Thursday, May 10, 2012

aKu MaHu JaDi SoLeHaH. SiaPa NaK JoiN?


bila keluar dari kepompong kehidupan,meninjau sementara dunia luar,pelbagai ragam manusia menjadi tatapan dua mata,lantas akal yang bijak terus mentafsir seberapa banyak perlakuan yang dipertontonkan..pergaulan bebas & pemakaian, 2 keadaan yang ku lihat mampu menggelapkan sedikit sinaran hati terapan iman.. sangat-sangat mencabar dunia luar ini dgn hiburan.. apa-apa pun,kembali pada yang asal.. "cegahla kemungkaran di depan mata kita itu dengan kemampuan yang ada.. perbuatan,teguran ataupun sekeping hati kurnian Tuhan.."


IN THE NAME OF ALLAH, 
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
ASSALAMUALAIKUM WBT
PEACE BE UPON HIM, RASULULLAH SAW...



Aku ingatkan, aku sudah cukup kuat untuk berlagak macam biasa. Teruskan hidup seharian dengan perangai yang gila-gila. Buat apa saja yang aku suka. Itu definisi normal bagi aku. Aku nak pakai baju kuning tudung hijau, itu normal bagi aku. Aku nak maki sumpah seranah orang kuat-kuat, itu normal bagi aku. Aku nak makan nasi ayam, nasi kerabu, burger, waffle, ice-blended dalam masa satu hari, itu normal bagi aku. Nak shopping berhabis beratus-ratus pun normal bagi aku. Tapi normal itu dulu. Sekarang? Aku tidak punya normal lagi.




Orang cakap aku buang tebiat. Sakit mental. Klasmet ramai yang tegur aku kau-kenapa-weh? Tapi aku ignore. Too much things in my head sampai aku tak boleh nak cari mana satu coordination system dalam badan yang boleh bawak aku kembali ke pangkal jalan normal aku macam dulu. Aku lost. Sampai satu tahap aku rasa macam aku tak kenal orang. Aku tak nampak sesiapa sepanjang perjalanan aku pergi balik kelas, sepanjang aku duduk dalam kelas, sepanjang aku dekat Shah Alam ni la senang cerita.




I don’t know where and when it begins. Adakah gila aku masih tak hilang lagi? Kecelaruan emosikah? Atau perubahan hormon aku tengah period ni? Mungkin sebab test, assignment, presentation and final year pressure yang ditambah dengan semua faktor tu buat aku jadi macam ni? Aku malas nak komen lagi pasal senior tu. Hati aku memang abviously not here anymore. So, aku kena balik every week untuk pastikan hati aku berada dalam keadaan baik dekat rumah aka dekat senior aku itu. Phathetic hidup aku ni. Sedih. Loser habes.




Honest to say, dalam tak peduli tu, aku masih lagi sempat melihat sekeliling. Melihat ragam orang-orang di sini. Pergaulan mereka. Pemakaian mereka. Percakapan mereka. Aku perhatikan semuanya. Lalu aku mentafsir sendiri dalam hati. Bertanya kepada diri sendiri. Diorang ni belajar tinggi-tinggi, masuk U, tapi kenapa jahil? Tahu hukum Allah, tahu perintah Allah, tahu larangan Allah, tapi buat jugak. Aku tak mengecualikan diri aku. Aku juga pernah terfikir. Kenapa aku terlalu taksub dengan fesyen? Kenapa aku selalu mencari trend dan gaya? Untuk apa aku buat semua tu? Kerana Allah Taala?




Sesungguhnya kalau begitulah niat aku setiap kali nak keluar rumah atau nak keluar ke mana-mana, memang aku takkan keluar. You get what I mean? Tak faham, nanti aku explain lain entry. Aku terlalu sedih dengan diri sendiri. Yang aku sangkakan kuat rupa-rupanya kuat itu adalah kuat untuk menurut arahan nafsu. Nak keluar pakai tudung labuh, tapi tak kena pulak dengan seluar jeans ketat ni. Nak pakai seluar longgar, nampak gemuk pulak. Nak pakai stoking, panas la. Nanti kasut licin susah nak jalan. Nak tutup dada, tak nampak pulak manik-manik dekat baju ni. Nodding. I'm the one who said those. Malu? Biar aku malu sekarang daripada aku malu dekat akhirat nanti.




Aku tahu garis panduan tu. Aku dah belajar lamaaaaaa dulu sebab aku bukan mualaf yang baru masuk Islam semalam ke kelmarin ke. Mak ayah bagi aku ilmu agama dari aku tadika lagi. Mereka pakaikan aku tudung labuh. Mak aku jahit sendiri tudung labuh tu. Mereka halang aku bergaul bebas dengan lelaki sesuka hati. Mereka lakukan sebaik-baik amanah yang Allah berikan kepada mereka. Hantar sekolah agama. Cap Maahad Ahmadi lagi. Suruh hafal Al-Quran, suruh belajar Hadis, Tafsir, Fiqh dan segala. Aku tahu. Aku faham. Aku belajar semua tu bertahun-tahun. Tapi dah besar. Macam ni perangai yang aku buat. Apa tak derhaka namanya?




Jadi tidaklah aku mahu mensia-siakan segala usaha mereka itu. Aku ingin berubah kerana ibu bapaku, juga kerana Allah. Malu bila orang tanya dulu sekolah mana? Maahad Ahmadi (jawab dengan bangga pulak tu). Tapi orang dok pandang aku atas bawah. Macam ni Maahad Ahmadi? - Pengsan.




Walaupun tak banyak, tapi ambillah sedikit tulisan aku ni buat pengajaran. Buat renungan. Semoga dah hujung-hujung dunia ni kita masih sempat packing apa-apa yang patut. Buatnya sekejap lagi Izrail tegur? Nak follow I tak? Nak jawab apa kau? Sat na Izrail, aku tak sembahyang taubat lagi. Sat na Izrail, aku tak mintak ampun kat mak abah lagi. Sat na Izrail, hutang aku dekat Saleha tak bayar lagi. Agak-agak Izrail nak tunggu? Tunggu sajalah di mahkamah Allah.




Aku masih tidak sempurna dan belum sempurna. Kerana sesungguhnya, yang dapat mencapai tahap kesempurnaan itu hanyalah Rasulullah SAW.




Take a break kejap.
Dengarlah lagu ni. Best!




Sekadar menulis untuk mencari redha Allah. Aku mahu jadi solehah. Siapa nak join?

4 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

aku nak join! tapi aku lom bersedia..

sekarang baru aku tahu kenapa orang free hair akan jawap macam ni kalau ditanya pasal tudung.. huhu

Unknown said...

cakap kt diorang, boley ke jawab macam tu kalau malaikat maut sampai?

Anonymous said...

saya nak join!!!
dis d best entry ever!
~linda

Unknown said...

semangat kau linda...
jom2.. kita sama2 jadi solehah ok..
insyaALLAH~

the history

Followers