Sunday, January 26, 2014

sOmEoNe OuT tHeRe SoMeWhErE


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Mak cakap and orang lain pun ada yang cakap, senang cerita bila ada orang mula bercakap, dan bila isu-isu hangat mula berbangkit, seperti soalan-soalan cepumas di hari raya, atau pada hari-hari persandingan sahabat-handai dan sebagainya, aku memang tak akan lari daripada mendengar banyak komen daripada orang. Paling top bila orang tanya kenapa aku single sampai sekarang, hampir majoriti cakap aku ni memilih. Picky, fussy, choosy nampak tak nampak tak sedikit sebanyak orang judge aku macam mana? Tambah sikit lagi komen daripada Mummy. Katanya aku ni garang. Haish, yang tu tak tahu nak cakap apalah. Kalau mummy yang kenal aku luar dalam atas bawah kiri kanan dah cakap macam tu, so, ok lah. Aku garang. Sikit.





Tapi. Bila ada orang nampak versi lembut daripada muka garang ni, kau rasa apa aku akan rasa? Bila semua orang larikan mata tempat lain pasal takut nak pandang mata aku, tapi dia langsung tak larikan mata, siap boleh main kelip-kelip mata lagi, hah kau rasa apa aku akan rasa? Bila semua sibuk tergedik-gedik nak kenal sebab gambar dekat profile aku konon hot sangat padahal dia approach aku sebelum tengok gambar aku lagi so kau rasa apa aku akan rasa? Bila semua orang mengaku belajar ambek kos hebat-hebat sebab nak impress orang tapi dia cakap dia belajar separuh jalan je konon tak educated padahal kalau bercakap pasal global issue kau boleh ternganga, terdiam, speechless kau rasa apa aku akan rasa? 





Paling tak boleh belah, orang lain, bersungguh-sungguh nak impress aku dengan duit diorang, tak tahu mana datang semua duit tu, tapi dia bersungguh-sungguh yakinkan aku yang dia kuli macam hamba abdi, padahal dialah sebenarnya tuan dekat tempat dia kerja. Patutlah selama ni bila dia chat dengan aku waktu lunch, konon katanya baru nak pergi kelas padahal baru masuk office. Telefon aku katanya pakai nombor nombor rumah padahal... haish, bila teringat benda ni memang sumpah aku rasa nak lempang je muka dia. Mati-mati dia kelentong aku. Dah tu, sampai sekarang haram tak nak mengaku jugak. Baguslah perangai bajet macam spy sangat. Ok, tapi aku sayang dia.





Yes. Aku memang picky. Aku memang fussy. Aku memang choosy. Aku tak peduli kalau relationship ni tak berakhir dengan perkahwinan ke apa sebab aku kawan dengan dia sebab aku nak kawan dengan dia. Aku suka dia sebelum aku tahu dia siapa. Dia nak buat duit, itu dia punya pasal. Aku boleh buat duit aku sendiri. Aku ada aim aku sendiri. Kalau aku nak orang bela aku, memang dah lama aku buat. Anak tokey bisnes, duda kaya, semua aku pernah kenal. Tapi, aku punya fussy bila nak in relationship, aku nak orang yang boleh faham cara aku, yang boleh communicate dengan aku. Someone yang aku tak pernah kering idea untuk bercakap dengan dia.





Aku paling fed up, kalau aku yang over aggressive nak kenal orang. Aku yang mintak nombor telefon, aku yang mintak facebook, aku yang tanya semua benda, what the... memang kerja aku interview kau ajelah kan? Yang tak hormat perempuan, lagilah spesis yang memang mintak kaki namanya. Bukan nak cakap aku ni bagus sangat, tapi kalau dah dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal, semuanya tipikal punya perangai, memang sahlah dia ni masuk dalam senarai. Unexpected kot weh. Memanglah nakal sikit. Standard la lelaki. Habis, nak aku yang buat perangai nakal? Siapa jantan sekarang ni?





So, nak wrap up bagitahu yang aku sekarang tak single lagi, rasanya tak adalah sampai macam tu. Tapi bila aku dah start bagi attention dekat orang, maksudnya dia memang something la kot. Tanya BFF kalau tak percaya. BFF tu namanya Haajar. Dan aku cuma boleh reveal setakat ini saja. Nak cerita lebih, aku tak ready lagi. Even kalau mummy baca ni and insist nak tahu jugak, memang aku kena standby dengan ribu-riban alasan untuk mengelak. Not yet. Aku tak boleh nak cakap lagi relationship ni akan pergi sejauh mana. Yang pasti, we're in the process of knowing each other. Please, jangan tanya apa-apa. Aku cuma nak tulis kat sini je. Ok bye!






ni Snow White yang cakap eh
bukan saye ^_^





cc: to Mummy and Haajar. Dua orang yang paling suka interfere dalam isu-isu berbangkit ini dalam hidup aku...hahah

2 comments:

Anonymous said...

opcoz le.. always will interfere..heee

Unknown said...

hahaha and i love u becuz of that <3

the history

Followers