Wednesday, November 18, 2015

GiVe YoUr HeaRt a bReaK - PaRt I


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I need a break. Like a REAL break. Jenis kerja macam aku yang hanya cuti seminggu sehari dan jenis mengajar student yang tak ada particular tarikh walaupun namanya semester break tapi aku tetap tak rasa break sebab student memang akan sentiasa ada register masuk well this is a BREAK-ing truth. Dan apabila ada baki annual leave hujung-hujung tahun begini apa lagi aku meroyan terus lari jauh-jauh pergi cari pulau buat-buat tak kenal apa itu tujuh subjek yang nak kena perap dalam kepala otak dua minggu lagi matilah nak...






It's a short trip to Langkawi. Ye. Langkawi je. 
Apa benda kagum sangat?







Stay pun bilik bajet tak sampai seratus pun untuk dua malam kat sana.
Travel masa bujang, aku redah je weh asal boleh tido sudah, kalau dah berlaki tu lain ceritalah memang honeymoon suite aku tempah. Siaplah you abang sopi...







Ni depan bilik. Feeling kekampung sangat kan dengan atap macam tu. Oh well, we were staying nearby Pekan Kuah. Area jeti tu. Padahal naik flight gigih tapi stay dekat Kuah jejauh macam apa ntah padahal banyak je tempat lain yang lagi dekat eh sukati ai lah nak stay mana. By the way, nama tempat ni Rose Inn Motel. Memang ada bunga rose yang keliling kawasan dia ok laaa, match dengan nama. Murah pun murah. Selesa pun selesa. Hah, nak apa lagi?






Yang ni pulak kawan travel I. Dia laa yang meroyan at the first place ajak ke Langkawi ni padahal dulu pernah je sampai tapi biasalah berjalan dengan kaum mak-mak ke mana je I menyinggah kalau tidak ke kedai pinggan mangkok cikelat gamat kekain bagai. So, this time, I pun agree sebab bertekad nak visit Langkawi like to have a REAL visit gila supportive sahut seruan kerajaan Visit Malaysia well, to be honest, I tak pernah touchdown lagi segala-gala landmark dekat sana so because of that reason... I pun chaloh beteh! Ni gambau lepas brunch by the way. Gila kau nak jenjalan masa perut tengah lapau?






1st day we girls decided untuk terus shoot pergi Cable Car. Sebab dari Kuah nak ke Cable Car tu kira dari timur Langkawi nak ke barat Langkawi laaa so kita jalan tempat paling jauuuuuhhhh sekali. Tapi on the way pun berapa banyak tempat ntah dia stop like this one yang gigih panjat view point tepi jalan semata-mata nak tengok airport Langkawi sambil acah-acah mengenang nasib dan merenung masa depan pon boleh laaa haaa sudahnya sampai cable car dua jam kemudian.






Nak jadikan cerita on the way nak ke cable car tu macam tak berapa nak confident minyak kereta sewa cukup ke tidak so kitorang berenti jap isi minyak dekat Petronas Quay. Masa ni lah tak sengaja jumpa tempat kapal-kapal sangkut ni parking dekat sini ooohh rupanya this is Telaga Harbour Park yang memang masuk dalam senarai list yang kitorang nak touchdown. Mujurlah tak confident dengan minyak kereta. Kalau tak, tak berhenti jugak nak singgah.






Abang Sopi, I dah jumpa honeymoon port kita. (aku cakap sorang-sorang dalam hati dengan harapan telepathy sampai dekat abang sopi nuuunnn jauh di selatan Malaysia) - gigih






And finally we're here at Langkawi Cable Car. I is teruja sebab berapa kali sampai Langkawi pun tak pernah merasa naik cable car ni. Yaaa ampun, sedih!







Tapi sebab masih ada masa sebelum timing nak naik cable car tu, so we girls jenjalan sekitar Oriental Village bawah tu pergh ayat aku sekitar-kitar. Banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Naik kreta kuda ke, men bola-bola dalam air tu apa ntah nama dia, makan-makan ke, shopping ke, tapi I choose to bergambau sahaja sebab tiket naik cable car tu beli sekali dengan tiket untuk masuk muzium 3D so macam... isokey laa. I cuti bukan bawak anak-anak pun so ikut suka hati ai lah nak pergi mana.






Ye, tengok betapa serabainya tudung pun tau dah kemalasan tahap apa sampaikan tudung kat kepala pun aku abaikan, kawan di sebelah yang teruja sampai terlompat-lompat pun aku malas nak layan, inikan pulak kalau aku bawak anak-anak lantak kaulah nak ooii nak pergi mana pun kau pergilah mak nak duduk melepak dan bercinta je dengan bapak haaa dasar mak tak berguna getus hati anak-anak aku pon boleh buat dialog sendiri macam tu.






Ok, dah betulkan tudung masa dalam cable car. Hasilnyaaa... 
I know I'm beautiful (with 360 camera).
Wei, aku nak show off cable car kat belakang tu je janganlah maki.






Masih di atas puncak cable car. Beriya selfie padahal tak nampak view belakang pun.
Menyesal tak rembat monopod tomato.






Dan masih terujaaa (sorang-sorang)






Ohmai sumpah setiap kali aku tengok gambar ni terus fefeeling macam angel turun dari langit sumpah inesen bak ang view belakang atas gunung sejuk-sejuk lepas hujan pulak tu pergh you feel me bro? you feel meeeee???





And banyak lagi gambar lain actually tapi semua dalam camera digital tu memang spesis tak menyabau nak letak entry kat sini so aku letak gambau yang ada dalam fon je. By right naik cable car pon bateri dah 20 percent, power bank tinggal dalam kereta, apa pon tak boleh hah, lantaklah aku tetap teruja walaupun terputus hubungan dengan abang sopi buat sementara waktu perlu ke bagitahu?






Ok, hanya mampu bergambau depan pintu masuk 3D Art Museum sebab tak mampu nak beli tiket masuk maklonglah kita ni orang biasa je tak mampu nak berjalan mewah-mewah setakat touchdown depan pintu masuk pun jadilah. Ok, sebenanya gambau dalam kamera partner in crime kan dah cakap bateri habes tadi memang tak adolah gambanya dekat aku alaaa muzium 3d je pun bukan Museum Madame Tussaudes dekat London tu haish ok lah nanti sambung Langkawi part ii tunggu bila ada mood. Inipun tulis belog sambil monitor student buat tutorial depan mata gigih tak gigih aku weeeiii...






Dan kita akhiri hari pertama dengan shopping cikelat yang diorder daripada sanak sedara. (2nd day pun ada order lagi). Padahal cikelat sendiri berapa ketul je weh. Nyesal bagitau pergi jenjalan. Pasrah mengangkat cikelat bawak naik flight. Ok, pasni kalau pegi jenjalan aku beli fridge magnet je kau tengoklah!



No comments:

the history

Followers