Hari ni aku buang tebiat kejap. Kau layan jela sentimental gila aku ni ye.
Julai –
Naik sem baru. Teringat macam mana obsess dengan Yamapi. Akanishi pun obsess juga. Tapi sebab taknak tamak, bagi dekat Haajar, heeee. Dan tapi, tak lama pun. Lepas tengok Proposal Daisakusen, dah takmau Yamapi dah. Yamapi tak macam Akira. Sebab obses Akira punya pasal, nama dekat fesbuk pun sanggup tukar jadi Ocha Akira Kenzo. Sampai kakak Tia pun melekat panggil Kenzo sampai sekarang. Masa Julai jugak, heboh dengan cerita sotong Paul. FIFA punya pasal la. Rasa bahagia macam nak guling-guling bila Spain menang. Victory gila rasa masa tu. Julai jugak seronok sebab umur dah bertukar angka kat depan. Dah tak boleh cakap TEENage kat diri sendiri lagi dah. Celebration yang paling best. And for the first time, ada someone nyanyi lagu dan main gitar untuk aku. Victory sekali lagi.
August –
Lepas Yamapi dan Akanishi, mula obsess dengan MBLAQ. Mula-mula tak tahu nak pilih siapa bajet macam semua nak kat kau la ye Ocha. At last, lepas tengok Idol Army tu, terus gila dengan Mir. Lee Joon juga. Haa, tak dapat nak buat apa dah. Hari-hari dok terkinja-kinja dalam bilik, jerit Ooo-yeah, Ooo-yeah, macam beruk makyeah. August juga aku rasa kemuncak aku ditimpa malang sem ni. Laptop rosak dan purse hilang. Dan klimaks konflik Gossip Girl. Yang sorang macam ni, yang sorang lagi macam ni. Nak tau lebih lanjut, kau tanyelah diorang sendiri. Bulan kemerdekaan ni juga bermakna bulan berpuasa-puasaan. Mana tak besh? JJCM paling aktif mase nilah. And juga celebrated Besday Haajar dengan penuh rasa bersalah. Semuanya gara-gara nak Raya dan Mid-Term. Ajaa, bianee.
September –
Masa ni aku mula menggedik dengan so nyu shi de. Handphone pun siap ada satu folder khas untuk semua lagu diorang dengan MBLAQ. Lagi, yang bestnya bila cuti mid-term bersamaan dengan cuti raya. Sangat enjoy raya tahun ni sebab mid-term dah habis so raya tak perlu risau atau cuak nak bukak buku. Sebab tu boleh konvoi dengan kawan-kawan dan balun ayam percik habis-habisan pada malam raya kat rumah atok hari tu tanpa rasa bersalah. Bulan ni jugaklah skill menggatal meningkat. Dah lama tak buat kerja anonymous ni, kan. So sekarang aku buat dekat kawan aku punye crush. Respon? Tak adooo. Memang tak berguna punye skill.
October –
Opening bulan ni aku sibuk melayan APB jadi tak ada masa nak berkasih-sayang dengan artis-artis korea semua. Dengan rumah terbukalah, pertandingan masak kuih rayelah, kawan-kawan punye open house lah, assignment punye due date lah, presentation lah, memang bizi gila tahap boleh jadi tak waras ni. Tumpuan seratus peratus pada APB dan adik-beradik yang sewaktu dengan beliau tak tipu weh. Bukti? Terimalah, homesick buat pertama kalinya. And since tak layak join dinner untuk dean list APB, aku berpeluang hadirkan diri pergi dinner MCC Melati pada malam yang sama tu jugak. Masa nilah dapat tahu naik pangkat. Weeee, konfirm dapat kolej sem depan! Okeh dah tak payah teruja sangat. Masa ni semua orang sibuk study siang malam sebab nak FINAL.
November –
Final yang penuh mencabar dah berlalu. I did well, Alhamdulillah. Pointer naik tapi masih tak dapat target. Thanks to KEMBARA yang sangat senang nak dapat markah tapi itulah subjek yang paling hancus dalam skirp result. Kena sumpah dengan komander agaknye aku ni. Rumet tersayang kena ward detention. Mujurlah tak lama. Dapat juga ambik final. Then, tamat final terus cabut balik rumah. Ayah tak bagi stay. Alasannya kena harus balik kampung sepupu sepapat semua dah gatal nak kahwin. Memanglah. Cuti sem ni saja, tiga orang sepupu aku bertunang. Bayangkanlah. Kak Suzi yang baru 21 tahun tu. Dan juga ayong dan abang Ali. Aku tahu kau tak kenal sebab tu aku malas nak cakap. Tapi another week aku datang jugak Shah Alam buat clearance. Jadi tak boleh cakap ending sem ni tak best. Then, Korean addicted started!
December –
Duduk rumah tanpa rasa bersalah. Tak terdetik langsung rasa nak kerja walaupun sedar dah miskin papa kedana. Apakejadah? Time nilah khatamkan semua movie dalam hardisk. We Got Married, One Pound Gospel, Kurosagi, Three Dads One Mom, Oh My Lady, Mei-Chan No Shitsuji, Sho Shi Variety show, tak termasuk berapa kali ulang Boys Over Flower, Full House, Nobuta Wo Produce, Witch Yoo-Hee dan sebagainya tu. Penat ouh nak tulis. Selain tu siapkan cerpen. Cerpen apa dah jadi novel dah aku rasa ni. Dan juga, asah bakat jadi chef roti dan pizza. Dah tak layan kek sekarang. Tapi boley la. Kelambatan internet, gambar not available. Sorry...
Setakat itu sajalah preview sem ni. Saja nak buat KLMJ. Bantailah kau nak cakap apapun. Yang penting, siapa-siapa yang sudi membuang masa baca belog ni terima kasihlah banyak-banyak. Susah-susah je encik ni semua singgah kat sini. Tak ada buah tangan nak kasi. Dah balik jelah. Nanti aku update lagi, InsyaAllah...
Suke dengan trio baru suggested by Ajaa. Girls, this is for you. Buang tebiat lagi nak merindu-rindu ni. Korang layan jela okeh!