Tuesday, May 15, 2012

SiLeNt Is BeTtEr MaKsUd DiA DiAm iTu LeBiH BaiK



Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". 
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) "



IN THE NAME OF ALLAH,
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW,
Assalamualaikum brothers and sisters,
Refer to the highlighted one on the above statement,
On the above hadith I mean...




Ye yang itulah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Bergosip benda yang baik? Tak baik. So diam. Mengumpat benda yang baik? Tak baik. Setakat translate perkataan gossip kepada mengumpat so sama je. So baik diam. Ketawa benda yang baik? Ya. Ketawa memang boleh buat awet muda dan juga boleh matikan hati. Tapi baik lagi kalau diam daripada terbahak-bahak depan masyarakat. Buruk macam keldai nok bunyi kau. Memberi alasan? Tak mahu mengaku tak tahu? Suka buat-buat tahu macam kita tahu semua benda? Supaya kita terselamat di hari akhirat, maka kalau tak tahu tu mengaku sajalah tak tahu. Tak susah pun. Nabi pesan begitu so jangan cakap tak tahu lagi lepas ni.








Sebab bukan apa. Hati ni tertanya-tanya. Rasa pelik pun ada. Betul ke mulut aku selama ni rajin berkicau?  Betul ke aku ni spesis burung? Ok tak. Sebab classmate lagi sekali dok pelik tengok aku. Kau-ni-kenapa-mati-laki-ke? Nauzubillah kalau memang aku dah berlaki, nescaya aku silat mulut kau kak sungguh kurang adab tergamak mendoakan laki aku mati. Begitukah caranya bertanya khabar seorang rakan? Memang kalau iya pun obvious sangat aku senyap lately, usahlah cakap macam tu. Sentap aku sekejap tadi.




Sebab tidak ada benda yang hendak aku bualkan. Sebab tidak ada benda yang hendak aku ceritakan. Bukan aku tujukan kepada klasmet saja. Kawan-kawan lain juga. Silakan kalau kalian nak membuat andaian apa sekalipun. Awkward moment itu memang ada. Rasa janggal kalau tak bertegur sapa dengan rakan-rakan. Tiba-tiba je aku berubah. Benda yang orang dah biasa. Bila tukar jadi luar biasa, orang pelik la kan. Aku faham. Bukan salah korang pun nak sangka yang bukan-bukan dekat aku. 




Tapi janganlah sampai ada tanggapan-tanggapan yang tak berapa nak baik tu. Bilang aku mati laki lah. Bilang aku ada masalah negara lah. Katanya (in other word for 'kata orang'), bila rasa bersalah, mintalah maaf, bila rasa curiga, bertanyalah dan bila datangnya maaf, maafkanlah. Aku cuma nak jaga hubungan dengan korang, sebab kita saling memerlukan kan. Kalau pelik kenapa dengan aku lately, bertanyalah. Just a simple question should be enough for me to explain. Tak-nak-share-dengan-aku-ke? Nescaya aku akan share dari A sampai Z. Dah korang tak bertanya. Takkan aku nak dok gedik-gedik jaja cerita sendiri kan? Jadi, biasakanlah dengan aku yang sekarang ni. InsyaAllah, takkan kedengaran ketawa terbahak-bahak itu dari mulut aku lagi. Bi iznillah.




SOH! (nak cakap 'so' tapi versi excited sangat), SOH aku pernah cakap pasal ibu, cakap pasal fesyen sikit-sikit dan aku pernah cakap pasal maaf. Entry ni pun ada cakap pasal maaf jugak tapi asalnya aku nak cakap lebih tentang silent-is-better. Gitew kan omputih tiba-tiba. Macam kalau nak menikah, diam-tanda-setuju katanya. Alaa, mesti nak menyimpang masuk bab-bab kawen ni haish. Tunggulah. Sampai masanya nanti aku cerita pasal kawen pulak. Tapi yang ini, sekadar mengingatkan. Kalau rasa diri itu perempuan, kalau rasa diri itu muslimah, apa kata kita lengkapkan lagi title itu dengan wanita muslimah yang pandai menjaga dirinya daripada perbuatan keji dan mungkar.




Bukanlah aku nak cakap bercakap itu perbuatan keji apatah lagi mungkar sampai nak kena pulak buat kempen cegah kemungkaran yakni cegah orang daripada bercakap dok aih. Selagi kita bercakap yang baik-baik, yang bermanfaat, yang mendatangkan pahala, maka bercakaplah. Kalau setakat nak cakap, weh-pasya-sandak-dah-pregnant-dua-minggu. Hoih, bukak nara, baca, angguk dan tutup. Allah tak tanya pasal beliau kat akhirat nanti. Muhasabah diri. Sebelum bercakap, fikir dulu ya. Dan kalau aku terlupa, ingatkanlah. InsyaAllah, kita sama-sama dapat pahala. Wallahualam.





Ambik yang baik-baik saje ye.
Yang tak baik tu biaq pi.
Biasalah kan kalau dah ocha namanya...




p/s: kawan-kawan dekat mesir tengah periksa sekarang. bittaufiq wannajah semua...!

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

teringin juga nak jadi pendiam macam ni. bercakap bila perlu tapi hati dan minda ni mesti ade je bende nak cerita dengan orang.. jenis suka berkongsi.. kalau diam jadi tak tentu hala.. apelah..

Unknown said...

kongsi benda yang bermanfaat tak ada salahnya syg.. tapi lagi bagus kalau dihadkan.. dosa pun kurang~ x apa, mulakan sikit2 yang penting istiqamah...

the history

Followers