Tuesday, December 29, 2009

BoNdA BiLaNg AkU gAnAs... (Erk...?)

Ganas...? Define ganas tu boley...? Apa yang ganasnye aku nih...? Kalau kat uitm tu da macam trademark pulak aku dok pakai jubah memanjang... Pakai tudung of course... Labuh ada, x labuh pon ada... X kisah la, asalkan menutup aurat itu membuatkan tingkah laku aku terbatas. Nak kata aku suka pakai snicker or kasut tali melingkar2 tuhaa... Hmm, x pernah pulak. Tengok pon aku x sudi. Ape lagi nak pakai. Hah, rasanya kalau sport shoes kat kedai tu ada jual yang bertumit2, dah lama aku beli agaknye... (Achik kau punya tumit.)


Hmm, mybe bukan salah pakaian aku kot. Manners, maybe...? Aku ada cakap kasar ke hah? Mencarut2 ke...? Sengal...? Bengong...? Cekadak...? Achik kau...? Hmmm, da sehabis lapik dah tu... Tapi kalau yang b**i, b***h, s**l, f**k n apa kejadah sume tu, x sampai ke paras lidah aku ni lagi la. And aku mintak2 la x kan sampai ke tahap tu.

Habis tu, kalau dua2 pon bukan, apo bondo ea lagi...? Eye contact...? (pandang slek? pandang mcm x puas hati?) Body movement...? (jalan ganas? tapak kaki tenggelam? menghentak2?) Over honest...? (selamba kutuk org walaupun dgn niat bergurau?) Suka perli orang...? (kalau org tu deserve, ape x patut ke?) Suka cakap lepas, perhaps...? (same la macam over honest tu ek?) Erm, x cukup manja kot...? Aaah, gedik ah tu sume. Nak manja apa kejadah lagi...?

Entah... Malas ah nk pikir. Kalau nak tau pasal diri sendiri, hanya orang lain je yg boleh judge. Bonda pun dah tegur certain manners of mine lately. Tapi sebenarnya, apa yang orang nampak di luar, x sama macam apa yang ada di dalam. See, bonda pon kadang2 ter'konfius' dengan 'puteri' sendiri. Apatah lagi antum yg 'la intrusa' ni haa...

Tapi mungkin betul jugak apa yang bonda bilang tu... Ganas pada kaca mata dia, mungkin disebabkan aku ni x macam seorang puteri raja yang macam dalam fairy tale or cerita dongeng kat tv tu kot... Bonda nak macam siapa? Annika...? Claire...? Aiden Starling...? Tun Fatimah...? Eeewww... X mau ah... Tapi kalau Corrine, Viveca, Aramina or Rinee... Itu saya mahu...

Siapa suma tu...? X kenal sudah...

~Lalalalalalala~
Yang penting, aku x ganas dan aku bukan pengganas...=)

Monday, December 28, 2009

kEk PeLAnGi dAn nOsTaLGiA

Al-Kisah pada zaman dahulu... Aichecheh, apa kau ingat ini pertandingan bercerita masa zaman kau tadika muda2 dulu...? Hah, sudah.. Hari ni, aku tak kira, korang nak ke tak nak, aku akan tetap bawak korang masuk dapur aku. Because... haha, jom kita main dengan keler warna nak...? (kaler warna? chis, dan2 teringat kat haikal. Sorang boy yg duduk depan meja aku masa form 3 dulu) Adoi, apahal asyik nak ingat nostalgia muda2 dulu nih?

Okeh, tumpang lalu kejap ye haikal... Jangan nak menyinggah lagi dalam kepala batu aku ni. Haa.. hari ni, resipi yg saye nak kongsi dengan awak semua ialah 'KEK PELANGI'... Nama yg diberi oleh ocha sendiri..haha. (lantaklah komersial ke tak)

Achelly, resipi kek ni diberi oleh bakal mak mertua x jadi aku dulu. Auntie Norli.. Alaa, time 2 masih kanak2 pra-matang. Sama2 study group dengan anak lelaki dia, 'kujat' yg dok blakang umah aku nih. Daripada nak UPSR, PMR sampailah nak SPM. Balik2 muke kau 'kujat'. Nasib baik sekarang kau dah blah pergi maktab... Kalau tak, memang konfirm ah kau jadi laki aku..haha. Hadoiyai, nostalgia lagik...

Sudahlah, weh... Untuk tidak menyimpang jauh, presenting....

BAHAN2 UNTUK KEK PELANGI:

250 gm butter (aku pakai buttercup) - 250 gm gula halus - 250 gm self raising flour atau tepung naik sendiri (aku pakai cap bluekey) - 6 biji telur - vanilla essence - coloring (aku pakai hijau, kuning, pink n natural) - and... - rasanya itu saje kot.

Cara2 nak buat? Macam biasa la, putar butter dgn gula smpai kembang, pastu masukkan telur one by one. Then masukkan esen vanila n lastly, masuk tepung sedikit demi sedikit. Dah siap...! Haa, senang je kan? Sekarang boleh la kita main dengan kaler warna pulak..haha. Macam mana nak buat? Alaa, masukkan adunan yg dah siap bancuh tu dalam mangkuk yg berasingan. Ambik sikit2 la ye. Jangan kau bantai masukkan sume pulak. Tak jadi kalerful nanti.

Then, titikkan kaler2 yang korang suka dalam adunan tu. Tips dari ocha, kaler jangan bancuh pekat2. Masa bancuh memang cantik. Tapi nanti bila dah masak, baru korang akan rasa itulah kek yang paling 'HUDUH' dalam dunia...haha. Dah siap bancuh kaler warna tu, masukkan dalam acuan n sedia untuk dibakar.

Tadaaa...!!!


Sebelum dibakar, beginilah rupanya. Ikut la kreativiti korang nak corakkan macam mana ye. Nak buat kek ni pon kena ada skill jugak. Kalau x pandai susun adunan warna pon boleh jadi huduh jugak.. So, kamikazi jela ea... And after dimasak, gini la kok rupanya...


Okeh, x payah kutuk.. Aku tau memang 'HUDUH'...





Tapi bila dah potong, baik korang fikir balik, 'HUDUH' ke tak...? haha.

Ok, fine. Aku x suka orang yang x jujur. Oleh itu, mengaku sajelah kek aku memang x cantik.. Huwaaa, bonda...!!! Tengok diorang ni....


Friday, December 25, 2009

i hAtE tHiS pArT...!

Everything seems 2 be hard 4 me to accept. Aku benci bila perasaan macam ni datang. Don't ask me why? Aku rasa macam nak lari dari rumah, duduk satu tempat terpencil, tempat yang x ada siapa kenal aku. Aku tau, hidup x semudah yang kita fikirkan. Tapi x sangka pulak sampai susah macam ni. Sangat susah. Sampaikan segala ion dalam badan ni, penuh dengan caj negatif je. Aku x nak mengadu kat siapa2. Sini cukup. Abaikan semua orang di sekeliling kau, ocha. Jangan pedulik kan sesiapa yg telefon kau, mesej kau atau apa2 saja yg ada kena mengena dengan kau. Dah, pegi log out. Tarik selimut dan tido... (Itu pon kalau kau jumpa kebahagiaan di bawah selimut tu)

Benci...!!!
I just hate this part...!!!

Wednesday, December 23, 2009

i JuSt LoVe ThEm... sO wHaT..?

Lately, perubahan profil picture dekat facebook, ym, wallpaper hp n my bubbly Beno, sering mengundang tanda tanya dari teman2 seangkatan tentera... (chewah, banyak la kau punya tentera..)

Haha.. Yela, apa x nya, gambar aku dengan si Nadia, adik member baik sehati dan sejiwa aku (konon la tu), si azim tu haa... Alaa, azim... Nak tau apa diorang tanya? "Anak kau ke tu?" "Bila masa kau kawin weh?" "Alalala, comelnye budak kecik nih..." Haa, kalau yang tu x pe la... Tapi soalan yg sebelum2 tu haa... Hadoi, macam mana x kontroversi, dik? Pastu, dapat pulak dekat sapa2 yang kenal si azim tu. Mula la keluar ayat standard... "Wah, ocha dengan adik ipar!"

Kuang hajau tol angkatan tentera ni... Sudah, dok sini diam2. Akak nak bagitau something kat korang ni. Achelly..., kalau korang nak tau..., akak ni memang pantang dengan budak kecik... Bukan pantang alergik, gatal2, bersin hidung sampai merah2 hape kejadah sume tu... Tapi pantang jumpa, faham x...? Kalau nampak je budak kecik, mata bulat, pipi tembam, terkedek2 depan mata akak ni, automatik rasa macam nak sambar... Macam kau pegi mega sale kat shopping komplex la kan... Diskaun sampai 90 percent... Giler kau x nak ambek, weyh...? Tambah2 lagi kalau ada stok yg macam gummy2 bear tu... Dah la montel, gummy-gebu, putih melepak pulak tu... Eeei, maunya kau x rasa macam nak gigit2...??? Pastu dapat pulak yang baru nak blaja bercakap tuha... Potpet-potpet depan kau pon kau rasa bahagia, kan? Cuba kalau mak kau? Bahagia apa kebendanya...

Pastu, bila budak tu lasak giler ganas sampai tendang sepak terajang kau, notty2 comel la kononnye kan, sume action dia yang hampir2 menjerumus kepada kriminal, ok aku salah eja, criminal... Hah, action dia yang hampir2 criminal pon kau akan cakap, "Olololo, cumelnye..." Then after tu mula la kau pon nak join sekaki, dua kaki bahasa pelat dia kan... And terus la otomatik keluar ayat cmni "Alaa, geduang2, tumel2 tayang bulat muchuk2 akak ni, meh tini nak tayang tikit, ah" Muuuah... Pap, hambek kau, air liur bertempek kat pipi jadi extra foundation.

Ok, cukup... tang ayat2 pelat tu, akak x sampai ke situ lagi ok. Jap, nak sambung sikit lagi... Pastu, bila kau pegi mana2 and nampak anak sapa2 yang kau ketegorikan cumel, zuup! rasa macam magic je bila kawan2 kau tengok hp kau yang senyap kat dalam beg tu tiba2 berbunyi 'klick3' entah berapa belas ratus kali ntah. Kau pedulik apa anak melayu ke, anak cina ke, anak india ke, anak orang asli ke... asalkan kau berkenan. Sepupu2 ke, anak buah ke... Even anak jiran2 tetangga yang selalu main basikal depan rumah kau tiap2 petang tu pon kau nak snap sebanyak2 yang mungkin... Sengal...


Ni gambar Nisha, my niece ni haa...
suke sangat menari 'mak inang'
siyes, ntah mana dia blaja ntah, aku pon x tawu.
cak ngah la y ngaja nih...

Yang ni, Najwa...
Selamba je snap walaupon x penah jumpa.
Xtau la apa relationship dia dengan aku.
Tapi rasanya ade kena mengena sedara jugak kot.
yg ni, giler kamera. Kalau korang tengok posing dia,
toksah cakap ah.. akak yg tengok ni pon boleh maut...

Hah, yang ni pulak, my faveret sweetheart, Adam,
selalu main basikal depan rumah aku dgn kakak dia,
gambar ni time dia kurus,
but recenty, Masya-Allah badan dia...
GEMOK!

Kalau yang ni, kau memang patut mengaku x kenal
Becoz, bukti sangat jelas menunjukkan,
kau ambik gambar dia curi2 time shopping kat tesco.
haha, kantoi...
tapi geram punye pasal...
(yela, sape suoh buat ballet dancing dpn aku?)

Ini pon x tau sapa.
Aku tergoda dengan kecomelan dia time pegi melaka dengan kawan2 maahad after spm dulu. Waktu ni, aku n the gang naik bot keliling bandar melaka. X abis2 dok usha budak ni.
Haish, rambut dia... Aset mahal tu weyh...!
rasa macam nak pinjam je...

And this notty2 boy, aku snap time bawak Nadia makan aiskrem kat McD hari tu. Asyik terkinja2 je kejenya, kan dah kena usya dengan kak ocha...haha.
Padan muke kau rainbow shoes's boy

Sudah la weyh... aku x larat nak menaip lagi dah... Yang aku tahu, i just really enjoyed being a sister. Eldest sister for my siblings and sister for everybody... Senang cerita, sikap ke'kakak'an ni memang x boleh dipisahkan la dari aku. Sampaikan kawan2 aku pon aku bantai panggil adik... Aaah, pedulikkan dia lahir bulan jan, feb, mac, apr, may atau jun... Teragak aku nak panggil kau adik, aku panggil je la...

So, what? Kalau lepas ni korang tiba2 nampak aku jadi pengacara 'tom2 bak' ke, 'kelab disney malaysia' ke, 'nickelodeon' ke... Jangan buat2 terkejut pulak ea... Itu orang panggil, 'natural talent' laa.. Hah, mana tau, kot nak lagi best, tibe2 korang tengok aku jadi pengacara 'mari mengaji' macam kat tv 9 tu ha... X pun aku ganti tempat wardina, jadi story teller kisah2 nabi dekat budak2 kecik ni sume macam rancangan tv 'kisah2 anbia' dulu tu ke, kan... Wah, baiknye ocha... Amin la cepat, weyh. Bila lagi nak tengok aku mendedahkan hasrat hati aku yang suci dan murni ni...?

Dan sekarang, adik2 suma boleh la bukak page lain.
Kerana enry ini sudah tamat...
Terima kasih daun keladi.
Lain kali saya bagi kasih ubi keladi pulak.
(sebab tadi pasar dah tutup)

Tata semua...=)

Sunday, December 20, 2009

I'd SuGgEsT, y DoNt YoU dO ThE sAmE..





Post kali ni, x tau nak mukadimah macam mana... Dont worry, hari ni x de sebarang resipi ok... So, aku nak terus direct to the point... about term 'teman tapi mesra'... yang almost digunakan utk lelaki dan perempuan yg berkawan rapat atau berkawan baek...




Hmm, ada jugak yang kata, istilah ni digunakan untuk lelaki dan perempuan yang saling suka antara satu sama laen, tapi malu nak berterus terang... Tapi, apa pun definisi 'teman tapi mesra' tu, i don't care... Sebab aku kawan dengan sume orang, dan aku mesra dengan sume orang... thats y, aku send request 'my bff' facebook aku tu, almost dekat sume kawan yang baek dan mesra dengan aku...




Mungkin x semua, tapi beberapa orang yang rapat dengan aku of coz tahu status aku sekarang...




'Yup, i'm SINGLE'
BUT it DOESN'T mean i'm AVAILABLE.




Aku sungguh bengkek bila ada orang tanya soalan2 macam ni:




'Dah ada orang tanya belum ni?'
'Ni mesti dah ada 'abang' ni, kan?'
'Kau dengan dia ada pape ke?'
'Boyfriend orang mana?'
'Mesej dengan pakwe la tu'
'Ala, ocha nak **** aje'
'Ocha bila nak kawen?'




Apa masalah ea jadi single nih? Ingat aku x de nafsu ke? Aku and korang yg se'spesis' dgn aku ni ada 9 nafsu tahu? SEMBILAN. Pantang je kawan dengan lelaki, 'Alah boyfriend dia la tu.' kamceng sket je, 'mesti diorang ni ada papa ni' kalau rapat semacham pulak 'betul ke ko dengan si anu tu couple?'




Alahai, semput akak nak menjawab dik. Rasa macam nak sound direct kat situ jugak 'ubah mind set kau tu boleh tak.?' Ntah pasal ntah budak2 nih. Kalau dok 'sayang2', 'pegang2 tangan,' 'manje n gedik2' dengan lelaki, amboi bukan main megah lagi. Eksyen, belagak, macam high level sangat la standard kau tu?? Then, bila dengar statement 'ocha tu single la, weyh' Tup2 rasa macam nak kick aku dari group tu kan?




Fine... Alhamdulillah, x mati pulak aku dengan 'kick' korang tu... Tapi, let me tell 'kau' something... Kau muda lagi... Perlu ke kau ikat diri kau dengan orang yang belum pasti jodoh kau..?? Kau ada doreamon ke nak tengok masa depan..?? Kau bukan future fortuner... Even kau dah ikrar, sumpah, aku janji, buat contract, agreement, sampai kena masuk dalam 'new clear holder' in case kalau balak kau tu tinggalkan kau, buleh la kau saman dia or jadikan benda tu sebagai bukti...




Or mungkin jugak kau buat agreement cara baik sket, penuh adat dan manners like bertunang and kau merancang nak kawen minggu depan tu ke.... But let me tell u AGAIN;




"Kalau ALLAH dah kata dia bukan jodoh kau, takkan jadi jugak... and perhaps, kau tetap kawen dengan dia, then tak sampai dua jam, orang yang kau sangka jodoh kau tu accident, or tiba2 lafaz talak kat kau... hah...?? X ke histeria kau waktu tu...??"




The main reason why aku x nak ber 'COUPLE' ni, bukan sebab aku benci lelaki... Bukan jugak sebab aku terlalu taksub dengan perempuan... Dan bukan jugak aku pendam perasaan pada sesiapa, like Francesc Fabreges ke, Barrack Obama ke, Jhonny Depp ke... Bukan weyh, bukan... Tapi sebab satu perkataan ni... Perkataan yang boleh buat aku trauma... Iaitu, 'ditinggalkan'... Pedulik ape aku ada experience ke tidak... Yang pasti, itu adalah reason aku yang TERBESAR...!




OK, tiba2 nak bagi example like perumpamaan kat korang... Bayangkan kau tiba2 jatuh dari tebing tinggi. Giler dalam ah gaung yang ternganga kat bawah tu... Tapi nasib baik kau sempat berpaut dekat satu dahan pokok ni... Kalau dahan tu kuat, Alhamdulillah la kau selamat... Kalau dahan tu dah mati ke, reput ke, banyak kerengga ke, ada ular melingkar ke... hah, matilah kau dalam gaung tu...




Camtu lah jugak dengan couple nih... Kau ibaratkan 'dahan' tu sebagai pasangan kau sekarang... Kalau baik akhlak dia, elok budi pekerti, teguh iman dan agama dia, konfirm... selamatlah kau berpaut dekat 'dahan' tu... Tapi kalau pasangan kau tu macam hampeh... sikit punye huduh punya perangai, stok menghabihkan boreh yo kojo ea... Hah, jalankan function otak tu... Bak kata bang bil, 'lu fikirlah sendiri'...




Ok, kita adjust sikit... mungkin dahan yang kau berpaut tu x tahan... Pastu kau jatuh... Then, kau sempat berpaut dekat dahan lain pulak... Even after tu kau dah saket coz kena gesel dengan batu ke, kayu ke kat tebing tu kan... Tu boleh di katakan macam 'frust after clash' la tu... Tapi kau still selamat... Sebab dahan yang kedua tu kukuh...




Itu pun kalau kau bernasib baik dapat berpaut dekat dahan tu... Kalau x de dahan langsung...?? macam mana weyh...?? Cuba korang cakap dengan aku...?? Sebab tu aku sangat takut dengan COUPLE... (bukan orang yang sedang bercouple la, ape kejadah ea nak takut dgn org tu)




Tapi thats the main reason... Sampaikan aku pernah terfikir, 'ntah2 aku x kan kawen sampai bila2'... BUT, HELLOOO.... me, ocha, ring any bells...?? Korang jangan ingat aku ni stok anak dara x laku ok... Kalau x, x kan pak ngah aku rekemen kan anak dia dekat aku (kawen dgn sepupu sendiri??? Ewww, mati kena bantai dengan atok), or perhaps statement2 di bawah ni x kan ditujukan dekat aku...




'Aha, I suka dekat U'
'Kau nak ke kawen dengan aku?'
'Uhibbuki daiman, yarhamkillah'
'Saya akan tunggu awak sampai bila2'




Sudahlah hai... Aku dah pernah tengok macam mana Myra punya jeles, Hani punya broken heart, kak yana punya histeria, even Bella and Yana yang mcm Mr and Mrs perfect tu pon always be anxious towards their lover... Jadi, korang jangan tanya aku pasal ni lagi... Buat masa ni, biarlah aku berjalan di tebing tu perlahan-lahan... Merangkak pon x pe... Andai kata ALLAH nak 'jatuh' kan aku dari tebing tu, mudah2 an DIA sediakan 'dahan' yang cukup kuat untuk aku berpaut... Aku x perlukan sesiapa buat masa ni... So, don't u ever ask me:




'Apa ciri2 suami pilihan awak?'
'Kau x rasa sunyi ke, ocha?'
'Weh, apasal ko tak nak couple, hah?'




Coz u can get the answer here:
My family & my friends, they are more than enough...!!!
(I can 'putus nyawa' without them)




Aku sangat senang jatuh sayang dekat orang, but not with the person yang baru 1st time dengar suara aku or sebat nombor telefon aku entah dari mana2 and terus mintak couple... (Orang macam kau yang akan aku delete permanently dalam list calon menantu sulung mak ayah aku)




Ok, hot tempered aku dah reda after tengok muka si nadia nih...
So, kita tutup cerita la ek...??




HONESTLY & DEEPLY INSIDE MY HEART,
~OCHA~

Saturday, December 19, 2009

A dAy WiTh NaDiA...

DAY: Friday
DATE: 18th DEC 09
MOOD: Cuak

just 2 make it short and simple. so, rasanye, post 'i just love them' tu boleh di bahagi dua kot..hehe. Yela kau punya short and simple. ocha ni bukan leh caya nih. Ntah2 lagi banyak mengarutnye...

Ok, diam... Sekarang i would like to introduce Nadia...hehe. Sumpah weyh, first time aku tengok gambar dia dekat laptop kawan aku si azim tu, aku terus jadi giler excited... Waa, mujur lokasi dating kami di dunkin donut waktu tu membataskan aku... Kalau tak, dah lama keluar anak tekak aku ni dok menjerit ke'histeria'an agaknye...

And di sebabkan keterbatasan itu jugak, boleh je tibe2 aku rasa macam nak curik2 copy paste sume gambar2 cinta pandang pertama aku tu and masuk kan dalam thumbdrive senyap2... Kalau aku x ada iman waktu tu, memang dah lama buat dah... (habis, kalau org yg selama ni copy n paste tu, x de iman la ek?)

Sudah ah... And that's why bila aku dapat peluang untuk hantar fatin balik rumah dia hari tu, okeh lupe nak cakap, fatin tu kakak nadia. Bersamaan dengan adik azim yang sebaya dengan adik aku... (Weyh, lebih la tuu...)

Senyap la...! Kemudian, bila dapat peluang nak hantar fatin balik rumah... Hahaaa... terus rasa macam kau menang wang tunai satu juta ringgit beserta sijil simpanan premium dalam peraduan saya boleh menang power root macam dalam tv tu..., (hampeh punye example)

Dan time tu, x ada maknanye kau nak pedulik si azim tu tahu ke tak kau nak datang rumah dia. Even dia besfren kau selama tiga episod... Bcoz apa yang penting, kau dapat jumpa nadia... Dalam kepala otak kau, memang x de benda lain... Balik2 cinta pandang pertama kau tu... Nadia, Nadia, Nadia...

Continue lagi ea... 4 information u all sume, walaupon dah hampir masuk season 3 aku berkawan dengan azim tu, tapi sumpah x pernah jejak kaki ke rumah dia.. Just tahu simpang traffic light yg menghala ke taman perumahan beliau saje.. Faham...? So, agak2nye, neves ke x neves akak nak pegi rumah si nadia nih...?

Of la weyh... That's why aku tulis status kat facebook "Ocha Omar :Cuak, macam nak jumpa mak mertua" tuh. Ada ke patut? Okeh, go ahead apa korang nak fikir. Apa yang penting, aku terlalu excited masa tu... Sampaikan level excited tu berjaya melebihi level cuak seperti yang tertera pada status aku di facebook.. Seriyes..

and 4 information lagi, merekalah orang pertama yg jadi passengers aku after aku dapat lesen tau...haha. Ok, and then, bila dah sampai rumah si nadia tu and sebaik melangkah masuk ke perkarangan rumah dia, terus dengar suara nadia tegur kakak dia, si fatin tu ha, 'Kak atin balik dengan sape?'

Huwaa... aku yang masih ada kat luar tu dah mula senyum sorang2, macam orang gila... Cover line kejap... Mujur x ada jiran tetangga yang mewarisi klon mami jarum... Bertuah kau azim...=)

Pastu kan, bila aku dah masuk... Yaaa, tercegat pulak si hidayah adik nadia tu haa.. Cumel toksah cakap ah... Da la rambut straight black macam teknik rebonding.. Pastu cutting macam japanese doll pulak tu.. Dengan mata berguli2 sambil pegang toys dekat tangan.. Sumpah, comel. Aku macam x nampak orang lain dah kat dalam rumah tu...

Tapi kan weyh... Cuak aku terus disappear bila jumpa mama azim... Woit azim, mama kau giler best ah... SHE'S ROCK, BEB...!

Ok, ocha x boleh diam lagi bila Amin, Aiman and Udi balik rumah dari sembahyang jumaat dengan ayah diorang.. OH MY GOD...!!! Best giler kalau adik2 aku ramai macam ni. And, and, and, tiba2 teringat pulak kat Yana... Dia lagi best. Almost satu team football adik2 dia. And she's the only daughter pulak tu... Waaa, heaven giler rasa hidup..!

Ok, dah, cukup... Pastu, aku mintak la izin parents azim n the gang tu untuk bawak anak2 diorang kuar join aku dalam segmen jalan2 carik makan musim ketiga, edisi cuti sekolah ni, kan... But, hanya nadia je yang dibenarkan...

Itupun sebab dia dah accept my offer letter. Dan juga mengenangkan dia yang begitu bersemangat mandi dan bersiap utk keluar sume. So, of coz la x sampai hati nak halang, ye tak? Kemudian, berangkatlah aku dengan tekad untuk membawa geng2 azim yang lain tu untuk segmen jalan2 carik makan di musim akan datang...

Sekian,
bila dah malas nak menulis, gini la jadinya...
nak tengok gambar...? i upload later la k...
tata...!!!

mEnYEmAk KaT dApUr LaGi JoM...!

Assalamualaikum semua...!

Cuaca: Baru lepas hujan + baru lepas lunch.
Lokasi: Dapur

Yaaa... ini semua, gara2 terlebih bekalan stok daging lembu korban hari tu... MINTAK MAAF semua rakyat jelata... beta x tau nak post ape selain menempekkan keratan2 gambar ini untuk tatapan kalian... (aichecheh, mcm ade org nak tengok blog kau, OCHA)

Doesn't matter, jangan pedulik kan bicara orang, yang penting kau bahagia, yang penting kau x menyusahkan hidup orang dan x ganggu rumah tangga orang... kalau orang ganggu rumah tangga kau x pe... coz prinsip kau senang, asyik nak 'cekadak' kan orang like this: 'aku sumbat selipar dalam mulut kau pon, ok gak nih' atau pon, 'sumbek yo lado api dalam tokak ea tu, abih ceghito'

Baeklah tuan2 dan puan2... tanpa melengahkan masa lagi, saye nak ajak anda sume jengok ke dapur bunda saye ni sekejap...ye. Ntah macam mana hari ni boley je tetibe menggedik nak try buat begedil daging... Al-Kisahnye begini... actually, bunda nak masak ayam gulai cili api... aku pon ambek tender pegi pasar and siapkan bahan2 sume... (ala, setakat blender cili dgn kupas kentang) yela, santan dah ada, serai pon stakat titik2 je... ape sangat la keje ko, ocha...

Hmm, tetibe bunda bilang kentang yang aku kupas tu x cukup... aku pon tambah la amount nyer... tup2, overdose pulak... aisehmen... kalau setakat terlebih sebiji, dua bijik boleh diampunkan lagi... ini sampai over lima bijik... ni masak gulai ayam ke masak gulai kentang nih...?? Haa, bagus pulak idea nak buat begedil ni datang tanpa diminta... So, tanpa membuang masa, aku terus memecut enjin carian google... Ala, nak cari resipi begedil la, ape lagi...??

Memandangkan daging qurban ari tu masih tersisa lagi dalam freezer kan... x baek membazir... (Haha, yela tu) Ok, aku pon start la menyiapkan segala macham jenis ramuan sume... erm, banyak x berapa banyak la... tapi cukup utk membuatkan aku semput semata2 untuk pecut kereta pegi ke pasar dan membeli daun sup... (bengong, naek kereta semput apanye??)

Ok, diam kau... So, kentang di rebus, daging cincang di goreng tanpa minyak, bawang goreng sikit, lada sulah, lada hitam, garam sikit and daun sup yg dicincang alus oleh makhluk alus... whahaha... (dapur rumah aku tu memang ada penunggu... kui3)

Pastu, da masuk dalam bowl, ko lecek sume bahan tu sesuka hati kau... nak lumat boley, separuh lumat boley, kau nak lebur semua tu dalam kuali mcm tu saje pon boley... haha, sengal... tapi sebelum goreng tu bentukkan la mengikut bentuk yang kau mauhu... and then celupkan dalam telur sebab x nak bagi dia pecah tyme goreng tu an... then campak kan dalam kuali... terpulang la kau nak campak stail lontar peluru ke, lontar lembing ke, bola tampar ke... Nak buat kuak lentang pon boley...huhu. Tapi kalau mak kau tibe2 histeria kat dapur tu nanti, pandai2 la jawab ea...

Ok, done...!!! Inilah hasil tangannyer.. No, no, no... Hasil tangan aku k... Mintak maap la coz no picture before. Disebabkan dapur bunda yg kemas itu sudah tidak serupa dapur lagi, so x rela akak nak snap gambar dik, maklum la... Anak dara kalau da terlebih pro... gitu la...



ni gambar sebelum di goreng...
(apasal counter clockwise gmbar ni...??)



Ok, yg ni kasi extra... after menggoreng yaaa...

Baeklah, para juri proffesional sila memberi komen anda...

Juri 1: 'Well, i think u shud put a little bit more salt'
Ocha: Darah tinggi kang tawu la...
Juri 2: Terlalu lama menggoreng membuatkan begedil ni rasa berminyak la...
Ocha: Habis, x kan nak rebus pulak...
Juri 3: Rasa lada sulah ni kuat sangat... I think, there's more spices than the potatoes...
Ocha: Seumur hidup aku, baru 1 st time aku buat menda alah ni tau... Banyak sangat komplen, kau pegi masak sendiri la haih...

Tata weyh... (Nada kecewa)

:(

Tuesday, December 15, 2009

MaRi MeNgGaTaL Di DaPuR...

terasa petang yg indah ini macam menggatal sangat nak geledah barang2 dapur kat umah tu... mentang2 baru bukak blog cik mat pagi tadi... aish, tergoda pulak tengok resipi kek coklat kukus dia tu... tapi since bunda dah kehabisan stok susu cair, x kan nak guna susu pekat manis bervitamin tu pulak, kan...?? or kalo lagi gila, x kan nak pakai susu tepung adam dgn rania tu.... haish, ade jugak yg termuntah ni kang...

pastu, ternampak pulak paket nestum yg masih ade separuh time buat kek lumut hari raye hari tuh... rase mcm nak buat kek lumut... tapi, lagi kena pakai banyak barang... horlicks xde, kaya pandan xde... alaa, dua benda je... tapi dua benda pun, yg nak kena pegi kedainye aku... malas tau... kalau kedai tu sejengkal ke dua jengkal ke, x pe jugak... ni kena lepas traffic light la, masuk simpang itu, simpang ini la... hmm, mcm mana x berat tulang...

So, selongkar punya selongkar... dapat agak la barang2 ape yg ade kat dapur tu... bermodalkan barang2 yg sedia ada tu, aku pon bedal la buat bahulu gulung ni haaa.... ambik dalam blog cik mat tu jugak... not so bad... tgk gmbar mcm sedap je... (gmbar dlm blog cik mat tu, bukan blog aku ni...)

Well... ni 1st time aku buat bahulu gulung ni tau... ok, ocha... kamikaze ko skarang...! hidup mesti berani mencuba... memandangkan bahan2 dia pon senang... mmg dah sedia ade kat dapur tu haa...

Ok, mula sekarang...!!! bukan susah pown, putar telur dgn gula smpai kembang dan pekat (mcm buat bahulu)... pastu tambah tepung... pakai tepung gandum dgn tepung jagung je... pastu add on soda bicarbonate sket... last skali baru masuk marjerin... (cm pelik je resipi ni... tapi ikut jela kan...) Hah, kalo nak tau, aku ter'over' letak pulak soda bicarbonate tu... hah, hambek ko... adunan yg pertama elok je rasa... tapi part yg kedua tu... hmm, x tau la nak ckp ape...



ni haa acuan yg pertama... aku pakai filling strawberry... tapi mmg dasar betul adik lelaki aku ni... time aku nak pakai jem tu, time tu la dia nak meratah ape kejadah sume... nasib baek aku perasan... kalo tidak, mmg habis la satu botol jem tu... heei, sengal... kan da kena dgr ceramah aku kat dapur...haha. pandai pulak nak mengelat... terkedek2 dia lari masuk bilik...




and yang ni... acuan kedua... since da kehabisan jem strawberry tadi kan... aku pon ter'idea' la pulak nak letak filling chocolate... hadoi, lecehnye nak bancuh serbuk koko ni sume... and oleh kerana tuan hamba sorang ni terlebih bijak bistari, suke2 hati je pakai chocolate candy yg mak cik timah bagi hari 2... haha... lebur, lebur, lebur.... satu demi satu aku cairkan atas dapur tu... hasilnye, emm........ mmg nampak lazat dan menarik... tapi bile aku sapu je atas bahulu tu... dan2 dia keras...

what...?? achik dia keras serta merta... nasib baik boley alter sket2... aku pon ape lagi, buang terus choclate tu... ntah cap ape, aku pon x tau... yg pasti, oleh kerana malas mahu membancuh sebarang filling, aku terus memecut kereta mak aku, pegi beli nutella... (at last, kena jugak pegi kedai... hadoi...)

sudah la... yang penting, SIAP...!!! haha... nilah dia budak2 zaman sekarang... tau nak senang je... xpe, xpe... kenyang perut, suka hati... asalkan jadi, asalkan boleh di makan, asalkan ade rase bahulu...haha... ok la tu...

Sekian, sape2 yg berkenan, boley la order ye lepas ni...:P

tata...

Sunday, December 13, 2009

aKu DaH dApAt 'Piiiiii.......'

aSSaLmUaLaiKUm... wbt...
(mcm baru 1st time nk bg salam jer)

yelah, mmg slalu mcm tu... ntah ape2 ntah aku ni... x pe, issu tersebut kite bincang kemudian ok... ape yg penting... (abaikan wonder pets)... ape yg penting, motif utame aku pada hari ini... adalah utk memberi khutbah ahad yg bertajuk...

"AKU DAH DAPAT LESEN"

4 those yg daa lama dpt lesen tu, usah kalian nak meriakkan diri dgn aku... aku pedulik ape korang dah habis tempoh p ke, masih dlm tempoh p ke... yg penting aku nak bagitauhu jugak... haha, hambek, hambek ko... sape2 yg dapat called aku ari tu, stakat tu je la yg aku mmpu... the last person i called is HANI, dan masuk ke minit2 terakhir, tandukan kencang kata2 aku melepasi kredet yg akhirnye tertera angka RMo.oo...huuu... cantik gol di situ...!!

tu laa, hasrat di hati nak telefon abang najib... alaa, prime minister m'sia tu... tapi x tercapai akalku ke situ nampaknye... yelah, kredet daa ciput... bukan takat ciput, memang papa kedana terus hari tu... mujur pak cik johari hantar aku balik cepat sikit... kalo x, sah2 aku mcm ayam berak kapur... bukan kapur je, ntah2 macam lagi berak yg keluar... (chis, ape aku mengarut nih)

never mind... tapi sedikit musykil di kepala batu aku ni... ntah apasal ntah, bile aku da gores dan memang kad reload celcom aku tu, aku pon tipon la sume org yg aku rase layak aku tipon... tup2, hampas kelapa berlinangan di telinga... cam x m'beransangkan je respon di terima... aku call aizat, tgh beli sabun basuh la katanya... call my bib, chis... topik pointer pulak yg di tanya kat aku... call am, baru bangun tido pulak budak tu... call adik aku, lagi x de perasaan... call my nurul pulak... hmmm, baru balik dr melawat atok kat icu... last2, aku bukak laptop, ambik external n tengok cerita barbie in a christmas carol... sumpah best giler...!

tapi x pe... as aku puas hati dpt call my b, my s n my mastermind siang tu kan... kira ok la tu... respon diorang jer yg m'beransangkan...haha... sudah la ko, ocha... x habis2 nak belagak... pegi la buat sujud syukur ke, kenduri kesyukuran ke... hadoiyai, ni x...

p/s: nak bagitahu, x nak, nak bagitahu, x nak...

Thursday, December 10, 2009

OwKeYh... My B n My S dA mULe BiSiNg...



"syg, sombongnye u dengan i sekarang..."

eh, mane ade... (masih ade hati nk menafikan itu semua)... series, aku sndiri pon x tauhu kenapa hati ini sgt tega tak mau berhubung dgn mereka... ayat yg sama, alasan yg sama... mesti korang muak dan menyampah nk dengar kan...? honestly, hasrat di hati sangat la meronta-ronta utk menekan nombor telofon kalian berdua... tetapi apakan daya, rasa mcm ade setan yg bergayut2 di pangkal tangan ni... hingga menyebabkn tangan ini menjadi berat dan amat susah sekali untuk mengangkat telefon yg sikit punye ringan tu... (hampeh kau ni v)

janganlah kecil hati dengan sikap saye ni ye, kawan2... walaupun tidak mendengar suara, atau bertentang mata... kenangan indah kita bersama tetap segar dalam ingatan dan jiwa saye... chewah ayat kau... hmmm, tunggu la korang... bila aku jumpe korang nnt, jangan buat2 x kenal aku pulak ea... time aku buat aksi2 over excited or aksi2 gedik yg terlampau kesan daripada terlampau merindui korang beberapa purnama ini... haaa, time tu bila mulut aku berkicau mcm burung murai yg cumel tercabut ekor tu, korang jgn buat2 pandang tempat laen ea... u wait haa...

recently, i always update ur story via facebook... x der cara lain dah... tangan aku ringan bab yg ni jer... dats y, bile graviti sedikit berkurang mlm ni, dengan pantasnye tangan aku menekan kekunchi utk post blog ni khas utk kowrang... itu pon after ulang tayang gossip girl episod2 yg sedia ade dlm my external tu... kalau tidak, entah mana la datangnyer semangat nk buat semua benda ni...

(see, tengok gambar ni pon aku boley sayu tau...)

actually, teramat sangatlah banyak cerita yg nak di ceritakan kat korang berdua... tapi jangan nak buat pasal pulak... hal rumah tangga x kan suke2 hati jer nk post kat blog ni kan... korang sume, sila harap bersabau... doakan aku lulus test jpj besok... and dapat p as soon as possible... after dat, korang sebot je nak pegi mane... automatik aku buat aksi impak maksima hangkut korang berdua sampai melayang2 segala benda...hehe.

really miss korang berdua... tengok gambar kat bawah ni, sumpah teringat kat korang... terasa jeles membayangkan betapa korang berdua sangat rapat... memang la... sape suruh aku dok bertapa sorang2 kat sini, kan...? sekarang, mmg sangat jelas bukti menunjukkan both of u are the real Serina and Blair...hohoho...


(but its ok... coz i've got this...!!!)

eh, no no no... aku nak korang jugak... aku x kira... kalo korang nak kira, kira lah... satu, dua, tiga, empat, lima... ok, ocha... baek ko shut up sekarang... tulisan ko sudah mula terpesong dari jalan yang lurus... mungkin perasaan mengantuk sudah menguasai... abaikan hasrat kau untuk menonton movie malam ni... besok kau ade test jpj... jangan bangun lambat walaupun kau x perlu bangun subuh... hati kau tu perlu di beri ubat pelali... nanti bak kata pak cik johari, 'nevos' pulak... heh, pakcik ni.... memang sengaja nak mencuakkan diri aku... ya Allah, mudah2 an aku dapat melepasi ujian ini dengan cemerlang... walaupon x gemilang dan terbilang... at least, perkataan 'lulus' terpampang la depan mata aku besok...

'kenapa perlu ada perkataan gemilang di atas tu?' haish, semakin anti aku dengan uitm kedah ni... ntah apasal ntah...

the history

Followers