Yosh, aku sukalah, kali ni JJCM memang cukup ahli, cukup forum perdana dan meggi cukup rasa, haa statement dah gile dah tu. Itu semua pasal aku gembira sangat sangat la weh, even destinasi Thai Thai yang dicadangkan dalam minit mesyuarat lepas tak di terima, tapi takpe. Hati tak kecik. Cuma menusuk ke kalbu siket la. Ye saya mengaku, part ni tak gembira.
Dan aku faham sangat la perangai masing-masing bila dah tak nak makan kat Thai Thai tu, jadi destinasi penggantinya memang susah nak decide la kan. Suruh lat tali lat tam plom masing-masing pon nak bantah cadangan bernas aku. Last-last semua buat muka konfident...
Konfidential. Konon-konon seriyus, tekun dan penuh komitment nak pilih tempat makan la ni. Bajet. Haa, carilah restoran mana kau nak. Carik, carik...!!!
Hampir sepuloh jam lapan belas saat berfikir nak makan dekat mana, akhirnya masing-masing pon bermuka pasrah bila I cakap "Weh, makan pizza sajalah." Tengok, senyum pon macam tak sudi.
Bila menu dah nampak macam ganjil, memang tak la pizza tu cap Pizza Hut Ni yang nak emo tibe-tibe ni, kan. Semua request aku asyik kena reject je. Dah la nak makan pizza fish and shrimp tak tercapai-capai. Nak makan Thai Thai pon tak dapat restu. Tapi sukelah, SUKA, SUKA..! Nak ambek gambar pon tak berapa nak segan tak macam Full Haus tu kan.
Dan lokasi (kalau kau nak tahulah...)
Lepas kenyang, baru afdhal nak mulakan aktiviti extreme. Kalau dulu main boling dengan geng Melati, buat flying fox dengan geng kembara, panjat twin tower sampai tingkat 20 dengan geng sorang-sorang, naik roller coaster dekat kosmo world pon sorang-sorang weh taklah dengan cik abang bila masa kau skodeng aku ni? Haa, ada kau nampak aku buat keje extreme meng’extreme’ ni dengan geng jalan-jalan carik makan aku? Ada? Ada? Ada?
Fine, sekarang kau akan nampak..
KAU AKAN NAMPAK WEH!
Dengan kiwi banana dia tu. Teruja ye ani...?
Dah, dah. Lupakan skating. Nanti kita ungkit lagi cerita tu bila anak sulung aku dah masuk akademi luncur ais tu nanti. Sekarang aktiviti bershopping, mintak-mintaklah semua perasaan tensyen tadi hilang...
Okeh, obviously memang sangat hilang! (Sebab beg plastik dia yang paling besar, kan)
















