Tuesday, March 8, 2011

HaPpY BiRtHdaY hErShaN!!!

Hapdet ni aku buat lepas aku setelkan skrip subjek protokol dan ethics aku dan juga skrip bahasa arab yang rasa-rasa macam susah nak dapat A lagi sem ni. (Mintak-mintak ayat tak masin) Sebab apa weh, ustazah itu sangat menakutkan walaupun dia sangat baik bagi gula-gula dekat aku masa dalam kelas.



Jadi walaupun dah siap tulis skrip jangan kau hengat aku sudah berlapang dada sebab asimen sebenarnya masih menimbun dan membusut tapi apa boleh buat hapdet belog pun satu asimen jugak. Kalau cerita pasal celebrate besday Ray malam tadi aku pospone sampai bulan 5 nanti kau orang cakap apahal-pulak-kau-ni-orang-tu-dah-21-tahun-2-bulan-baru-kau-nak-sebut-nama-dia-dalam-belog-ke-gila haaa kan dah panjang dia punya monolog.



Jadinya kaan, sebab ni hapdet versi cepat dan pantas dan efisyen dan juga sebab aku malas nak berfadzilah kamcah malam ni dan macam aku cakap tadi koje sangatlah banyak kaaan (memang kalau bagi excuse kau hebat ocha), so aku post gambar sajew. Khas untuk insan yang jauh di mata dan dekat di hati ketika ini oooh kekasihku Hersyan. Dalam kurungan rasa macam geli pulak.



Okei tukar balik. 
 Ooooh sahabatku Ray...


Inilah abang saya yang ensem yang dah boleh mengundi yang sekarang dah pandai buat rambut  tegak-tegak yang sekarang dah duapulohsatutahun. Tahniah Ray kerana berusia panjang. Aku harap aku juga sempat merasa 21 seperti kau. (Amin)




Okei, cer teka cer teka yang mana satu birthday boy? 
Memang soalan nak mengundang maut entah siapa yang berubah jantina sekarang pon aku tak tahu.




Ini tukang delay order. Orang lain semua dah tahajut 2,3 kali kau tak sudah-sudah fikir nak order apa lagi.



Dan sudahnya, fikir nak order apa sampai satu jam pun last-last ambik mee goreng mamak jugak. Ini baru betul nama dia Hani Afiqah. HA HA. Gelak dua harkat saja kang laki aku jadi janda siapa nak jawab.




Yang tukang delay lagi satu hini memang makanan sampai awal tapi memang paling lambat habis. Ke memang tak habis? Okei, ini baru betul namanya Farahana yang memang muka selalu makan tak habis. HA HA dua harkat jugak sebab tak mahu anak-anak aku jadi anak yatim.




Yang ini aaaa.... 
Ok, nama dia Lydia.
Dia orang Peneng.




Kek 'Lelaki Hari Jadi'



 Eh, ter'skip' kejap tadi. Yelah, kau orang makan pinggan godang aku makan cendol tigahenggetduapulohsen je. Pandang mangkok cendol pon tak selera apatah lagi nak posing maut. Nasib baik Ray kasi pinjam chicken chop kejap. Ray, kite share eeeeh~




Ini tukang senyum saja sebab memang ramai paparazi di sekeliling beliau dan jangan buat-buat tak nampak tuuu ayam tu, dia dah cari tuan balik. Hei ayam, fine!




Sesi bermanja-manjaan. Kau harus tengok aksi 18sx yang lebih daripada ini. Caranya? Jerit macam ni.



"Lydia bila nak tranfser gambar kamera kau hah?"
-pesanan ikhlas, budak gila gambar-



Dan kepada kau Hershan Ray Herman, 

HAPPY 21st BIRTHDAY  
....sekali lagi. 
Semoga kau berbahagia selalu dan kekal hingga ke anak cucu. 
Eh, aku salah datang kenduri ke?



ok bye!







p/s: JJCM versi 'TANPA KAU DI SISI' mesti kau keciwa kan ajaa. So, set hari dan masa. Jom dating...

the history

Followers