Sunday, March 6, 2011

ShOpPiNg SoRaNg-SoRaNg PuN gEmBiRa OkEi


Macam biasa. Dah macam jadi trend pulak kan kalau nak buat assignment, mesti mulakan dengan hapdet blog. Maknanya kalau tengok ada post baru, maknanya aku ada asimen barulah eh. Ok, semalam pergi koko macam biasalah orang yang gila outdoor konon-konon every week pergi camping, masuk hutan, main kayak, wall climbing dan sebagainya padahal kembara yang disangka aktiviti lasak itu hanyalah sekadar kelas teori kepada aktiviti yang disebutkan tadi. (wajah menyesal). Jadi berbahagialah wahai insan yang tiada koko pada hari sabtu sebab boleh balik rumah. Macam haku walaupun tak ada kelas hari jumaat tetap tak boleh balik sebab ada koko punya pasal. Fine.



Jadi sebab bengang besties semua balik rumah, dan bila fikir-fikir balik kali terakhir aku shopping was about last February (early of the month okei), maka lepas koko semalam terus siap-siap pergi bus stop mawar sambil decide nak pergi PAS ke nak pergi JJ. And finally sebab geram tak boleh buat keputusan sorang-sorang, (even bertiga pun tak boleh buat jugak) maka cakap dalam hati, kalau nampak rapid 603 aku pergi PAS nampak teksi aku pergi JJ. Sekali sebijik bas haram tak nampak, yang hado tiga bijik kenari canteeek tersusun tepi bustop tu. Dan dengan minda yang positif haku relakan juga menanggung RM12 seorang diri. (Sebab kalau bertiga baru RM4)



Dan memang gembira sebab seriously, tak sangka shopping boleh buat perasaan aku gembira dan bahagia seperti semalam rupanya sebab pertama aku tak pernah shopping sejauh itu dengan naik teksi yang begitu mahal sebab kalau shopping kat rumah aku rembat kereta maklah kan. Dan kedua, aku tak pernah perabih duit segigih semalam seolah-olah aku rasa macam nak gelak sorang-sorang bila fikirkan balik hapa yang aku beli semalam Hengat-kau-betul-betul-isteri-YDP-Agong-ke-gila?



Yang penting aku gembira. Lantaklah kau nak fikir apa. Okeh, dan aku tak pasti sama ada aku ni memang gila betul-betul ke apa sebab letak gambar dalam fitting room semalam dekat sini. Tiga kali masuk fitting room dan setiap kali masuk tu paling kurang ada lima pasang baju aku bawak masuk. (Patutlah gembira kaaan) Dan ini antara yang aku try semalam tapi tak semuanya aku belilah. Cer teke cer teke, yang mana satu aku beli...hahai.




Abaikan pose menggedik itu sebab memang aku ni gedik kaaan.


















Ok, kalau betul baju yang korang teka aku belanja Mc Flurry. Tapi macam dah kantoi je sebab post dekat fesbuk semalam. Hah, gasaklah. Okeh bye. Nak buat assiment.

the history

Followers