In The Name Of Allah,
The Most Gracious, The Most Merciful
Peace Be Upon Him,
Our Beloved Messenger, Prophet Muhammad SAW
And Peace Be Upon You
Too, My Dear Brothers And Sisters,
The Messenger of Allah saying:
"No human ever filled a vessel worse than the stomach. Sufficient for any
son of Adam are some morsels to keep his back straight. But if it must be, then
one third for his food, one third for his drink and one third for his
breath."
I am a person with a huge desire
for food. Tiba-tiba cakap pasal desire padahal orang tak tanya pun. Okey.
Takpe. Takde hal punya. Cause I’m telling you in case that you might ask me in
future (or you had already know about that?) Okey. Takpe. Takde hal punya.
Aku tiba-tiba tergerak tulis
pasal makan ni bukan apa. Sebab ada satu cerita aku nak bagitau. Tak tahulah
lawak ke tidak bagi korang tapi bagi aku memang lawaklah. Minggu lepas, aku
pergi satu restoran ni. Nama dia biarlah rahsia ye. Memang ekslusif habes nak
cakap budak-budak hingusan taraf-taraf aku ni memang tak layak langsunglah nak
masuk. Tapi sebelum masuk tu tak sedar diri lagi. Dengan konfiden nye aku
angguk dengan kawan-kawan yakin sungguh lalu kami pun melangkah masuk. Ye kami.
Pasal aku pergi restoran tu dengan kawan-kawan aku.
Azab. Ekslusif itu rupa-rupanya
memang “ekslusif ya amat”. Ambek hang harga spaghetti sepinggan 22 hengget
campur air pisang 10 hengget mana nak dapat? Secret Recipe, Kenny Rogers, Pasar
Ikan Manhatan pun aku boleh selamba. Tapi restoran ni memang tak boleh belah
betul sampaikan aku balik kolej rasa macam nak solat taubat. Rasa macam dah
buat dosa besaq hangpa tau dok?
Tak tahulah kan kalau aku rasa
macam tu pasal dah hujung-hujung sem ekonomi dah mula merosot ke apa kan tapi
logik la sikit dengan service charge lagi ntah apa yang depa dok service aku haish
36 hengget in total tu aku boleh beli baju raya tau! (kain jela, jahit sendiri)
Menyesal? Forget the past. Malas nak fikir dah. Tapi lepas ni, no more makan
benda-benda macam tu lagi. Taubat. Sungguh taubat nasuha dah.
And I just suddenly remember something
on that day. Lepas balik kolej petang tu aku rasa mengantuk sangat. So aku pun
tido. Malam pun aku rasa mengantuk lagi. So aku pun tido awal. Lepas tu hajat
nak bangun qiam, tapi terlajak. Subuh je yang aku mampu. Lepas tu, baca
ma’thurat pun tersengguk-sengguk. Lagi best, lepas subuh aku pi sambung tido
balik. Haaa, ini yang aku kata cerita lawak tu. (sure korang tak gelak) – aku
tahu. aku pun tak gelak. Tapi aku define dia lawak sebab peristiwa ni bagi
pengajaran yang sangat-sangat-sangat besar dekat aku.
First – Jangan membazir. Kena
sedar diri, kena tahu tahap kemampuan sendiri. Kau bukan anak raja, anak tan
sri, datuk sri nak belanja duit macam air macam tu. Kalau kau anak raja, anak
tan sri, anak datuk sri pun, kau tetap kena berjimat-cermat jugak sebab dalam
al-quran ada sebut,
“Membazir itu amalan syaitan”
Second – Jangan banyak makan.
Nanti hati gelap tak ada nur. Walaupun makanan yang kita makan tu halal macam Nabi cakap ni:
“Janganlah
kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walaupun yang
halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak
disirami air”.
Third – Banyak makan jugak
boleh buatkan hati rasa tak tenang. Apatah lagi kalau makanan tu mendorong ke
arah pembaziran (mahal sampai 36 hengget tenang apakebendanya?) Lalu hati
pun jadi resah gelisah. Tak tenteram. Tak senang duduk. Gelisah macam orang
bercinta. Betul. Sebab aku dah rasa dan aku tahu dan aku bagitahu supaya
korang tak buat apa yang aku buat.
Fourth – Banyak makan akan
mengurangkan ibadah dan kemanisan dalam beribadah. Simple example macam yang
aku cakap tadi la. Dah kenyang, balik bilik, mengantuk tak sudah-sudah. Seronok
sangat agaknya syaitonirojim tu bergayut dekat mata aku sampai qiamullail
terbabas nasib baik yang wajib dapat diselamatkan. Alhamdulillah. Tapi ibadah
pun tersengguk-sengguk. Mana kusyuknya? Mana manisnya? Jadi kurangkanlah makan.
Because...
Allah
grants this world to those whom He loves and those He does not love but only
grants hunger to those whom he loves.
Fifth – Aku bukan nak bersangka
buruk dekat restoran tu, tapi boleh jadi ada benda-benda yang syubhah masuk ke
dalam perut aku waktu tu so that’s why aku jadi biol for the whole day. Ibadah
memang hancus. Syaitonirrojim tepuk tangan dengan gemuruh. Lagi-lagi bila aku
dok makan western punya menu. Aaah, logiklah kalau bahan-bahan dia tu ada
unsur-unsur syubhah kan. Bukan syu’zun (bersangka buruk). Tapi betul apa. Aku pun bukanlah
nak janji yang aku tak akan makan western lagi, tapi insyaAllah lepas ni aku akan cuba
elakkan dari makan kat luar. Alaa, bukan tak reti masak sendiri haih.
Sekian. Dah. Aku bukan nak ceramah banyak dekat sini walaupun aku boleh je buat
sukahatiaku. Tapi benda yang baik, why not kita share. Aku cerita kesilapan
aku, kekhilafan aku, bukan sebab nak bukak aib sendiri, tapi nak bagi
pengajaran supaya orang lain tak buat silap macam aku. Aku tulis dengan muka
seriyes ni.
Dan tambahan sikit. Rasulullah
pernah bersabda lagi, sesungguhnya:
“Berat atau
ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya
kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia
yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut,
kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging
bagi kita.”
In short, kalau nak senang mati,
jangan banyak makan. Peringatan untuk aku, jangan membazir dan harus lebih
alert soal halal haram. Pernah dengar kan we-are-what-we-eat? Nikmat dunia ni
banyak. Bukan tak boleh ambil, tapi gunalah berpada-pada. Cukup sekadarnya
sahaja. Rasulullah sendiri tak pernah berasa kenyang seperti yang diriwayatkan
oleh Aisyah r.a;
The family of Muhammad (sas) never
filled themselves with wheat bread three days in a row from the time he came to
Madinah until he passed away."
Haa tudiaa budak comey!
Kalau boipren lapaq sanggup kita terkontangkanting pi cari nasi. Kalau dia lapaq, kita pun sanggup berlapaq skali. Tapi kenapa Rasulullah berlapaq kita tak ambik port langsung? Dia bukan kekasih kitakah? Contohilah Baginda, InsyaAllah semuanya indah. Sekian, Assalamualaikum ^_^
2 comments:
sebab tu lah kena berhenti sebelum kenyang.. tapi ni dah kenyang still lagi nak sumbat macam2.. itu aku sebenarnya. kalau fastfood, sebanyak mana pun makanan tu aku boleh masuk.. sengal
hehe, agaklah.. aku pon same je weh.. lepas tu kalau ada benda yg manis2 ni.. laju je dia nk sumbat.. pasal tu la aku cakap, satu je cara nk kawal dia.. PUASA :)
Post a Comment