Monday, October 15, 2012

tHe MaN tHaT i LoVe aT FiRsT SiGhT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Walaupun sudah 8 tahun berkecimpung dalam bidang membuat kek, dan sudah mendapat diploma dalam Cooking Academy 1 & 2, tetapi aku masih lagi merasakan bahawa ‘kitchen skill’ aku belum sampai ke tahap masterchef apatah lagi nak jadi selebriti chef. Itu semua angan-angan mat jenin yang memang konfirm tak akan jadi kenyataan. Jadi bila rakan sebaya terbaik aku mengutarakan hasrat beliau untuk menjadi rakan kongsi a.k.a meng'invest' untuk aku membuat bisnes bakery, aku terus tergelak besar sampai mummy dalam bilik jadi pelik adakah anak gadisnya sedang disampuk syaitonirrojim di tengah-tengah ruang tamu rumah petang semalam?




Sorry YB. I’m not teasing you. But as I said earlier, if you rate my skill over 10, I will say, it’s just 2. Or maybe and a half. Jauh bebeno sampai ke tahap nak bukak bakery walaupun itu bukanlah sesuatu yang mustahil I know anything can happen with God willing.




ini kalau display dalam cake house aku rasa memang akan mendapat booooooo paling ramai.




Tapi ada aku kisah? As long as daddy smiles happily and praised for the taste, you know how I feel. voila!





and boleh buat timeline cover dekat fesbuk pasal dia red velvet.





So hari ni birthday daddy. But it was celebrated yesterday pasal hari ni hari bekerja bila pulak nak nyanyi lagu happy birthday kan? And he is THE MAN I’m talking about. The man that I love at first sight and I still in love with.




Pak Cik Omar, apa khabar anda? Harap tulang empat keratmu masih bertahan sebelum aku mengambil alih tampuk untuk meringankan beban keluarga. Sudah 53 tahun rupanya kamu. Bersabarlah dengan karenahku untuk beberapa ketika lagi. Kerana sampai masanya, aku akan dilamar orang dan terlepas daripada menjadi tanggungjawabmu. Terima kasih kerana membesarkanku. Terima kasih kerana sentiasa mengenyangkan perutku. Terima kasih kerana tidak pernah berkira denganku. Terima kasih kerana memberiku ilmu. Mengajarku tentang kehidupan. Menyekolahkanku, me’universiti’kanku (rosak bahasa). Terima kasihlah untuk segala-galanya.




Biar aku hidup seratus tahun lagipun, segala jasa dan pengorbanan yang telah kau lakukan untukku tidak akan mampu kubayar. Hanya yang aku mampu, menadah tangan setiap usai solatku, mendoakan agar Tuhan sentiasa menganugerahkan kesihatan kepadamu. Memanjangkan usiamu. Memberi rahmat dan sejahteraan dalam hidupmu. Memurahkan rezekimu. Juga aku berdoa agar aku sentiasa menjadi anak yang menyenangkan hatimu seperti mana kau selalu menyenangkanku.




“terima kasih kerana menjadi daddy saya. I love you Encik Omar.”


4 comments:

Anisa Anuar said...

uncle happy birthday...
sweet betul buatkan kek...
anak sape la ni...hihihiihiii

Unknown said...

hehe, uncle ckp tenkiu.. yg suwit tu semestinya laa anak uncle..lalala.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

wah! happy birthday ayah ocha!
moga terus tabah menahan perilaku ocha ni.. hehe

Unknown said...

pasal dia tabah laa dia ayah saye...hik3.

the history

Followers