Wednesday, May 30, 2012

Mr.FoOd, I uSeD tO LoVe YoU... (butnownotanymore)


In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Peace Be Upon Him, Our Beloved Messenger, Prophet Muhammad SAW
And Peace Be Upon You Too, My Dear Brothers And Sisters,



The Messenger of Allah saying: "No human ever filled a vessel worse than the stomach. Sufficient for any son of Adam are some morsels to keep his back straight. But if it must be, then one third for his food, one third for his drink and one third for his breath."



I am a person with a huge desire for food. Tiba-tiba cakap pasal desire padahal orang tak tanya pun. Okey. Takpe. Takde hal punya. Cause I’m telling you in case that you might ask me in future (or you had already know about that?) Okey. Takpe. Takde hal punya.






Aku tiba-tiba tergerak tulis pasal makan ni bukan apa. Sebab ada satu cerita aku nak bagitau. Tak tahulah lawak ke tidak bagi korang tapi bagi aku memang lawaklah. Minggu lepas, aku pergi satu restoran ni. Nama dia biarlah rahsia ye. Memang ekslusif habes nak cakap budak-budak hingusan taraf-taraf aku ni memang tak layak langsunglah nak masuk. Tapi sebelum masuk tu tak sedar diri lagi. Dengan konfiden nye aku angguk dengan kawan-kawan yakin sungguh lalu kami pun melangkah masuk. Ye kami. Pasal aku pergi restoran tu dengan kawan-kawan aku.




Azab. Ekslusif itu rupa-rupanya memang “ekslusif ya amat”. Ambek hang harga spaghetti sepinggan 22 hengget campur air pisang 10 hengget mana nak dapat? Secret Recipe, Kenny Rogers, Pasar Ikan Manhatan pun aku boleh selamba. Tapi restoran ni memang tak boleh belah betul sampaikan aku balik kolej rasa macam nak solat taubat. Rasa macam dah buat dosa besaq hangpa tau dok?




Tak tahulah kan kalau aku rasa macam tu pasal dah hujung-hujung sem ekonomi dah mula merosot ke apa kan tapi logik la sikit dengan service charge lagi ntah apa yang depa dok service aku haish 36 hengget in total tu aku boleh beli baju raya tau! (kain jela, jahit sendiri) Menyesal? Forget the past. Malas nak fikir dah. Tapi lepas ni, no more makan benda-benda macam tu lagi. Taubat. Sungguh taubat nasuha dah.






And I just suddenly remember something on that day. Lepas balik kolej petang tu aku rasa mengantuk sangat. So aku pun tido. Malam pun aku rasa mengantuk lagi. So aku pun tido awal. Lepas tu hajat nak bangun qiam, tapi terlajak. Subuh je yang aku mampu. Lepas tu, baca ma’thurat pun tersengguk-sengguk. Lagi best, lepas subuh aku pi sambung tido balik. Haaa, ini yang aku kata cerita lawak tu. (sure korang tak gelak) – aku tahu. aku pun tak gelak. Tapi aku define dia lawak sebab peristiwa ni bagi pengajaran yang sangat-sangat-sangat besar dekat aku.




First – Jangan membazir. Kena sedar diri, kena tahu tahap kemampuan sendiri. Kau bukan anak raja, anak tan sri, datuk sri nak belanja duit macam air macam tu. Kalau kau anak raja, anak tan sri, anak datuk sri pun, kau tetap kena berjimat-cermat jugak sebab dalam al-quran ada sebut,



“Membazir itu amalan syaitan”






Second – Jangan banyak makan. Nanti hati gelap tak ada nur. Walaupun makanan yang kita makan tu halal macam Nabi cakap ni:



“Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walaupun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.






Third – Banyak makan jugak boleh buatkan hati rasa tak tenang. Apatah lagi kalau makanan tu mendorong ke arah pembaziran (mahal sampai 36 hengget tenang apakebendanya?) Lalu hati pun jadi resah gelisah. Tak tenteram. Tak senang duduk. Gelisah macam orang bercinta. Betul. Sebab aku dah rasa dan aku tahu dan aku bagitahu supaya korang tak buat apa yang aku buat.




Fourth – Banyak makan akan mengurangkan ibadah dan kemanisan dalam beribadah. Simple example macam yang aku cakap tadi la. Dah kenyang, balik bilik, mengantuk tak sudah-sudah. Seronok sangat agaknya syaitonirojim tu bergayut dekat mata aku sampai qiamullail terbabas nasib baik yang wajib dapat diselamatkan. Alhamdulillah. Tapi ibadah pun tersengguk-sengguk. Mana kusyuknya? Mana manisnya? Jadi kurangkanlah makan. Because...



Allah grants this world to those whom He loves and those He does not love but only grants hunger to those whom he loves.






Fifth – Aku bukan nak bersangka buruk dekat restoran tu, tapi boleh jadi ada benda-benda yang syubhah masuk ke dalam perut aku waktu tu so that’s why aku jadi biol for the whole day. Ibadah memang hancus. Syaitonirrojim tepuk tangan dengan gemuruh. Lagi-lagi bila aku dok makan western punya menu. Aaah, logiklah kalau bahan-bahan dia tu ada unsur-unsur syubhah kan. Bukan syu’zun (bersangka buruk). Tapi betul apa. Aku pun bukanlah nak janji yang aku tak akan makan western lagi, tapi insyaAllah lepas ni aku akan cuba elakkan dari makan kat luar. Alaa, bukan tak reti masak sendiri haih.




Sekian. Dah. Aku bukan nak ceramah banyak dekat sini walaupun aku boleh je buat sukahatiaku. Tapi benda yang baik, why not kita share. Aku cerita kesilapan aku, kekhilafan aku, bukan sebab nak bukak aib sendiri, tapi nak bagi pengajaran supaya orang lain tak buat silap macam aku. Aku tulis dengan muka seriyes ni.




Dan tambahan sikit. Rasulullah pernah bersabda lagi, sesungguhnya:



“Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita.”



In short, kalau nak senang mati, jangan banyak makan. Peringatan untuk aku, jangan membazir dan harus lebih alert soal halal haram. Pernah dengar kan we-are-what-we-eat? Nikmat dunia ni banyak. Bukan tak boleh ambil, tapi gunalah berpada-pada. Cukup sekadarnya sahaja. Rasulullah sendiri tak pernah berasa kenyang seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a;



The family of Muhammad (sas) never filled themselves with wheat bread three days in a row from the time he came to Madinah until he passed away."



Haa tudiaa budak comey!



Kalau boipren lapaq sanggup kita terkontangkanting pi cari nasi. Kalau dia lapaq, kita pun sanggup berlapaq skali. Tapi kenapa Rasulullah berlapaq kita tak ambik port langsung? Dia bukan kekasih kitakah? Contohilah Baginda, InsyaAllah semuanya indah. Sekian, Assalamualaikum ^_^


2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sebab tu lah kena berhenti sebelum kenyang.. tapi ni dah kenyang still lagi nak sumbat macam2.. itu aku sebenarnya. kalau fastfood, sebanyak mana pun makanan tu aku boleh masuk.. sengal

Unknown said...

hehe, agaklah.. aku pon same je weh.. lepas tu kalau ada benda yg manis2 ni.. laju je dia nk sumbat.. pasal tu la aku cakap, satu je cara nk kawal dia.. PUASA :)

the history

Followers