Friday, September 13, 2013

WiShEs YaNg TeRLaMbaT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku kenal dia lima tahun yang lalu. Sama je perangai. Annoying. Aku bajet mesti dia rasa nak lempang aku laju-laju. Paling tidak mungkin nak mesej. Cakap aku kejam. Sebab cakap dia annoying.





Tapi Haajar. Aku rasa aku yang selalu buat kau annoying. Tapi kau tak pernah pulak unfriend aku. Bila lagi nak kelik? Memang saja mintak penampar segala intro aku ni. Mintak maaf Haajar. Ini cara aku menunjukkan kasih sayang. Seperti mana kau menunjukkan kasih sayang dengan membuat belated celebration birthday kita berdua. Yang surprise itu!






Ya. Dan hanya kita berdua. Walaupun kedengaran macam pathetic gila, tetapi aku sudah biasa. Kau juga begitu bukan? Memang sadis entry aku hari ini. Haajar, ini entry kedua untuk birthday kau. Aku harap kau gembira walaupun tiada media lain yang sudi memberi publisiti kepada kau. Hanya aku. Nyanyi lagu Hyper Act sikit.






Dan tak ada perkataan lain aku nak cakap melainkan terima kasih. Memang. Memang bunyi klishe. Weh cammana eja klise? Camni ke cam tadi? Aaaaah, aku tahu macam cliché. Aku memang tahu aku tahu eja orang putih je sebab ada right click maka dia boleh betulkan secara auto. Ok, terima kasih Haajar. Itu je point nak cakap. 






Terima kasih sebab melayan soksek-soksek aku yang gedik nak ber FULL HOUSE. Memang tiada yang lain yang memahami aku selain kau. Dan tiada yang lain yang memahami betapa aku begitu gilakan cinta hati aku si mushroom soup itu sampai kau punya mangkok pun kau wakafkan kepada aku. Aku tahu kau sayangkan aku. Tapi tidakkah memberi mushroom soup kau kepada aku itu merupakan satu pengorbanan yang besar? Haajar, aku terharu. Terima kasih lagi sekali.






Muka pasrah ke apakah?






I guess tidak. Dahlah ceritanya aku kidnap beliau during lunch hour. See the baju? Haaa, jelas sekali aku menculik seorang lawyer. Or lawyer-to-be. Bajet dah besar sangatlah tu? Yes we are. Haajar sudah semester akhir LLB. Aku pula tinggal satu sem lagi. Harap semuanya berjalan lancar. Tiada yang sangkut. Tiada yang fail. Aku doakan semuanya. Bukan aku saja. Semuanya. Jadi, marilah kita bersemangat. Tadah tangan. Minta keberkatan Tuhan.






Tak tahu bila nak berubah tabiat ambek gambar depan cermin besar dalam toilet. 
Nanti dah kahwin letak cermin besar depan belakang dalam bilik anak-anak kita tau Haajar.
Biar diorang tak rasa gayat sangat macam mak diorang.


Thursday, September 12, 2013

BeR'rEuNiOn-ReUniOn' Ber'PiKniK-PiKniK


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Disebabkan kekecohan yang melanda di tebing barat, maka kawan-kawan aku yang belajar di Mesir itu pun pulang ke Malaysia. Ayat macam tiba-tiba kan? Haaa, dengan kesempatan yang ada, kami pun bersepakat menjalinkan ukhuwah yang telah sekian lama terjalin bak kata orang tu yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat jangan rapat sangat kang batal air sembahyang...






Apa-apa hal pun kau kena tengok bonet kereta dulu. Lepas tu kena cakap terima kasih dekat dua orang. Yang pertama mummy I sebab dia yang tolong prepare segala menu tersebut. Menu apa tak payah cakaplah. Kang bukan u ols je, dengan ai-ols-ai-ols sekali meleleh air liur. Dan yang kedua kena cakap terima kasih dekat penaja utama iaitu Encik Mesir yang sponsor segala menu tersebut. Nama beliau kita rahsiakanlah eh...




So yang bawah ini menu utamanya. We ols maen bakar-bakar tau hari tu. Sambil nyanyi lagu anak-kecil-main-api-lalalala. Entah dah mengarut tiba-tiba. Sila tengok gambar lepas tu telan air liur.








Aku tak bertanggungjawab terhadap pemilik kaki tersebut. Tukang bakarnye pun biarlah rahsia. Macam mengada sangat kan dari atas sampai bawah semua nak rahsia. Yang penting ayam tu sodap.






Oh mereka rupanya si tukang bakar. Gedik nak ''cheese'' bagai.






Yang ni jiran tukang bakar tadi. In charge satay. 
Tapi tak padan dengan dapur kecik assistants kemain ramai.






Jiran yang lain pulak tak sedar diri berlagak macam pwincess tunggu ayam terbang masuk dalam mulut haaa kemain kau selamba tak turun padang kipas bara api.






Ok lah. Aku tak nak cerita banyak. Sebab nanti dah la gambar banyak potpet pun nak banyak-banyak kang orang ingat ni belog ke thesis? Jadi selesai main bakar-bakar tadi, kami adakan bacaan tahlil ringkas untuk allahyarhamah ustazah kami iaitu Ustazah Khairah. Al- Fatihah untuk beliau.






Habis tahlil, dengan ini dipersilakan kanak-kanak riang terjun ke dalam air.






Kanak-kanak riang yang tak bawak baju extra boleh berdiri buat gaya terencat dekat tebing sahaja.






Kanak-kanak maskulin aku tak tahu nak cakap apalah.






Habis berendam, merangkak masing-masing cari makan.
Macam harimau tak makan setahun bayangkanlah.
Bayangkan sekarang!






Sedang bermuhasabah diri. Tak tahu tang mana yang termuhasabah dengan gaya tangan begitu. Dah macam songsang pulak aku rasa.








Anyway, ini gambar keluarga kecil aku yang tercinta. Minus si tukang ambil gambar ini. Sekejap, aku tunjukkan gambar yang diset dengan self-timer.






Urgh, habit posing macam zaman sekolah masih terbawa-bawa. Apapun, thanks u-ols sebab sudi turun padang ber'reunion' dan berpiknik bersama i ols. Aku terpaksa control untuk tidak terlebih gedik dalam entry ini kang jumpa they ols lagi habis telinga i rabak kena tahan perli. Nak speaking pon tak boley. Entry ni je pun. Entry lain aku redah jugak kau tengoklah nanti.




Sekian, kita tutup majlis dengan kelik tanda pangkah sebelah kanan atas tu. Wassalam. Bye!


Tuesday, September 10, 2013

BBQ cHicKeN - SiSteR DaY oUt


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Empat hari saja aku mampu bertahan untuk cuti daripada berblog. Aku rasa blogging ni da jadi macam darah daging pulak. Hari-hari aku terfikir dalam kepala otak, apa-aku-nak-merepek-hari-ni? Bagusnya kalau aku mempunyai pemikiran begitu terhadap lambakan assignment dan juga tidak berhenti berfkir bagaimana untuk memajukan diri sendiri. Kan kan kan.




Hari ini selasa. Hari kedua aku di rumah sewa baru bersama housemates baru dan roomates baru. Terima kasih Haajar kerana mempertemukan aku dengan mereka. Tapi aku tidak mahu lekas teruja. Takut nanti natijahnya tidak positif seperti yang selalu aku lalui. Jadi aku berlagak biasa-biasa sahaja. Takut mula-mula indah, tapi penghujungnya hampa. Biarlah aku membawa diri ke BBQ Chicken. Aicheeeeh, kemain promote. Kalau bukan tomato punya pasal, memang aku tak berapa nak meng'ayam'kan diri sangat.





FYI, she's a big fan of chicken.
(amboih speaking)










And the Baskin Robin as well. Selamba tak selamba bawak outside food dalam BBQ Chicken? Mujur owner tu tak rasa nak halau dua makhluk di atas. Kan kan kan. Kemain panjang cerita. Motifnya nak cakap, jemputlah datang BBQ Chicken kalau datang One Utama. Kalau park dekat luar, amatlah senang nak cari kedai ni around 500 meter dari entrance giteeeww aku punya explaination. Recommended untuk siapa-siapa nak makan banyak under bajet around RM50.






Melantik diri sendiri menjadi duta. 
Sekian yang benar tomato.






And this is the main course. Kan da speaking lagi. Ok, ini menu utamanya. Half chicken okay. Kau memang hebat kalau boleh habiskan ini. Dan mintak maaf, muchroom soup (tak-tau-kenapa-eja-mushroom-begini) dan aiskrim punya gambar tak dapat nak upload. Terlupa bluetooth daripada tomato. Tapi kalau di gabungkan semuanya, memang harus meletop jugak perut akak ni.






Kau tengok duta makan macam mana?






Kakak duta pula makan bagaimana? Don't bother it anyway haaa sekali lagi dia speaking. Abaikan abaikan. Yang penting kau harus tahu, kami berdua sangat seronok menambah lemak di BBQ Chicken. Ayam aku itu, semestinyalah diwakafkan separuh kepada tomato. Hanya duta yang mampu melakukannya.





Muka fake sangat. Padahal habes jugak.





Oh masa sudah hampir tamat. Aku ingin terus bercerita tapi semenjak balik ke Shah Alam ni, hidup mula terasa padat. Sesi menjalinkan kasih sayang harus diteruskan. Jangan pecah tradisi kalau tak kang takut ada yang putus kawan pulak.




Yang aku beriya mengelakkan diri daripada speaking mak-salay sangat ni pun nanti aku cerita di lain entry. Sebab memasing dah famous amous sampai ke obersee belog aku ni pergi. Jauh kau berjalan Cik anameku? Haaa, nak cerita pasal reunion jugak. Later ok. Nak pergi dinner dulu. Bye!


Friday, September 6, 2013

hEw, HeW, CoMeL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT






I found it weird and awkward sikit kalau ada lelaki bercakap pasal Korean drama or drama or girl stuff like that because it’s so not them (even I know sekarang memang ramai lelaki kaki drama dan k-pop-ers). Especially drama dekat tv. Memang sangat-sangatlah weird. Maybe sebab aku bukan jenis manusia yang sanggup bersabar tercangak depan tv on that particular time plus minus dengan iklan apa bagai, so I prefer tengok drama dekat laptop je. Kalau boring boleh fast forwardkan. Kalau ada part yang best boleh repeat berpuluhratus kali. That’s it. I’m not yet into drama. Tapi bila tengok lelaki buat benda-benda pelik macam ni... yang steady sangat follow every episode of the drama... somehow... I found them... cute jugak... hahah!








cute cam ni




Well, the point is, aku bukanlah tengah buat analisis pasal lelaki ke apa. Sebab cuti dua hari dah rasa macam dua minggu, maka otak aku semakin ligat bekerja biasalah memory card dah kosong dah standby space untuk benda lain yang lebih patut. But don’t mention about the upcoming assignments. Not yet! Bagi aku tarik nafas puas-puas. Bagi aku buat charity dekat mummy banyak-banyak. Minggu depan dah balik Shah Alam, maka mummy akan tinggal sorang-sorang. Tiba-tiba rasa nak nanges.





Hmm, at one point, I guess it’s kinda make-sense-decision jugak bila berhenti kerja ni. Boleh duduk rumah jaga mak. Asyik berbakti untuk orang lain je kan. Padahal orang bukan appreciate pun. Dah bagi promotion free bukannya nak cakap terima kasih. Aku bukan fitnah orang. Aku bukan tulis cerita-cerita horror pasal anak orang. I just let my readers know how I felt towards those kids. How happy I WAS bekerja dengan mereka. Do a lot of activities with them. Marketing & promotion tu weh. Showing how happy I WAS dengan kerja yang aku buat walaupun banyak benda sebenarnya yang aku boleh argue dan merungut dan pertikaikan. Just for the sake that I love kids so much, aku malas la nak layan sangat. Tapi orang tak pandang from that point. They invaded my privacy instead. Well then...





Eh maaf, cerita aku dah menyimpang daripada niat asal tadi. Inilah akibatnya kalau menulis dalam keadaan penuh emosi. So back to cerita cuti-cuti Malaysia Cik Ocha, I nk bagitahu yang I jugak maybe akan ‘cuti’ daripada berblogging buat sementara waktu. Itu saja. Eh eh, boleh percaya ke?





Entah. Tengoklah Encik Emosi ni macam mana nanti.



Wednesday, September 4, 2013

eH, taK jUmPa BaCkSpaCe BuTtOn - 4 u ToMaTo!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tahu tak, semenjak dua menjak ni aku rasa macam comel je bila rambut dah lurus macam buat teknik rebonding faham tak kenapa? Sebab sekarang dah tak kerja jadi rambut dah tak perlu diikat untuk memakai tudung nak pergi kerja sebab kalau ikat rambut nanti rambut dah tak lurus macam teknik rebonding now dah faham kan? Lagipun memang mengarutlah kalau duduk rumah pon nak pakai tudung. Well, I know statement comel dan rebonding macam tak ada kena mengena, tapi... Oh, I shouldn’t brag about rambut dekat sini but this is my... blog so... Ok, I shouldn’t.





Memandangkan I have few more days before balik ke Shah Alam untuk meneruskan mission possible ii, I mean, my second-tough-to-be semester, maka di kesempatan yang ada ini saya akan gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk merehatkan diri, memalas-malaskan diri, memanja-manjakan diri, sebab dah lama sangat tak rasa vacation macam ni. Ever since I started pursuing master bulan 3 hari tu kot. Cuti raya pun tak rasa bahagia macam ni tau and now dah dapat gambaran tak macam mana I punya perasaan yang bahagia sangat bila finally dapat bercuti? Dapat kan dapat kaaaaannn...???





Itulah, at first, I was thinking memang nak mengamuk sakan dekat sini. I repeat, this is my blog (myblogmyblogmyblogmyblogmyblog), my favourite place untuk share everything, memaki hamun orang ke, memuji orang ke, nak nasihat orang ke, nak buat lawak bodoh ke apa, yes at first macam tulah. Tapi sebab lately dah semakin ramai stalker, dah semakin ramai ‘peminat’, sampai aku rasa dah jadi macam artis sangat, well, I know I MUST consider my ‘peminat’ sebab sekarang dah tak boleh nak update entry sesuka hati sebab belog ini dah jadi hak milik orang ramai. I have no power. I have no right. Semua orang dah boleh jadi owner anameku.blogspot ini. Semua orang pun baik hati nak tolong decide untuk I. Semua orang will be free to give orders, what to write on, what to write off, what to upload, what to download, what to post, what to delete. Sampai hati ini berkata, bertuahnya kau ocha kerana ‘disayangi’ oleh orang ramai. I’m so grateful with all the concerns. But thank you, I’m not interested! I’m the tuan rumah here and I really don’t care.





Amboih, panjang mukadimah. Baiklah, baiklah, I know it’s a bit late to post it here. But this entry I dedicate it to my tomato yang omel-omel angat tu yang baru jadi freshie UiTM few days ago.
















*Dah lupa sangat macam mana feeling jadi junior. So thanks to you tomato. Your sister tumpang excited juga bajet macam dalam filem hari pertama daftar dekat universiti bertembung dengan hero terus jatuh cinta memang mati hidup balik pun babak tu takkan berlaku in reality.





Baiklah, so in short, along tak tahu nak cakap apa or nak wish apa dekat kau tomato, but I know you were so excited as finally joining me to be part of anak UiTM (UiTM will be your daddy for another 4 years, remember that). So, prepare yourself for a pile of assignments, prepare untuk stay up sampai pagi, prepare untuk study last minute, prepare untuk join kelab anti pak guard, prepare untuk kawad tengah-tengah panas, prepare untuk tido dalam kelas, prepare untuk homesick (I’m not sure if you will), pendek kata, welcome to UiTM sayang. I’m saying this not as your sister ok but as your senior.





Don’t stop making mum and dad proud of you. Hold their trust and never let them down. Biar orang lain nak cakap apa. Pedulikan. You have us by your side, and Allah in your heart. Sekian, itu saja kot. Dan sari berita utama. Dah alang-alang sampai kat sana tu, carilah senior nak buat calon abang ipar kau sekali. Takut karang selepas empat tahun janji kakak kau ni tak tertunai jugak. Haaa sapo nak jawab tu?






Baiklah baiklah, kita kembali ke sri pentas. Bye semua! Ada yang sentap ke? Sorry, I tak jumpa button backspace...

Saturday, August 31, 2013

bLuR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lalalala, ever since empat ke lima bulan yang lalu hmmm, entah tak ingatlah, aku tak pernah merasa bahagia sebahagia ini setiap kali balik ke rumah. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk tidak bahagia sampai hari ini kot...hahah. Finally. The real MERDEKA EVER! Guess I did something right for myself oh hellooooo, expecting me to reveal the details over here? Boleh boleh. InsyaAllah beberapa hari nanti. Entry ini saja nak bagi penutup bulan Ogos. Dah berapa hari tinggal blog macam blur kejap nak cari button pun dah tak jumpa dah. Tang mana nak post, tang mana nak upload, tang mana nak delete...









Sekejap, nak pergi library cari manual. Ok bye!

Tuesday, August 27, 2013

BuLEtiN HaRi LaHiR - PaRt II


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Last week ada birthday celebration dekat tadika. Birthday celebration ni like a tradisi tau sebab memang setiap dua bulan sekali it will be celebrated. Sepanjang 3 kali birthday celebration yang aku join selama ini, aku rasa this one yang paling fun dan meriah. Bukan sebab aku celebrate dekat BSP (kang Kak Sarah or Kak Yana or kakak-kakak Putrajaya yang lain bace kang sentap pulak), tapi sebab celebrate sekali sempena Hari Raya. Like open haus gitew. Kan meriah tu kan kan kan.





Pagi-pagi punya aktiviti, pun dah sekian masyaAllah banyaknya dan seronoknya. Starting daripada setting tempat dengan anak-anak dekat luar (termasuklah gantung belon yang berapa kali asyik nak meletop je kejenya), lepas tu short assembly macam biasa, praktikal solat, dan barulah sesi menternak lemak di dalam badan. Breakfast semua berkolesterol tinggi. Alah, off pantang sehari. Ok bye!





Dah setel menternak lemak, maka aku kembali mengaktifkan saraf anak-anak dengan memasang lagu raya kuat-kuat, membiarkan mereka terkinja-kinja sendiri. Lepas tu Kak Wawa buat few activities like musical chair dan juga mengadakan konsert hari raya pakai musical instrument yang ado dan saya secara rasminya melantik diri saya sendiri sebagai tukang PA system dan camerawomen.





And that's Alif Haziq (the boy in black). The only birthday boy hari tu sebab lahir bulan Julai and no one yang lahir bulan Ogos. So he was very the VVVVVVVVIP on that day. Takpe Alif, Alif geng dengan teacher kaaaaayyyy...





Kemudian, lepas menternak lemak dengan kek dan menu nasi impit sempena hari raya, sesi berpeluh-peluh di halaman asmara tadika pula. So fun and adorable anak-anak aku nih. Bayangkanlah kalau gambar banyak-banyak ni aku post one by one. Mesti korang rasa nak lempang aku empatpulohlimaribukali kan?





Ok, ni last. Sebab rasanya lepas ni tak ada event begini dah kot dekat tadika. Tak tahulah kalau aku gedik jugak nak bukak cerita mengarut entah apa-apa. Aku memang suka share detik-detik bahagia dengan orang walaupun sebenarnya aku taklah bahagia sangat. Mamat motor biadab mana entah cium bumper Vivy merah mummy aku hari tu, dahlah call rescuer pun tak respon. Hati sakit dan panas dan bengkak segala ni tapi tak apalah. 400 lebih terkorban. Ya, Allah itu Maha Tahu.




Baiklah. Sekian sahaja buletin hari lahir part ii saya kali ini. Bulan depan siapa nak booking publisiti, kaunter pendaftaran sudah dibuka. Bye!

Saturday, August 24, 2013

BuLeTiN HaRi LaHiR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Masih dalam mood hari raya. Mana-mana pergi pun ada jugak lagu raya berkumandang di sana-sini. Malah aku juga masih terkinja-kinja meraikannya. Tak kisahlah masih memegang status layak menerima duit raya atau tidak, aku tetap gembira meraikan aidilfitri tahun ini. Lebih-lebih lagi apabila aku masih berpeluang raya bersama keluarga tercinta. Sanak saudara. Sahabat handai. Lepas tu sahabat handai ramai pulak yang berulang tahun bulan ni. Maka, kita jamakkan ia menjadi sambutan hari raya dan juga sambutan ulang tahun kelahiran.




Dan disebabkan mood menulis agak baik semenjak dua menjak dan tiga menjak kebelakangan ni, kau perasankan entry bulan Ogos ni agak melimpah ruah, maka aku dengan rela hatinya ingin memberikan populariti dan liputan secara terbuka kepada kawan-kawan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan Ogos ini. Sama ada yang sudah berlalu ataupun bakal berlalu. Nah terimalah...




Kak Sarah (14 August)




Kak Sarah is my roomate masa aku duduk dekat Putrajaya dulu. Dia sangat gila. Naturally, siapa yang kawan dengan aku semestinya dia pun berperangai gila juga. She's a one tough girl for me. Banyak gila masalah dan dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup dia tapi aku tengok dia cool je. Like hari ni dia menangis tiba-tiba, besok kau jumpa dia dah boleh gelak terbahak-bahak dah. Awesome.




Aku suka Kak Sarah. Sebab dia sangat care. Walaupun kadang-kadang dia suka buli aku, tapi most of the time rasanya aku yang selalu buli dia. Masa mula-mula kenal dulu honestly eh Kak Sarah, ada jugak part-part yang macam annoying sikit. (I always starting a relationship with people dengan anasir-anasir yang negatif). Tapi bila dah lama kenal, I have to admit that I love her like my own sister. (Sebab dia tahu aku tak suka makan instant noodles selain daripada Mamee). So, dear Kak Sarah, happy belated birthday. May happiness always by your side. May Allah bless you. Terima kasih sebab selalu support Ain dan jaga Ain dan sayang Ain. I love you kakak.









Dato' K (23rd August)




Dato' K is my bestfriend. Kalau perasan entry-enrty dan komen-komen dalam belog I sebelum ni, beliau antara nama-nama yang top, yang memang kaki stalker yang kaki gosip huuui, boleh tahan kalau bergosip dengan beliau yuno. I memang susah nak serius kalau dia ada. Sakit perut sebab selalu tergelak macam kena sawan. Tapi tipulah kalau I gelak sepanjang masa. Dia bukan pelawak pun. Tu yang ada entry-entry mengamuk meroyan segala bagai tu, kadang-kadang disebabkan dia jugak. Tapi marah-marah pun, mengamuk-mengamuk pun, dalam hati sayang jugak.




BFF. Siapa tak sayang? Tapi cam pelik sikit sebab BFF dengan lelaki. Bukan aku yang pelik. Orang lain. Aku lantak je. Lelaki ke perempuan ke, kalau spesis masuk air, spesis gila, spesis mengarut segala benda, memang aku naik taraf jadi kawan terus. Jadi kepada yang berhormat Dato' K, I nak ucapkan happy belated birthday jugak dekat you. Semoga panjang umur murah rezeki. Semoga sentiasa di bawah naungan RahmatNya. I don't know if I should wish you to get married early. Sebab you tak boleh langkah bendul. Tapi tak apalah. Kalau dah sampai seru tu, jalan jelah ok. Thank you sebab sudi kawan dengan I yang gilo ni.





Identiti Dato' terpaksa dirahsiakan.
(aku tahu ada yang dah tahu)
As for now, ini wakil saja.




Haajar (28 August)




Yang ni memang like forever. Tahu dalam dan luar. Atas dan bawah. Kiri dan kanan. Depan dan belakang. Nak tahu kenapa aku sayang dia, characteristic yang pertama semestinyalah dia juga gila seperti aku. Characteristic yang lain malas nak cakap dah sebab setiap kali 28 Ogos, entry dalam belog ini dia yang punya (tapi tahun ni awal 4 hari). Nampak tak Haajar betapa BFF nye kau kepada aku??? Haaa, yang kadang-kadang rasa nak lempang pun ada jugak sebab selalu buat benda mengarut like out of blue ajak keluar makan time aku sedang berkabung untuk menghadapi test. Menghadap test macam nak berkabung kau bayangkanlah.




Jadi di kesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan ke atas kau juga Haajar, menjamakkan sekali birthday kau dengan suku-suku kesayanganku yang lain. Boleh eh Haajar. Aku kebizian lately sebab sibuk menyahut seruan kerajaan untuk kempen kibarkan jalur gemilang. Tapi kau tahukan, sampai bila-bila pun you'll be my love list. Maka, selamat haru ulang tahun kelahiran (in advance) darling. Semoga Rahmat Allah sentiasa melimpah ruah buat kau. Stay healthy stay blessed. Happy 23rd birthday dear. Muah muah muah.





our next appointment bila?


Wednesday, August 21, 2013

bErTeMu KeKaSiH OmeL-oMeL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSLAMUALAIKUM WBT




Semalam I went to Putrajaya for the reasons nak jumpa Kak Zai (assistant principal yang sempoi dan best gila), nak jumpa Kak Yana (teacher yang I cakap cuti lama hari tu) and nak jumpa boyfriend (after a long school break) dekat sana. Memang eksaited yahamat sebab memang rindu gila! Faham tak kalau dah ada word 'gila' tu maknanya dia memang rindu macam orang gila yuno.




So that's why menanti pukul 4 semalam rasa macam omaigod kau kenapa jalan terkedek-kedek hah jarum jam??? Tiba-tiba jarum jam yang tidak bersalah itu menangis teresak-esak. Kan dah mengarut mukadimah. Ok aku masih lagi berfeeling eksaited walaupun actually tak puas hati sebab tak dapat lepak dengan mereka lama-lama. Tunggulah tahun depan. Doakan aku habis belajar on time, aku pindah balik dekat Putrajaya. (muka-penuh-keazaman)





These are the pretty and adorable and gojes and beautiful and seriously rindu gila dekat princess ni semua. See muka masing-masing bila Teacher Ain hadapkan kamera depan diorang. Yuno like teacher like students. Tengok pose pun dah tahu kan kan kan. 





Ni boyfriend yang aku cakap tadi. Kalau tak ingat nama, pergilah cari entry-entry sebelum ni. After sebulan lebih tak jumpa rasa macam Ya Allah, cepatnya anak teacher ni membesar. Rasa macam nak nangis pulak sebab dia memandang aku dengan malu-malu dan blur dan mengambil masa yang agak lama untuk kembali bermesra-mesra seperti dahulu. Entah-entah dia cakap dalam hati where-on-Earth-this-teacher-coming-from? Oh, tergamak Amirun (eh, terkantoi pulak nama).





Sorry. I memang bias.





Finally, cinta bertaut kembali.
Kau tahu betapa punya susah nak tackle kekasih lama ini???





And this is Sufia Nur Iman. Yang ni tibe-tibe terharu sebab aku bukan mengajar dia pun, tapi bila aku datang semalam, she's the only one yang cakap, "rindulah-dekat-teacher". (sapu-air-mata) Amirun pun tak cakap macam tu dekat I okeh. Fine Amirun, kita clash.





Dan memang sepanjang aku duduk melayan potpet-potpet para ahli jemaah P18 semalam, memang Iman diam dan senyum je duduk kat sebelah aku. Tak ada pulak dia nak mengarut macam kawan-kawa dia yang lain. Oh Iman, tiba-tiba teacher dah jatuh cinta pada awak.





Nampak tak, angle ambek gambar pun dah tahu memang Iman maintain stay je sebelah aku tak berganjak ke mana-mana.





Yang ini pulak Fatihah Solihah. Klasmet Iman. Nak tahu kenapa nama dia naik jugak?





 Because dia ada 'di mana-mana'.




See, nak join teachers club jugak. Bulihlah Fatihah bulih. And itu Kak Sarah and Kak Yana by the way. Happy to see you back Kak Yana! (Kak Zai dengan Kak Keena tak ada sebab dah balik awal - later)




p/s: was having an open table session last night. so out of blue but kinda cool. 

the history

Followers