Tuesday, April 12, 2011

We GoT MaRriEd


Assalamualaikum wbt



Aku  rasa tak bolehlah nak membebel dengan penuh perasaan pasal We Got Married ni pasal bukan semuwa orang tahu pasal program ni sangat. (Aku terjebak pun sebab ajaa yang perkenalkan show ni kat aku maka sila salahkan dia). Okei okei tak baik salah-menyalahkan sesama manusia. Kalau aku memang tak suka program ni tak ada maknanya aku sampai nak bercakap kat sini means aku betul-betul sukalah ni. (ayat pening).




Eniwei, kalau kau worang masih ingat pasal cerita Yabuki Hayato atau Yamapi atau Aaaron Aziz yang aku pernah ter'eksaited' tulis suatu ketika dahulu maka kau orang akan tahu bahawa aku kalau dah suka memang aku akan gila-gila punya suka. Muka ni memang tak pandai hipokrit okei. (geli). So, semenjak tonton we got married versi Yong Hwa dengan Seo Hyun ni aku pun mula merasakan betawa suwit dan syumel dan indahnya percintaan mereka ini. Mungkin sebab depa suma ni dah memang syumel maka buat apa-apa pun syumel lah. Atau mungkin sebab program ni pasal kawen-kawen. Haaa, tu hormon gatal dah nampak. Dah nampak dah tu. Uish, dasar Koreaaaaa...




Told ya, it was We Got Married versi YongSeo (combination of their 1st name) padahal sebenarnya banyak lagi versi couple yang lain macam Crown J & Seo In Young, Kim Hyun Juung & Hwangbo, Nichkhun &Victoria waaah banyak cantik nak tulis semua dah dah pi google sendiri. Namun begitu yang aku pernah tengok hanyalah Kim Hyun Juung dengan bini dia Hwang Bo tu sahaja. Dan the latest ni yang Yong Hwa dengan bini dia Seo Hyun.




TAPI MASALAHNYE SEKARANG!!!




Oooh, lupa nak perkenalkan. Itu Seo Hyun. The wife.




And the husband. Yong Hwa.




Nickname diorang ni ialah 'GOGUMA COUPLE'. Goguma tu maksudnya ubi keledek. Tak tahu macam mana rupa ubi keledek kau usya sikit dalam bakul basikal tu. Haaa itulah dia namanya ubi al-keledek.



Okeh. Dan sambung balik 



TAPI MASALAHNYA SEKARANG!!!




Perkahwinan diorang ni dah lama habis tapi sampai sekarang aku tak dapat-dapat tengok ending dia yang episod 51 part 2 tu. Apahal ntah youtube ni remove video tu agak-agaklah orang tengah syok-syok layan tibe-tibe dia buat lagu ni nak kena bako ke hapa? Geram pulak aku haisyh...




Maka kepada sesiapa yang ada episode last part yang dia peluk-peluk bagi bunga and teddy bear besar gedabak sambil naik kereta merah tu Ya Allah tolonglah bagitau aku. Ni memang tahap boleh mati kalau tak tengok episod akhir tu kau faham tak perasaan aku ni faham tak faham tak?




Saje nak letak jugak.
Naseb baik latest album group kau tak buat hal Yong Hwa.




And the latest Run Devil Run Japanese Version for Seo Hyun.



Tak apa. Aku maafkan korang berdua.
Mana episode last mana? Mana? Manaaaaa?
(Kata dah maaf. Tiba-tiba meroyan balik. Gila)

the history

Followers