Macam hampeh tak bila aku cakap aku kena hapdet belog dulu sebelum start buat esaimen? Contoh macam nak tido. Aku harus kena tulis diari dulu kalau tidak mata akan terkebil-kebil bila dah tutup lampu dan rasa macam ada sesuatu tak lengkap dan bangun bukak lampu balik, tulis diari walaupun setakat ayat “Onestly, I didn’t do anything fun and crazy today tapi mata aku sangat mengantuk, ok, bye Deery.” Lalu aku letak pen dan baca doa tidur juga. Sekian. Habis satu hari dalam hidup.
Jadi sebelum aku teruskan niat suci dan murni untuk membuat asiment yang telah aku set lepas bangun tidur petang tadi (yakni pada pukul 7 setengah), adalah bagus jugak kalau aku story sesuatu dekat kau orang walaupun cerita ini mungkin akan menggelikan usus besar dan kecil dan mungkin juga pancreases kau horang weh. Tak apalah. Since tak ada point sangat nak cakap kan. Cerita benda merepek sekali sekala okeh kot. Tapi cerita ni cerita benar jadi sila percaya ya.
Cerita ni cerita pasal MOHD-FARID-ZUHRI. Alaaaa YDPMPPSUiTMM (Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Satu Universiti Teknologi Mara Malaysia) tuuuu haaaa. Semuanya sebab gambar ni...
Eeeh, kantoi dah stalker gambar kat fesbuk.
Bukan, bukan, yang ni haaa
study board dalam bilik haku tu, haa ginilah ghopenye.
Memang kagum sangatlah aku bila semua orang pun kenal beliau kan sebab bila ada orang datang bilik je (especially ajk mcc seangkatan yang asyik nak ambik barang tu) haa, memang konfirmlah akan ada yang bertanya pasal beliau. Tapi yang paling tak boleh blah tu, ada satu hari ni, adalah sorang ajk mcc ni datang bilik aku, nama dia Farazuna bukan Fara Fauzana okeh. Masuk-masuk je kan, dia terus keluar dialog macam ni;
“Ni YDP MPP kan? (sambil tunjuk gambar Farid)”
Aku mengangguk dengan bangga.
“Kau kenal dia ke?”
Ha’ah satu course time kat Kedah dulu.
“Asal kau letak gambar dia?”
Saje. Tu kan pamphlet masa kempen pilihan raya ari tu.
“Tipuuuu. Dia boyfriend kau eeeh?”
Hah? (Suasana hari raya senyap lapanpulohlapan saat.)
“Kau couple dengan dia eh?”
Hoih, mana ada.
“Hak aloh, tak nak mengaku pulak.”
Betul la. Aku mana ada boyfriend. (Nak-nak lagi macam si Farid yang macam imam muda tu kaaan.)
“Habis yang kau letak gambar dia tu kenapa? Pilihan raya dah habis.”
Sebab gambar dia je yang aku ada. Kalau mpp fakulti kau pun hado, dah lama dah aku letak.
Okeh, yang last tu tipu. Tapi yang lain-lain tu seriyes dialog betul. Aku rasa macam nak gelak guling-guling bila si Farazuna ni mati-mati tak percaya bila aku deny yang Farid tu bukan boyfriend aku. Adakah muka aku tak cukup suci sehingga dia tidak mampu percaya dengan kata-kata itu? Oh Farid, kalaulah awak tahu bagaimana saya bersungguh-sungguh menafikan gossip antara kita ini daripada tersebar di media massa... (buat gaya letak tangan dekat dahi macam drama queen kejap).
Dan sekarang semua orang boleh gelak sambil tadah muntah dalam baldi. Dan sejak tu kawan-kawan mcc dah mula pandang haku konon macam isteri YDP Agong padahal YDP MPP pun tak pernah nak pandang muka haku ni weh... (tutup muka dengan bantal)
p/s: MPP APB apatah lagi... In your dream... oh em gee!