Saturday, March 28, 2015

BiaRkaN sCrEeNsHoT iTu bErCaKaP


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




AMARAN: Segala screenshot perbualan yang terkandung di bawah sudah mendapat kebenaran daripada tuan tanah kedaun otherwise saya bukanlah jenis suka buka aib orang walaupun content perbualan tersebut melibatkan orang-orang tertentu I mean, ada orang-orang tertentu yang kita tak perlu sangat nak jaga perasaan dia selepas apa yang dia pernah buat dekat kita panjangnya aku punya 'amaran'. Ok bye.






Honestly, nak sebut nama dia pun malas. Yuno. Malas yang macam malaslah. Macam setiap kali keluar nama tu amaigash rasa sedepuk beban jatuh atas kepala terus pengsan kena himpit ke camana ntah nak cakap macam penat gila ni tengah taip ni pun rasa penat jugak dia punya malas tu was like malas gilalah, dahlah screenshot tu pun dah berapa hari ntah, tapi sebab ramai yang bertanya, (ramai rupanya yang follow up relationship aku rasa macam retis tetibe) well, dengan ini secara rasminya saya mengumumkan HEY SINGLE LADIES, I'M BACK AS YOUR PRESIDENT!!!





Reasons? Sangat banyak. Serious aku boleh buat entry bersiri untuk keluarkan segala flaws mention every single thing tapi kan aku dah cakap tadi. Malas. But Anis was super super fun. Yuno bila kau ada kawan yang memang spesis masuk air like everything yang kau cakap pun dia layaaaaannnkan je. At my worst, at my best, Anis seriously deserve a "Bestfriend Award" of the year. So, itu je yang aku mampu. Anyway, kalau kau rasa apa yang aku buat ni tak patut, kalau kau rasa apa yang aku buat ni as like membuka aib orang ke apa, well, you-never-know-how-i've-been-treated.





Anis, thank you for allowing me naikkan nama awak dekat sini. 
Mesti rasa pemes kan lately...hah!








Thank you so much Anis. For always be there for me. (Lap air mata)




Ok dahlah. Aku cuma mampu cakap yang aku boleh jadi sejahat-jahat manusia dan sebaik-baik manusia atas muka bumi ni. But honestly, sebagai seorang perempuan, aku harap dia tak treat mana-mana perempuan macam mana dia treat aku. Sebab tak nak perempuan lain rasa apa yang aku pernah rasa. And hopefully mana-mana perempuan tu bukan adik dia atau kakak dia atau mak dia atau 'perempuan' dia sekarang...





Aku bukanlah jahat sangat sampai nak mintak yang bukan-bukan jadi dekat dia. Tapi aku pun taklah baik mana nak doa semoga dia berbahagia apatah lagi nak halalkan orang makan duit aku. Return my money. And say sorry (kalau rasa bersalah). And I shall delete this entry. That's all. Thank you.




p/s: kelakarnya bila teringat balik ntah macamana ntah boleh sayang orang macam ni.

No comments:

the history

Followers