Wednesday, July 2, 2014

tHe La-La-La ExCiTeMeNt. BoLeH RaSa taK aPa YaNg aKu RaSa?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku bukanlah kaki bola. Main bola pun tak reti. Tapi aku suka tengok bola dan updated jugaklah dengan isu bola walaupun aku punya updated tu istilah dia 30 hari selepas isu bola itu melanda. Ok la. Please, kau ingat aku tak ada benda lain yang lagi best nak dibuat selain daripada meng-obses-kan diri aku dengan bola ke hah? Shopping lagi best! Well, the point is, walaupun lambat, at least aku tahu jugaklah siapa yang masuk kelab ni, berapa dia kena bayar masuk kelab sana, manager mana yang bertukar, ranking siapa yang naik, siapa yang bergaduh... Yeah, thanks to my kaki-bola-family. Daripada atok, bawak ke daddy, bawak ke beruang, my cousins. And yes. Even mummy pon. Even ME!





So, kali ni bila cuti aku jatuh pada musim bola, which is memang ngam-ngam semester break time FIFA. Dah masuk quarter final pulak tu, then of course, aku rasa bahagia because aku boleh follow and updated dengan setiap match menjelang Final on 14 nanti. Ke 12? Eh, tibe-tibe dah tak updated dah. Again, the point is, sejak aku kenal FIFA since tahun 2002 (masa tu nak UPSR ok), memang aku tak pernah ada peluang untuk tengok FIFA dengan erti kata sebenar. Which is tengok every single match tahu-tahu je keluar result, tengok highlight. Tahun 2006 FIFA dekat boarding school. Lagilah. Bau Fifa pun tak ada. Then, 2010, aku sem 2 degree dekat Shah Alam. Masa tu tengah final exam. FIFA? Kisah?





That's why tahun ni aku macam beriya sikit walaupun awal-awal hari tu terpaksa buat tak tahu jugak assignment banyak gila wei. Ni dah habis. Dah submit semua. Dah balik rumah. Dah boleh pegang remote tv sesuka hati. Muahahahahah, padan muka beruang tak ada kat rumah! Itu TV, ana yang funya. Walaupun abang Espana I dah tersingkir awal, tapi tak apalah. Tengah cari tune jap nak beralih kasih. Sampai hati abang buat ayang macam ni (tahun-ni-tak-nak-raya-kat-spain-merajuk).






So, now you know I bercurang dengan team mana sekarang!





Tak sabar tunggu 5hb ni. My beruang pun balik! 
And his team pulak is German. So, it's gonna be awesome match to watch together.
Mesti tak faham aku punya esaited feeling ni kan? Nah, ambek feel skali.










Mission: 
Nak pakai jersey German dia and cheer for France! 
Bulih bro? Hahah, can't wait to sepak u...



Saturday, June 28, 2014

CoFFee AnD mE


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I don't know that I'm actually a coffeholic until Anis sent me this link. Taklah 'holic' sangat. I mean, I prefer myself as a coffee lover je kot. Coffeeholic tu agaknya sampai tahap nak beli mesin buat kopi sendiri, sampai tahap bangun pagi je cari kopi, as if tak boleh hidup langsung tanpa kopi which is aku tak sampai ke tahap itu lagilah. Masih moderate. Masih terkawal. Tapi kalau diberi pilihan, teh tarik, fresh orange, smoothies, hot chocolate, ice-blended, milkshake, plain water, coffeeeee...??? Ok, you know what will I choose. And that plain water as well.





Dah kenapa tiba-tiba cerita pasal coffee? Pasal teringat link yang Anis hantar tadilah. And baru perasan rupanya dah lama guna gambar ni as my laptop wallpaper.






Which is sadis sebenarnya. Tapi ok laaa. Setakat ni tak pernah pulak rasa muak. In fact, tak pernah rasa nak tukar pun. Cumaaa, yela, sadis. Orang letak gambar sendiri, kau letak gambar kopi.





And baru sedar diri jugak rupanya wallpaper phone pun gambar coffee,
even though bukanlah coffee yang menjadi fokus utamanya di situ...






ok, got the message?
but still, it's a latte





dan jugak,
punyalah banyak gambar dengan kopi...






Ini baru sikit tau. Agaknya kalau aku rajin menggodek-godek setiap folder gambar aku ni, nescaya kau akan akur, (dan aku juga akan akur) dengan fakta bahawa aku memang seorang pencinta coffee (padahal-dok-bantai-kopi-sebab-nak-stay-up-tengah-tengah-malam-assignment-melambak-bagai-nak-gila-kot). Tapi sebenarnya, kopi memang best. Walaupun doktor pesan jangan minum kopi, sebab nanti dehydrate dan boleh buat hormon tak stabil, tapi aku lagi sanggup hilang kestabilan hormon daripada hilang kopi. Patutlah rajin meroyan. Ok bye!





Jangan lupa niat puasa malam ni ye anak-anak. Niat sebulan teghoih!
Have a blessed Ramadhan...





Thursday, June 26, 2014

PeSTa bUnGa WiTh ThE bUnGaaa (walaupun-tak-cukup-bunga-sebenarnya)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Mula-mula macam taknak letak post pasal Floria ni sebab tahun lepas dah pergi so bendanya benda yang sama je except that I cannot brain kenapa kena bayar 3 ringgit nak masuk Floria ni? Tahun lepas free kot. And reason yang kedua I rasa tak nak letak sebab dah lama sangat Floria ni habis rasa macam dah basi pulak cerita benda yang dah tak ada. Tapi takpe kot. Kata nak buat kenang-kenangan kan. Kang simpan dalam diari siapa nak baca?





Anyway, disebabkan satu reason ni, I letak jugak entry pasal Floria sebab dah la masuk kena bayar 3 ringgit, lepas tu dah ambek gambar banyak-banyak kat dalam tu takkan nak simpan dalam folder diam-diam kan. Memanglah tak semua gambar I nak share (ingat I tak ada privacy ke?) Dahlah spesis tak reti nak upload gambar dekat fesbuk, lepas tu taknak share dekat sini? Habis tu nak share kat mana? Few pictures only I letak. Lepas tu I diam, ok. Promise!





So here we're. At Floria 2014. Bukan nak cakap apalah, kalau nak compare dengan gambar I masa Floria tahun lepas, Maigod... jap nak upload gambar Floria tahun lepas. Kau sabajap!






So, inilah Floria tahun lepas yang masa tu singgah secara tak sengaja sebenarnya. Masa tu pergi dengan Kak Sarah kawan masa kerja dekat Putrajaya dulu. Agak-agak dengan muka selekeh macam orang minyak tu uish, boleh kagum dengan keberanian diri sendiri sebab upload gambar huduh begini ok (hantuk-hantuk-kepala-kat-dinding-jap). Tapi setahun kemudian, bulihlah kot nak fefeeling kagum. Inner beauty semakin terserlah (padahal sebenarnya lepas buat plastic surgery kau apa tahu?)






Oh, lagi terserlah kononnya dengan kehadiran insan-insan tersayang gitew. So actually I was there dengan Anis and Abang Nabil and bakal menantu I yang suka bagi I fefeeling mummy. Peah pun ada sekali sebenarnya tapi adalah faktor-faktor yang menghalang dia bersama we ols malam tu okeh tak payah cerita kang jadi novel kang! Dahlah ngam-ngam je sampai time fireworks. Which is lepaslah hajat. Tell you what, firework is one of my best favorite thing in the world (tak-tahu-kenapa). Tapi gambar fireworks tak ada. (takpelah) I oweys adore you dalam mimpi Encik Fireworks!





Anyway, ada satu lagi gambar selekeh nak tunjuk. (macam-best-pulak-men-letak-gambar-gambar-comot-selekeh-selebet-serabai-kat-sini) Bukan apa. Nak tunjuk contoh ok. Sample, sample. Beza dulu dan sekarang walaupun setahun yang lalu je.






(facepalm)
Seriously betapa selekehnya zaman muda-muda dulu.
Well, ok... after a year.






And now, I know, disebalik kena bayar 3 ringgit tu I think berbaloi la kot dengan presentation payung yang santek-santek gemilang bercahaya di atas compare dengan tahun lepas punya kan. Which is, ok laaa. 3 ringgit je pun. (padahal-dalam-hati-sebenarnya-nak-argue-lagi) Ok. Thanks to camera Anis. Muka berminyak pun nampak glowing. Thanks to payung warna-warni juga. Raya nanti nak buat camni ah!






Cantik kan cantik kan cantik kaaaaaaaaaaannnnnn!!!






Yang ni pun cantik jugak. Tapi terpaksa makan hati. Jeles ok, jeles! 
(so, tahun depan nak paksa Encik Domoi datang sini - tak kira!)






Oh yes! Another thing yang best dekat Floria tahun ni, maigod, banyak gila dia display sample pelamin. Sampai tak larat nak ambek gambar dekat semua pelamin kang orang cakap aku ni meroyan nak bersanding ke hape? Tapi seriously, bakal-bakal raja sehari yang datang ke Floria hari tu sure dapat cedok banyak idea. Wedding indoor ke outdoor ke. Dah tiba-tiba rasa macam buat promosi kahwin pulak haila tak faham dengan diri sendiri.






And aku actually annoying dan geli dengan gambar ni. Tapi nak bagitau betapa Anis adore dengan mermaid (yang scary) kat belakang tu. And paling tak faham dengan perangai orang tua ni dahlah paksa orang ambek gambar dengan mermaid. Puas hati dapat paksa orang ambek gambar dengan mermaid agaknya. Tahniah Anis!






Ok last. Tak dapat nak explain perangai sendiri kenapa suka tulis panjang-panjang. Kalau boleh semua gambar pun nak upload kat sini and semua gambar pun nak caption panjang lebar tapi menyedari banyak benda lain yang lebih berfaedah selain menghadap dan menghapdet belog ni... Ok bye!





p/s: thank you sebab sudi buang masa kat sini! (taching)



Monday, June 23, 2014

The JoUrNeY tO Sri IsKaNdaR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT


Like seriously, last week we went to UiTM Sri Iskandar hantar Peah pergi meroyan, no, I mean pergi interview dekat sana. Alhamdulillah, she got the job. So, itu je nak bagitau. Yelah. Macamlah aku tahu macam mana dia kena interview, siapa yang interview, apa yang dia kena buat masa interview hapa semua kan. Dah tu, dayang-dayang pengiring semua ingat follow sesaje ke? Tak tahu ke betapa penatnya bergambar dekat UiTM tu (gayat sebab first time jejak Sri Iskandar ok) and panjat Kellies Castle kekdahnya semua tu hah? Opkoslah kena buat essay pendek je. Gambar lagi penting kot!






Well, after two years, I'm here again with my geng meroyan. Geng Puffey Twider. And told you so many times they're just like my sisters. Siap pesan dekat para kakak sekalian, nanti kahwin aku nak ambek gambar kat sini. So, jangan kacau Kellies Castle. Korang nak buat wedding photoshoot sila pergi tempat lain. Tapi masing-masing macam buat muka blur, buat muka feeeling-less, like seriously? Err, aku rasa memang agak gila jugaklah kalau semata-mata pergi Kellies Castle sebab nak ambek gambar kawen tapi kalau aku kawen dengan orang Perak haaa camne? Make sense kan? Tapi macam mana kalau bukan orang Perak? Macam mana kalau... Ok dah.






Lepas tu ambek gambar macam family picture. 
Suka menjimatkan memory card sebenarnya. 
Lagi ramai lagi fefeeling sisters kot.






Even selfie pun nak berjemaah.
Nampak tak dia punya bonding macam mana?






And walaupun tak berselfie or tak berempat, still nak fefeeling sisters jugak. Because you can see sepanjang semester ni gambar siapa yang paling banyak dalam belog ni kan? Like seriously, lepas ni tak tahu bila lagi dapat bergambar-gambar macam ni. Since kelas pun dah habis. Peah will start her new journey at Tapah. Iema pun. Gonna start her career in no time. Anis will always be at Subang but still I takkan datang and kidnap her like bila-bila-masa dan sesuka-hati saja. So, kenalah tunggu bila semua orang free serentak. And as for me, dah mula fokus dengan thesis and cari kerja in the meantime. Nak uruskan rumah tangga lagi...




 
And sure thing is, lepas ni takkan ada siapa-siapa tanya nak-lepak-kat-mana-lepas-kelas, bila-nak-submit-assignment, besok-siapa-pergi-library, siapa-ponteng-kelas-hari-ni, lecturer-dah-masuk-ke-belum, sumpah-seranah dan caci-maki dan sepak-terajang dan peluk-raba segala. Yes, memang la ada kejadah segala group whatsapp, facebook, twider, kekdahnya, tapi tetap takkan sama dengan live jumpa depan mata ok. Even dalam Skype pun. Tak sama, beb. Tak sama. So, I seriously will miss them all dan saat-saat meroyan together. Ok, Ocha. Jangan nanges!





Oh, ni bukti I dah check in UiTM Sri Iskandar ok. Kang tak letak kang tak caye pulak. Peah tengah interview masa ni. And credit to the camerawoman. Iema Zee. Uish, nama glamer.






And plus. Dah check in Fakulti Art and Design jugak. Sebab dengar kata student fakulti AD ni (kononnyalah) hot stuff belaka. Nak try jugak cari hari tu, tapi macam tak ada pulak yang berkenan. So I was like, cuba lagilah lain kali. Susah nak fokus sebab ramai sangat kot. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Ke I yang lagi hot daripada diorang? Ok, cricket moment.





Anyway, I know tadi kata nak tulis essay pendek je kan. But then, tak tahu macam mana dia end up buat essay panjang jugak. Kalau dah spesis memang suka membebel tak kira masa nak buat macam mana. Bakat semulajadi.



Friday, June 20, 2014

DeaR eNciK dOmOi - PaRt ii



ASSALAMUALAIKUM WBT




I think Encik Domoi memang sengaja nak mintak publisiti daripada I which is setiap kali I request something from him and he was like 'ok-i-promise' then I cakap 'kalau-you-tak-buat-i-blog-nama-you' which means maybe dia ingat I acah je kot or maybe dia sengaja tak nak tunaikan that 'promise' sebab dia memang nak I blog pasal dia (dasar gila publisiti) and that request pun hilang macam tu je atau maybe dia memang betul-betul lupa atas faktor usia (i-dont-know) so the thing is I tak acah you ok because I walk the talk so I cakap I blog nama you so nah hambek I memang suka tulis tak letak fullstop so I nak letak fullstop sekarang.





And because just now, ohmai, he makes me meroyan (and-i-must-say-in-a-good-way) tapi still nak meroyan jugak I mean, yelah tiba-tiba bagitahu dah sampai Gombak and ajak jumpa and like seriously it doesn't make sense but still that could be possible so I was like nak excited ke nak skeptical? Sebab macam pelik la tibe-tibe datang Gombak, tibe-tibe ambek MC, tibe-tibe ajak jumpa dekat tempat drift kereta which I dont know any of drifting place at Shah Alam except that go cart circuit dekat extreme park or yang dekat tepi highway tu tapi yelah bila confident level dah tinggi tak ada drifting circuit pun tibe-tibe boleh ada kan?





Anyway, I must say, that was pretty convincing ok. Samalah macam kisah warganegara Belanda Encik Ivan Marcello dulu dulu dulu tu. Nak kata macam nama music instrument pon ada, macam nama makanan pon ada. Ada bakat jadi prank star. Sangat! Ke I ni memang innocent? Memang spesis mudah percaya kat orang? Like seriously?






Ok, segan nak cakap but you are actually sweet.
Dah. Bye!



Wednesday, June 18, 2014

PeReMpUaN Ni SeBEnaRnYa...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Oh, suke eh korang bila aku membebel pasal perempuan. Nak bekap lelaki sangat konon. Bila masa aku bekap? Aku cakap, ignore jelah benda-benda kecik yang annoying yang boyfriend atau husband u ols buat. Setakat busy sampai tak sempat nak mesej, tak return call pun habis nak meroyan segala dah kenapa? Itu je. Tak bermaksud aku tulis macam tu aku bekap diorang. Sengaja nak bagi aku counter story ke hape?





Macamlah perempuan tak buat perangai annoying dekat lelaki. Padahal aku rasa perempuan punya perangai lagi dasyat. Macam hitu macam hini. Macam contoh - banyak cakap. Bunyi macam stereotype tapi sebenarnya memang betul pun. Lagi-lagi kalau duduk dalam group besties dia. Gosip tak gosip, semua orang pun mesti nak bukak mulut. Sebab tu orang selalu cop perempuan ni kepoh, becok, kaki gosip, suka membebel, tak reti simpan rahsialah hapelah. Dah, tak payah nak deny sangat. Memang bukan semua, tapi kebanyakannya memang macam tu. Sila terima hakikat. Perempuan memang suka bercakap. KAMI memang suka bercakap. Ye. Aku pun suka bercakap.





And kami jugak spesis yang sensitif. Nampak luaran macam tough, macam gagah. But we're actually not. We're lightweight. Ada masa kami rasa down yang teramat sangat sampai rasa hopeless dan helpless dan rasa macam nak bunuh diri, rasa macam nak terjun bangunan, rasa macam nak berdiri tengah-tengah federal highway pun ada sebab sensitive dan sangat emosi. And yes. We are very emotional creatures as well. Macam contoh, kalau boyfriend atau husband kau mengadu penat, pening kepala atau apa-apa jelah, kau mesti bajet cool je pesan suruh makan ubat, take a rest, padahal dalam hati kau punya risau, kau punya eager to take care of everything, which is jadi orang sensitive ni bagus jugak sebenarnya. Dia concern dengan orang lain, dia faham perasaan orang lain, dia penyayang, mudah simpati, eh, macam terlebih puji pulak kan.





Ok, satu lagi perangai perempuan yang agak stereotype padahal memang betul pun, diorang ni spesis yang suka berfikir banyak. Dah la banyak cakap, lepas tu banyak fikir. Semua benda pun nak banyak-banyak. But yes. We think too much. Too much sampai tak tahu nak cakap macam mana dia punya 'too-much' tu. Macam contoh eh, mak, kalau anak dia keluar rumah and cakap nak balik pukul 8 malam tapi actually pukul 7.00 lagi kepala dia dah start fikir yang bukan-bukan dah. Anak aku dah gerak balik ke belum? Anak aku ada singgah mana-mana ke? Jalan jem ke? Kereta rosak ke? Nampak tak aku punya cover line contoh kat atas tadi macam mana? Hah, kalau faham, korang memang osem. Tak faham takpe.





Ada lagi perangai perempuan ni yang cliche sangat jap eh, tak ingat. Ok. Perempuan akan share everything dengan kawan-kawan dia. Which is aku suspek lelaki agak scary dengan fakta ni. Oh no darling. I tak maksudkan everything tu is EVERYTHING. But the fact is perempuan memang suka bercakap kan tadi. So you can expect something laaa from that. Diorang bukan share apa benda pun. Berkongsi maklumat, berkongsi fakta, berkongsi pengalaman, berkongsi perasaan suka duka, and itu namanya BONDING, honey. BONDING! Atau dalam bahasa melayu, MENGERATKAN-SILATURRAHIM. Giteeewww. (ayat cover line lagi)





Which is, kalau aku jadi lelaki pun aku rasa scary jugak dengan perangai perempuan macam ni. Tapi tak semua 'perempuan' di atas adalah perangai aku or perangai kita kan kan kan. Depend dekat orang jugak sebenarnya. Ada je lelaki yang perangai macam tu. So, the point is... Aku pun tak tahu apa motif aku tulis entry ni.





Oh, actually just because entry sebelum ni aku ada pesan dekat perempuan, which is dekat diri aku sendiri, ignore dan maafkan jelah kalau boyfriend atau husband u ols dok buat perangai annoying something like this and like that kan. Tak payah rajin sangat nak meroyan. So this time, I pesan benda yang sama jugaklah dekat lelaki. Ignore dan maafkan jelah girlfriend atau wife u ols yang selalu buat perangai-perangai annoying di atas which is memang dah semulajadi perangai macam tu so nak buat macam mana kan. Tibe-tibe teringat lirik lagu P. Ramlee, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Dah, takyah nak gugel sangat. Bye!





p/s: anyway, i really love that sharing part. i really love when you share something (and kalau boleh everything) with me because it makes me feel special, it makes me feel loved, it makes me feel so close with you.






and suddenly i miss this.
bonding time alert!



Sunday, June 15, 2014

TiLL ThE LoVe RuNs OuT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebelum aku taip entry ni, aku senyum sorang-sorang depan laptop dengan agak lama jugak. Terbayangkan apa reaksi para lelaki kalau diorang baca benda ni termasuklah Encik Domoi. Dah la spesis rajin stalk belog orang. Walaupun aku tulis tak ada niat nak tujukan dekat siapa-siapa, tapi kalau macam ada ter-kena-mengena sikit tu nak buat macam mana kan. Itu namanya kebetulan... Itukan contoh...





So, ok. Aku memang pembaca setia allwomenstalk.com. It's like online magazine yang ada info about almost everything. Public speaking hari tu (which-i-put-on-my-previous-entry), aku bercakap pasal 'Speak-Less-and-Listen-More'. Nak bagitahu point tu actually aku ambek daripada allwomenstalk sebenarnya. And baru-baru ni ada satu lagi artikel best aku jumpa. Macam kena dengan current emotion kan so hakak (tibe-tibe-jadi-hakak) nak share la sikit kat sini. Dengan harapan boleh mengurangkan level meroyan. (macam-dah-jadi-hobi-pulak-dok-meroyan-meroyan-ni)





Well, lelaki dengan perempuan walaupun mereka berkongsi perasaan yang sama, tapi ada masanya action diorang berbeza. Macam contoh, ada benda-benda annoying yang boyfriend atau husband kita buat yang selalu buat kita meroyan padahal benda tu bagi diorang tak ada apa pun. Jadi benda-benda yang selalu buat kita rasa pasghah ni actually kita patut let go sahaja. Not referring to anyone ok. Again. No one! Macam contoh, eerrr... lambat reply mesej ke, tak reply mesej ke, tak mesej langsung ke, mesej tanpa perasaan ke, mesej berganti-ganti ke, tersalah mesej ke, mesej pendek ke, mesej satu perkataan ke, mesej satu huruf ke dan kawasan-kawasan yang semesej dengannyalah.





Anyway, untuk ladies yang membaca, ignore sajalah benda-benda kecik yang boyfriend atau husband awak selalu buat sampai awak meroyan tu. Kadang-kadang diorang tak sedar. Kadang-kadang diorang sedar tapi tak rasa benda tu boleh bagi awak meroyan. Kadang-kadang diorang sedar dan memang saja nak bagi awak meroyan sebab dah jadi hobi diorang buat awak meroyan. Kadang-kadang... Ok, maafkan sajalah. Dah banyak sangat 'kadang-kadang' tu kenapa?






So, I'm currently into this song.
Macam significant sangat kononnya.






Saja nak bagitau yang aku pernah tweet lirik lagu ni.
Till the love runs out katanya.
Huh.





p/s: never thought that it can be this hurt.

Friday, June 13, 2014

tHe PuBLiC sPeaKiNg MoMeNt


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Belum apa-apa lagi semua orang dah feling-feling merdeka. Bajet nak celebrate freedom besar-besaran padahal baru setakat habis public sepiking je pun. Belum kira next week punya case study dengan test lagi. Dua test hokay. Ohmai, the scariest week ever agaknya.




Well, currently I dekat rumah mummy. Tak kira, kena balik jugak walaupun sekejap sebab kalau ikutkan hati next week dah last week dah pun. So dah boleh pulang ke pangkal jalan buat selamanyalah kan. Apalah sangat setakat tahan lagi berapa hari dekat Shah Alam. Tapi tak boleh tak boleh. I can not take it any longer. Walaupun muka nampak macam bahagia, Tuhan saja yang tahu macam mana masing-masing punya meroyan. Meroyan sebab thesis, meroyan sebab kerja, meroyan sebab assignment, meroyan sebab laki masing-masing...






Yang muka paling bahagia itulah yang sebenarnya paling meroyan.
Kalau rasa-rasa semua pun muka bahagia, maknanya semualah meroyan.






And I think, that was sejarah dalam semester ni. Kelas communication habis paling lambat. And Prof Gurnam sendiri yang request nak ambek gambar tau. Which is epic. Pandai Prof pujuk kitorang lepas masing-masing kena kritik public sepiking.






Anyway, Prof memang sporting habes. Boleh join selfie lagi. 
I love you Prof. Bagi kitorang A subjek ni ok. A+ kalau boleh.





Speechless. 
Dah tua-tua buat perangai macam ni.
Baiklah, sekali-sekala. Aku relakan.





And lepas tu, dah jadi macam acara wajib pulak which is melepak every malam setiap kali lepas habis kelas (walaupun-malam-jumaat). Sebab nak ada special time dengan group bunga-bunga sahaja. Or group PowerPuffeeyyTwideerrGirrrl sahaja - Amboi kemain panjang nama group baru. Boleh camtu? Opkosh bulih.





Ok tu jela cerita public sepiking. 
Anyway, this is exclusive.
Di sebalik tabir...





...public sepiking
 

And macam mana monster boleh berubah jadi princess di malam hari. 


Like this...



Lagi-lagi malam jumaat kan. Ok bye.
Nak pergi pasar malam. Lapaq!



Monday, June 9, 2014

DeaR EnCiK DomOi


ASSALAMUALAIKUM WBT




Dear Encik Domoi,

Hobi baru ke asyik stalk belog orang?

Dah la suruh orang update entry tapi lepas tu nak bahan orang.

Nanti I letak cerita Professor X yang gojes dan hot tu versi panjang lebar nanti u tau laaa.

Dah la rambut tak sama langsung dengan Professor X.

Tapi nak fefeeling hot jugak. Eh, fefeeling market.

 Lepas tu paksa orang lain follow and subcribe.

Gila publisiti. Bajet retis la tu.

Oh, by the way,

stop expecting me to mention your name here.

Dah la selalu cari pasal dengan orang.

Dah la selalu bagi orang meroyan.

Mana ayat suwit-suwit? Dah lama tak dengar?

Hantar bunga ros satu lori dulu baru I puji you lebih-lebih dekat sini.



 Kalau tak dapat satu lori, satu pasu pun ok lah.

So, in the meantime, I puji Domoi je dulu.

~Hai Domoi darling~

Tuan kepada Domoi, #okbai



p/s: lain kali request update dengan topik sekali. kalau tak ada topik, nasiblah kena sebijik random macam ni. asyik bahan orang je kan? padan muka. hah!

Saturday, June 7, 2014

OnLy iF ProFesSoR aKu HoT MaCaM Ni


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Again, setiap kali aku rasa entry aku dah semua ala-ala meroyan so aku rasa serba salah so aku kena bagi balance dengan update entry yang tak berapa nak meroyan. Patut aku tukar title belog ni jadi 'when-my-hand-meroyan' baru betul kot. Dah semua nak mengamuk, nak emo, nak taching, nak sarcastic uish tabahnya siapa yang boleh setia dengan aku ni. Hebat. Kagum!





Well, tak mau dah meroyan. Hari tu pergi tengok X-Men - Days of Future Past. Yes. Cerita tu tak best. Rumor Has It. Tapi tak best in a point of view orang yang tak pernah tengok X-Men First Class and Wolverine and X-Men yang sewaktu dengannyalah. Oh hellooo (lambai-lambai tangan), X-Men - Days of Future Past tu best gila kot. Best sebab cerita dia memang best. And of course cerita yang best tu a.k.a cerita yang mengarutlah.





Dah la dengan pelakon dia omaigod Professor X, Logan, Eric, Peter even Raven pun aku boleh cair. And nak describe dia punya fokus tu sampaikan laki sendiri call pun boleh tak sedar padahal handphone betul-betul depan mata kot. hashtagserbasalah hashtagiamsorrybaby. Tapi tak berapa nak serba salah sangat pun sebab memang hakikat Professor X tu maigod hot gila kalau nak dibandingkan dengan Professor X zaman muda-muda dulu. (cair - pengsan)






See? See? See? Betapa banyak dia punya beza? Macam manalah nak sedar boyfriend call kalau dah mata melekat dan fokus habis dekat skrin. Belum laki kau ada kat sebelah. Laaaaagilah sadis. Tak pasal-pasal keluar movie bawak laki masing-masing pergi salon buat extension rambut. Haih!





So, baiklah. Itu je nak cakap. Anyway, kalau sempat tengok X-Men First Class, tengoklah dulu ye. Then baru tengok X-Men yang Days of Future Past ni. Bukan apa, saja nak kasi feel lebih sket. Kang terpinga-pinga. Ternganga-ngaga. Ok dah. Bye!



Thursday, June 5, 2014

LeAvE Him, JuSt LeaVe...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tahu tak betapa annoyingnya perasaan bila in relationship dengan orang yang tak pernah nak pedulikan kita? I mean, perasaan kita? Everything is about him him and him sampaikan bila kita text 'i-miss-you' or 'i-love-you' dia boleh reply dengan 'kerja-i-banyak' 'i-serabutlah' 'diorang-tak-appreciate-apa-yang-i-buat' and whatever segala macam mak nenek merungut lagi maigod at least reply dulu 'i-miss-you-too' or 'i-love-you-too' tak boleh ke? Lepas tu nak merungut, merungutlah.





Anyway, aku tak rasa aku jahat kalau aku suruh mana-mana perempuan walk away from their boyfriend just because they were being ignored macam orang bodoh dan tak ada perasaan dahlah dengan perangai boyfriend macam tu, bukan setakat kerja je but actually worst sampai aku rasa kalau aku jumpa lelaki macam ni memang aku kaki dan tangankan beliau cukup-cukup. Serius!





Kalau aku bukak cerita pasal Mr. Feelingless sekali lagi korang akan tahu kenapa aku tak bagi peluang kedua dekat lelaki macam ni. And yes. Because being and option is the worst feeling ever. Bila dia nak barulah cari kita. Bila tak nak, hilang macam tu je. Ok, memanglah kerja tu penting. Tapi ini obvious sangat dia hanya pentingkan kerja daripada benda lain, daripada segala-galanya. Tak apalah kalau sekali dua. It's actually a cool thing bila tengok lelaki ni passionate dengan kerja dia. Tapi passionate dengan kerja and jadi hamba kerja is two different thing yang kalau aku elaborate lagi boleh jadi essay tau entry ni. So faham ke tak faham ke, buat-buat faham sajalah.





Jadi tolonglah, tinggalkan your-stupid-workaholic-boyfriend tu sebab bukan nak cakap apalah, other than his-stupid-workaholic-ego-attitude, which is kalau dah kahwin nanti aku tak boleh nak bayangkan macam mana, so maybe ada faktor-faktor lain yang kau perlu take into consideration. Family relationship for instance. Tengok family kau and tengok family dia. Tanya diri sendiri, let say kalau dah kahwin nanti, boleh ke kau tahan dengan perangai workaholic dia and ditambah lagi dengan family conflict dia dengan dia dan family conflict dia dengan kau? Unless kalau family kau sendiri macam tu aku rasa tak ada masalah la kot. So, again, ayat aku pening. Baca sekali lagi kalau tak faham.





But, please, please, please, takkanlah dah terang-terang family dia tak suka kau or maybe family kau tak suka dia and kau masih nak kahwin jugak dengan dia? Nak jadi macam Rita Rudaini? Itu mengarut namanya. Restu mak ayah tu benda paling penting kot. So sebelum terlambat, sebelum dapat title anak derhaka, please tinggalkan musibat itu. Kau tahu segala perangai buruk dia, in fact, kau ada berjuta alasan untuk blah daripada dia tapi kau masih stay sebab dia tak pernah curang. Tapi curang tu isu hati dan perasaan. Bukan macam isu stupid-workaholic-attitude or family-bonding-conflict or drug or crime or gambling or sex or hot-tempered or selfish or... Ok. Itu contoh saja. Gamaklah pulak nak cerita hal sebenar kan...





Well, this is something yang Encik Domoi pernah cakap dekat aku. Suka dan sayang tu adalah dua benda yang berlainan. We argue a lot about this. Banyak kali bergaduh nak menangkan teori masing-masing. Encik Domoi cakap, suka tu lagi penting daripada sayang. And as for me, sayang is much more important than suka. But in order to love, you have to like that person. Aku tak tahu mana satu teori yang betul, but it looks like Encik Domoi ada point jugak sebab actually 'suka' tu is the main ingredient untuk kita 'sayang' dekat orang. So I strongly advice you to leave him sebab dalam kes-kes macam ni, kau tahu segala perangai buruk dan beruk dia, so obviously kau tak suka dia sebab perangai buruk dia tu. Maknanya, sayang kau dekat dia is just sayang. Sayang yang tak ada suka. Is just 'sayang'. That's all. Mesti tak faham lagi kan? Ok takpe. Nanti kita sembang live. Senang.





Maybe, kau bertahan dengan dia sebab kau boleh jadi diri kau sendiri. Kau tak perlu berlakon, kau tak fake, kau tak cover perangai kau, tapi benda tu sebenarnya satu kelemahan. Sebab kau rasa kau takkan jumpa orang lain yang boleh handle perangai kau selain daripada dia. Sebab kau rasa dia je yang boleh tahan dengan perangai kau. But the question is, kau boleh ke tahan dengan perangai dia? Kau suka ke dia treat kau macam tu? Kau sanggup ke tahan sakit hati kau tu sampai bila-bila?





Yes, memang kita mampu berdoa dan berharap untuk seseorang itu berubah. Tapi bukan kita yang buat perubahan tu. Cuba kalau orang suruh kita jadi macam tu jadi macam ni, buat benda tu buat benda ni, of course kita tak suka kan. Kita nak orang terima kita seadanya. Accept us as we are. Jadi kita pun kena terima orang seadanya. Accept them as they are. Tapi kalau dah perangai macam haram macam tuuu... No. He won't change. Just leave him. Berapa kali nak cakap ni?





Ok, promise ni last. Maybe you don't have any trust issue. Maybe you don't even have any communication problem. Tapi tanya hati kau sendiri, are-you-happy-with-him? do-you-think-he-will-ever-change-for-good? do-you-think-this-relationship-can-be-fixed? Bukan orang lain yang buat kau bahagia. Tapi diri kau sendiri. Aku takkan suruh kau blah kalau boyfriend kau cacat sana dan sini. In fact, sampai mati pun kau takkan jumpa yang sempurna. Tapi bila 'cacat' dia tu sampai meragut kebahagiaan kau sendiri, tolonglah, jangan seksa diri kau lagi. Ini baru bercinta, masuk alam rumah tangga nanti tak tahulah.





Sekian, aku memang tak pandai bercakap. Tapi aku rasa tulisan aku hebat so that's why aku hanya mampu belog semua benda ni dengan harapan punchline aku sampai. Hah. You're big girl, honey! You know what you're doing. This is your life, your happiness. Tak ada orang yang berhak tentukan dua benda ni dalam hidup kau melainkan diri kau sendiri. Ok bye!










p/s:you-know-who-you-are




Friday, May 30, 2014

EnTrY UnTuK oRaNg-OraNg PeMaLaS (macam-hakak)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Disebabkan tak semua orang ada twider, dan disebabkan aku nak meroyan sebenarnya tapi dengan sisa-sisa rasional yang ada, aku rasa tak perlu kot aku meroyan lebih-lebih kat sini. Aku print screen je. Nah!





ini sample sahaja. 
ada yang lagi dasyat daripada ni tapi kau tak perlulah nak follow kang aku tak ada tempat nak meroyan habis dah hilang segala privasi.





Actually, siapa yang kenal aku ni memang tahulah betapa aku boleh jadi very very very straight forward dekat sesiapa saja and for that particular someone pun which is tak perlu aku mention kot kang ada pulak kes-kes putus sahabat atau kes-kes yang sewaktu dengannya, jadi sebelum turun naik mahkamah atau turun naik status meroyan yang entah hapa2 dekat facebook ke mana-mana sajalah kan, aku update entry ni sebagai peringatan awal atau bahasa omputihnya early warning gitew.





Yelah, bab-bab rumah tangga ni memang aku jarang mention dekat belog. Tapi bila sampai satu tahap aku rasa kau punya management of rumah tangga dah termasuk kategori kritikal, mintak maaf beb, serious aku tak boleh diam. Biaq pi hang nak cakap aku ni old school, old fashion, kolot, conservative, whatever I don't care tapi aku tak boleh terima kalau perempuan yang spesis perangai malas nak mengemas atau tak reti mengemas ni. Kau perempuan, so kau WAJIB tahu mengemas.





Anyway, ada beza dengan orang yang TAK RETI dengan orang yang MALAS. Tak perlu cerita detail laaa kang obvious sangat meroyannya. Dengan itu, sekian saja. Harap sedar diri dan tolong terasa. Selagi boleh sabar, aku sabar. Jangan sampai aku update love letter pulak kat sini. Tak kuasalah asyik nak mention nama kau je.




Sibuk. Tak ada masa. Whatever it is semua tu bukan alasan untuk jadi pemalas.
"When there's a will there's a way"
-note-to-self-bukan-kau-sorang-je-dah-tak-yah-nak-sentap-sangat-



Wednesday, May 28, 2014

ThiS iS RaRe, BaBe (for-me-laaa)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Seriously rare. Aku ni walaupun currently menganggur, I mean, tengah belajar kot menganggur apanya kan. Tapi aku still looking for job opportunity which is kalau ada rezeki adalah lagi-lagi dah hujung-hujung sem ni maka semakin gigihlah usaha nampaknya. Well, the point is apa benda yang aku cakap rare tadi ialah, selama aku cari kerja thru online, this is like the first time ever aku nampak ada pihak employer state benda ni. (maaflah grammar hancur).






'SMOKERS ARE NOT ENCOURAGED TO APPLY'





Tudiaaaaa, rare tak rare babe. Kerja apa and kat mana tak perlu bagitahulah kot. Mana yang dah tahu tu, so you tahulah. Yang pastinya aku tak pernah jumpa job ads begini and it's a good thing actually. Mungkin (mungkinlah) ada orang insaf ke baca job advertisement ni. Manalah tahukan. Still a good approach for me! Hope semua company pun buat macam ni and biar semua smokers rasa limited sangat peluang diorang nak apply kerja. Hehehehehehehe (gelak jahat)





So, itu je nak cakap. Nampak sangat tak pernah bekerja secara pro. Ok bai!



Sunday, May 25, 2014

tHe ToNgSaNs MoMeNt


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Happy belated birthday untuk hausmet ai Zaf and Nina. Yang dok makan suap-menyuap kat bawah ni i don't know kenapa kena suap-menyuap bajet suwit la tu agaknya ok u ols memang sentiasa suwit di hati Kak Ocha walaupun kadang-kadang berbulu di mata.





Here, Zaf and Nina





Hari tu pun ada birthday Ida and Ain tapi tak adalah sampai nak membelog ke hapa tapi yang ni lain sikit sebab dia macam gathering terakhir for Tonsanians (nama untuk ahli jemaah rumah ai) since Kak Ojai pun bakal bercuti dan bakal deliver baby tak lama lagi ohmai aku pulak rasa nebes tiba-tiba. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, semoga Kak Ojai lahirkan baby dengan selamat. (nada-esaited!)







So inilah dia muka-muka kesayangans dekat rumah sewa hamba. Dia punya harok bila semua kepala berkumpul..... ohmai, tak payah tunggu semua, tiga orang cukuplah untuk bikin harok! Kalau semua ada mahu terbalik rumah tu agaknya. Belum kira artis jemputan lagi si Aqma tuh. Heee.






Bertempat di Jibby n Co, Empire Subang, ok ni memang kena mention sebab this place is ohsem. Sebagai seorang kaki makan dan pencinta makanan, I recommend this place for you guys sebab makanan dia sedap, the air and the environment memang santai habes. Seriously, tak payah bawak pergi candle light dinner pun tak apa. Jibby n Co ni pun boleh fefeeling romantik yuno. See the light sajalah.






Service pun ohsem. Sebab hari tu aku berbuka puasa kat rumah so masa dekat situ aku tak adalah nak order makanan ke hapa (but I had latte). Tapi bila rasa semua makanan yang hausmet order, oh really, rasa menyesal tak order hapa-hapa hari tu.





p/s: nanti nak ajak Encik Domoi date dekat sinilah.






Sebab Faa duduk sebelah Kak Ocha, so dapat extra publicity dekat sini.






And the roomates pun. Especially adik kesayangan dekat tengah-tengah tu.
(bukan nak cakap apalah eh Tongsans, point Ida kena lebih sebab azab dia duduk dengan Kak Ocha dia saja yang tahu.)






And this is group bilik sebelah.
Faa, Nina and Ain.






pasangan gay bilik belakang.
Zaf and Tasya






And Kak Ojai. Mak buyung yang I dok mention tadi.
Since Fyza tak hado, Ida temankan Kak Ojai jadi fake rumet la ye.
(pinjam kejap je sebab dia rumet kite taw...heee)






Walaupun sekejap, tapi dah sayang macam sisters dah.
Lebih kurang sebulan je lagi I dekat Tongsan, sure rindu kepala-kepala kat atas ni.
(nangis-tersedu-sedu)






So, itu sajalah. Unless kalau lepas ni ada gathering season finale untuk Tongsanians lagi then masa tulah kita taching beramai-ramai k. 





Sekian, girls dan selfie tidak dapat dipisahkan






What to do 
#silatabah

Wednesday, May 21, 2014

i CaN't BeLiEvE i DiD tHiS!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku hampir-hampir nak buat solat istikharah sebelum nak tulis pasal entry ni. Sebab aku rasa aku sudah berperangai pelik dan gedik macam perempuan gedik yang selalu tulis entry tentang kekasih hati abang sayang cayang ayang muah muah muah yang selalu buat tekak aku loya atau kadang-kadang ada jugak yang aku rasa nak bagi makan kaki dekat mulut masing-masing so sekarang ni aku dah termasuk dalam golongan perempuan gedik macam tu so adakah aku harus masukkan kaki ke dalam mulut sendiri?





Ok. Ini jujur. Aku bukan romantik punya orang. Aku tak reti nak buat benda-benda cheesy yang selalu orang bercinta buat macam dalam movie like tulis ayat-ayat jiwang, berjanji bersumpah untuk sehidup semati weh kalau ajal dia dah tiba takkan kau nak tarik nyawa kau sendiri pulak? Lepas tu ada yang nak tuju lagu la, bagi bunga or coklat or hadiah la, buat suara manja-manja, gedik-gedik, merengek-rengek, even nak panggil 'sayang' itupun dah romantik tahap dewa dah aku rasa. Tapi tak tahulah kalau dah kahwin nanti dia jadi lain ke kan. But so far, aku punya definisi romantik lebih kurang macam ni...





- Bangun pagi and hantar mesej good morning versi sarcastic. - Jawab call dengan 'ye-nak-apa?' instead of 'hello-sayang'. - Tweet meroyan melambak-lambak instead of direct text dekat tuan badan 'i-miss-u'. - Panggil boyfriend kau 'gila' or 'gay' instead of 'sweetheart, darling, baby, honey'. - Gelak mengilai-ngilai macam langsuir. - Capai apa yang ada depan mata and bantai boyfriend kau dengan penuh kasih sayang - Saja cari gaduh nak bagi dia annoying dengan perangai kau. - Bila dia bahan kau dan kau bahan dia balik. - And like this, and like that. Itu romantik bagi aku.





Tapi achelli kadang-kadang aku rasa ada je part manja or romantik (versi-cheesy) yang terkeluar secara automatik yang tanpa aku sedar at that moment tapi aku sedar bila dah terlepas benda tu and I will be like 'weh-apahal-aku-cakap-macam-tu?' 'weh-gedik-gila-aku' 'weh-lawak-doh' 'weh-malu-siot' 'weh-geli-laa' ok dah. Tapi hanya aku dan dia sajalah yang tahu. Walaupun yes I know, belum kahwin, belum ada ikatan yang halal (so, yang ni ikatan haram namanya) ok whatever, tapi itu kadang-kadanglah. Kadang-kadang tak sengaja, kadang-kadang sengaja. Kadang-kadang mulut cakap tak suka, padahal dalam hati...(bayangkan-aku-buat-rolling-eyes-sekarang!)





So, the point is actually, gambar yang kat bawah ni gambar malam tadi which is masa celebrate belated birthday housemates which is aku tak tahu kenapa mood aku was like really into this cheesy thing (bagi-aku-ini-memang-cheesy-terlampau) kau pernah tengok aku post entry macam ni? Tak pernah kan. Tapi kali ni tak tahu kenapa aku rasa macam ada-aku-kisah?











Aku mohon tolong jangan histeria. 
Like seriously, aku pun rasa seram sejuk tengok gambar ni.
(i cant believe i did this!)
Okbai!


the history

Followers