Assalamualaikum wbt.
Mood sedikit sedih sebab hari ni hari last untuk kelas semester 3 di UiTM. (Macam tak ada sem 4, 5, 6 pulak). Tapi sedih bukan sebab nak berpisah dengan kawan-kawan atau lecturer ke tapi sebab markah assignment group saye macam S.E.N.G.A.L itu saja sekian terima kasih. Alaaaa, satu subjek ni je yang lain ok. (ayat nak sedapkan hati sendiri)
Apa-apa pun tak mahulah terus menulis dengan mood begini. Jadi mari kita sama-sama switch on mood gembira dan eksaited semua orang macam gedik tak cakap macam ni? Makanya, sebab rasa macam dah lama gila tak tulis ala-ala Maria Tunku Sabri maka rasa teruja hari ni seperti turun mencurah-curah apatah lagi mengenangkan besok tiada lagi aku nak menatap si kenanga itu wah wah wah heavennya rasa hidup di Melati tanpa perlu ke mana-mana untuk berhadapan dengan masyarakat.
Tapi sebelum tu kena cakap terima kasih kepada tuan tanah kedaun Hyundai i10 kaler putih nombor plat WUX nombor dia korang cari sendiri okei actually motifnye apa tadi? Oh, nak cakap terima kasih sebab bawak saya ke lokasi pengambaran JJCM semalam hai cakap direct macam ni kan senang ni saje nak potpet panjang lebar buat ape? So lokasinya Secret Recipe ye tuan-tuan sekalian Secret Recipe. Dan benda yang rasa eksaited sangat nak introduce ini haa...
Kek durian Secret Recipe. Nama dia DURIAN DURIAN. Macam pelik lah nama kau ni Encik Kek. Apasal ntah sampai nak kena letak dua kali haish. Tapi aku suka kek ini sebab dia sedap rasa Durian. Ye, memang sengal aku cakap macam ni habis kalau tak rasa durian nak rasa apa pulak yennaday.
Namun begitu, anda memang harus cuba kek ini. Tapi kalau ada boyfriend nama dia Jhonny Depp macam aku ni jangan kau suruh dia makan pulak nanti kang tak pasal-pasal kena cerai ok bye.
Seterusnya aku nak suruh jugak korang try air kat atas tu. Air yang paling dekat dengan kamera itu bermakna itu air aku. Nama dia epel celery. Rasa dia rasa epel campur celery. Celery tu macam daun sup la kalau kau orang rasa-rasa macam nak google menatang apa itu celery kan? Maka aku bagitau siap-siap air ni rasa epal yang diblender dengan daun sup. Aku minum sempoi je. Tapi makcik gosisp dua orang itu saja mengada konon tak boleh terima tekak vegetarian I ni gee gee gee. Apalah u allz...
Tapi lain-lain menu tak ada masalah. Dengan segala hormatnya dipersilakan order.
Oooh by the way cakap pasal makcik-makcik gossip tadi aku dah mention belum nama mereka? Belom eh? Tak kenal lagi eh siapa yang menjoin aku makan semalam? Aaai goo macam mana boley lupa ni. Mintak maaflah ye teruja eksaited yang terlampau macam selama 21 tahun hidup ini pertama kali pergi Secret Recipi Ya Allah gayatnye aku gayatnye akuuu!
Ini Mrs. Dz. Boleh panggil dia Mr. Dz. Muka dia tak tahu kenapa jadi macam ni barangkali sebab ketidak stabilan emosi akibat bulan mengambang. Kalau tak tahu apa itu bulan mengambang ia adalah bulan yang berbentuk bulat dan penuh yang boleh dilihat pada waktu malam. Kalau waktu siang itu bukan bulan mengambang tapi bola sepak melayang depan muka kau boom lebam. Ok maaf sebab merapu.
Untuk menu Mrs. Dz ini I suggest pada yang bukan mulut stok boleh sumbat cili tapi muka rileks supaya jangan makan. Faham tak ayat tadi? Okei simple past tense. Siapa tak kuat pedas jangan order kari hijau ini banyak benda lain yang kau boleh makan tak payah nak tunjuk hebat sangat telan cili padi kang melanga je tengok orang makan dengan penuh kebahagiaan sekian ok faham kan?
Baiklah kita teruskan lagi dengan pencalonan kedua iaitu tuan tanah kedaun empunya i10 kaler putih tadi boleh mengorat beliau single lagi. Nama dia Mrs..... sila isi tempat kosong kan aku dah kata dia single. Yang tadi pon single jugak tapi not available sebab tu tak boleh letak status.
Baiklah kita teruskan pada menu yang diminta. Grilled chicken hape ntah yang ajaa selalu order tu. Tapi selalu order pun sampai sekarang aku tak pernah makan sebab dah tahu dia punya rasa maka tak yakin untuk order untuk diri sendiri ayat apa ni hoih? Maksud aku dah tahu rasa dia macam mana so malas la nak order lagi faham tak faham tak apa yang aku cuba sampaikan di sini?
Seterusnya haaa tu la makhluk yang mengidam macam pernah dapat morning sickness 2 bulan yang lalu menggedik nak macaroni cheese sangat nah ambek kau ambek. Once again arigatou cik ani. Ini bukan mengidam 2 bulan tapi dua minggu je. Encik Doktor baru sahkan minggu lepas, tu yang tak tergamak nak ajak sebab last week semua orang pun hectic and this week nak tak nak kau orang kena keluar jugak sebab aku takut badi makaroni ini membawa sampai ke final exam nanti tak sempat nak tertunai kang masing-masing menyesal sampailah empat bulan kemudian bertalu-talu mesej masuk ajak turun Melaka ajak turun Seremban ajak turun KL siapa nak ajak turun Venezuela pulak?
Tak tahulah malas nak layan dah. So sekarang letak gambar sekali lagi sebab yang atas tadi sangat silau disuluh cahaya keimanan. Nak salahkan siapa ni? Lampu Secret Recipe yang tak komersial atau salah pilih port atau memang muka aku tak berseri sebab belum bergelar raja sehari? Okei tolonglah masuk meminang sekarang supaya muka aku berseri-seri nak jadi raja sehari-harian.
Yang ini muka tak senonoh lagi kau tengok. Aku dah cakap orang kalau tengah bulan mengambang memang begini. Mintak maaflah Mrs Dz memang ini saja gambar yang paling senonoh yang ada dalam 'dslr' aku tu. Kang kalau tak letak kau sisihkan aku dari hidup kau pulak. Lucut jawatan bff aku haa mana kau nak cari pengganti macam aku ni? (ayat sangat geli tahap gaban). Ajaa sila jangan meroyan.
So I guess this is our last JJCM FOR THIS SEMESTER kot. Since everyone pun dah nampak tengah asah tombak lembing keris pedang siap-siap dah nak pergi berperang kenapa kau pelik eh aku tulis senjata Mat Kilau? Yelah, kau orang nak pakai bom ke nuklear ke pistol ke peluru berpandu ke gasak kau oranglah. Yang pastinya aku belum start apa-apa lagi sebab nak tunggu koko ari sabtu ni finish roger and out. Aku tak tahu macam mana perasaan merdeka time tu pulak nanti. Ooooh, hari sabtu bakal jadi hari yang bahagia lepas ni. Bye-bye komander. And bye-bye korang. Entry dah tamat dah. Kalau rasa-rasa entry ni tak best, boleh la 'unlike' kat bawah.
(naseb baiklah hani pergi toilet kejap semalam kalau tak mana ada lepak depan guess lama-lama macam ni huargh seratos kali ok bye!)
p/s: part pintu automatik sacc is the best. boleh bahan hani selalu lepas ni yes yes yes (nada ceria).