Kali kedua wish Happy Fathers Day dekat belog. Ini saja yang mahu di tayangkan. Buat tayangan amal ini bagus apa untuk kesihatan. Malas cakap banyak. Terimalah “WAJIB TAYANG” dari saya...
Kad Hari Bapa handmade nih woo, kau reti ke?
Eeh. Terselit sekali birthday boy saye punye kad.
Aaah, gasaklah.
Ok. Ni nak ceritalah. Dulu masa belog baru-baru nak hidup dulu, masa post pasal Father’s Day kat belog nih, aku ada cakap, aku pernah tulis satu lagu untuk ayah. Tapi masa tu tahap malu sangat melampau sampai rasa nak tutup kepala dengan kotak lepas tu menyorok bawah meja selubung dengan kain halimunan sebab takmau kasi orang tengok lagu versi budak-budak tu laa.
Tapi setahun kemudian, mungkin setelah melalui proses kematangan, aku tak rasa aku perlu malu untuk sesuatu yang aku harus banggakan. Lagu ni, walaupun agak rock, tapi setiap kali aku nyanyi, mesti air mata aku menitik. Tak tahu apasal aku jiwang sangat. Dah dah jangan buat sesi temuramah pulak kat sini. Kalau tak tahu macam mana rentak lagu ni, baca sajalah macam puisi. Nak pantun ke, nak sajak ke, nak syair ke, nak nasyid ke, sukahati makcik tiri abang angkat kau punya jiran blok lima palang sembilan itulah.
Tapi harus di ingat, ini adalah HAKCIPTATERPELIHARA ye pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian. Bukan untuk komersial. Tapi kalau rasa nak buat recording, sila minta izin tuan tanah kedaun dahulu. Saya mahu kelim hak royalti. Sekian terima kasih. Kita kembali ke sri pentas.
KERANAMU AYAH
(bukan ‘keranamu malaysia’ ok)
Andai bukan keranamu takkan ku mampu ada di sini
Andai bukan keranamu takkan kuraih citaku ini
Ayah, kaulah, nadi kakuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri
Takkan pernah kulupakan segala kasih dan pengorbanan
Azimatmu kan ku genggam, biarku harus jauh merantau
Ayah, kaulah, nadi kekuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri
*Cho*
Keranamu ayah,
Kulahir kedunia ini,
melihat indahnya pagi,
yang menyinari hidup ini
Keranamu ayah,
Kujejak ke puncak gading,
meraih anugerah ini,
kurniaaan dari Ilahi,
Ayah, kaulah, nadi kekuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri.
(ulang cho)
Ayah, ayah, ampunkanlah diriku
Ayah, ayah, ku sayang padamu...
p/s: Actually tak tahu bila hari bapa. But, I OWEYS LOVE U AYAH...~ coz u rock..!
2 comments:
mcm mane lagu ni cha? nk gak dnga'
-nafisah
hoho, meh sini buat lawatan smbil belajar kat studio i, nnt kita buat recording sama-sama, kau tahulah mcm mana lagu tu, ok!
Post a Comment