Friday, October 12, 2012

WhY ShOuLd LoVe FriDaY? aNd PPD? (tibetibe)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Baca salam sekali lagi lepas tu cakap macam ni, "sari berita utama". Haha, aku menggila lagi. Hari Jumaat kau buat perangai gila kenapa? Maaf. Hari tak Jumaat pun perangai saya memang gila. Sebab tu bila toki mintak tulis artikel untuk majalah, aku cakap dengan dia, "itusajayangakumampu." Pasal aku susah sikit nak ubah cara menulis aku ni. I mean, apa yang aku nak sampaikan dekat orang tak kiralah sampaikan perkara yang baik atau tak baik, aku main lantak je dengan cara aku. Jadi hari ni hari Jumaat. Menghitung hari untuk habis praktikal. Tapi hari ni, sempena hari Jumaat aku nak cakap pasal Jumaat sahaja. Praktikal tak ado. Siyes tak ado.




Ocha Omar, Kak ET, Kak Nan Ayu
(don't get me wrong. ini iklan sahaja)





Jadi apa kelebihan hari Jumaat? Siapa jawab betul aku bank in RM100 dalam akaun. Boleh percaya cakap orang gila tak? Ok, jangan percaya.




So hari Jumaat precisely is my favorite day in a week. Sebab dia hari terakhir bekerja dalam seminggu dan hari yang kalau office hour, merupakan hari yang paling panjang lunch break. Hari yang setiap pagi semua staf akan duduk dalam bilik mesyuarat tapi bukan untuk mesyuarat tetapi untuk membaca Yaasin. Hari yang membuatkan aku rasa seperti di pagi raya apabila semua staff lelaki memakai baju melayu. Kan aku dah cakap, jangan percaya dengan orang gila. Konon tak nak cerita pasal praktikal. Tuu tadi tu apa?




Essential okeh essential.




Mandi tu intro saja. Mandi sunat hari Jumaat. Tapi jangan kau terjah masjid pulak pagi-pagi macam sembahyang raya tu. Sembahyang Jumaat tengah hari. Tunggu azan dua kali then there you go. Tapi bukan semata-mata itu, hari Jumaat ni kalau nak dikira kelebihannya boleh tengok seperti di bawah,




Pertama: Berlaku hari qiamat. Seperti sabda Nabi SAW, "Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. So tak dinafikan bila hati aku ada rasa something bad pada hari Jumaat, aku terus akan terdetik 'hari-nak-qiamat-ke?' - haaa, itu part of munasabah diri jugak tu. Bila kita terfikir hari nak qiamat, rasa-rasa ada tak niat di hati nak buat jahat buat maksiat buat benda-benda yang berdosa?




Kedua: Hari Jumaat juga merupakan hari Nabi Adam diciptakan dan diturunkan daripada syurga. Sabda Nabi SAW lagi. "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Nabi Adam diciptakan dan pada hari itu jugalah Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga." Next!




Ketiga: Hari Jumaat ni yang bestnya seperti yang aku cakap dekat atas tadi sebab dia penghulu segala hari. Maknanya hari Jumaat ni dia special sikit daripada hari-hari lain. So kalau buat amal jariah macam bersedekah ke, tolong orang ke, senyum ke, pahala tu isyaAllah dapat la extra sikit eh.




Keempat: Ini part of dream jugaklah. Iaitu sesiapa yang mati pada hari Jumaat, maka akan selamat daripada fitna kubur. Sebab tu bila dengar ada sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat aku mesti akan rasa 'untungnya-dia-meninggal-hari-Jumaat' - Sebab dah set dalam kepala otak betapa specialnya hari Jumaat itu. Mari tadah tangan sama-sama dan amin...




Kelima: Berbalik kepada mandi sunat tadi, lepas tu kita pakejkan sekali dengan memotong kuku, memotong rambut, mencukur bulu-bulu yang sepatutnya dicukur. Berhias cantik-cantik. (sepatutnya aku tulis ni yang pertama tadi) - Lepas tu pakai baju cantik-cantik. Tapi niat dihati kena jaga eh. Nak berhias tu sebab apa?   Apa? Siapa? Kenapa? - Ok dan selamatlah anda menunaikan solat Jumaat! Tuu imam dah panggil bentang karpet.




p/s: pagi tadi pengarah pelajaran negeri sembilan datang melawat, makan besar kita hari ni...lalala.




 Tuan Pengarah dan Bos Besar PPD (the red one)




Segan nak join bos makan beradab so dia biadab dengan kamera di luar.




En. Ridwan jangan nak senyum-senyum eh. Baca yaasin!




Ustaz Zikri, Mr. Rama, En. Azman, En.Nazri, En. Amin.
Pilihlah yang mana satu berkenan?




Semalam ada cerita best. Tapi minggu depanlah I cerita ok. It's a lunch time bebeh!

Thursday, October 11, 2012

YaNg aKu RiSaUkaN tEnTaNg JoDoH


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW,
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hai dan hai. Seronok sangat rasanya mengabaikan blogger.com since my previous entry isn't? Tu yang muka syahdu muka sedih sangat apasal? Bukan aku sengaja. Bukan Kak Ngah sengaja tak nak update entry baru ye Yaya. Memang hakikat kesibukan yang sangat berleluasa sekarang. Last week Kak Ngah tak ada dekat opis tiga hari. Rabu Khamis jadi urusetia kursus KSSR. Jumaat pergi Shah Alam dating dengan supervisor kesayangan. So bila masuk balik hari Isnin, 1st thing in the morning dialog Encik Ridwan, or should I emphasize, my favo boss, begini tau dia cakap;




En.Ridwan: Ain, ET (kak siti) ada bagitahu pasal meeting petang ni tak?

Ain: Ada. Saya dapat surat hari jumaat hari tu. 

En.Ridwan: Maveles. Nanti kita sama-sama buat kertas kerja tu.

Ain: Ok. (Tak pernah tak ok kalau dengan En.Ridwan)




Or should I say, I never say NO to my dream father-in-law? Haha, serious. Bila orang tanya, dekat PPD tu kau tak ada ke jumpa siapa-siapa yang berkenan? Kot boleh dibuat laki. Mana tahu. Yang hado. Tapi aku jadi bini nombor dua. Nak? Anak-anak depa suma average umoq aku ni haaa. So sila habaq tang mana aku nak cari jodoh kat sini? Yang ada abang Said, abang Ijam, abang Sham and my practical partner Marzuwan. Itu sahaja yang single (tapi tak tahulah available atau tidak) di sini.




So, aku silent. Memang bukan spesis yang akan mesra alam dengan niat lebih daripada kawan. Maknanya kalau aku mesra alam dan selamba, maknanya, bukan niat nak menggatal la tu. Done. Bakal laki tak ada. Bakal bapak mertua insyaAllah. En.Ridwan 1st in the list. (walaupun aku beriya tulis, tapi aku tak harap dia baca. so please jangan forward atau share enrty ni ok) 




son of en.ridwan, boleh saya jadi menantu ayah awak?
(tut tut tut tut tut tut - talian terputus)




Yang sangat merepek tu biasalah, memang entry aku. Bukan apa darling. You should know, when I'm talking about this adult story, itu tandanya sekali lagi my mummy dah buka mulut. Bertanya soalan-soalan cepumas, cepuperak, cepugangsa dan tembaga dan suasa dan semualah. You know what I mean. You guys yang memang besties forever pasti tahu soalan apakah. Dan you guys yang loyal with this merepek blog pasti tahu apa yang aku maksudkan. Dan itulah. Mummy tanya soalan yang itulah.




Dan macam biasa, aku tak ada perasaan langsung nak respon. Maaf sangat-sangatlah mummy. I really can't effort to find one. I bukan jenis yang boleh bahagi fokus kepada dua benda. For example. Benda paling senang, paling cliche yang besties teramat faham is bila cuti sem, aku akan automatik disconnect dengan depa semua. Boleh kira dengan jari berapa kali aku contact mereka sampai aku rasa bersalah tahap gaban tapi still tak mampu nak meng'connect'kan diri juga. So, cuti is cuti. Kerja is kerja. Makan is makan. Shopping is shopping. Sebab tu agaknya Tuhan tak bagi aku bercinta sebab impaknya mungkin akan jadi maksima bila cinta is cinta. Ngeri duh.




Dan bila aku terlalu fokus buat kerja, air muka aku pulak akan jadi macam nenek sihir. Sambil menaip kertas kerja, kau nak ajak aku berborak, minta maaflah ye. Sambil aku menyemak berapa buah sekolah yang dah hantar borang KWAPM, kau nak chatting dengan aku dekat FB, minta maaflah ye. Memang namanya aku online, tapi tak semestinya aku available untuk buat kerja main-main. Dan aku bukan buat kerja aku. Aku buat kerja orang. Jadi releven tak kalau aku buat muka serius? Kerja orang aku nak buat main-main? Bersilat bakal father-in-law tu karang.




See. Kan dah panjang lebar cerita pasal internship. Padahal aku cuma nak cakap point pasal mummy aku few days ago. So you know what I said to her? -




"Mak masa umur macam along ni ada ke bercinta dengan siapa-siapa?"




Tudiaaa, selamba badak aku dah keluar. Tapi kau harus tengok macam mana mak aku punya selamba berdebat dengan aku sampai kadang-kadang bila aku malas nak layan, aku bilang begini.




"Malang sapo jadi laki den. Mak mertuo eh gilo camni ah." - Terjemahan - "Malang siapa jadi suami aku dapat mak mertua gila macam ni."




Kau jangan bilang aku kurang ajar pulak. Aku dengan mak aku bukan tahap besties, tapi dah macam sister forever dah. Bagaimana kau melihat aku, begitulah perangai mak aku. Sebijik. In and out. Ok cukup. Tu semua pelan nak meggagalkan masa depan sendiri la tuh. Ya Allah, berilah hidayah dan rahmat dan jodoh kepada hambaMu ini. Temukanlah aku dengan seorang lelaki yang mampu menerima ke'gila'an emakku itu. Amin.








And to you my dear,







Thank you for the few hours you spent. Terlalu banyak benda nak cakap tapi your finishing school has blocked the way. And you know how I hate the traffic jam. So, sorry for everything. We'll have another date hari raya nanti ok. Doakan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. Siapa nak join, turun melaka! Chalo beteh.

Wednesday, October 3, 2012

SiaPa CaKaP pRaKTiKaL TaK bEsT? - PaRt II


In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Peace be upon Him, Prophet Muhammad SAW,
Assalamualaikum wbt




Dan begitulah seperti yang pernah aku ceritakan. Praktikal dekat PPD aka Pejabat Pelajaran Daerah ni kalau ada sesiapa yang cakap tak best tu memang ada something wrong somewhere dalam kepala otak mereka. Memang hebat kalau nak bercakap pasal organsasi yang gah, yang besar dan dikenali ramai. Aku faham perasaan tu. Bukan aku bercakap tentang syirik lagi oh tidak kerana kali ini aku bercerita kenapa aku terlalu mencintai organisasi yang aku sedang praktikal sekarang walaupun ia tidaklah sehebat mana melainkan sekadar berbakti kepada anak bangsa. (hew)




Tapi tak boleh nak mencintai sangat-sangatlah. Macam orang selalu cakap kan, kalau beriya sayang nanti, lama-lama benci. Kalau beriya benci nanti, lama-lama sayang. Itu konsepnya. Aku memang amalkan kepada semua. Kepada manusia ke, kepada benda ke, haiwan ke, pokok ke. Aku tengah buat muka serius okeh. Kau apahal gelak?




Dan baru-baru ni, PPD ada buat Bowling Competition. At first memang I refuse to join. Pasal plan asal nak ke Shah Alam untuk jumpa supervisor kesayangan and nak berjimba dengan makcik-makcik LW220 (harap tidak tersalah kod). Dan untuk merantau seantero Seremban untuk mencari bahan-bahan thesis, nak interview orang-orang adat dan sebagainya. Dan shopping juga. Tetapi agenda yang telah disusun rapi itu tidak menjadi. Tayar kereta pancit 2 minggu berturut-turut bukan 2 minggu tayar pancit aku tak pergi tukar. This week tayar kereta mummy pancit. Next week pulak kereta daddy. Bunyi macam kejam kan?




Yang azab tu, sebab kedua-duanya pancit di tangan aku yakni pancit ketika aku yang memandu. So daddy tak kasi terbang ke Shah Alam atas faktor keselamatan. Biasalah tu. Sebijak-bijak kita merancang, tetapi Allah lebih bijak. Aku sedaya upaya gagahkan diri juga untuk pergi Shah Alam hari tu, tetapi Dia lebih tahu. Maka jalan terbaik adalah, bersabar.




"INDEED, ALLAH IS WITH THE PATIENT"




Dan aku akhirya menerima pelawaan bos untuk ke MITC Melaka untuk join depa main boling. Stress dengan tayar pancit, diorang sanggup jemput aku dekat rumah okeh. How sweet. Siapa yang suwit itu? Cikgu Abu, Encik Mail and Encik Redzuan. Seriously they were sooo sweet mujur masing-masing dah kahwin kalau bujang lagi memang aku pekik 'will-you-marry-me' time-time tu jugak hiperbola tak ayat? Dan bersama-sama merekalah aku berjimba malam itu menghayun boling 3 set sampai menang tempat ketiga. Ye. Faham. Ketiga jeeeeewww.




So that's Encik Nazri. My supervisor. Cute isn't he?




Super sporting, rasa macam bapak mertua sendiri je amboih statement.




Pilih bola dan jampi bola dengan harapan nak memang.
Tapi ke longkang jugak dia pergi.




Boss saya tempat ketiga bagi kategori lelaki. Walaupun dengar macam ketiga jeeeeeewww tetapi dia hebat okeh. Sebab saingan kategori lelaki teramatlah ramai, so kalau dapat 3rd place tu dah boleh buat kenduri kesyukuran dah. Dan Cikgu Abu yang kat sebelah tu juga!




So itu Encik Shuib the driver and Encik Mail. Yang Encik Mail lagi best. Dapat 2nd place dan almost dapat Striker Terbanyak. Encik Mail? Alaaa, Encik Mail. Tak kenal eh? Fine. Kau bukan seorang yang setia dengan belog aku. Sekian, terima kasih.




And The Nasi Arab.




And the... 




Ye saya tahu kasut Encik Hairul sangat handsome. Tapi sebab tak ada gambar yang lebih handsome yang Encik Hairul upload dekat pesbuk tu, maka I bedal saja letak yang ni. Yang dua orang couple di tengah tu juara bagi lelaki dan perempuan. The grey one, sama-sama 3rd place. And Encik Mail yang baju hitam jugak perlu aku ulang statement tadi ke? Oh, dan 2nd place for women, tu Kak Izan yang tudung purple dekat belakang. Sebelah Kak Nan Ayu yang comel tudung kaler koko. (Pergh, apasal kau tak state je seorang-sorang dari kiri siapa nama?)




Aku dah kata aku tempat ketiga kau orang tak percaya. 
Itu consider hebat okeh bagi amatur seperti aku.
Tu muka tak puas hati apasal?




p/s: lain kali jangan prejudis dengan subjek internship. Kan dah rasa sayang nak blah selepas 3 bulan.

Tuesday, October 2, 2012

HaBiT YaNg MeNYeDaRKaN DiRi


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)








Melangkah saja ke luar rumah setiap hari, perkara yang akan aku fikirkan ialah MATI. Ini serius ok. Ayat aku mungkin agak skema tapi tolonglah bayangkan muka aku tengah serius sekarang ni. Fikirkan mati itu dah jadi macam habit. Sebab itu mak ayah ajar, bila naik kereta jangan lupa baca doa naik kenderaan sebab once bila dah keluar rumah tu saraf cautions pun terus akan teraktif secara automatik. Jadi, baca doa naik kenderaan tu pun dah jadi habit. Sebab dulu masa kecik-kecik nak hafal doa-doa harian, doa digubah dalam bentuk lagu. Sampai sekarang, kadang-kadang duduk dalam opis pun boleh terngiang-ngiang doa naik kenderaan lalu aku pun menyanyi-nyanyi kecil sambil bergoyang kaki. Kehabitan melampau kan?




Dan disebabkan aku memang suka cakap tak ikut guideline, sebab tu setiap kali nak tulis entry, aku perlu letakkan hadis Nabi SAW macam di atas. Supaya nanti bila rasa-rasa macam dah tersasar, bolehlah refer kat atas 'aku-nak-cakap-pasal-apa-eh-tadi?' dan macam sekarang nilah aku actually nak cakap pasal mati tapi memang suka menyimpang dari jalan yang lurus. Habit.








Jadi terimalah hakikat. Semua manusia pasti akan merasa mati. Dan semua orang pun takut mati. Aku pun takut mati. Tapi kepelikan which is 'yang-pelik-nya' yang teramat tu, kita mengaku yang kita takutkan mati, tapi kita tak takut pulak buat dosa. Tak takut kesakitan sakaratul maut yang boleh datang bila-bila masa. Lagi best tu bila langsung tak takut seksa api neraka akibat dosa-dosa yang telah kita lakukan. Kalau dosa yang balasan 2, 3 hari kena salai tu mungkin kita rasa macam ' alaaa-dua-tiga-hari-je'. Tapi ini 2, 3 JUTA TAHUN punya pakej duduk dalam api neraka. Selamba kan kita? Buat dosa macam makan nasi. Habit la tu. Habit buat dosa tapi tak sedar diri.




Hidup ni kalau kita perhatikan, ada beberapa stage atau tingkat yang AKAN kita lalui. No exception. Semua orang akan rasa walaupun baby yang mati pada usia sehari, walaupun atok yang mati pada usia 150 tahun. Jadi beginilah ye... 




Stage Satu
Kita (mati) di dalam rahim ibu.  Lepas tu Allah tiupkan roh dalam tubuh kita. Kita pun lahir.



Stage Dua
Kita dilahirkan ke dunia. Masa ni Allah SWT pun berfirman;


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 

Surah Al-Baqarah: Ayat 30



Stage Tiga
Lepas tu kita mati sekali lagi. 



Stage Empat
Dan Allah bangkitkan pada hari kiamat nanti. Hari amalan kita dihitung dan dihisab.



Stage Lima
Kemudian barulah kita akan masuk ke alam yang kekal abadi iaitu sama ada kita akan ke Syurga atau ke Neraka.




Dan begitulah hingga selamanya. Pada stage yang ke-5 ok stage yang ke-5. Sekarang kita baru stage ke berapa? Baru terkedek-kedek lahir ke bumi ni. Baru pandai berjalan. Baru nak kenal huruf. Tapi perangai nauzubillah macam tuan punya Bumi. Sekali lagi habit tak sedar diri berleluasa. Kesian eh. Kesian sangat dekat orang yang rasa dia akan hidup selama-lamanya dekat muka bumi ni padahal dia tak tahu sebenarnya perjalanan dia masih panjaaaaaaang lagi. 




dan akan merasa berada di sini




Kita yang Muslim ni memang dah tahu la walaupun ada jugak yang buat-buat tak tahu bahawa hidup dekat muka bumi ni hanyalah persinggahan. Harus perbanyakkan amalan dan ibadah sebagai bekalan. Jaga segala anggota tubuh badan. Kaki, ke mana melangkah? Mata, pandang tang mana? Telinga, dengar tang apa? Mulut, bercakap pasal siapa? Sebab dekat padang Mahsyar nanti 'mereka' yang akan berbicara. Jadi, perhatikanlah diri kita. Ke mana kita pergi hari ini? Apa niat kita? Apa yang Rakib Atid tulis dalam buku kita hari ini? Sila renung. Sila amal.




Every soul must taste of death, and We try you with evil and with good, for ordeal. And unto Us ye will be returned.
Al-Anbiya : 35 




Macam biasalah, aku memang selalu lupa diri. Lalu aku pun buat karangan macam ni. Semoga lulus dengan segala ujian dan peperiksaan di dunia dan cemerlang di hadapan Pemeriksa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah ^_^

Thursday, September 27, 2012

MaCaM pErNaH aDa PeRaSaaN MaCaM Ni Laa


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Riwayat Imam Ahmad)



kau apahal kucin nak buat muka banggariaktakabur dengan aku?




Biasalah kalau kita tengok orang sembah kubur, puja busut, pokok dan sebagainya memang kita tahu itu adalah SYIRIK yang memang sangat jelas dan nyata. Percaya kepada tukang tilik macam contoh nombor-nombor bertuah, horoskop, tangkal pelindunglah bagai semestinya itu adalah juga adalah SYIRIK. Kau faham tak kenapa aku tiba-tiba intro je terus serius macam ni kau faham tak? Mesti kau tak faham kan sebab aku pun tak faham kenapa mood menulis aku hari ni tiba-tiba terus nak serius lepas tu terus bagi ceramah pasal syirik. Ntah.




Praktikal? Cukup-cukuplah asyik nak berpraktikal manjang orang lain pun praktikal jugak tapi taklah over bebenau ceritanya. Tu yang beriya cakap pasal syirik tibe-tibe tapi tak habis kau apasal? Aku rasa aku sudah boleh mendaftar di Hospital Bahagia sekarang sebab memang jelas ada unsur-unsur ketidakwarasan dalam entry ini. Mari sini aku ajar kau baca doa untuk melindungi diri daripada syirik. (tibatiba)







Tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu, sebab bila aku copy hadis dekat atas tadi susah nak konfidenkan diri sendiri kau orang baca atau tidak statement tu. Siapa yang tak baca, sila baca lagi sekali sebab itu adalah main point yang manusia bernama Ain Natasha Omar nak cakap di sini.



Biasalah kita, kadang-kadang tak sedar bila kita rasa kita dah cukup semua. Kita rasa kita dah cukup mewah, kita dah cukup pangkat, berjawatan tinggi, bangga sungguh bila bercerita tentang kereta besar, rumah besar, bini besar kau tak nak cerita pulak. Faham-faham. Sekian terima kasih. Tapi kita tak sedar, memang bukan niat kita nak meriakkan diri, membangga diri ke apa, tapi bila orang dah bercerita pasal diri dia, kehebatan dia, kita pun mesti ada rasa macam tercabar sikit kan. Mesti ada rasa macam 'eh mana boleh dia lebih daripada aku' kan kan kan. Maka keluarlah cerita-cerita tentang kehebatan kita pulak dengan penuh perasaan riak, perasaan megah dan bangga dalam diri. 








Tolong eh. Jangan nak deny sangat. Syirik itu selalu berlaku dalam diri kita. Ya, SYIRIK juga nama dia. Syirik kecil. Syirik khafi. Syirik yang kita tak nampak. Itu termasuklah jugak macam contoh bila kita pergi shopping kan, jalan-jalan alaaa nak window shopping je pun. Sekali ternampak dress yang ala-ala Kate Middleton yang memang tempted punya design kan. Kelas kau ada hati berangan nak jadi Kate Middleton. Lepas tu rasa 'aku-nak-jugak-tak-kira-tak-kira' dasar patuh kepada hawa nafsu dan maka termasuklah kita dalam golongan musyrikun, orang-orang yang melakukan syirik. Syirik kecil tadilah. Ye, syirik kecil namanya berapa kali nak ulang ni?




Dan begitu juga dengan situasi macam ni,




hoot hoot




Bila kita terlalu taksub untuk memberikan dakwah dengan niat untuk mendapatkan perhatian orang, dengan niat untuk mendapat pujian dan sanjungan, nak orang tengok kita kononnya kita ni sangat baik beriman bertakwa dan sebagainya, maka berhati-hatilah. Jangan sesekali hati kita sampai ke tahap terdetik dengan perasaan macam tu. It's like a crime.  Kita bangga bila melihat orang 'like' status dakwah kita, kita bangga dapat anugerah dekan. Kita bangga orang puji body kita cantik. Kita bangga dengan status dan gelaran nama keluarga kita. Kita bangga kita banyak followers. Tapi kita tak sedar yang sebenarnya kita kejam kepada diri kita sendiri.



But Allah says: 
"Surely Allah will not forgive the association of partners (shirk) with Him, but He forgives (sins) less then that to whomever He wishes" (Surah An-Nisa 4:48)




Maka sebab itulah kita kena sentiasa muhasabah diri. Check up apa yang kita dah buat dalam sehari. Ada tak perasaan-perasaan yang termenyimpang dari jalan yang lurus? Ada tak unsur-unsur banggariaktakabbur dalam aktiviti-aktiviti seharian kita? Memang nampak kecik, nampak remeh. Tapi sekecik-kecik dan seremeh-remeh itulah yang akan Allah persoalkan di akhirat nanti. Ring any bells. Now you do.




Memang saja tulis untuk perli diri sendiri. Doakan agar aku kembali ke jalan yang benar. Sekian, wassalam...


Saturday, September 22, 2012

PaRa JeMaAh HaJi, JaGa DiRi aNda


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




 Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."


Sekarang dah masuk musim haji. Ya, memang sungguh pantas masa berlalu. Ain praktikal kat sini sampai bila? Oktober, 31. Oh, lama lagi. Lama? Aku memang mengeluh lama. Sebulan setengah tu tak lama kak. Pejam celik aku dah nak masuk kelas balik. Pejam celik aku pun dah berdiri depan barisan lecturer bentangkan final project aku. Bersiaplah dengan hambatan kencang komen-komen berbisa. Tisu selori, sapu tangan standby untuk mengesat air mata. Pejam celik lepas tu Januari pun datang. Final exam menjelang. Tunggulah istiadat konvokesyen dengan 2nd class degree itupun kalau layak ambil skrol daripada tangan YDP agong.




Tapi tadi cakap pasal musim haji sebenarnya. Bulan Zulhijah bulan depan tapi bukan apalah, saja dah alang-alang terlintas dalam kepala otak malam-malam begini. Teringat Timbalan Pengarah di PPD yang turut mengerjakan ibadah haji di Makah sana. Macam manalah agaknya Puan Siti sekarang ya? Semoga mabrur hajinya. Semoga tenang dan sihat menjalani ibadah. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Amin. More about Zulhijah, I tell you in another entry insyaAllah.






Dalam entry lepas yang aku gedik tayang gambar pakai tudung tema batik kononnya tu, masa tu bos yang drive kereta kat sebelah asyiklah mengadu sakit tekak. Bos yang mana satu? Ini bukan Encik Ridwan atau Encik Mail kesayangan. Encik Nazri. 2nd big bos. Nak makan sakitlah. Nak telan air liur pun sakitlah katanya. Atas desakan wah ayat aku, atas desakan aku yang memaksa dia ke klinik, akhirnya dia pergi jugaklah. Alhamdulillah. Sekarang semakin baik. Lega.




Aku bukanlah jenis caring sangat dengan orang. Contoh kalau saja-saja nak tanya ‘you dah makan belum?’ itu bukan aku. Kalau saja-saja nak tanya ‘you hari ni beli lauk dekat supermarket mana?’ itu bukan aku. Kalau ada yang saja-saja caring nak tanya ‘you tengah buat apa?’ masa aku tengah online pesbuk, dan aku pun akan jawab ‘I tengah berenang ni.’ Caring sangat kan?




Tapi bila kau mengadu pasal sakit, it depends. Aku akan tengok jugak criteria tertentu sebab sakit mengada-ngada dengan sakit yang betul-betul sakit ni beza dia besar. And definitely aku hanya akan caring pada orang yang sakit betul-betul. Kalau boleh memang sampai tahap nak jadi jururawat peribadi ngko. Tapi tengoklah. Adalah tu.




Kembali ke pangkal jalan, kepada para jemaah Haji. Yang sudah berangkat mahupun belum. Ada lagi ke yang belum depart? Ok dan kepada ahli keluarga para jemaah haji yang sedang membaca. Saya mohon supaya iringkanlah mereka dengan doa, paling penting sekali supaya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan haji. Bukan mereka saja. Berdiri depan cermin dan pesan kepada orang yang anda nampak itu juga supaya jaga kesihatan sepanjang masa.




Jangan sesekali miss solat kerana solat itu juga merupakan terapi dan senaman buat kita. Tak bersenam, badan sakit. Tak solat, badan sakit, hati pun sakit. Untuk senaman extra, buatlah solat extra. Berpuasa sunat Isnin Khamis. Recite al-quran everyday. Dalaman sihat, luaran juga, insyaAllah mantap. Akhir kata, semoga kita pula diizinkan untuk ke Tanah Suci suatu hari nanti. Sama-sama doakan ye.




p/s: Oh please, Encik Ridwan pernah jadi jurulatih netball. Encik Nazri pernah jadi jurulatih tarian. Then should I learn soccer? Tergugat okeh. Aku sendiri dah lupa apa function WA.


Thursday, September 20, 2012

LeaRNiNg WeLL, EaTiNg WeLL, dOiNg WeLL


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




You know what, there’re two things that I love the most about internship at PPD Tampin ni. Do fieldworks as well as knowing such a nice people. I told you, there are Encik Mail and Encik Mohd Ridwan, the bestest officemate I ever met. Did I mention abang Said? Abang Sharil? Pak Abu? The PTs? Well, to be precise I love all the Human Resource and Development Sector’s crews. Though I suppose to work under the Academic Sector but those I mentioned, they’re closer and nicer toward me. Bukanlah orang lain tak baik, but they really thought me a lot and do I have to restate the name? Berapa kali nak cakap ni?




I was actually surrounded by the HRD crews. So no wonder they are the people I meet everyday, they are the people that I keep talking with, you can say they’re the people who knows the real me. Eh? No. I’m too much bersopan-santun di pejabat unless if they took me out, visit school, join the outdoor programme, then they will see the ‘crazy’ me. But still I love them. And I need them actually. A day without (at least one of) them around, will definitely turn my day off. Kidding you? You know I’m not.




Listen to their stories, at least can made me smile while driving home. Lucky if they got into my dream. Itu kalau cerita diorang memang gempak gila. Well, those stories basically of course about their family, kids, their former job and experiences. Knowledge is not something that you can only digging out from books, journal, articles yuno that already. You’ll absolutely learn more than that. Sit and having a daddy-daughter’s like conversation with a cup of neslo in your hand in the office’s kitchen. Jangan tak percaya pejabat aku ada dapur okeh. Siap boleh goring keropok lekor lagi petang-petang.




So now you know. Staying here with them, I feel like there’re no different with my own family. We speak leisurely (of course with the ‘kakak’ ‘abang’ and ‘encik’ ‘puan’ di depan) from learning how to recite Al-Fatihah correctly, talking about syurga and neraka, how to eat well, sampailah ke teasing each other, riddling, guys… I’m doing well. Don’t worry about me. Enjoy your last episode in Shah Alam as much as I do in here. I’m totally in a good state of health. I’m eating well. I’m learning well. And I’m missing you well. Yaw? I miss you like crazy you baboya!




As well as in the way of finding new experiences here, I learned something new recently. Encik Mail told me something. It’s ok if I don’t get a penny. We work because of Allah Taala. To train our future leader. This is a part of Ibadah. It’s ok if we can’t go back on time. It’s ok if we have to work a bit more than others. It’s ok if we help others lessen their burden. The least I can do is, jadi tea lady pun best jugak. Siapa nak Milo?




lama tak menggelikan diri. 
so hari ni dengan tema batik, marilah kita berjimba melawat sekolah satu-persatu.
chalo beteh! - sopan konon.

Tuesday, September 18, 2012

SoRrY cOnMaL BiAn


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLLU ALANNABIY
ASSALAMUALAIKUM WBT



Semalam masa tengah lipat kain, adik bongsu saya Yaya, dia call. Dia tanya Kak Ngah dekat mana? Aku pun cakaplah aku dekat rumah. Oh, rupanya dia ingatkan aku dekat Plaza Alam Sentral. Katanya dia nampak someone muka macam aku tengah jalan-jalan dekat situ. Haha, I thought she missed me. Baru nak excited orang rindu kitew kan. Rupanya tidak...hewhewhew. Gurau eh Yaya. Aku sebenarnya excited tu bukan apa, pasal aku rindu gilos kat kau sebenarnyew.




Bukan kau saja, Kak Long dan Kak Chik juga aku merindui kalian. Terkilan sebenarnya tak dapat nak kotakan hasrat untuk breakfast di kedai mamak hari sabtu hari tu. Aku tidak dapat terbang ke Shah Alam, pasal flight delay. Pilot dia nak bersalin ni yang susah dapat pilot perempuan ni. Yang tercinta Queen B dan orang kampung yang di Kuala Pilah itu juga ampun dan maaf dipinta. I really in trouble on that day sebab itu plan terpaksa ditangguh dan I tak mahulah berjanji apa-apa. Biar masa yang menentukan. Mungkin hujung bulan? InsyaAllah.




Encik Mastermind pulak memang beliau juga sama-sama bizi. Jadi dia tak dapat and saya pun tak dapat. Plan dua-dua pun batal. Itulah, belum apa-apa gaya dah kalah Barack Obama. Bizi mengalahkan Ketua Setiausaha Negara. However one thing that I enjoyed the most, having a break dengan tomato on Sunday! Balas dendam sebab hasrat tergendala sekian lama nak berjimba. Tak dapat dengan besties, dengan sister pun jadilah kan. 




Anyhow, even it's just a small thing, do it well.









Kenyang, duet melayang RM70!
Apapun Alhamdulillah.

Thursday, September 13, 2012

SpEaK YoUr WaY


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT






It's just that my actions doesn't speak otherwise.

I do what I say and I absolutely fulfill my promises.

Whether it's soon or early, who knows.

Therefore, when I promised my friend to meet him, then I met him.

As long as there's nothing blocking my way, Alhamdulillah, I was there.

Therefore, when I promise my besties to meet them, then surely I will meet them.

No matter when and how it's ganna take. I'll be there.

And therefore, when you promised me something,

Speak the truth.

There's something I will do.

Something that you might understand or something that you might not.

I don't want to be hypocrite.

In Islam they don't practice that.



p/s: can't wait for tomorrow!

Monday, September 10, 2012

TeRiMa KaSiH. JaSaMu DiKeNaNg


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST RIGHTEOUS AND THE GREATEST,
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW, 
ASSALAMUALAIKUM WBT BROTHERS AND SISTERS



Masa sorang makcik cleaner tengah menyapu sampah dekat pejabat ni pagi tadi, dia tegur aku. Saja berbasa-basi.




"Dah minum?"

"Belum lagi. Makcik dah minum?"

"Pagi tadi dah minum kat rumah."

"Tu kat rumah, kat sini belum lagi."

Aku tersengih. Sambil makcik tu menyapu, dia pun tersengih-sengih jugak.

"Tak apa, pukul 10 nanti makcik minumlah." 




Lalu makcik tu pun blah. Aku cakap terima kasih dekat makcik tu sebab bersihkan tempat aku, clearkan tong sampah kecik aku kat bawah meja ni. Kalau tak ada makcik tu tak adanya aku dapat duduk dekat tempat yang bersih macam ni. That was my automatic thought. 








Kadang-kadang bila aku menggatal nak pergi kelas pakai heels, sampai je Melati aku sure akan jalan kaki ayam. Sejak berat badan bertambah ni pressure dekat tumit kaki biasalah mesti akan bertambah punya. But lucky me makcik cleaner dekat Melati tu kerja diorang semua meveles. Aku jalan dekat koridor, macam jalan dalam rumah. Lantai licin habes tak ada rasa habuk. Seriyes gua tak tipu.




Lagi yang aku respek makcik cleaner ni, diorang terbaik juga bab kebersihan tandas. Aku kalau pergi toilet dekat stesen bas memang kalau boleh nak tadah muka dengan sapu tangan yang dah rendam perfume tiga hari tiga malam nak bagi avoid kehancingan tandas 30 sen tak menahan tu. Kat pejabat? Tak ada begitu beb. Landskap terbaik siap pokok bunga-bunga cinta bagai memang sehari tak menziarah tandas office ni memang tak sah. 




I know kalau nak dibandingkan dengan tandas dekat rumah atau dekat hotel atau dekat R&R memang tak dapek do jang, mana yang hado kita bersyukurlah at least ada insan-insan yang sudi berkhidmat dan menjaga kebajikan kita. Jadi silalah jangan memandang rendah kepada mereka. Jasa mereka sangat besar kepada kita yuno. Kalau tak ada mereka, masak kau. So give em a big hand. Applause!




terima kasih encik gugel juga kerana sudi sponser gambar.



Itu baru cerita makcik cleaner. Belum cakap pasal pekerja-pekerja yang tukang kutip sampah, yang tukang repair jalan raya. Siapa nak uruskan sisa-sisa sampah yang kita dah makan kalau tak ada tukang kutip sampah tu? Apa akan jadi dekat kereta kesayangan kita yang mahal yaahamat tu kalau orang jabatan kerja raya tak selenaggara jalan raya berlobang-lobang tu kasi cantek? Tayar senget kang hapa segala, tak pasal-pasal beriban duit keluar nak hantar repair kat workshop. 




Jadi kepada para makcik cleaner, para tukang sapu sampah, para tukang kutip sampah, para kontraktor dan buruh di jalan raya, para tukang kebun, para tukang cacak bendera di jalan raya sempena Hari Malaysia yang bakal tiba dan istimewa kepada pak cik guard di pejabat saya ini yang tidak jenuh mengangkat tangan setiap kali saya keluar masuk pejabat, senyuman kalian di mata saya teramatlah indah. 




Paling penting, Allah turut memandang kalian dengan penuh rahmat. Bergembiralah wahai ahli syurga...

Thursday, September 6, 2012

SiaPa CaKaP PraKTiKaL TaK bEsT?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Lima hari tak jumpa blog. Sabar jela bila aku dengan bersusah-payahnya mengumpulkan semangat untuk menulis hari ni. Tiga hari tak cukup tidur beb. Semuanya pasal bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan subjek yang entah kenapa aku tak boleh nak register sampai sekarang iaitu subjek praktikal oh ada eh subjek tu?




Memang aku tak banyak cakap pasal praktikal. Bukan sebab aku tak ada benda nak cerita, tapi sebab TERLALU BANYAK sebenarnya sampai aku tak tahu nak cerita yang mana satu dan tak tahu macam mana nak sampaikan dalam bentuk kata-kata. Pendek kata kalau aku buat report pasal praktikal ni apa yang dibaca tu memang konfirm takkan sama dengan apa yang aku rasa. In short, it's indescribable feeling. For just a month experience. The other two months, I don't know how many times should I wipe my tears when it's time for me to leave. Sure sedih gilo nak berpisah.




Tak mau taching laa. Ini ada gambar sikit aku nak tunjuk. Dari hari Isnin sampai Rabu semalam, aku join Encik Ismail, ketua unit sukan yang duduk depan meja aku ni pergi Kem 1 Murid 1 Sukan dekat Rembau. Tidur sana la of course. Dulu jadi PA MCC aka Pemegang Amanah. Dah praktikal, haaa, betul-betul kau jadi PA aka Personal Assistant.




Tuu nampak, duduk sebelah bos catit minit mensyuarat.




The JUs aka Jurulatih Utama. From left, Mr. Xavier, My boss En.Ismail, Mr. Chin, Miss Sue, Miss Raja, Miss Ocha the PA bangga kemain kau heh.




Buat name tag.




Having fun with the kiddo.




Playing with them.




Play with the camera juga. Haha, those my bosses. The big one yang pakai baju oren tu walaupun dia malu-malu sikit kan. Malu sangat padahal candid. Encik Ridwan nama dia. The red one tu Encik Mail. Aku memang suka bagitahu korang banyak-banyak kali kan.




Bukan setakat PA and photographer, nurse pun I jugak taw.




 My beloved daddy yang pemalu tadi. Encik Mohd Ridwan. Kan aku cakap tadi aku memang suka mention nama orang-orang kesayangan aku kat dalam ni kalau tak sayang aku tak letak HOOKAAAY!




Boring. Lets play with the camera again.




I think I deserve for THE BEST PA award. (zzzzz - mimpi rupanya)




Boring lagi. Had nothing to do then I just sit watching the budak-budak.




Playing with camera lagi lalalala. Kau sila jangan meroyan.




Jadi master of ceremony. 1st time in my life and Alhamdulillah majlis tak hancus binasa.




Dan sekian terima kasih saya nak pulang.





Bersama barisan JU yang havoc tak bertamadun memang namanya cikgu tapi bila dengan aku perangai masing-masing nauzubillah kau jangan percaya walaupun yang berkopiah di sebelah aku itu. Dari belakang, Mr.Xavier, Remy yang bajet ensem, Mr.Hairu, Mr.Azlihan, Mr.Sulaiman the magic finger, Mr.Chin, Kak Asma. Duduk dari kiri, Kak Sue, Mr. Kuna, Haji Amin yang sangat sempoi dan PA. Ok bye!



InsyaAllah nanti I update gambar majlis hari raya dekat PPD semalam. Yup, I tak sempat tukar baju raya. Balik daripada kem pakai baju tu jugak terus hambat nasi beriani ada aku kisah?


the history

Followers