Monday, January 2, 2012

aKu PeRGi PaNgKoR MiNgGu LePaS, KaU pErGi MaNa?


Assalamualaikum wbt


As I promise, hari ni, 2.1.12 (saja update tarikh cantik) I’m going to nag about my vacation last week. Memang nak nagging habis ni so I warn you siapa-siapa yang rasa ada banyak benda lain yang berfaedah selain menebeng depan homepage cik ocha ni sila bye!




Motif gambar? Kanak-kanak stress memang selalu buat aksi terencat macam ni sebab tu kena bawak depa pi holiday sebelum final exam




Guys, I tell you, this is my first visit to Pangkor. So there’s a lot to tell and a lot to write. Masalahnya sekarang I’m not really excited to tell about it. Dah seminggu dik, dah nak basi punya cerita of course tak feel dah nak pot-pet. Tapi sebab dah janji, ikutkan jela nanti ada orang ternanti-nanti pulak. (geli)




Yooooosh (dengan aksi sedang bertapa atas katil sekarang ni) “wahai semangat, kuseru padamu marilah berdamping denganku untuk menaip entry ni, marilaaah, marilaaah, marilaaaaah!” Memang sangat tak bertamadun. Ok story about Pangkor, aku pergi last Christmast dengan geng MCC oh macam karangan sangat bila baca balik. Dah la last Christmast konon sangat ayat kau.








(Ya Allah, pegi 3 hari tapi beg macam nak jadi rakyat Pangkor terus.)




Fine, everything was fun and memorable. Untuk bilik, aku kategorikan sebagai just nice. Minus for tempat solat yang sempit dan kurang selesa dan juga roomate yang snoring sampai pikul 3 pagi sampai aku kena call geng sebelah suruh bukak pintu no further comment lah. Shower and heater just fine. But the best is of course the air-conditioner sampai 23 degree celcius apa tak heaven berlingkar dalam comforter time hujan di pagi hari dan juga astro walaupun aku taklah heran sangat nak layan bola malam-malam kan.




That's my room and one of the roommate.




And since it is Pangkor, of course seafood sangat kena dengan tekak semua orang. Our main dish for 2 days, lala masak sambal. 2nd nite ada barbeque. Breakfast yang nice. Plus lepak makan jagung bakar, burger dengan teh tarik. And the rest as you can see...




1st day breakfast ni.




2nd day breakfast ni. Roti canai fyi kalau ada yang tak boleh detect gambar tu.




1st dinner. See the lala yang mendominasi pinggan?




2nd dinner. Malam barbeque. We got ketam, ikan, ayam, kerang and sosej sambal.




That one yang I cakap kitorang merayap malam-malam minum teh tarik tadi.



p/s: Last day punya lunch tak ada gambar nak letak. But sure thing is I got a better treatment sebab jadi orang last beratur and geng yang lain dah habiskan lauk lala sambal as I said earlier, then they gave me sepinggan lala yang depa reserve tu. Heaven!




Then I went to shopping. Alone. (sebab tak best la survey 1 kedai je kan). Seriously time ni I wish there’s gossip girls by my side. Loser sangat shopping sorang-sorang kalau korang nak tahu perasaan aku masa tu.




Tapi masa ni dah tak alone lagi dah.




And sudah semestinya kalau vacation dekat pantai, harus spent time dekat pantai the most. No komen lagi. Harap jangan muntah la tengok gambar-gambar lepas ni.




Masa game for the first nite.




Day 1. Masa ni baru nak ice breaking dengan pantai. Tak berani nak cecah air pun lagi semua orang.




Sekali dah bagi can, banana boat terus kau.




Then, trying hard to swim. It's actually after terjun dari banana boat tu.




We did snorkeling.




Naik bot sambil round-round pulau.
(pakcik bot sangat best - dia drift atas laut beb)




Tengok sunset.
(yang memang dah tenggelam masa ambik gambar ni)




Last day main volleyball, frisbee, sukaneka and picture tu masa tengah aerobik. 
Me and Siti again of course.




And this one for you dear.
(ada macam Harry Potter tak pakai topi sambil pegang tongkat magic begitu.)




Dan begitulah sampai balik UiTM. Sekian, kita cakap pasal tahun baru next time ok. I tak ada masa nak KLMJ sekarang. Anyway, thanks for reading. Azam sem baru saya hari tu baru tercapai satu. Satu lagi tak tahu macam mana. I depend on you FINEL.. Eh silap tekan. FINAL, I count on you.




Tengok gambar ni, please jangan muntah. Bye!



p/s: those pictures, credit to my Queen B for lending me her gojes camera. love dia.

Saturday, December 31, 2011

ByE 2011



Hi and assalamualaikum peeps. I noe that it’s extremely strange to greet u guys macam ni tapi biasalah mood kalau tengah meroyan aku pun tak boleh nak buat apa. Pengakuan jujur, since I came back to my dear hometown, aku tak jentik satu buku pun. Ones weh ones habes ni. Padahal paper pertama start 4 haribulan and macam bagus je aku layan running man marathon pagi petang siang malam ya Allah tolonglah beri petunjuk dan hidayah kepada hambamu yang sedang dalam kerugian ini. Tsk tsk.




Anyway, my little tomato baru berjinak-jinak dalam blogging. Padahal kakak dia rasa dah macam nak pencen dah ni. Waaah geli tangan aku tulis ayat macam ni sejak bila kau pandai buat kerja lain selain merepek ocha? Sekian, nanti aku bagi link si tomato tu untuk dilawat kalau u ols berminatlah. Sekarang masih dalam proses renovation lagi ok dia kirim salam dekat peminat belog kakak dia yang sedang membaca ni. (muntah)




Since it almost midnite, boleh la cakap besok is tahun depan which is angka umur aku bakal tambah lagi satu dalam masa tujuh bulan yeay dah tua tapi SPR tak daftar-daftar boleh lempang pipi kiri kanan sekarang. Kalau aku wish Selamat Tahu Baru sekarang boleh tak? Sebab aku rasa inilah post terakhir aku tahun ni. Post yang sangat tak bermanfaat dan merepek-repek aku rasa macam nak nanges memikirkan blog aku tak setanding beutifulnara yang menang award tu ataupun blog resepi kelaskaujah macam tiffinbiru tu apatah lagi hanis zalika dan sayasayangiz bagai. Mimpi ngeri kalau itu terjadi. So guy, HAPPY NEW YEAR!




Amaran: Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas asar dan doa awal tahun selepas maghrib.




Well, disebabkan exam dah dekat dan saya semakin jauh dari buku, adalah tidak adil kalau saya terus update belog sambil merapu. Aku actually nak post pasal Pangkor vacation yang aku pergi dengan gang MCC haritu tapi memang sah dan konfirm akan ambik masa satu jam runningman bersiaran. But isokey, since my very best friend telah melakukan the most favorable thing towards me, aku akan dedicated something untuk beliau. Di lain post. Promise! Untuk preview...





special dedicated buat gossip girl tersayang,
dengan ucapan,

I LOVE YOU!

Thursday, December 29, 2011

I'm ReTiRiNg


Assalamualaikum wbt



Sekian, saya dah pencen berblogging. Fesbuk pun dah tak aktif, twitter yang dah memang sunyi tu akan bertambah sunyi. Sebarang perkembangan diri saya lepas ni, sms ajelah kalau nak tahu. Itu pun saya akan bagitahu kalau rasa perlu.




p/s: entry memang mintak maki gila.




Hehe, the truth is, belum sampai seru lagi nak update blog dengan aktif macam dulu. Dah tua-tua ni biasalah tulang dah mula reput... Bye!

Tuesday, December 20, 2011

TaK aDa MotiF


Assalamualaikum wbt...



Meninggalkan blog selama seminggu begini bukanlah satu kesukaan bagi aku. Missed satu hari pun kalau boleh aku tak mahu. Tapi nak buat macam mana? Boleh jadi pembawakan budak sampai emosi terlampau seriously aku pun tak tahu apa nak cakap tapi kalau remain silent kang bersawang pulak belog ni jadinya. So sebagai mengimbau kenangan beberapa hari yang lampau, I'm done with SAF I'm done with dinner MCC I'm done with almost part 4 activities axcept for preparing final notes which is benda yang aku paling pasif lakukan semester ni.




Tak tahu mana pergi hormon rajin, sampai belog pun ter'effect' sekali so memang susah la kalau dah mula berperangai macam ni kan. Okei okei panggilan haji kelas sudah tiba. Memang really gotta go now. No worries, any new gossip I'm the first who'll bring it up here. Promise!




Ini gambar masa dinner hari tu.
Nak promote kardigan itu Haajar punya.
(memang oweys be my fashion provider)
Thank you darling.




And during performance with Sofia.
'Gadis seperti aku' tajuk lagu dia. 
Cuba search dekat u-tube then u'll know.
Oooh,, gambar tu sengaja upload yang blur.
Motif? Sebab tak ada gambar yang clear.
Sekian terima kasih.


Monday, December 12, 2011

KoRea SaNgaT


Assalamualaikum wbt



Baru habis tengok Dream High. Sorry Haajar sebab lambat update kan aku dah cakap tadi baru habis tengok Dream High nak aku ulang lagi ke baru habis tengok Dream High? Sekian aku baru habis tengok Dream High itu pasal lambat hapdet JJCM semalam sowi ok sowi.




U ols pernah dengar kedai makan The Stree Cafe? Haajar kasi tunjuk sikit...








Haa, itu dia. Semalam kitorang lepak kat sini. Tak tahulah kalau u ols pernah sampai sini tapi kitorang tak pernah sebab tu gayat nak masuk belog. Nak promote kedai inilah. Lokasi dia dekat Sunway Pyramid. Level paling atas dekat area street apa ntah nama tu aku lupa pulak oh yes Asian Avenue. Konsep dia memang Korea habis (itu pasal la semangat nak datang). Tapi tak semahal dan se'ekslusif seoul garden la. Tapi memang truly Korean. Makanan yang kau orang tengok dalam movie tu boleh kata semuanya ada kat sini dan yang paling penting HALAL ok!








So firstly aku introduce Korean Tea itu disamping model yang agak pucat sikit. Memang tak berseri langsung model aku kali ni almaklumlah demam batuk selsema semua pekej 3 in one tapi masih gatal nak berjalan jugak. FYI, plan JJCM ni dah dirancang almost 6 bulan yang lalu jadi sedikit sebanyak meroyan tu datang pasal lama gila kan enam bulan weh enam bulan kau bayangkan. Dan teh tu tak sedap kalau minum begitu sahaja tapi kalau makan dengan makanan dia baru best ok sekian cerita pasal teh.




Menu Haajar ni nama dia mixed rice. Sos dia agak manis so memang patut ada kimchi sup kasi pedas-pedas sikit pasal dia ambik yang kombo punya so berbaloi lah bagi aku. Kita close up sikit...




Haa gitew... Harga beliau, RM18 something? Ok la tu kan?




And as for me haaa you see that Dukbogi? 




Menarik kan? Rasa dia lagi menarik you. Nampak macam meggi? But it taste much better than that kalau sama baik aku masak sendiri kan? Yang ini harga dia RM17 something pun combo jugak dengan ni...




Sushi tu set aku, kimci sup tu Haajars'




Kimchi tu set aku and egg sup tu Haajars' again.




Sekian, lepas ni kalau sampai Sunway singgah la ye. Promote habes ni especially para peminat tegar Korea like unnie wahi and cik kayangan, kalau teringin nanti roger I ok. Kita k-pop habes-habesan dekat sana. Aaaaw~




Sekian, tak sampai satu jam kitorang pusing-pusing maka sampailah kami di sini...




Sebab cup dia kaler merah sempena krismas sebab tu nak tunjuk jugak Baskin Robin versi tekak gatal nak aiskrim padahal hari tu baru makan se'cup' godang.




Dan yang paling penting, KHAS BUAT HANI APIKAH CAYANG...












We ols tak lupa dekat u ols sebab tu we ols beli Red Velvet dengan Blueberry cupcakes ni dengan ucapan SIAPA SURUH TAK NAK IKOT SEMALAM hahaha ok sorry saya faham situasi anda sekian, kita kembali ke seri pentas.




And laaast sekali, TAKO TAO yang diidam sekian lama. Pasal JJ Seremban tak ada stall dia so gayat sikit asal datang SP je mesti nak tako tao padahal common dah kat tekak. (Uweek sebaldi). Maksud aku biasalah dah nama pun hos JJCM mesti tak picky so semua makanan pun boleh telan so semuanya berbaloi sebab set Haajar yang kat atas tadi pun aku yang habiskan. Memang tekak kimchi punya orang tapi I tak bajet korea ok gulai lemak cili api tetap nombor 1 bye!




Begitulah ceritanya. Penutup, Haajar borong ubat batuk, balm, panadol active fast and soluble bagai memang boleh jadi PK (pusat kesihatan) bergerak dah budak ni. Tapi yang penting hajat beliau tercapai. Thanks Haajar sebab roger I pasal Street Cafe tu. Lepas ni kalau ada tempat makan best lagi sila emelkan ke alamat kami, jjcm@anamekudotcomdotmydotnetdotorgdotedu dot sekian Dream High daebak walaupun aku rasa macam loser gila simpan dalam hard disk lama-lama sekarang baru nak tengok.











Pasal dah lama sangat movie ni so amatlah tidak patut kalau aku nak review apekejadah semua memang sah konfirm sahih loser ya amat so aku cuma nak cakap gambar couple kat atas tu OMEL SUNGGUH SUMPAH! Conmal..! Cinca...! Ok, siapa dah tengok maka mereka tahu. Dari hari selasa sekarang dah rabu so jangan merepek lagi bye!

Friday, December 9, 2011

EnTrY mErOyaN Di PaGi HaRi


Assalamualaikum wbt



Tak sampai 12 jam aku post entry konon excited gila nak balik semalam, aku tiba-tiba dapat forwarded message daripada lecturer aku yang tengah meroyan entah apasal dia tiba-tiba nak cancel kelas pagi ni ganti pukul 12.30 lepas tu stop untuk sembahyang jumaat lepas tu sambung balik pukul 3 di saat aku menanti detik bas transnasional tu bertolak pukul 1.30 nanti kenapa semua ini berlaku kenapa kenapa KENAPAAAAA...!!!




Apa dosa aku dekat Shah Alam ni sampai kena sumpah tak boleh balik negeri sendiri aku pun tak tahu. Padahal aku tahu sebenarnya. Semangat sangat mengutuk lecturer sendiri apa tak? Kan bala dah menimpa. Anyway usahlah kau tambah dosa lagi pagi-pagi ni Ocha. Aku rasa nak layan je semua 25 episod boys over flower dengan harapan perasaan macam ***ch yang aku rasa sekarang boleh hilang padahal boleh je aku solat sunat dhuha, baca yaasin, maathurat ke apa yang patut pagi-pagi Jumaat begini nampak sangat graduan Maahad Ahmadi (kononnya) ini sedang menuju kesesatan nak layan movie kapiaq tu apahal...!




Maaf la kalau aku ni balik-balik mengundang annoying orang. Tulis entry semua nak mengutuk mengumpat mengata menambah dosa tapi ini aku punya belog tak suka baca kelik tanda pangkah atas sebelah kanan kau. (terima kasih)




Dan kepada warga MELATI yang mungkin tersinggah dekat sini, sila tukar arah kiblat anda mulai hari ini. Pejabat dah mengesahkan bahawa arah kiblat kita ialah dengan darjah yang sama cuma senget ke kiri bukan ke kanan macam sekarang ni. Sumber disahkan oleh JPK cuma belum keluar pekeliling and kalau u ols perasan, arah kiblat dekat siling floor kita dah dicabut so boleh sebar-sebarkan kepada sekalian muslimat yang lain. *kesal dengan pentadbiran Melati sebab tak ihtimam dengan perkara macam ni.




As I told you before, I got my Finance Test hari ni. Within 2 hours from now dan aku tak ada nafsu langsung nak sentuh marketable securities, account receivable, short-term long-term financing and leverage tu semua bagai. Tolonglah bagi aku petua-petuih macam mana aku nak buang meroyan aku ni hoih..!!!




p/s: mungkin juga aku ditakdirkan untuk menjadi cheerleader APB SAF kali ni. Abang-abang dan kakak-kakak bola tampar semua, jumpa besok dekat pusat sukan okei. (pasrah habes)







Thursday, December 8, 2011

Wa TaK AcTiVe TaPi Wa SuPpOrTiVe


Assalamualaikum wbt



Sekian lama tak upadate blog wa memang tak tipu wa ada banyak gila benda nak cerita tapi masa sangat tak kasi chan dekat wa dan yang paling malang sekali wa punya broadband dah melingkup mummy wa cakap tunggu wa balik dia suruh bayar sendiri dekat celcome dealer motif wa pun tak pasti tapi wa sure mesti ada gempak performance yang mummy wa nak buat ni.




Wa baru balik dari pusat sukan tadi dengan Kak T pasal mau bagi support dekat abang-abang bola tampar. Though abang futsal semalam tak berjaya ke semi final, quarter pounder pun okay lah tu. At least wa tak kuang ajaq sangat sampai nak melompat kegembiraan bila tengok orang lain down oh abang bola tampar wa menang lawan port rec (sukan rekreasi) tadi. Sport rec kalah? Wa memang tak boleh terima. Agaknya abang-abang wa semangat pasal wa datang tadi kot ok sumpah geli sangat ayat.




Tapi wa sedih pasal minggu ni wa balik. Gila ke balik kampung nak sedih-sedih? Pasal wa dah tiga minggu tak balik rumah sampai mummy wa call tadi beliau cakap beliau dah masak sambal kerang yang wa mengidam hari tu sekali pergh advance sangat mummy wa punya hari dah pindah Amsterdam barangkali so tiket transnasional kena cancel beli tiket flight pulak okei. Itu pasal hari sabtu ni banyak gila game yang berlangsung dan wa walaupun tak main tapi wa punya supportive spirit wa rasa rugi gila tak dapat tengok tapi on top of that FAMILY FIRST! Durian rambutan maggis kat rumah nenek wa dah panggil so wa tak boleh cakap apalah.



Kesimpulannya wa harap APB buat yang terbaik walaupun wa tak dapat datang nak bagi support dekat lu all. Dan kesimpulannya jugak, besok wa ada test finance yang macam nak bunuh diri dah rasa sekarang ni tapi masih boleh jalan-jalan jerit-jerit dekat pusat sukan tadi, jalan-jalan pergi teratai tengok forum nikah khitbah lepas tu jalan-jalan dekat DC beli waffle sambil cuci mata tengok dress stripe yang entah bila nak beli, jalan-jalan lagi sambil Kak T cerita pasal AUKU wah gosip politik malam-malam jumaat ni kelas kau jah.




Sekian, semenjak-menjak wa tataw apasal semangat kesukanan sangat. Bye!




-Wa tumpang lalu jap highway jem-


Sunday, December 4, 2011

RaNDoM ~ aPaBiLa PeRaSaaN bErCaMpUr tOLaK DaRab BaHaGi


Assalamualaikum wbt



Aku tak tengok Ombak Rindu tapi nak cerita pasal Ombak Rindu jugak boleh? Yelaaa semua orang update status facebook cakap pasal ombak yang merindu, blog suma nak preview filem ombak rindu, jalan kaki pergi kedai mamak pun topik dia ombak rindu eh I bukan emosi ok kan tadi cakap nak cerita pasal ombak rindu so itulah ceritanya. Anyway, kawan I memang memahami macam tau-tau I memang tak nak layan cerita tu so dia tak text pun tanya nak tengok filem tu atau tak apatah lagi invite formally macam aku siapa semua orang nak treat begitu kan?




~poster nak tumpang lalu pon pon~




Sekian terima kasih jela. Dengar komen rakan sebaya rata-rata semua expect tinggi-tinggi belaka tapi dah boleh agak kan filem adaptasi selalu begitu. Lagenda Budak Setan, Nora Eleena, Hikayat Merong Mahawangsa, Ayat-Ayat Cinta... Semua hmmmph... Satu-satunya yang filem adaptasi yang aku boleh feel, Ketika Cinta Bertasbih. Tak kisahlah, mana boleh expect citarasa semua orang kan? (perangai orang pun)




To be onest, dah hujung-hujung sem ni tak ada apa yang hendak di excitedkan. Jalan-jalan cari makan pun dah lama pencen. Entah bila nak celebrate 21st birthday kita kan Haajar? Dah masuk double 2 punya angka baru berkesempatan kot. (sentap)




Yooooosssh!!! I'm waiting for dinner MCC and Pangkor Holiday before study week nanti. Wah, study week bukan nak study tapi nak bercuti. Boleh dapat DL ke macam tu? Semua finance punya pasal. I'm strongly blame that paper in advance sebab dah boleh forecast graf pointer semester ni! Though you are killing me, but at least be nice to me. Let me pass, plis plis pliiiiiiiiiisssssssssssss... (sir faizal yang comel, plis take note as well, i'm begging sambil melutut ni)




p/s: my beruang got 1st call for PLKN. nak bagitau jugak sebab me and tomato tak ada chan merasa dulu. how lucky. tapi still ganbatte for SPM adik! nanti along belanja jersi baru ok..=)

Thursday, December 1, 2011

BaBaK-BaBaK aNnOYiNg PaDa aWaL DeCeMbEr


ASSALAMUALAIKUM WBT



Aku rasa sakit aku sudah datang balik. 2 minggu saja. Cukuplah. Aku rasa macam nak gila stay dekat Shah Alam ni. Bagilah berapa banyak nasihat, motibasi, tazkirah whatever dekat aku, InsyaAllah takkan sembuh penyakit ni. HOMESICK oooi aku dah HOMESICK balik dah. Macam gedik dah besar gabak pun nak homesick-homesick bagai. Tapi kalau aku nak argue karang memang seminggu pun boleh berkampung dok baca sebab-sebab dan reasons kenapa aku mahu balik rumah so cukuplah kau tahu aku nak balik titik.







So kita teruskan dengan babak annoying yang pertama. Kau tahu kan yang aku selama ini berkawan tak pernah memilih bulu. Bulu? Aku tak pernah racist. TAK PERNAH ajar diri aku untuk label orang KEDAH lagu ni, orang KELANTAN hok ni, orang PERAK ghope gini, JOHOR, SARAWAK, PERLIS ok apa-apalah. Aku kawan je dengan semua orang. Tapi sometimes memang ada terlintas dan sometimes itu akan cepat berlalu. Tapi itu once upon a time.




Sebab sekarang MEREKA sendiri me'racist'kan diri mereka dengan mengatakan bahawa ORANG NEGERI SEMBILAN ITU kurang ajar, biadab, bermulut jahat dan sebagainya, maka aku tak boleh maafkan statement itu. Kalau kau ada masalah dengan ORANG NEGERI SEMBILAN yang berperangai begitu, janganlah kau nak samakan aku dengan mereka pulak gila! Kau mahu aku juga me'racist'kan diri aku? Cukup aku jumpa 3 orang macam kau. Kiamat hidup aku!




So sekarang aku tak suka dikir barat kau! Aku tak suka budu kau! Aku tak suka wau bulan kau! Aku tak suka wayang kulit kau! Aku tak suka nasik kerabu eh? Nasik kerabu aku suka. FINE! Yang lain-lain tu aku tak suka! Tapi sebenarnya aku tak ada masalah pun dengan semua benda tu. Senang cerita AKU TAK SUKA KAU!




Babak annoying yang kedua. Bila aku rasa orang yang 'baik' itu mula tidak berbuat baik pada aku. Banyak sangat babak yang meng'annoying'kan tapi aku diamkan saja. Kau tak berada di tempat aku maka kau tak payah bercerita tentang susah dan payah sebab kau bukan orang begitu. Aku perlukan kawan yang memahami bukan kawan yang paksa aku untuk memahami. Aku faham dengan cara aku maka kalau kau kawan aku kau akan faham.




Babak annoying yang ketiga berbalik kepada babak annoying satu tadi which is aku mengaku aku mulai racist dengan 'orang itu' tapi aku juga jatuh cinta dengan orang yang sama kategori dengan 'orang itu'. Oooh, sumpah annoying sangat perasaan ni. Kau tahu tak FINAL EXAM COUNTDOWN LAGI 33 HARI?




p/s: dah boleh print exam slip sekarang bye...!!!

Wednesday, November 30, 2011

We MaDe It - KeMBaRa HaTi BeRsaMa mCc iS dOnE FiNaLLy.


Assalamualaikum wbt...



Akhirnya, Kembara Hati itu selesai. Dah agak dah memang tak ada pun yang nak call konon la nak bagi sumbangan dekat rumah kebajikan anak-anak yatim tu. Sangat menyedihkan poster kemainlah banyak bertampal sana-sini dekat Melati ni tapi berapa kerat je yang prihatin. (Even PPP dengan JPK pun tak) Tak payah nak sentap sangatlah kan, ini hakikat. Anyway, kepada warga Melati yang sudi menghulurkan barang-barang derma untuk program Kembara Hati yang lalu, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Terima kasih yang tidak terhingga dari pihak kami. (kesat air mata dua-dua belah tangan) Mucho arigatou.




Walaupun hari program tu jatuh pada 27 NOV bersamaan hari ahad dan bersamaan juga dengan MAAL HIJRAH (saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah di sini), tapi komitmen daripada AJK-AJK akak ni memang terbaik. Tak tahu macam mana nak express keterharuan ini di sini. Yang korang harus tahu, bukan senang nak handle projek dan projek yang di handle itu berjalan dengan lancar. Amin Alhamdulillah.....





Baiklah, macam orang selalu tulis, wordless wednesday hari ni akak memang wordless (padahal atas esei kemain dah). Ok, sebab kejap lagi ada test Bahasa Arab so tak boleh tulis panjang-panjang. Cuci mata tengok gambar saja ye darling. Ok chiow...




Location - Rumah Siti Khadijah
Meru, Klang.




Game pertama - Menara straw




Game kedua - Toxic Box




Game ketiga -  Fishing Bottle yeay...!!!
(Tak faham kenapa nak yeay)




Separuh masa pertama, rehat di bawah matahari terik.
Tengok bayang-bayang pun dah tahu macam mana dia punya terik kan.




Kakak-kakak MCC yang terbaik pasal belanja 26 orang adik-adik tu ais-krim ya Allah kau bayangkanlah pahala bagi makan dekat anak-anak yatim begitu. (obviously there's no me in the picture)




Ok, continue with the last game - Balloon stomp.
Gigih adik-adik ni buat benteng tamau kasi akak-akak ni pecahkan belon depa.




Habis game, adik-adik lepak dok lepas lelah goyang kaki and turn kakak-kakak ni take over the places. Take over gotong-royong okeh. Nampak gigih tak gigih tu?




Lunch time. Nasi ayam dengan tembikai dengan sirap.
Seronok tak?




Separuh masa kedua after lunch and solat, sesi indoor game pulak.
Not really care masa ni sebab kakak pengarah tengah karang ucapan untuk majlis penutupan kejap lagi.




Kejap je dah ending. Itulah tuan rumahnya. Ustazah Hasnah Bahari.




Speech yang sepatutnya disampaikan oleh ketua pengarah sudah bertukar di saat-saat akhir. You know who's that makcik kan?




Pengarah naik time nak bagi hadiah je.
Fine Roy, fine!




Last performance. From kakak-kakak fasi. Ada permintaanlah kononnya padahal budak-budak menguap mengalahkan badak dah.




Sesi bergambar.
Supposedly by group and dengan kakak fasi saja, tapi kakak tak fasi pun nak join jugak so sila fahamlah ye.






In conclusion, as the first timer, aku rasa program yang aku dan Roy handle ni dikategorikan sebagai berjaya. Bangga jugaklah sebab it's a charity program walaupun bajet sangatlah teramat ciput, but we managed to succeed it till the end. Dikesempatan ini, saya nak mintak maaf kepada para AJK (kot ada yang baca entry ni) kalau sepanjang kita bekerjasama ni, assistant director awak ini sangatlah meng'annoying'kan. Apapun, you guys did a great job. Thank you for helping we both.




In conclusion jugak, I need THIS more than I need my NASIK!
Oh, seriuosly, jam tangan aku tetap nampak di tangan walaupun tak pakai jam.

Saturday, November 26, 2011

Di BeLaKaNg JaLaN LuRuS - aWeSoMe!


Assalamualaikum wbt =D



HEBAT...!!! Itu saja perkataan yang aku mampu cakap tentang MOCK TRIAL THE MUSICAL - DI BELAKANG JALAN LURUS yang aku, Honey Bunny, Azra Rara, Ezzy Wani dan Umi Nazeera tengok malam tadi (wah kelas suma nama kawan-kawan aku). Organized by Law Society UiTM (kalau tak silap) dan nothing else. I am more than satisfied.




-The setting-

Memang tak berapa nak nampak lah kan. 
Tapi in real, seat kitorang boleh dikatakan agak strategik and surely NICE VIEW. 
[Thanks to Ila yang reserve tempat earlier.. =)]




-And bila dah tutup lampu-

And bila Imran Ajmain start 'relaku-menunggumu-seribu-tahun-lama-lagi'
So u can imagine how the Dewan Agong was like huh.




I really wish I could describe the feeling last night but... Seriously. Aku. Tak. Rasa. Ada. Orang. Yang. Boleh. Kau faham tak bila kau terlalu teruja dan excited (sama la tu) maka body coordination kau boleh berhenti berfungsi seketika. Tak tahu nak susun ayat macam mana sebab tu orang kalau 1st time bercinta lidah dia kelu, mulut dia bisu, lutut menggigil hapa sume eh sekarang ni aku cerita pasal teater ke pasal bercinta hah?



.   .   .




-Yang kiri Umi, yang kanan Honey- 
Yang tengah tu tak kenal ok bye.



Sebab tadi aku nak cakap, aku masih excited dengan teater muzikal malam tadi sampai tak tahu nak cerita macam mana. So aku cuma mampu highlight beberapa perkara je (self opinion - no offend okai)




Satu. Since I'm no longer a law student apatah lagi pemegang title BLS Hons, so aku memang tak berapa nak kenal la diorang tu melainkan rakan sebaya masa asasi dulu like Izdiyani as pendakwa raya Ustazah Hajah apa ntah nama dia dan Ezwar as pendakwa raya Tukiman dan Amir Mustaffa as Amir himself. More detail? Tunggu kejap lagi.




Dua. Yang Arif tu sangat rock. Setiap benda yang keluar dari mulut dia tak pernah fail buat aku tergelak. Sungguh weh kalau hari-hari aku tengok mock-trial ni, memang awet muda 10 tahun.




Tiga. Iz cakap slang arab tapi aku dengar macam slang siam. Tapi performance dia memang class. Menari pun class. Cuma dia tak perform solo je. Kalau tak memang dah setanding glee dah aku rasa.




Empat. Ezwar memang layak sungguh jadi pendakwa raya yang buta tu. Tambah pulak slang Jawa kan. Ko memang kelas Ezwar walaupun kadang-kadang tak mampu nak cover senyum atas stage tu kan. Whateverlah. Ko hebat jugak.




Lima. Pendakwa raya Siti Saka, solo performance dia memang setanding Rachel Berry dah aku tengok. Suara dia dasat sangat. Part mengilai tu satu, part dia nyanyi tu lagi satu. Tapi aku tak kenal la siapa kan. Amazed dari jauh saja. Ok dah.




Enam. Tu belum masuk peguam bela si gedik Miss World, Hang Tuah Santa Clause dengan Si Mummy Ku Mengandung lagi. Interpretor rambut kaler biru merah tu. Saksi-saksi like Datin J, Alisia Kunci, Jacob Munchy Hup Seng, Inspektor (lupa nama dah), Latifah bla bla bla sumelah penat aku nak recall sorang-sorang weh. Ok conclusionnya, semua casting ada part masing-masing yang best.




Tujuh. Amir Mustaffa walaupun tak banyak sangat perform atas stage tapi still 'wow' bila aku tengok a few clip yang diorang dah record sebelum tu. Especially part 'gay-eww-eww' tu. Aku rasa macam nak histeria pun ada tengok part ni. Tanya Hani kalau tak believe.




Lapan. Dan kesimpulannya, DI BELAKANG JALAN LURUS BEST! Sangat satisfied and MILLION thanks ini aku tujukan kepada;




-Haajar-

For giving the ticket (yang aku tengah pegang tu) FOR FREE...!!!
Cayang dia mucho-mucho.




-Hani Afiqah-

Yang omel-omel tu sebab dia orang pertama offering me for this theatre.
(Kalau tak aku memang tak tahu apa-apa pasal ni.)
And also for sharing her laugh with me.




-Rara-Ezzy-Umi-




 -Izwar and the gang-

Sebab gambar dekat atas tu rupanya dalam handphone dia.
Actually Min yang ambik.  So wakilkan diorang to say thanks dekat Min
(boleh ke macam tu?)




Ok. Credit to mobile uploads by Izwar. Kelik SINI dan SINI for more pictures.





Sekian, majulah Law Society, lain kali ajak I lagi. 
TQ.





P/S: xoxo untuk Hani and Haajar... <3
p/s lagi: gambar tu actually memang phone yasmin. so nak delete gambar gang izwar tu ke tidak eh?

the history

Followers