BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hampir setengah bulan tak update belog. Sejak cuti sem sampailah dah balik Shah Alam sekarang. Tak ada alasan apa-apa. Busy pun tak berapa sangat. Sindrome malas yang memang sudah sebati dalam diri mula berleluasa agaknya. Atau memang dah lama berleluasa?
Eh, tapi ni nak cakap sikit. Ada issue yang terasa concern nak share. Pasal bahasa jiwa bangsa. Haa, gitew. Katanya, kau tak payah nak berlagak sangat speaking maksaley depan orang ramai. Tak sedar diri muka Melayu nak gedik pusing lidah America? Itu yang kadang-kadang boleh jadi putus tali silaturrahim tu. Haila. Ada lagi kepala manusia yang begini. Kenapa begitu rakus membasuh orang tanpa usul periksa? Kenapa tak pandang dari sudut positif dan matang? Kenapa perlu merendahkan orang lain yang cuba meningkatkan ilmu di dada?
Kalau awak rasa belajar Bahasa Inggeris tu membuang masa, menjatuhkan martabat bangsa Melayu, membuatkan orang lain meluat dengan awak, silakan untuk berfikir apa sahaja. Kita diberi pilihan. Jadi hormati pilihan masing-masing. Asalkan awak tahu saya tidak lupa asal-usul, asalkan awak tahu saya tidak warnakan rambut merah, kuning, biru, asalkan awak tahu saya masih tahu makan tempoyak, sambal belacan dan budu, saya tak rasa lidah saya memberi masalah kepada awak. (tengah-taip-ni-tiba-tiba-bau-kfc-dalam-rumah) - seram pulak aih.
Ok sambung balik. Tak ada masalah kalau awak nak berbahasa ibunda sepanjang masa. Cuma tak perlu merendah-rendahkan orang lain yang cuba tambahkan ilmu dengan pengetahuan bahasa-bahasa lain ye. Sebab dekat Malaysia ni bahasa keduanya ialah Bahasa Inggeris. Kalau bahasa keduanya bahasa Cina atau Tamil atau Arab atau Urdu atau Korea atau Jepong, memang taklah lidah ni bunyi maksaley. Buang rasa sakit hati dekat saya jauh-jauh ok. Ilmu itu bukan disampaikan dalam satu bahasa sahaja atas bumi ni. Habes kalau tak reti baca maksaley tak reti cakap maksaley, tak faham maksaley, macam mana nak buat thesis ratus-ratus mukasurat ley?
muka yang diberi nama
"ada-aku-kisah?"
Mari jadi orang positif. Ok sekian terima kasih.
Rasa macam buat iklan komersial pulak.
Bye!
p/s: geng library bila nak berpoya-poya?
2 comments:
cehh . ~ ade orang jeles rupenye .. hahahaha .. siapkah yang vangang sangat tu . kuikuikui . agaknye , orang tu tak pernah dapat english education kot . :P
agaknye la tuu.. amboi gugel picture ko.. kemain..hak3
Post a Comment