BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
Walaupun sudah 8 tahun
berkecimpung dalam bidang membuat kek, dan sudah mendapat diploma dalam Cooking
Academy 1 & 2, tetapi aku masih lagi merasakan bahawa ‘kitchen skill’ aku
belum sampai ke tahap masterchef apatah lagi nak jadi selebriti chef. Itu semua
angan-angan mat jenin yang memang konfirm tak akan jadi kenyataan. Jadi bila
rakan sebaya terbaik aku mengutarakan hasrat beliau untuk menjadi rakan kongsi
a.k.a meng'invest' untuk aku membuat bisnes bakery, aku terus tergelak besar sampai
mummy dalam bilik jadi pelik adakah anak gadisnya sedang disampuk syaitonirrojim
di tengah-tengah ruang tamu rumah petang semalam?
Sorry YB. I’m not teasing you.
But as I said earlier, if you rate my skill over 10, I will say, it’s just 2.
Or maybe and a half. Jauh bebeno sampai ke tahap nak bukak bakery walaupun itu
bukanlah sesuatu yang mustahil I know anything can happen with God willing.
ini kalau display dalam cake house aku rasa memang akan mendapat booooooo paling ramai.
Tapi ada aku kisah? As long as daddy smiles happily and praised for the taste, you know how I feel. voila!
So hari ni birthday daddy. But it was celebrated yesterday pasal hari ni hari bekerja bila pulak
nak nyanyi lagu happy birthday kan? And he is THE MAN I’m talking about. The
man that I love at first sight and I still in love with.
Pak Cik Omar, apa khabar anda?
Harap tulang empat keratmu masih bertahan sebelum aku mengambil alih tampuk
untuk meringankan beban keluarga. Sudah 53 tahun rupanya kamu. Bersabarlah
dengan karenahku untuk beberapa ketika lagi. Kerana sampai masanya, aku akan
dilamar orang dan terlepas daripada menjadi tanggungjawabmu. Terima kasih kerana
membesarkanku. Terima kasih kerana sentiasa mengenyangkan perutku. Terima kasih
kerana tidak pernah berkira denganku. Terima kasih kerana memberiku ilmu.
Mengajarku tentang kehidupan. Menyekolahkanku, me’universiti’kanku (rosak
bahasa). Terima kasihlah untuk segala-galanya.
Biar aku hidup seratus tahun
lagipun, segala jasa dan pengorbanan yang telah kau lakukan untukku tidak akan
mampu kubayar. Hanya yang aku mampu, menadah tangan setiap usai solatku,
mendoakan agar Tuhan sentiasa menganugerahkan kesihatan kepadamu. Memanjangkan
usiamu. Memberi rahmat dan sejahteraan dalam hidupmu. Memurahkan rezekimu. Juga
aku berdoa agar aku sentiasa menjadi anak yang menyenangkan hatimu seperti mana
kau selalu menyenangkanku.
“terima kasih kerana menjadi
daddy saya. I love you Encik Omar.”
4 comments:
uncle happy birthday...
sweet betul buatkan kek...
anak sape la ni...hihihiihiii
hehe, uncle ckp tenkiu.. yg suwit tu semestinya laa anak uncle..lalala.
wah! happy birthday ayah ocha!
moga terus tabah menahan perilaku ocha ni.. hehe
pasal dia tabah laa dia ayah saye...hik3.
Post a Comment