the author

My photo

Still writing. Still surviving. Still the same selfish arrogant wicked royal lady.

Saturday, November 14, 2015

ToO TiReD tO CaRe


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Bila kita kadang-kadang terlampau bagi muka, orang akan ambil kesempatan. Percayalah. Tak banyak, sikit mestii kena. Bagi muka ni kadang-kadang bukan sebab kita sengaja manjakan atau bagi peluang. Tapi sebab memang dah semulajadi berperangai senang nak tolak ansur, senang kesian kat orang, senang dibawak bincang padahal sebenarnya malas nak bergaduh bertekak segala cuba kau bagi aku espresso secawan trigger my mood semua nak ajak berdebat pun silap-silap orang fikir sampai lapanbelas kali nak gaduh dengan perempuan ni ke tanak...





Anyway, as I mention dekat tajuk, yes, I'm too tired to care. Peluang kedua never exist in my closet anymore. Nak kawan, bercinta, show some efforts, itu je aku mintak. Kalau kau gigih untuk aku, aku akan gigih untuk kau. Trust me. Bila orang cakap aku playgirl, banyak skandal, aku hantar senyum je. Aku yang deal dengan orang, maka aku tahu orang macam mana yang aku nak dan orang macam mana yang aku nak reject. 





Not playing game. I just want my next relationship to be square. Rasa-rasa penat, just quit. Jangan cakap nak slow down la, tunggu dulu laaa, sebab aku hanya nampak itu sebagai alasan. Then I have to say goodbye lah kalau macam tu. Dengan aku tak perlu rushing. Seminggu beriya sembang dekat text and call and the following week senyap sunyi bertapa entah dekat gua mana maka dipersilakan mereput sebab bukan akulah yang akan make a move, bukan akulah yang akan tegur bertanya khabar, bukan akulah yang akan peduli, maka semestinya bukan akulah yang akan terhegeh-hegeh dan terkejar-kejar. As simple as that. Gila simple in bracket kejam as it sounds because diamond memang keras begitu.





Lepas tu bila pantang silap sikit terus nak pancung kepala orang I mean terus reject aaahhh lantaklah dia nak meroyan ke apa, bukan aku nak main dengan perasaan orang. Aku reject direct ok apa daripada bagi mixed signal. Terpaksa buat macam tu sebab terlampau penat nak jaga perasaan orang tak sempat chekidaut hati sendiri. Apa yang hati nak. Apa yang hati boleh terima. Apa yang hati cari. Agaknya kalau Tuhan bagi semua orang atas bumi ni 'kad peluang kedua' I probably will request for 'kad peluang ketiga', keempat, kelima, keenampuluhsembilan sebab cepat sangat habis kad tapi macam mengarut la kan bagi peluang dekat orang yang sama sampai enampuluhsembilan kali so simpanlah peluang itu untuk orang lain pulak.





For me, people deserve their second chance. Yang sampai peluang ketiga keempat dan sebagainya tu ampun maaf no more lagi dah. Sekarang ni, just tell me black or white? Yes or no? Take it or leave it? Ok bye... eh, ini bukan entry emotional. Aku sedang menulis dengan akal yang waras engkorang kalau bakdatang manusia yang tak reti bahasa yang buat perangai sampai tiga empat lima enam kali kesilapan yang sama lepas tu buat muka tak bersalah mintak maaf segala annoying tak? Eh, tadi dah bye dok sambung lagi pasaipa ok bye bye ni last bye!



No comments:

the history

Followers