela kena bayar denda.




Dan because of last week sebenarnya my very-very-very special day. Hari konvokesyen yang pertama kali seumur hidup macam nerves nak kahwin okeh aku rasa. Dan sepatutnya memang niat asal nak post dan update pasal hari konvokesyen tapi sebab aku rasa tunggu sampai basi dululah baru update boleh tak? Aku nak update cerita main gerai-gerai dekat tadika hari tu dan semestinyalah mereka sangat comel serius aku tak rasa gambar konvokesyen aku lagi penting daripada mereka...hahah. Suwit kan aku?








Ini gambar hari Isnin tau. Masa ni baru nak intro kan anak-anak dengan name of fruits, what colours, what shapes, what tastes, healthy and unhealthy, memang nak ajar benda-benda ni boleh makan masa satu hari. And memang sangat fun sebab nak bagi budak-budak pandai sebut 'guava' dan 'honeydew' dan 'pineapple' dan 'mangosteen' adalah sangat mencabar tapi seronok gila. Nyanyi lagu banana pun best. Alah, dengan diorang ni segala benda pun best...








Some of the real fruits. Yang lain-lain tu introduce pakai gambaq je. Tak mampu nak cari pineapple dengan mangosteen. Ini pun dah cukup untung dah yuno.



 




Yang ni pulak hari Khamis punya lesson. We ols ajar mereka main jual-beli. Masa ni bagi intro dekat diorang dulu cara-cara nak beli macam mana. Let say sebiji grape harga seringgit, then berapa baki duit kalau bagi RM5. Sebiji grape harga seringgit hebat tak?








Yang ni masa Kak Zai tengah briefing healthy dengan unhealthy food. "Who like to eat cikedis?" And once Teacher Ain raised her hands yang lain pun raised sekali. Sangat sesat dan menyesatkan ajaran beliau. "Anak-anak teacher, cikedis is not good for your health tau." - Then cover line. "Siapa makan cikedis nanti dia tak strong." Ok, terus semua orang serbu kedai fruits je. Tak nak makan cikedis dah...







Dapat pulak tukang jual hensome macam artis k-pop gini kan. Sangat berduyun la orang datang beli fruits. That is Shimir and Faza. The so called senior at the school. Sebab yang menjual hari tu is only 6-year-old je. Sebab dah pandai pintar dan pintas kan...








From right honeydew, lepas tu honeydew yang warna oren tu (taktau nak panggil apa), grapes and papaya. Semuanya seringgit sepotong. Seriyes kalau jual kat luar macam ni copek kayo eh. - Terjemahan: Cepat kaya.








Sebenarnya gambar ini adalah pada sidang penghabisan stok. Dah aku dok kat gerai buah je, maka gambar buah jela yang ada. Padahal banyak lagi gerai dekat kitchen and upstairs. Macam menyesal pulak tak ambek gambar semua gerai hari tu. Gasaklah. Yang penting ado.








Dan yang ini pun penting. Hari tu teman Si Aqeel reading storybook dia. Suruh tidur tak mau. Ok, readinglah Aqeel, teacher temankan. Habis satu buku dia hadap yuno. Buku jawi pulak tu. Hebatkan anak I. Sekian terima kasih. Mummy (tak official Aqeel) pun hebat sebab besok test tapi bulih update blog instead of studying at 2AM! Bye!



Saturday, May 11, 2013

CaKaP paKai GaMbaR Je


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



(Senyum dulu sebab tak tahu nak tulis ape - hee :D)




Baiklah. Memang sebenarnya I don't know nak tulis ape. So I've decided to post the latest pictures of me lately. Not me really. Banyak sangat benda nak cakap sampai lastly tak tahu nak cakap macam mana. Anyway, tenkiu sebab sudi buang masa dekat sini. Awak memang suwit. Seriyes. Ok, bye!




 #1: Wanna let you know, this is the current place I'm staying. Bukan rumah, tapi hostel. 
RM90 sebulan. Orang rumah, 5 orang. Berminat nak join the club, contact me? (Ini serious ok.)




#2:  Future doctor. Encik Hazim Silmy yang paling banyak tanya dalam kelas. Yang every time mandi I know what he's going to say; "Silmy tak nak syampu rambut." And I'm always ready with my script, "Ye, teacher tahu nanti Silmy tak nampak kan?".




Ok, sekian terima kasih la sebab jadi part-time model teacher. Lain kali suruh mama jemput balik awal sikit tau.




 #3: Alhamdulillah, lepas hajat mengidam. Nak feeling ala-ala rumah only when you go to pasar malam ok.




#4:  Last Tuesday, I went to Shah Alam untuk ambek jubah konvo for next Tuesday. And Encik Fish telah dipaksa jadi tukang fitting walaupun obviously he's not really fit with that cloak. Tak apa. Sekali sekala eh Fish. I lebiu bantal busuk muah muah!




#5: Back to tadika. My favorite subject: art and craft. Today, we ols buat kad for Mother's Day. Help students create their own card for their mum. Hari tu buat egg shells using the real egg shells (Tak faham la tu). Then buat Earth using coloring flour. Then buat sports jersi by rolling ping-pong ball with water color. Mana nak dapat kerja yang enjoy macam ni? Jadi sila apply kerja dekat Alif Ceria sekarang. Kami kekurangan teacher and teacher assistance okeh. Tenkiu ^_^




#6: The happy faces for mum.




#7: Nak bagi my happy face for Mummy Day jugak. But these (few) things has stopped me for a while. Kau ingat senang ke nak study pasal American Education System? Malaysia punya pun aku tak tahu apa benda. Tu yang gigih sangat mesej BFF time dalam kelas tuu.




#8: Countdown for HARI JUBAH. Excited for rehearsal sekali bila masuk dewan rehearsal pun dah habis. Tahniah kepada diri sendiri. Siaplah kau nanti menggelabah tak jumpa jalan yang lurus. Harap baby Kak Azna tak due early la ye! Takut jadi tragedi hari konvokesyen pulak nanti...hee. Gurau je Kak Azna. Anyway, tahniah semua!




p/s: Monday I got test. Should I care or what?


Wednesday, May 1, 2013

He'S mY sOn. He'S aQeeL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




This is seriously nothing but an entry about my bias little hero I used to tell before named Aqeel Rasikh. Tapi sebelum tu, nak ucap dulu kepada semua "SELAMAT HARI PEKERJA". Tak sangka tahun ni merasa sambut hari pekerja sebagai seorang pekerja even it is not cuti for me at all kau faham tak berapa banyak benda aku nak kena submit nanti. Maka secara literalnya this is not a holi-day (taip entry sambil menangis.)




Tapi tak apalah, mari mulakan May dengan positif. Walaupun I'm a bit sedih sebab tak lagi mengajar kelas Aqeel. Dah la last week dia tak datang seminggu sebab demam. Then, bila dia dah datang this week, tup-tup Kak Zai asked me to teach the four-years-old children and obviously aku memang tak akan dapat spend banyak masa dengan Aqeel dah. I mean, tengok dia depan mata like giving full attention to him... Hmmm...




Just one thing yang aku suka about jadual baru bulan ni is aku kena jaga budak lelaki for daycare. Luckily Aqeel stay sampai petang. So aku ada peluang nak dekat dengan dia after lunch time. Taking care of him like mandikan dia, watch him pakai baju, watch him fold his own towel (part ni serius comel) and yup, I just watching him sebab anak-anak aku dekat sini semuanya diajar untuk independent. And that was the best moment before I let him go downstairs, drink his milk and naik atas balik untuk tidur.




This is the last face that I will put my eyes on before leaving the Tadika at 2.
Sangat bias kan? I know, I know.




Tapi sebenarnya the moment I take this picture, si Aqeel ni bukannya tidur pun. Tengok bawah ni. Position nak cover line sebab dia tahu aku stand by the door watch him sleep lepas tu dia pusing sebelah sana padahal kawan-kawan dia yang lain semua position sama je tidur.




Alaaahai anakku.




Aku pun tak faham apasal gedik sangat keluar statement macam tu. Anyhow, to my dear Aqeel, teacher doakan Aqeel membesar menjadi seorang muslim yang sihat dan kuat. Menjadi seorang anak yang baik. Menjadi insan yang disayangi oleh semua orang. Menjadi hamba Allah yang taat. Setia kepada Rasul-Nya. Teacher sayang Aqeel.




Tiba-tiba rasa tak sabar nak ada anak sendiri. Oh, apakah...?

Sunday, April 28, 2013

BiLa TiMuR tEnGaH & HoLLyWoOd BeRtEmU


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ada orang, yang spesis dia kita tak boleh bagi attention lebih. Tak boleh layan lebih-lebih sebab nanti dia jadi over react. Maksudnya dia jadi gayat sampai tak tahu macam mana nak terima attention dan akhirnya pelempang dia dapat. Tak kiralah siapa pun, lelaki ke perempuan ke, orang dewasa ke budak-budak ke. Macam tak ada kena mengena dengan tajuk kan?




Anyway and anyhow, that guy, yang accuse aku 'pukul' dia hari tu, dah kena 'pukul' balik. Pukul macam mana? Macam apa-apa ajelah. Ini cerita orang lelaki aku malas nak ambek port. Lagipun bukan nak cerita pasal dia sangat. Cerita Nasi Arab lagi best okeh!




Tadaaa!!!




I know it's kind of weird bila bercakap pasal makan. Biasalah dah lama tak JJCM. Kalau JJCM pun haruslah dengan rakan gosip sejati tapi taklah lama sangat rasanya baru berapa minggu lepas kita makan Jhonny kan Haajar kan kan kan, dah kau tak payah nak sentap aku makan nasi arab kau punya home made lagi mana aku mampu nak lawan.




Sebab tu bila someone introduce me about this place and believe it or not, masa first time datang makan, sumpah rasa menyesal sebab order satu pinggan and share dua. Mujur ada kebab so then boleh cover balik menyesal tu. Macam bila first time aku makan mi yang kaler hijau dekat Jhonny laaa. Like first time love, dia terus suka and sejak tu kalau makan Jhonny tak pernah miss order mi hijau or nama saintifiknya 'whatever-aku-tak-tahu'. Sama jugak macam mushroom soup dekat Full House. Alahai, banyak sangat first time lover ni macam mana nak selim.




So here, I present to you, dua benda je...





Roasted Chicken




 And aku punya ni tak ingat nama apa. Mandi Chicken kot.
And the watermelon. Yang Dato' K punya dekat depan tu Mirinda Stoberi kalau nampaklah ye.




I don't know how to describe the feeling sebab bila kali kedua makan ni aku dah macam slow motion sikit. Bukan sebab tak sedap, tapi maybe sebab portion dia terlebih kot. Alaaa, after an hour struggling, licin jugak. See... 




Sila mengaku bahawa aku memang hebat.
(walaupun tak sehebat Dato' K yang setengah jam lagi awal)




Ok, sekian dah habis cerita Nasi Arab. To be honest, I don't really like Nasi Arab before. Maybe sebab belum ada yang pernah 'kena' dengan tekak kot. I was like, 'ok laa'. But this time, I think I found another love ^_^ Boleh laaa datang Restoran Saba ni dekat Cyberjaya kalau nak rasa bahagia macam mana aku rasa. Haha, statement. Okeh tomato, standby gaji bulan depan. Kita hangkut satu family datang sini. Amacam? (sambil angkat-angkat kening).




And last but not least sebelum aku melabuhkan tirai entry kali ini (pergh entry aku dah pasang tirai yuno), silalah tonton IRONMAN 3 dekat cinema berhampiran. Macam biasa, supportlah industri perfileman Hollywood. Statement memang mintak maki.




Tak actually, orang Hollywood ni pandai, dia buat sequel story so that bila kita dah tengok Ironman 1 and Ironman 2, maka haruslah kita akan tengok Ironman 3. Macam Twilight kan. Why I'm not eager to watch the sequels because I never watch the first one amboih panjang huraian aku. Jadi the reason to watch Ironman 3 is because I already know Anthony Stark few years ago, kira macam nak follow-up apa cer dia sekarang laaa. Gitu kononnya. And Alhamdulillah, dia dengan orang rumah dia happily ever after dah. Walaupun rumah dia hancur kena bom kan. Tak apalah, kalau dah namanya Anthony Stark bila-bila masa dia nak tegakkan rumah dia buatlah.




Gigih tak letak atas meja study?
(Aku kalau boleh nak letak dalam almari kaca sebenarnya)




So, bila digabungkan pop-corn moment dengan Nasi Arab tadi, maka jadilah dia... Addicted-to-it. And, next on the list... Dah dah dah, sila sedar diri. No 'next on the list'. Quota berjimba dah habis. Save the excitement for graduation day pulak! Ok, bye!


Saturday, April 27, 2013

Oh pLeaSe, I bRiNg No HaRm HeRe...!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




In term of my act, aku memang kasar. Cakap pun kadang-kadang kasar. Jadi kalau jumpa aku atau bila gurau-gurau dengan aku, naik tangan tu biasa. Tapi bukanlah sampai tahap nak memukul orang. Aku kasar, bukan gangster okeh. Habis tu yang lembik sangat kena lepuk dengan aku pun nak jadi isu apahal? Bukan aku lepuk dengan kayu besbol ke hape. Dan lagi satu, kalau terkena 'lepuk' dengan aku ke apa tu tolonglah faham, THAT WAS SPONTANEOUSLY OK! UNINTENTIONALLY. Maksudnya di situ, anda telah berada dalam kawasan 'zon selesa' saya. Yang bermaksud 'saya-selesa-dengan-anda'.




I believe that some of my friend tak boleh terima that action. Yelah, apahal sampai nak naik tangan kan? Kalau iye pun mesra, banyak lagi cara lain nak tunjuk. Tapi silalah faham statement dekat atas tadi, when someone did asked me 'kau-apahal-pukul-aku-semalam' aku terus like, 'bila-masa-aku-pukul-kau?'. Sebab aku tak sedar apa yang aku buat dan tak ingat apa yang aku buat. Macam kau jalan-jalan dekat shopping mall, then suddenly kau tertarik dekat dress dekat pintu masuk kedai tu and kau pun jalan dekat and belek-belek kejap and kau blah. So my question, is it something that you want to remember? Haruslah tidak. Kalau macam tu kau harus hafal step nak berjalan laaa gila.




Itu pun nak jadi isu. "Ain-pukul-xxxx-dengan-hadiah-tu-seumur-hidup-xxxx-tak-pernah-ada-orang-pukul-xxx-dengan-hadiah-macam-tu-tak-naklah-bagi-ain-hadiah-lagi". Apakah? Aku ni violent sangat ke sampai dituduh 'memukul' orang dengan hadiah? Bunyi macam apa tu? Lelaki lembik yang gedik dan mengada-ngada. Oh ya, dia lelaki. Yang memag pernah bagi aku hadiah suatu masa dulu dan tak sangka dia simpan ingatan 'tragedi memukul' tu sampai sekarang yang aku sikit pun tak boleh nak recall dalam kepala otak ni. Bila masa aku 'pukul' kau weh? Bila bila bilaaa...!!!!!




Okeh, then the best solution is apa lagi? Apologizing je la kan. "Sorry-Ain-tak-sengaja-and-tak-ingat-pun." Really I told him that. Tak luak apa pun minta maaf dekat orang. Tapi memang tak boleh terima sangat-sangat statement yang dia accuse aku pukul dia tu. Susah la macam ni. Tak ada sapa yang faham 'kekerasan' aku. Apa kau ingat the real me is like a princess ke? Weh, aku main bola dalam rumah dengan adik aku okeh. Aku tak gayat panjat pokok tinggi-tinggi. Aku gait buah kelapa, aku kupas kelapa, aku mesin kelapa sendiri. Aku tak cuak pun naik roller coaster. Aku tahu tukar tayar kereta. Tapi aku pakai baju kurung. Aku pandai masak. Aku pandai menjahit. It's just part of me for being kasar.




Even aku 'naik tangan' pun tapi tak pernah la pulak sampai bersentuh tangan dengan orang. Apatah lagi sengaja nak bertepuk-tampar. Kasar-kasar aku pun, aku tahu halal-haram beb. Habis kau expect aku terima hadiah lepas tu nak tersipu-sipu malu say thanks and tunduk muka sambil kelip-kelip mata? Urgh, I rather suicide...




I tell you what, ini baru namanya PUKUL.




Hei lelaki zaman sekarang ni. Sabar jela aku...




Kang ni makan dia...


Thursday, April 25, 2013

"HaFeEz MeMaNg SuKa maKaN sOtOnG"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt




Teacher: Recite surah Al-Maun everyone.




Cocoon Class: (Bismillah and recite Surah Al-Maun along with teacher lip sync).




Teacher: Adi Hafeez sit properly. Kenapa badan lembik-lembik macam sotong ni?




Adi Hareez (his twin): Hafeez memang suka makan sotong teacher.




Teacher a.k.a Kak Yana: (Muka tak ada perasaan.)




Ini Adi Hafeez. 
Teacher harap satu hari nanti awak jumpa entry ni Adi ^_^




p/s: One of the most hilarious day.

Wednesday, April 24, 2013

CaRe To KnOw hEr TiMeTaBLe?



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I wake up in the morning, let say 6.06 or maybe 6.16. Jangan tanya kenapa bukan 6.10 or 6.15 sebab aku punya alarm aku punya sukalah nak set pukul berapa. So tak kisahlah 'cuti' ke tak 'cuti', that's the time aku akan bangun everyday. Errr, sekali-sekala dia terlajak jugak. Kecuali hari sabtu dan ahad. Yaaah, cuti is cuti. I mean kalau tak cuti solat pun, lepas solat tido baliklah. Oh, only during the weekend. Terima kasih kerana memahami betapa aku sangat menghargai weekend sebagai hari untuk beristirehat dan bermalas-malasan. I mean, the timetable so far, begitulah.




Then I took breakfast and around 7.35 gerak ke tempat kerja. Around 10-15 minutes sampailah. Agaknya kalau tak ada traffic light berapa minit lagi cepat kot. Syukur. Dan sementara tunggu kelas start pukul 8.30, aku akan panggil beberapa orang anak kecil untuk berdating dengan mereka di celah-celah keriuhan mereka bersenda-gurau, atau mungkin di celah-celah mereka yang leka menonton learning video sambil ikut menyanyi dan meniru gaya di kaca televisyen tersebut eh eh eh sejak bila andai berkata-kata begini? Lalu aku memulakan sesi pagi mereka dengan aktiviti membaca.




Mulakan dengan anak kecil yang akan balik tengah hari. Yang balik petang boleh 'reading' during class session atau mungkin sebelum mereka tidur tengah hari nanti. Dan biasanya, dalam masa setengah jam tu sempatlah reading around 3,4 orang. Depends berapa muka surat diorang baca. Selalunya 1,2 page pun dah cukup. As long as diorang baca. Ok, cerita reading di pagi hari dah habis. Then after short assembly (termasuk baca doa and exercise ringan sikit), learning session pun bermula.




Learning session waktu pagi biasanya teachers akan buat outdoor punya activity. Gardening ke, play dekat playground ke, biasanyalah. Ada jugak indoor. Sometime buat class project. Then around pukul 10.15  diorang rehat because my class is 5 years old children, bagi adik-adik 4 years old rehat dulu. Depends on breakfast jugaklah. Kalau makan yang berat-berat like nasi lemak or nasi goreng biasanya extra period sikitlah waktu rehat diorang tu. Kalau setakat breakfast roti or cereal, pantas litar pintas la mereka. Dan lepas tu sambung learning session balik. Masa ni masing-masing agak super active. Makin susah nak kawal. Sebab energy dah terlebih kot. Sampailah waktu lunch. 12.30. Maksudnya dah habis learning session la tu.




Dan bila semua dah selesai makan, masing-masing naik atas, mandi dan tukar baju apakejadah semua, lepas tu turun bawah balik minum susu. Oh ya. Tak semualah. Mana yang parents nak jemput tengah hari tu diorang balik tengah hari laaa. So, tinggal la beberapa kerat je yang perlu dimandikan, dipakaikan drypers, disikatkan rambut segala, really masa ni terasa sangat mak-mak okeh! I mean, sebab masa ni tak setegas dalam kelas. Masa ni attention more to bagi kasih sayang, melayan diorang merepek, dengar cerita diorang, main-main dengan diorang, kalau kau tengok aku punya roleplay masa ni, agaknya memang boleh dapat anugerah ibu penyayang. Macam biasalah aku punya berangan. Ok bye!




Nak dijadikan cerita, ada pulak sorang anak murid aku ni nama dia Aqeel Rasikh. (Maksud nama Rasikh itu apakah?). Tak tahulah. Tapi nama Aqeel/Aqil tu memang aku dah reserve baik punya untuk anak aku adalah dalam beberapa tahun yang lalu. I don't know why but I really love that name. Yang bijaksana - Yang baik budi, - Yang penyayang. See berapa banyak dia punya maksud dalam satu nama. Tak payah letak nama kedua dah. Aqeel bin XXX cukup. Jadi sebab berangan nak anak nama Aqeel, maka secara tak langsung my attention become more to that little handsome guy. Bukanlah gedik asyik nak bias dekat dia, but it's true, memang si Aqeel Rasikh ni sangat pintar, so silent and humble even baru 5 tahun. In my eyes, anak ni ada potential untuk jadi Imam Muda suatu hari nanti. Or mungkin juga pegawai besar dalam bidang keagamaan. Who knows. Wish you're my son Aqeel. Oh, berangan lagi.




Patah balik after diorang mandi and minum susu semua, maka it's time to sleep. And so, this teacher akan continue reading siapa yang tak sempat nak habiskan reading during class session pagi tadi and kalau sempat lagi check buku exercise anak-anak sambil perhatikan diorang tidur. Boleh bayangkan tak macam mana? Ok, basically I'm not really a teacher. But I prefer myself as a mother. I treat them the way I want to treat my children. Ada masa I shouted to them. Tapi mak mana yang sampai hati nak tinggikan suara dekat anak kan? Lagi pulak dekat anak-anak 4, 5 tahun yang tak berapa nak tahu apa-apa tu. Kalau dah sekolah tu lain ceritalah. So, no komen ok no komen no no no. 




Pukul 2, aku balik. Tinggalkan anak-anak yang tengah tidur tu and go to class. Time to turn into a student. Masa nilah nak rushing to the class, set up apa yang patut, hadap assignment kalau sempat. Kalau tak sempat hadap waktu malam or weekend (terpaksalah kacau weekend). Masa ni jugaklah nak catch up dengan kawan kalau ada group discussion or what, masa nilah nak fikir tentang masa depan. Seriously, my mind is totally kosong before 2pm. Working with a children like them obviously sangat menenangkan fikiran sangat seronok so far tak stress apa pun even penat tu memang tak dinafikanlah. Tapi kalau nak pilih penat fizikal dengan penat mental, I prefer penat fizikal lagi. Suruhlah aku lompat-lompat dengan budak ni, bawak diorang main dekat playground sehari suntuk pun aku sanggup daripada dihambat segala macam kerja plus maki hamun dekat pejabat oh gaji besar pun hati menyumpah-nyumpah pergi kerja buat apa kan?




Sekian, dah pukul berapa aku invest masa study malam ni semata-mata untuk update latest news about me myself. I really don't care orang nak baca atau tak. Even aku tak cerita everything at least aku bagitahu jugak daripada senyap like orang ingat aku dah mati ke apa. Eh, janganlah cakap macam tu. Nanti anak aku si Aqeel tu siapa nak jaga?




Bapa dia yang asyik dok dekat kerusi The Voice ni? 
Oh, gurau saja. Ini gambar hiasan ok lalala. 




p/s: Takut nak sayang anak-anak ni sebab bila sampai masa I got to move to another school, tak boleh tahan air mata. Siapa sanggup nak berpisah dengan ahli syurga?

Monday, April 22, 2013

NaK aNnOuNcE TiTLe BaRu


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Alhamdulillah, first of all syukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun dah 10 hari tak tengok blog, but I managed to do it today. Since my previous post kalau you all perasan I'm not that well actually. Seminggu Encik Demam attack, rasa macam hilang sekejap jasad daripada muka bumi. Bukan dia je, Encik Batuk, Encik Selsema pun mengada nak join sekali. Ok laaa, bukan attack, saja nak gurau-gurau dengan I kot. Padahal baru dua minggu tak balik rumah, saja nak datangkan symptom homesick barangkali. Rindu I tak? Rindu tak? Rindu tak? Rindu tak? Oh gedik sangat. Happy Earth Day semua. Disebabkan sayang bumi, sebab itulah I decide dah tak nak blogging dah. Jadi this is going to be my very last post. Bye semua! Gonna miss yah!




Hahaha, itu memang statement yang macam sengal. I'm not that very penyayang towards bumi so jangan haraplah nak I berhenti blogging. Yelah, sekarang semua orang dah tak share dalam blog dah. Semua create group je dekat whatsapp, wechat, keek, skype and twitter even tu dah a bit lama kan. Yelah, handphone aku murah je, mana ada application-application canggih tu bagai. Ini pun dah syukur sangat pasal seumur hidup tak pernah beli handphone sendiri. Semua sponsored by daddy. Kau ada ke? Dah. Lepas ni jangan tanya aku ada menatang-menatang tu ke tidak. Kalau ada, dah lama aku tanya dulu. Haish, meluat!




Ni nak cakap apa sebenarnya ni? Kalau awal-awal hari tu asyik cerita pasal study dan stress, baiklah, sekarang tambah satu lagi, study, working and stress. Kau gila ke. Orang yang belajar full-time pun bersengkang mata nak siapkan assignment inikan pulak aku yang bekerja and belajar full-time nak siapkan assignement. Baiklah, admit it I'm not the kind of student yang really perform in academics tapi masih gatal jugak nak take a risk buat part-time. Jadi sebelum apa-apa berlaku like gagal ke sangkut ke apa in this very scary master study, silakan kawan-kawan yang BFF untuk nasihatkan aku ni supaya ubah tabiat especially tabiat suka buat kerja last minutes. Kang bajet tough sangat sekali semua pun tak mampu nak perform. Reason nak buat part-time? Tu, gugel www.tanyalahochasendiri.com.




Baiklah baiklah. I know its getting complicated. Lepas ni siaplah kena ambush dengan pasukan BFF segala. (kalau diorang nak ambush laaa). Tapi mengikut firasat patik, melihat situasi yang macam tak berapa nak free je masing-masing dengan kerja dan assignment menggunung macam sekarang ni, so the chances untuk stay underground itu ada. At this point, benda yang paling aku bersyukur sekali ialah aku tak ada someone yang bernama Encik Boyfriend. Aku bersyukur sebab tumpuan aku 100 percent on mak ayah yang sangat faham my very tough situation. Tak payah sibuk nak fikir dating on weekend or texting tak balas or call tak angkat when I actually super busy 24/7 baiklah baiklah dah hiperbola sangat tu. Back to work! Teacher nak sambung buat assignment ni...





p/s: hari tu pergi library Raja Tun Uda dekat Shah Alam yang memang baik punya spot kalau nak buat assignment ke nak tenangkan fikiran ke or whatsoever kan, lepas tu kononnyalah pinjam few motivation books disamping nak release tension sikit (kononnyalah)...




seriously, dah seminggu dah. kulit pun tak sempat nak baca habis lagi.




Tudiaaa, status baru saya.
Student and teacher at the same time.
Don't mess with me.
I'm trying to do some investment here.
Bye!

Friday, April 12, 2013

uLaNg TaHuN sEbULaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Salam 1 Malaysia. Waaah, kemain aku satu Malaysia sangat very the patriotik. Ok. Sekian lama sejak last Saturday you know lepas balik tengok wayang pukul 3 pagi hari tu, bangun pagi hari Ahad tu terus demam. Bukan deman je, batuk, selesema, sakit-sakit badan semua pakej 4 in 1. Sadis sangat macam dah umur 93 tahun padahal orang 93 tahun aku rasa gagah lagi daripa aku. Sedih.




Anyhow, hari ni dah ok sikit. Demam dah habis. Just batuk and selesema. Paling annoying sekali is batuk bukan annoying apa sebab batuk tak boleh berhenti takut menganggu orang. Kepada kelasmet dan housemet dan rumet yang membaca maaflah sebab batuk saya ni mengganggu anda semua. Besok Jumaat nak balik rumah. So nanti dia akan ganggu orang rumahlah...hee.




Jadi kalau tengok tajuk, benarlah hari ini ulang tahun sebulan genap aku menjadi pelajar. Oh pelislah gediks sangat i ols nak celebrate ulangtahun sebulan. Nonono, bukanlah nak celebrate like real celebrate apasal emotional sangat ni? Sebab teringat hari ni 11 April eh aku daftar haritu 11 Mac rupa-rupanya sedar tak sedar diri dah sebulan kembali ke Shah Alam lalala kesayangan ni (wild-city-bak-kata-oarang-tuu). Itu je nak bagitahu. Alaaahai, sebulan pun tapi kerja, assignment, quiz bagai macam dah separuh semester rasanya. Oh tak baik tak baik, itu mengeluh namanya. Ok. Sekian!




Tak ada benda nak cakap lagi dah. Kesian dekat diri sendiri. I don't know why. So pathetic. Bye :(




p/s: kelasmet biadab ejek i speaking bajet american accent sangat. aku sagat kereta kau kang! i speak nogori sombilan okeh. Rembau Most Wanted (tibe-tibe)








Sunday, April 7, 2013

"WeLcOmE To HeLL" - YaNg BeNaR, sToRm sHaDoW


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




"UNLIKE ANY OTHER ACTION MOVIE YOU'VE EVER SEEN"




I think, I should agree with that statement. It is like sangat berbaloi-baloi okei walaupun at first macam berat hati je nak pergi tengok (Cuz I thought IOI Mall is so far from Shah Alam) Oh, rupanya 15 minit sahaja. Kalau tak jam laaa. Kalau pukul 3 pagi jam memang penipu kabir la aku. Itu pasal laa even drive dalam jam, even drive dalam hujan untuk G.I JOE, I felt like really berbaloi sebab tak pernah lagi tengok action movie begitu dekat cinema. Buat assignment pun jadi semangat sebab dah tahu nak pergi berjimba dan tak akan usik buku for the whole night maka Alhamdulillah chapter one dah hantar!




Ok patah balik cerita movie. FYI, I'm a big fan of action movie. Sorry I tak layan cerita romantik sangat. Bukan tak layan langsung tapi sebab cerita romantik ni dah boleh agak jalan cerita dia macam mana especially macam drama korea kan sebab tu drama yang I copy dalam laptop banyak yang tak berusik lagi. Tapi kalau drama action macam IRIS, haaa itu tak payah cakap laa. Lagi-lagi bila hero dia hot stuf macam Lee Byung Hun itu oh panjangnya huraian. Tak boleh jadi ni. Kena bagitahu you alls siapa itu Lee Byung Hun kalau tak nanti mesti tak faham what I'm going to talk about.









Sedutan drama IRIS yang pertama dulu. Eh tak tahu pulak ada IRIS The Movie? Lantaklah. Tapi ending drama tu sangat tak puas hati sebab Lee Byung Hun mati. Apa ni hero mati? Macam nonsense yang teramat. Ambek kau, IRIS II malas dah nak layan. Sebab hero dah bertukar dan jugak sebab tak nak terpedaya dengan ending yang mungkin nonsence lagi. Orang tengah feeling nak layan happy ending sekali boleh pulak hero mati masa on the way nak jumpa heroin. Tahniah la sebab berjaya buat audience terkesima dengan ending cerita yang very unpredictable begitu. Okeh huraian dah panjang lagi. Dan untuk mengubat lara di hati, maka G.I JOE adalah movie yang sangat dinanti-nanti. Macam pantun kan ayat?




Sekarang dah tahu dari mana aku kenal Lee Byung Hun. Memang he's the only reason kenapa aku nak tengok G.I JOE itu. I'm not a fan of any other casts. Sorry Encik The Rock. Walaupun awak 'rock' the film but my focus only on STORM SHADOW. Tak kisahlah walaupun dalam filem tu dia bawak watak jahat kan. Alah, Aaron Aziz bawak watak jahat jugak dalam KL Drift tapi ramai orang suka dia so what? Lagipun bukanlah forever dia jahat. Sebab Storm Shadow at the end join geng JOE jugak so, apa nak ralat? Itu pun dah boleh agak jugak. Tapi ok laa, at least dia tak mati.




Baiklah, I introduce you STORM SHADOW - "Welcome to hell" (suka sangat part ni apasal entah) ^_^





Tu dok tayang body hot, apa tak semua orang meroyan?




Ok lah. Sekian terima kasih. Boleh booking I untuk the very coming soon IRON-MAN, WOLVERINE, FAST AND FURIOUS 6, oooh, teman gila saya, terima kasih la sebab belanja saya semalam. Belanja movie, belanja makan, belanja popcorn, belanja haish, rasanya macam over pulak semuanya awak belanja. Tak apalah, make sure next time is my turn pulak.




Sampaikan kotak popcorn pun tak tergamak nak buang. 
Silalah faham tahap hard core yang macam mana nih?




Ok, sekian sahaja laporan dari white house. Yang tak pergi tengok lagi, silalah pergi. Sokong industri perfileman Hollywood (memang nak mati statement aku). Housemate semua keluaq pergi berjimba. Aku jugak melepet sorang-sorang kat rumah. Besok quiz. Ok bye!


Friday, April 5, 2013

Dah HaBiS 4 HaRi ~ LoCa LoCa LoCa ~


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt




Ok, this is just for fun. Memang belog aku ni sudah semakin kurang nilai-nilai pengajarannya, unsur nasihatnya malahan membuang masa sahaja orang yang menaip dan membaca. Ya, kau dan aku sama sahaja. Apa yang kau mahu dengan membaca laman sesawang ini aku sendiri pun tidak tahu. Tapi aku tetap berterima kasih kerana tanpa kau, aku tidak akan terus menaip. Ya, kadang-kadang beginilah kita saling berinteraksi walaupun sekadar interaksi sehala. Sekadar menguatkan lagi fakta bahawa perempuan sememangnya merupakan makhluk yang dijadikan Tuhan dengan sifat ekpresif yang tinggi. Seperti akulah.




Entah apa angin malam Jumaat begini ayat aku lain macam sikit. Sekali-sekala bertukar mode. Selalu kerja aku asyik menjahanamkan bahasa. Hari-hari merojakkan bahasa Kebangsaan. Hari ini aku akan berbahasa Melayu sepenuhnya. Oh, kecuali ayat pertama selepas bagi salam tadi ya. (Kau mesti baca kembali kan?) ^_^. Maklumlah hari Khamis aku akan ke kelas Policy in Education. Maka bila balik kelas, perasaan dan kepala otak akan dipenuhi dengan anasir-anasir politik dan patriotik dan adalah sedikit-sebanyak perasaan cinta akan tanah air yelah sebab kita belajar pasal perlembagaan, pasal sistem pendidikan di Malaysia, pasal isu semasa. Kalau dah 'semasa' tu apa lagi kalau bukan PRU? Setuju sajalah. Lagipun hari Khamis sahaja aku begini.




Maka disebabkan itu, agak susah untuk aku bantu orang lain nak memahami teks bahasa Melayu mereka bukan sebab aku tak nak atau malas tapi memang sangat-sangat dikekang oleh masa. Boleh bayangkan bila hari isnin kepala otak aku akan penuh dengan subjek research proposal dan tajuk yang aku pilih adalah tentang Women Leadership (lebih kurang begitulah). Dan hari selasa pulak mulalah bersiap untuk mengadap segala Theories of Learning dan ditambah lagi dengan segala instrumen yang diselang-selikan dengan cerita lama. Almaklumlah yang mengajarnya pun 'orang lama'. Dan hari Rabu ialah hari untuk berlakon seolah-olah jadi cikgu gitu. Masuk kelas belajar bagaimana nak tarik perhatian pelajar, macam mana nak buat kelas jadi hidup dan seronok, belum masuk sesi pembentangan lagi...




Itulah pasal, bila dah malam Jumaat atau sebenarnya memang dah hari Jumaat pun, perasaan di hati rasa lega (sekejap) sebab boleh lepak dekat kedai mamak lepas kelas dengan kawan-kawan minum teh tarik makan tosai dan tak perlu risau besok nak hantar apa dekat pensyarah eh? Yaa, lebih mengujakan ialah tunggu Sabtu dan Ahad. Sabtu sebab nak dating dengan Lee Byung-Hun dan Ahad, eh eh adalah, mana boleh bagitahu.




Dan disebabkan malam ni dah boleh bernafas sedikit, maka peluang melayari internet dengan agak lama membuatkan aku jadi sangat teruja back-to-back tengok blind audition The Voice dekat Youtube. Terasa macam meroyan bila hujung minggu ni tak balik sebab rindu dekat AXN dan lagi-lagi bila The Voice season 4 ada juri baru iaitu Shakira and Usher. Macam tak percaya je bila aku mengaku benda ni. Ya, saya peminat setia rancangan tak berfaedah itu. Haish, tak sangka boleh jadi sebegini. Dan Common Law jugak. Kalau tak faham apa yang aku cakap ni tanyalah Encik Gugel. Dia tu tahu je segala benda. Sekian.




Saja nak kongsi. Ini blind audition The Voice Season 4 yang paling banyak aku ulang dekat youtube. Sebab lagu ni antara lagu Shakira yang aku suka selain Objection, Dancando, Eyes Like Yours walaupun semua lagu tu langsung tidak menenangkan jiwa. Alah, setakat dengar je nak buat erobik. Apapun Shakira sangat comel. Stop dekat 1.14. Melting okeh ^_^








Dan selain Komander Mc Garret, aku crush dengan mereka juga (ni cerita yang kat bawah ni). Tak apalah episod akhir tak dapat tengok, ulangan kan ada... (pujukdirisendiri)








Ok, mood malam ni gedik. Bye!


Wednesday, April 3, 2013

aMaRaN : LaiN KaLi JaNGaN sExisM


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Diorang ----- selalu sangat ----- describe ----- situation macam ni -----




"Haa, kereta depan ni mesti perempuan yang bawak. Selow (slow) kemain."




"Ini parking senget ni, mesti perempuan yang parking."




Tapi tak pulak cakap,




"Ni kereta cantik, kemas, berkilat, harum, wangi ni konfirm kereta perempuan."




Macam biasalah, lagu mesti tak ada kena mengena dengan tajuk.
Anyhow, lagu ni agak best. Baru released ke Encik Train?




Once upon a time, I used to say those words kepada rakan sekaum saya. Pantang betul kalau tengok orang bawak kereta terhegeh-hegeh. Rasa nak maki secukup rasa lagi-lagi bila jalan kecik macam kat kampung kan. Highway boleh tahan lagi. Eh eh, tak sedar ke diri sendiri tu perempuan jugak? Kononnya nak tangkis persepsi orang ramai, u-know stereotype orang upon lady driver, saya tak mahulah mereka yang 'gentlemen' sangat bawak kereta tu ingat kita tak boleh drive ala too-fast-too-furious kan. Itu yang kalau dekat highway, 120 even almost 130 tu biasalah. Kalau daddy tak bising tak insaf. 




Lepas tu da la bawak laju, nak upgrade pulak drive-laju-sambil-texting. Kadang-kadang sambil-lilit-shawl atau sambil-baca-magazine atau sambil-ketip-kuku (kau-mampu?). Haa, lagi satu yang kurang kegemaran kalau bab-bab nak vacuum kereta atau nak cuci kereta. Even setakat nak siram air gitu-gitu pun malas yahamat. Tapi alhmdulillah, part service, check minyak hitam, air, enjin sikit-sikit tu bolehlah. Kursus untuk tukar tayar secara manual pun daddy dah bagi. Cuma tak praktikkan je lagi. Apa tak, once tayar meletop terus gelabah dah tak tahu nak buat apa seolah-olah tayar pun dah tak kenal. Panik katanya. Tapi, ekhem... itu cerita dulu laa, I said once upon a time yuno...




Oh, ini pun once upon a time jugak.
She, and her very first car.
Epic!




Then last year kan, bila hujung tahun banyak cerita eksiden happened, eksiden yang berturut-turut pulak tuu. Tayar kereta meletoplah, tayar kereta pancitlah, cermin kereta berkecailah, tayar kereta meletop (lagi) lah, haa ----- part paling sadis, mak aksiden sampai kemik kereta hari tu. Masuk workshop almost 5 bulan, 'patah kaki' tak boleh ke mana-mana tu boleh tahan lagi, tapi trauma, fobia nak bawak kereta mana nak cari semangat balik? Termasuklah saya ni haa. Hilang semangat nak berlagak KL Drift atas jalan sebab banyak sangat dah pengalaman 'ngeri'. Eh, tayar meletop sampai kereta berpusing itu kira ngerilah ok.




Jadi adik-beradik pun macam dah pandai soksek-soksek dekat mak, eh-along-bawak-kereta-perlahanlah-sekarang-mak. Terima kasih kerana merepot. If not mak takkan penat mention jangan-bawak-laju-laju di telinga saya. Baguih noh u ols sister and brother. BFF I don't know laa. So far tak ada yang komen lagi. Tak perlu komenlah. I oways pemandu yang berhemah. Kini dan selamanya. Dulu je tak.




Itu yang mula-mula cakap pasal discrimination tadi nak highlight dekat sini perempuan sebenarnya bukan tak boleh nak tekan pedal minyak, tapi sebenarnya berhati-hati dan sentiasa beringat. Sekali dah kena, sekali dah rasa, memang sampai bila-bila dia beringat. Macam eksiden ke, kena saman ke. Lelaki tak macam tu (kot). Berapa kali eksiden pun, berapa kali kena saman pun, susah nak serik. I don't know, mungkin naturally begitu. Mungkin juga tidak. Tapi kalau tengok statistic, purata kemalangan dan saman tertinggi dekat Malaysia ni adalah daripada kaum Adam (Mukhriz). Sila gugel kalau tak percaya. Takpun tanya Encik Polis teghoih. Ini bukan research or case study nak letak statistic chart bagai dekat sini eh yuols. And samalah kalau nak apply on other things. Perempuan kalau sekali dah serik...




Dan seriously, saya sekarang tidak lagi memandang rendah kepada kaum saya semasa memandu. Kalau ada lady driver di depan nak menyelit dalam line or nak masuk simpang or nak apa-apa sajalah, saya automatically akan berikan laluan. Somehow, they way they're driving are so cute. Even dekat simpang tiga tu supposedly dia yang masuk dulu, tapi dia boleh pulak beri laluan dekat kita. Eh, buku memandu mana dia belajar ni? Maka tergelaklah hamba seorang diri.




Oleh itu, janganlah sesekali memandang rendah kepada pemandu wanita. I mean, memang somehow they can be a bit annoying tapi sekarang cuba jalan atas highway tuu, mana ada lady driver bawak kereta 80/90 KMJ lagi dah. I sorang je yang setia duduk lane tiga tu Jemah...




Thank you gugel. 
You rock grandma!


Thursday, March 28, 2013

KeEp MoViNg ~ BFF to RGS ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ok, tak boleh peganglah janji untuk tak cakap pasal study hari tu. I really can't. Habis, dah itu je current issu makcik blogger. Kalau tak cakap pasal study kang, tak hiduplah belog. Sedih. Hidup segan mati tak mahu. Apasal tak nak mati, makcik pun tak tahu.




Tak apalah. Mungkin lain kali. Hari ni kita skip dulu pasal study. Mak cik blogger yang mengamuk pasal duit hari tu akhirnya boleh menarik nafas lega. SEDIKIT. Sebab akhirnya dapat e-mail daripada Jabatan Akauntan Negeri Sembilan yang bank dah terima notis pembayaran gaji makcik tuu. Tapi tak apalah, at least they did their work. Walaupun tak effective mana sampai makcik tu terpaksa meroyan beberapa hari kan. Yang penting, keep moving. Ouh, positif sangat kata-katamu makcik.




Maka atas desakan daripada diri sendiri, yang desperate sangat nak berjalan-jalan cari makan dengan rakan sebaya, you know what I feel? It's like, dinner dekat restoran Cina Muslim pun boleh jadi bahagia sangat and so that kalau dapat capture 2 or 3 gambar pun dah satisfied sangat perasaan di kalbu.




Semalam laa ceritanya, we ols had our like 2nd dinner ke apa ntah lupalah nak kira since we get back together this 1st quarter of the year. Last two weeks makan dekat PakLi. Too crowded to gedik with the camera, lagipun memang masa tu banyak sangat benda nak gosip so tak ada perasaan untuk buat benda lain but gossip with all hearts. Agaknya BFF tu maksud dia RAKAN GOSIP SEJATI kot walaupun it's suppose to stand like RGS kan. But I guess, it is. ^_^




Maka, inilah RGS saya. Yang setia almost like 5 years ke apa entah...













Sejak berkira with money lately everything pun layan je masuk dalam tekak. Ekhem, does anyone tahu restoran apakenama dekat Kelab Shah Alam tu? Because we've been there last night. Macam nak masuk tapi macam tak berapa nak confident pulak with that place. Tak tahu nak makan macam mana sebab dah la tengah lapar gila lepas tu nak makan dekat tempat yang we totally had no idea how it was like. Haha, later maybe. Concorde teghoih laa...




Yang penting alhamdulillah, kenyang. And keep moving. Moving on everything walaupun rasa berat and payah. Bergerak jela walaupun perlahan-lahan. Tak bijak pun tak apa. Asalkan rajin belajar dan berusaha. Make some effort. Itu yang paling penting. Sekian, pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh ochalalala.




p/s: first time perform live guitar strumming depan BFF. hillarious!


the history

Followers