BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Aku penat. Aku dah banyak menangis. Aku sedih sebab selalu dipertemukan dengan orang yang salah. Aku bukan tidak yakin dengan percaturan Tuhan, cuma kadang-kala aku lelah menunggu. Walaupun aku tahu suatu hari nanti orang yang betul akan muncul, tapi bila?
Mak banyak sabarkan aku. Berikan aku kata-kata penguat untuk aku teruskan hidup seadanya. Katanya, ada sesorang di luar sana diciptakan untuk aku. Cuma aku belum jumpa dia. Atau mungkin aku dah jumpa tapi tak nampak. Atau mungkin aku dah nampak tapi buat-buat tak tahu. Bukan. Aku bukan buat-buat tak tahu. Aku memang tak tahu.
Aku pernah jumpa orang yang terlalu taksub dengan diri dia sendiri. Ingatkan belajar tinggi, bolehlah berfikiran tinggi sedikit. Tapi rupanya kalah budak-budak. Selalu minta aku top up kan kredit dia. Minta tolong aku buatkan assignment dia. Setakat missed called saja lepas tu expect aku akan call balik. Aku cakap pada diri sendiri, janganlah buang masa layan orang begini Ocha.
Aku juga pernah jumpa orang yang sangat desperate. Adalah dalam 2,3 orang. Sorang tu kawan sekolah rendah, sorang tu pulak aku kenal masa praktikal. Approach dia berbeza, tapi dua-dua orang ini sama annoying. Minta maaf. Bahasa aku kasar sikit hari ni. Tapi lelaki yang desperate, aku rasa, mana-mana perempuan pun tak akan sudi. Tapi kalau jual mahal sangat pun, tak ada yang sudi jugak kot.
Aku pernah hampir bertemu dengan orang yang betul. Disatukan oleh orang tengah. Tapi expectation dia yang terlampau tinggi, buatkan aku malas nak go on. And finally, the relationship berhenti setakat di situ sahaja. What he expected? Yang bertudung labuh. Yang bijak dalam diam. Muslimah yang aktif memperjuangkan hak asasi manusia di Palestin. Memang jelas dan nyata bukan aku calon idamannya. Kerana dimatanya, aku jauh daripada ciri-ciri itu semua. Terpulanglah. Hak asasi manusia juga namanya tu.
Aku pernah juga hampir tersangkut dengan suami orang. Kedua-duanya cikgu. Tapi bukan sekaligus lah. Ceritanya kat sini, pernah. Tapi aku bukan segila itu untuk ber'relationship dengan lelaki yang berstatus suami orang. Walaupun katanya hanya untuk berkawan. Minta maaf. Pendirian saya, elak sebelum terlambat. Sampai masa kalau dah jatuh sayang, aku takut keluarga pun aku tolak ke tepi. Nauzubillah, aku tidak tergamak untuk melakukan itu.
Penat dengan orang dewasa, budak kecik (bagi akulah), yang lima tahun lebih muda daripada aku pernah berterus-terang datang rumah, cakap dengan mak nak kahwin dengan aku. Meroyan apakah itu? Minta maaf. Situasinya, sama macam di atas tadi. Tiada belas kasihan untuk orang yang terlalu desperate. Agak-agaklah dik, sekolah pun tak habis lagi.
But there's someone, yang pernah setia tunggu aku sejak empat or lima tahun yang lalu. Kalau tak silaplah. Yang ni, bersungguh-sungguh katanya nak tunggu sampai aku habis belajar. Lepas tu nak masuk meminang. Well, kesabaran menusia memang ada batasnya. Recently I found out he's already have a girlfriend. Not a big deal anyway. Since our previous relationship pun suam-suam suku saja. Mungkin tambahan masa setahun setengah itu terlalu panjang bagi dia. Aku masih boleh tersenyum. Tak apalah.
Wei, perasan tak cerita aku macam lagu S.M Salim yang tajuk dia Apa-Nak-Jadi tu??? Kan kan kan. Rasa macam nak nyanyi depan orang ramai sekarang sebab bila balik kampung, bila sedara-mara datang rumah, bila kawan-kawan lama menjengukkan muka datang bertandang, soalan cepumas, kau-bila-lagi? mertua-orang-mana? betul-ke-tak-ada-siapa-siapa-lagi?
Adakah kau merasakan aku sudah tahu memasak, aku sudah tahu menjaga anak kecil, aku sudah memiliki segenggam ijazah, maka aku harus tidak menjadi single? Aku masih punya orang tua untuk berbakti. Aku masih punya baki setahun belajar untuk berhempas-pulas menghabiskannya. Aku masih ada hutang ptptn yang belum selesai.
Tapi aku tidak menolak jika jodoh menyapa. Aku bukan muda untuk habiskan sisa-sisa hidup dengan terkinja-kinja. Mak ayah aku juga bukan muda untuk melihat cucu membesar depan mata. Kadang-kadang aku jadi sedih. Jika perkahwinan aku boleh membahagiakan mereka, mengapa tidak aku tamatkan zaman bujang aku di sini?
Aku bukan cerewet. Aku cuma tak suka buang masa untuk mulakan hubungan baru dengan orang baru yang semestinya tidak akan faham aku. Dan aku bukan hanya mencari teman hidup, tetapi mencari anak lelaki untuk emak dan ayah, dan juga abang untuk adik-adik aku. Aku tak mahu bahagia sorang-sorang. Aku mahu satu family aku juga bahagia sama. Di penghujung jalan, aku kembalikan semuanya kepada Tuhan. Aku hanya mengikut percaturan yang telah Dia tetapkan. Aku tidak mahu melawan. Aku tidak mahu merungut. Aku tidak mahu Dia murka.
Aku bukan cerewet. Aku cuma tak suka buang masa untuk mulakan hubungan baru dengan orang baru yang semestinya tidak akan faham aku. Dan aku bukan hanya mencari teman hidup, tetapi mencari anak lelaki untuk emak dan ayah, dan juga abang untuk adik-adik aku. Aku tak mahu bahagia sorang-sorang. Aku mahu satu family aku juga bahagia sama. Di penghujung jalan, aku kembalikan semuanya kepada Tuhan. Aku hanya mengikut percaturan yang telah Dia tetapkan. Aku tidak mahu melawan. Aku tidak mahu merungut. Aku tidak mahu Dia murka.
Ini bukan entry merepek weh. Aku bercakap jujur dan benar. Aku penat nak yakinkan orang yang aku single tak ada siapa-siapa. Orang gelak, aku pun gelak. Tapi dalam hati aku menangis. Ada orang nak join menangis sekali?
Mana jodoh??? Mana??? Mana???
p/s: Entry ini bukan Ocha yang tulis. Ok bye!
4 comments:
saya nak nages same-same awak boleh x? Penat bila cakap kita kawan tp semua xnak percaya.. =(
ehem2..
kakak tiya: bulih2.. meh la kito..
dato' K: u knp dato'? sentap? hik3...
Post a Comment